Balik Bangkok


Yeah~


akhirnya, dah confirm flight ke Bangkok

14 December 2008

Insya Allah

walaupun hanya 2 minggu berada di rumah setelah setahun tak balik, tapi tak apa.

doakan saya selamat pergi dan kembali ya!

Posted in | 4 comments

^^


Saya baru lepas baca tentang arak di website ustaz zaharuddin

Herm.. Berdasarkan pemerhatian saya, sangat teruk lebih-lebih lagi di sekitar Ibu Negara. Kilang arak dibuka secara besar-besaran. Bagi saya, tak sepatutnya sebuah negara "ISLAM" ada kilang terbuka macam tu.

Sepanjang saya hidup di Kelantan, siap fasih bahasa Kelate (alhamdulillah), saya tak pernah tengok arak dijual di kedai-kedai pun. Di sini kerajaan sangat mengawal. Demi menjaga kesucian Islam. Semua iklan-iklan wanita "wajib" pakai tudung. Walaupun ada juga yang tak pakai, tapi amat lah sedikit.

Kata seorang sahabat saya, "sebab tu saya bangga jadi ore kelate."

Ahaks..Saya pun bangga hidup di negeri ini walaupun saya hanya menjadi "kelate celup" sahaja. hehehe.

Ini tak ada kena mengena dengan mana-mana politik ya!

Hidup ore kelate kito..!! heheh

Posted in | 2 comments

-na neem-


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu "Na Neem". Na Neem ialah gelaran oleh budak Farish. Cucu pertama keluarga di Kelantan. "Na" itu maknanya mak saudara atau ayah saudara sebelah mak dalam bahasa Thai. Kalau sebelah ayah pulak "Aa". Tapi kalau ayah saudara, tak kisah sebelah mana-mana pun, panggil "lung". Mak saudara pun tak kisah mana-mana pun, bahasa thai panggil "Pa"


Hari-hari ketika berada di Kelantan, saya lah yang menjaganya. Semakin hari semakin nakal si kecil comel ini. Dulu Farish agak tembam orangnya. Sekarang dah makin kurus disebabkan oleh demam panas dan hilang selera makan. Semalam hanya saya dan Farish saja berada di rumah. Penat juga menjaganya. Saya bayangkan, suatu hari saya akan jadi ibu kepada anak-anak, mampukah saya menjadi kuat?

Siapa kata senang nak jadi suri rumah. Suri rumah lah paling penat kerjanya. Nak kena jaga suami, jaga anak. Kerja-kerja rumah sebahagian besar terjatuh pada seseorang yang bergelar "ibu". Pakaian-pakain suami, anak-anak, Ibu lah yang basuh. Ibu lah yang tolong kemaskan. Makan pagi, tengah hari dan malam, ibu juga yang nak sediakan. Tapi itu lah naluri seorang ibu. Dia melakukan semua itu dengan penuh kasih sayang, dengan sabar tanpa membantah.. Dia lah, "ibu".

Rindu pula kat Mama. Tapi, apakan daya.. Saya sabar je. Nampak gayanya tak balik Bangkok tahun ini. Walaupun keadaan dah makin pulih, tapi kata sepupu saya kat sana lebih baik tak payah balik. Sebab keadaan masih tak ok lagi. Nanti masalah pula bila nak fly balik ke Malaysia. Tak apa lah, saya boleh sabar. Dah biasa.

Teringat peristiwa kat Masjid Shah Alam. Saya solat magrib di sana. Berjemaah dengan orang ramai. Selesai saja solat, saya bersalaman dengan orang-orang sebelah saya. Seorang mak cik yang saya tak kenal pun, salam dan cium pipi saya. Dengan penuh kasih sayang. Hati saya berdebar. Rasa macam disayangi, dilindungi seorang ibu. Saya hanya biarkan dia mencium saya. Biarlah dapat rasa ciuman dari seseorang yang berjiwa ibu. Itu dah mencukupi.

Buat Mama, Umi dan semua yang bergelar ibu, moga-moga Allah sentiasa merahmatimu. Semoga anak-anak mu menjadi orang-orang yang soleh dan solehah. Semoga Allah merahmati mu, ibu-ibu ku!!

=)


(Macam lari dari tajuk je post neh. Heheh.)

Posted in | 7 comments

Ujian Warna



Lihat dan sebutkan WARNA yang berada pada perkataan berikut.


Bukan senang kan? Perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. Ini adalah salah satu konflik di antara otak kiri dan otak kanan. Otak kanan akan cuba menyebutkan warna yang berada pada perkataan tetapi otak kiri akan mendesak anda supaya membaca perkataan tersebut.

Selamat mencuba!



Posted in | 5 comments

Akhirnya!


Akhirnya... Saya terpaksa balik Kelate. Disebabkan oleh keadaan di Bangkok yang masih tak ok lagi. Hish..Dasyat betul orang Thai neh.

Nak balik Kelantan pun punya lah banyak halangan dan cabaran. Tiga kali flight saya delayed. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang tak menentu sangat.

Kerongsang, tudung, pen, coklat, dan baju khas untuk keluarga yang tercinta di Bangkok masih belum dapat diberikan! Heheh...Sabaq naa adik-adik ku..

Mama kata, tak payah lah balik. Nanti masalah pula masa nak ke Malaysia nanti. Jawap saya "ok boss..No problem." Hah, terpaksa la raya haji kat sini. Tak apa lah, ada hikmah disebaliknya.

Doakan semoga keadaan di Bangkok reda. At least airport tak dikepung lagi pun dah cukup!

Kepada kawan-kawan, jangan risau lah. Saya tak sedih pun.Biasa-biasa sahaja~

tatta..~~


Posted in | 11 comments

Luahan hati seorang Indonesia


Tengah makan megi, ahaks! Sambil fikir jadi ke tak saya nak balik Bangkok ni. Memandang semua penerbangan ke Bangkok dibatalkan. Dalam hati marah juga. Apa hal dengan orang Thai? Menyusahkan orang je. Tapi fikir-fikir balik, mungkin saya tak tahu dan tak faham apa yang sedang berlaku sebenarnya. Bersabar je lah. Kata orang Utara, sabor…!

Belajar kat mana? Tanya perkerja Indonesia salah satu restoran yang selalu saya kunjungi.


Sini lah, unitar.


Oh.. Bagus la belajar. Aku ni tak belajar. Baca pun macam tu. Tak pandai sangat.


Saya hanya senyum. Sedih dalam hati.


Dia duk sibuk-sibuk tengok saya tengah buat apa dengan laptop saya.


Jangan ler tengok, malu. Kata saya


Alaa….relax. Kita ni orang bodoh. Mana pandai baca.


Hissh..tak baik cakap macam tu. Tak semestinya belajar nak kena masuk sekolah, masuk U. Kita boleh belajar dari sekeliling. Ilmu bukan hanya dalam buku sahaja. Saya cuba amek hatinya.


Aku tengok orang kat sini senang je nak belajar. Kat sana susah. Kerja dapat duit tak berbaloi. Tak macam kat sini.

Sebab tu lah ramai orang indon kat sini. Kat sana tak dapat apa-apa.


Aku kalau boleh nak adik-adik aku datang belajar kat sini. Jangan jadi bodoh macam abang dia.


Saya terus senyum tanpa sebarang komen. Sedih ada. Semoga Allah kabulkan doanya..




Posted in | 4 comments

neem - ain - lan~



Selepas SPM kami mula melakukan kerja yang tidak berapa bermanfaat. Layan fs dan ym sepanjang hari. Seingat saya, kitaorang join satu group dalam fs. Rasanya Halaqah. Di situlah, kami berkenal dan mula berkawan. Neem-ain-lan..

Yang pertama, sorry lan! Kami terlewat! Ahaha..sebenarnya disebabkan oleh planning tak betul. Sebab tu En Lan terpaksa berada di KLCC sejak pukul 10 pagi. Pukul 2.30 petang kita orang baru sampai.

Ini adalah 1st time saya jumpa dengan Ain. Menurut Lan, Ain tu kecik je. Sebenarnya tinggi kami lebih kurang sama je. Tp saya disokong oleh kasut, menyebabkan saya lebih nampak tinggi. Hehe..Jangan marah Ain!


Ini hanya pertemuan antara kita bertiga. Sebelum salah seorang dari kami fly ke Australia..

Semoga ukhwah ini berkekalan..

=)

Gambar-gambar ini akan jadi kenangan sampai bila-bila terutamanya ketika berjaya menjadi “seseorang.”

Banyak lagi nak tulis. Tapi penat sudah. Heh, penat-penat pun sempat nak edit-edit gambar lagi!

Posted in | 5 comments

..........



sedihnya hati


akibat study last minit, aku sendiri yang sengsara..

tak nak blame sesiapa..

blame diri sendiri!

1 paper lagi...........


T_T

Posted in | 7 comments

Aku Kena Kantoi...!


Telefon bimbit saya berbunyi semasa saya dan roomate lunch di ruang tamu. Nombor yang tidak dikenali rupanya. Herm..tak sedap hati nak jawap panggilan itu. Lalu, junior saya yang menjawapnya.


Assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan cik Tasneem? Suara seorang lelaki.
Ws'lam wbt. Ya, siapa di sana.
Saya dari Maxis center Kota Bharu. Cik Tasneem ada?
Ye..Ye.. Ada. Tunggu sekejap.

Lalu telefon dihulurkan kepada saya. Kata budak Nad, "akak, orang Maxis KB call"

Ye, saya Tasneem.

Cik Tasneem, macam ni, kita menganjurkan satu pogram hari raya bersama artis-artis Tanah Melayu. Saya ingin upgrade cik punya profile.

Dalam hati saya, layan je lah.

Nama penuh cik apa?

---> Tasneem Sayorwan

Alamat di Kelantan

PT 50.........Kelantan.

(apesai saya jawap juga walaupun tak minat)

(huhu...gelak seorang-seorang da...)

herm...tapi saya tak minat artis-artis nih.

Tak apa, cik. Saya nak upgrade juga.

layan je la mamat nih..........

cik suka makan apa? Kalau makanan kegegemaran cik sama dengan artis tersebut, boleh lah join.

pizza.

pizza? oic...herm. Kalau boleh nak makan tradisional.

(waa.........malu pada diri sendiri)

herm. Kalau macam tu, nasi kerabu je lah.

Air macam mana?

Air sirap limau.

tanya saya pada dia, event ni bila?

25hb nanti cik. Dekat hotel Renaissance, KB.

Oh..tapi saya takde dekat KB masa tu.

Tak apa cik. Saya nak upgrade juga.

( terasa pelik. Lalu hp ditukar jadi mode loud speaker)

Adik Nad still bersama saya.

herm...saya nak tukar topik neh. Cik dah berpunya?

( Dalam hati saya, ish..mamat nih. gatei pulak)

Ye, dah ada. Hai...ni sape neh? Betul ke orang Maxis)

Ye, betul. Saya orang Maxis.

(terus melayan...nak tahu kesudahannya)

Cik free malam neh? Kita keluar gi makan steambot, nak?

ish...betul ke awak nih? mengarut semacam. saya bz lah. banyak kerja.

Hujung minggu macam mana?

Mana boleh. Tak nak lah!

Suara saya mula naik angin. Tapi masih nak tahu siapa mamat ini.

herm...cik umur berapa?

24. (walau hakikatnya 19)

Cik belajar ke kerja?

belajar.

muka Adik nad sudah berubah wajah.. Pelik dengan panggilan tersebut.

cik belajar kat mana?

Saya sudah naik marah...

Adik Nad bagi isyarat, tak payah bagi tahu. Cakap privacy!

Hello! This is my privacy. I don't have to tell you all those thing!

Hampeh, dia terus nak tanya.

Cik belajar kat UNITAR kan?

dalam hati saya, macam mana dia neh boleh tahu....Hairan betul.

Ish.. Mana-mana je lah!

Bila cik balik Bangkok?

rasanya sebelum tu takde pula cakap pasal Bangkok. Apa hal dengan mamat nih..

Awak ni sape? Betul ke orang Maxis.

Ya, saya orang Maxis.


Bunyi seperti pintu buka. Lalu mamat ini minta diri.

Nanti saya message cik balik ya. Minta diri dlu.

-tut-

Hairan...Confuse. Pelbagai persoalan dalam hati. Nakal, lawak pun ada. Tak marah pun sebenarnya. Cuma pelik. Tergelak-gelak dengan adik Nad selepas itu. Pelik betul panggilan tu.

Dalam hati saya, mesti senior kat KB yang punya kerja nih. Tapi suaranya sangat lain. Tak cam langsung.

Dan betul sangkaan saya. Selepas magrib, satu sms diberikan...


"umur 24, pizza, sirap limau..."


waa...........! Kena kantoi rupanya. Malu!!!

Heheh...Terima Kasih, senior-senior ku.. Walaupun dah pindah ke Kelana Jaya, tapi kamu semua tak pernah lupakan saya. Semoga ukhwah ini terus berpanjangan! amin...









Posted in | 10 comments

Your first perception?





Apa yang anda tafsirkan tentang gambar-gambar ini? Pada saya, kali pertama melihat gambar pertama saya nampak seorang perempuan muda. Sahabat saya katakan, seorang perempuan berumur.

Dalam hidup seharian, kita cenderung untuk berfikir negatif dan positif. Melihat seseorang yang tidak dikanali, anda akan membuat satu tafsiran tentangnya. Sekiranya sesorang itu berjalan dengan muka masam, pelbagai tafsiran negatif mungkin akan dilontar padanya tanpa memikirkan apa yang dihadapinya. Setuju atau tidak?

=)

Renung-renungkan. Wallahualam. Wassalam

Posted in | 7 comments

Termenung

Termenung saya seketika selepas dapat message dari sahabat baik saya, Yana. Dia minta kata-kata semangat yang akan dihantar kepada seorang kawan kakaknya yang baru kehilangan ibu yang tercinta, pagi tadi. Al-fatihah buat beliau (Dan juga kepada semua orang yang disayangi yang telah dipanggil Allah). Semoga rohnya digolongan dalam golongan orang yang beriman. Amin. Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah, berbakti lah kepada mereka sebaik mungkin. Jangan-jangan kita menyesal selepas ketiadaannya. Sayangi lah mereka sebagai mana yang mereka sayangi anda.

Termenung lagi saya di balcony apartment tingkat tujuh di tengah-tengah bandar. Penuh dengan warna-warni kehidupan. Semoga kita dirahmati-Nya sentiasa. Tak terfikir pun akan ada hari ini, Alhamdulillah. Hari di mana saya sudah pun berdiri di sini. Menyambung perjuangan. Warna-warni kehidupan yang cerah dan juga yang gelap. Tidak dinafikan kita akan bertemu dengan hamba-hambaNya yang berbagai perangai dan jenis. Perlu sentiasa berdoa dan bersabar. Kerana sesungguhnya, kita semua tak maksum sebagaimana Rasulullah SAW.

Termenung lagi ingat akan amanah-amanah dunia dan akhirat. Amanah-amanah Allah SWT. Amanah-amanah Rasulullah SAW. Amanah-amanah keempat-empat ibu dan ayah saya (ya, saya ada dua ibu dan dua ayah!). Amanah-amanah nenek saya. Suatu hari beliau tanya saya, berapa ramai adik yang saya ada? Dengan selamba saya jawap, 3 orang (Inee, Nureen, Furqan). Nenek tak puas hati, 3 je? (Dalam bahasa Thai tau, translit balik dalam BM. Heheh). Opss..rupa-rupanya adik saya ramai sangat! 9 orang! Ye lah, saya cucu sulongnya.

Termenung lagi dengan alam maya saya. Dengan hanya berinternet, saya temui ramai orang. Orang-orang yang saya sayangi dan cintai. Juga orang yang membuat saya benci kepadanya. Indahnya aturan Tuhan. Semoga berkekalan. Teringatkan akak Fika (Dulu Neem panggil akak nenek lagi. Sebab tak tau nama akak sebenarnya apa) yang mengimbas kembali kenangan antara kita. Teringatkan “Nik” (perempuan ye..) yang katanya final exam juga dah dekat. Ukhwah antara saya dan Nik, sangat indah. Susah untuk dilupakan. Semoga tabah sahabat ku. Rindukan kamu! Teringat juga akan Ain, Fifa, Lan dan juga lain-lain. Kerana internet juga, saya dapat buku skek import dari Mesir!

Kepada Nabila dan Waliyah (alangkah baiknya kalau Waliyah faham BM!), selamat jalan. Semoga selamat sampai ke bumi Kinanah. Semoga anda berdua selamat di sana. Jaga diri!

Kepada orang yang sangat tabah, akak Hasanah, Neem doakan akak cepat sembuh!

Juga kepada my H, jangan lupa rehat. Jaga diri anda!

Huh..membebel pula saya. Banyak lagi nak wish nih. Tapi nanti jadi panjang pula. Andaikan nama anda tak disebut, maaf ye!

Termenung lagi selepas call adik di Bangkok. Nak cakap dengan Mama sebenarnya. Tapi katanya mama pergi umah Lung Bas. Sepupu ku sudah kawin seorang, tahniah dan selamat pengantin baru. Seorang lagi majlisnya pada minggu depan, insya Allah. Akhir bulan ini pula seorang akan bertunang. Agaknya aku pula bila? Hehe.. juga kepada sahabat-sabahat ku yang sudah bertunang dan akan bertunang dan yang sudah kahwin ( yang kahwin tu khas buat Kyo and kak zila), tahniah buat anda semua.

Fikir-fikir balik, itulah realiti kehidupan. Andaikan kita berfikir, kita akan sedia menghadapi setiap dugaan dan cabaran. Kata Kak Fika, semua sahabat adalah saling lengkap-melengkapi. Allah tidak akan sia-siakan ciptaan-Nya. Sesungguhnya orang yang mulia pasti dapat memahami tabiat orang. Dia mampu mengukur kadar perubahan, menyesuaikan dirinya dihadapan orang lain dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi. Jangan cepat mengeluh dan penat untuk menghadapi karenah orang. Selalu berdoa dan zikir pada-Nya pasti akan dapat ketenangan. Sama-samalah kita berusaha jadi orang yang mulia.

Pesanan ini khas pada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat. Andai kata-kata ku tersilap kasar bahasa, maafkan diri ini. Wallahualam. Wassalam.

=)

7-C-9

Kelana Sentral.

3.51 am.

Posted in | 13 comments

Exam..


Assalamualaikum wbt

Final exam for my first semester is just around the corner! Takutnya..! Dekat-dekat exam nih lah macam-macam benda yang kena buat. Masa ni juga mid term test diadakan. Masa ini juga assignment datang bertubi-tubi. Namun, saya sedar ia adalah lumrah hidup seorang pelajar. Saya perlu ingat, sekarang saya dah buat ijazah bukan foundation lagi! Doakan semoga diri ini dikuatkan hati! Semoga Allah merahmati anda semua. Wallahualam. Wassalam.

Posted in | 2 comments

สำรับคนไทย



Assalamualaikum wbt


พิมย์ไทยไม่ค่อยเก่งนะ ยังไงก็ อีมูบาร็อกจ๊า คิดถึงกทม.มาก

=)

ขอมาอัฟด้วยถ้ามีอารัยพิดพลาดไปนะค่ะ




Posted in | 6 comments

Ramadan + Syawal


Assalamualaikum wbt. Sudah cukup sebulan (lebih) saya tak update blog ini. Maaf kepada semua sahabat yang mengunjung. Ramadan tahun ni merupakan ramadan paling teruk dalam hidup saya.. Susah nak terangkan kenapa. Mungkin disebabkan saya tak sempat meraikan ramadan dengan keluarga. Di akhir-akhir bulan ramadan pula terpaksa saya sahur dan berbuka seorang-orang sebab dua orang roomate saya dah pindah. Berbuka tidak menjadi masalah sangat. Tapi terasa sayu semasa sahur. Tiada suara Kak Biha yang selalu panggil "Neem, bangun sahur.." Anyway saya masih ada Mama dan my h, terima kasih sebab selalu call kejutkan saya untuk bagun sahur dan Qiamullai. Terima kasih!

Dah tiga tahun saya tak puasa kat Bangkok. Terasa ingin nak makan masakan Thai, lebih-lebihnya lagi masakan Mama. Alhamdulillah, saya masih ada peluang makan makanan Thai yang dimasak oleh nenek saya , kedai kawan Bang Syakir di Sentul Timur dan iftor di UIA bersama budak-budak Thai.

Sepanjang bulan Ramadan, saya selalu mendapat makanan dan hadiah dari orang-orang disekeliling. Terima kasih kepada semua, semoga Allah merahmati anda sentiasa! Gembira sangat hati bila boleh memberi dan menerima dengan hati ikhlas. Harap-harap amalan ini berpanjangan sehingga bila-bila. Saya selalu perasan, apabila saya memberi, pasti Allah akan balas saya dengan rezeki yang lagi banyak. Bukan nak menunjuk-nunjuk yang saya buat sedekah. Tetapi sebagai satu bukti dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah. Makin kita memberi rezeki akan makin bertambah, insya Allah. Ia juga menjadi satu ketenangan hati. =)

Selamat menunaikan ibadat di akhir bulan ramadan. Rebut lah peluang yang masih ada. Jangan terlalu beria-ria menyambut syawal kerana kemungkinan anda akan merindui bulan ini. Doakan semoga dipanjangkan usia dan dapat bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan.

Kami merindui mu, ya Ramadan!

Salam menyambut Syawal. Maaf zahir dan batin buat semua sahabat. Wallahualam. Wassalam.



Posted in | 14 comments

10 Sen?

Assalamualaikum wbt..

Ketika ini sememangnya mata saya sudah pun mengantuk. Tapi berasa rindu pula kat blog kesayangan saya yang tak berapa itu. Malam ini saya tumpang di bilik Annur dan adik Bad. Walaupun tiada internet di sini, tapi saya akan postkan pada pagi esok, insya Allah. Esok kelas dan aktiviti-aktivi saya full dari pagi sampai petang. Harap-harap sempat online di pagi hari.

Semalam Umi, Ayah Su, Abe Ta dan Aisyah datang dari Kelantan. Saya dan sepupu yang lain berkumpul di rumah kami macam biasa. Sepanjang perjalanan dari Subang Jaya by bus dan LRT, macam-macam saya jumpa. Terdetik di hati ingin menulis secebis pengalaman saya di blog ini.

Apa pandangan anda jika disebut “10 sen”? Mungkin anda rasa nilai wang itu sangat sedikit atau pun tidak berharga langsung. Iyelah, nak masuk tandas awam pun guna 20 sen. Mungkin juga anda menghargai wang itu. Jika bagi saya, sebagai seorang manusia yang lemah kadang-kadang ia sangat berharga dan kadang-kadang tidak. Berdasarkan situasi itu. Saya mengaku sahaja.

Ketika menunggu bus di depan Mid Valley, saya perasan seorang pak cik di situ. Nampak gayanya beliau tergolong dalam golongan orang yang mencintai alam yang tidak dipandang orang. Saya tidak tahu bagaimana ingin memanggil beliau. Yang ternyata, beliau bukanlah orang yang hidup senang, berkerja dan mencari rezeki dalam keadaan yang tidak bersih. Teringat kata-kata lecturer saya. She said that; we have to appreciate them. Their occupation is seemed to be bad but give a big feedback to the environment. Jika tidak mereka yang mengutip sampah dan mengasing-asingkannya, siapa yang akan buat. Nak mengharap penduduk tempatan, berapa ramai yang sanggup buat?

Renungkan wahai sahabat-sahabat ku. Saya tidak pandai mengarang tapi berharap yang anda akan faham apa yang ingin saya sampaikan.

Pak cik tersebut sedang buat bulatan kat besi di tangannya. Saya masih fikirkan, apa yang ingin beliau lakukan. Tidak lama selepas itu, beliau menuju ke lubang longkang di depan bus stop. Masukkan besi yang panjang ke dalam lubang longkang tersebut. Kata hati saya, mungkin pak cik ini tengah nak ambil plastik dalam longkang itu kot. Ketika berfikir-fikir pak cik itu sudah berjaya mengeluarkan objek yang diinginkan itu. Rupa-rupanya duit 10 sen. Subhanallah! Kalau lah aku, tidak pernah berfikir nak ambil duit 10 sen dalam longkang itu. Tapi kalu anak kunci kereta ke, (nauzubillah!) terpaksalah saya.

Duit 10 sen mungkin tidak berharga kepada seseorang tetapi ia sangat berharga kepada seseorang. Andaikan anda mempunya wang RM 99,999.99. anda hanya perlukan 10 sen sahaja lagi untuk menjadikan wang andai sebagai 100,000.00! Masa inilah duit 10 sen itu akan sangat berharga kepada anda.

Setiap 10 sen, malah 1 sen pun adalah rezeki dari Tuhan. Jangan mempersia-siakannya. Gunakanlah ia sebaik mungkin. Ini adalah nikmat Tuhan yang kadang-kadang tidak difikirkan oleh kita semua. Salam berjuang. Salam rindu dan sayang fillah kepada sahabat-sahabat semua.

Wallahualam. Wassalam.

1.08 am

3K, 102.



Posted in Labels: | 4 comments

Dunia Hari Ini


Assalamualaikum wbt

Saya telah dikenal-kenalkan dengan satu business oleh sahabat saya. Namun, hati ini belum lagi terbuka untuk joinkan business itu. Ia masih lagi dalam pemerhatian saya pada masa ini. Setiap kali ada event, kawan saya mengajak saya menyertai. Tujuannya bukan ingin memaksa saya untuk melakukan business berkenaan. Hanya ingin mendedahkan apa yang berlaku pada hari ini. Beberapa perkara yang mampu saya kongsi di sini, saya akan kongsikan.

Ternyata program-program yang dianjurkan oleh syarikat itu membuka sedikit sebanyak mata dan minda saya tentang kehidupan ini. Melakukan sesuatu benda perlu datang dari hati dan perasaan. Minda hanya digunakan untuk mencari ilmu dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Tanpa arah tujuan dan semangat yang gentar dalam mencapai suatu impian, adakah kita akan mampu melakukannya itu?

Dunia sudah berubah. Anda yakin selepas digelar sebagai seorang "graduated" anda mampu memiliki kerjaya dalam masa yang singkat? Mengikut senior-senior saya yang sudah selesai pembelajaran, ada yang sehingga kini belum mempuyai kerjaya yang tetap. Walaupun sudah memiliki segulung ijazah daripada institusi pengajian tinggi yang terkenal. Mengapa berlaku sedemikian?

Di sini, saya berjumpa dengan ramai kawan-kawan yang terdiri daripada student-student IPT. Keputusan mereka untuk berkerja sambil belajar bukan semata-mata kerana ingin mencari duit poket sendiri. Mereka mempelajari banyak benda daripada organisasi ini. Daripada seorang yang malu, tidak biasa bergaul dalam organisasi yang besar kini mereka sudah berubah diri. Dari segi communication skill, mind set dan lain-lain. Dalam singkat kata, belajar dari pengalaman.

Sebagai seorang pelajar IPT, saya pasti anda pernah menghadapi perkara yang sama dengan saya. Apabila andai sampaikan kepada ibu dan ayah tentang ingin mencari income, pasti mereka akan larang. Dengan alasan "kamu masih lagi belajar." Ada juga yang mencipta seribu alasan untuk tidak melakukan sesuatu (termasuk lah saya sendiri). Alasannya adalah ingin belajar, sibuk dengan assignment dan lain-lainnya. Tepuk dada tanya hati, berapa jam anda memegang buku dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah? Dan beberapa jam anda melepak-lepak di super market, di wayang, menonton TV? Menghabiskan wang mak ayah dan duit PTPTN?

Suasana di sini banyak mengajar saya pelbagai erti kehidupan yang akan dilalui. Ternyata, dunia ini bukan hanya kita seorang. Ingin hidup dalam keadaan yang sempurna, perlulah memberi komitmen kepada orang lain jua. Keluarga dan kawan-kawan sangat penting. Mereka semua ini yang akan memberikan kita satu makna kehidupan yang nyata. Tanpa mereka semua, adakah kita akan hidup dalam dunia ini sehingga hari ini?

Saya teringat kata-kata sahabat saya, kita sudah tahu "bagaimana" ingin melakukannya tetapi kita tidak tahu "kenapa" kita ingin melakukannya. Sebab itu pada awalnya saya berkata sesuatu yang ingin dilakukan, perlu datang dari hati bukannya minda. Wahai sahabat, jangan belajar hanya dalam teori. Sesungguhnya, dunia luar buku adalah lebih mengajar kita untuk mengerti erti kehidupan ini. Lakukan lah sesuatu ketika kita masih muda remaja. Jangan sia-siakan masa yang ada ini. Hidup adalah satu amanah daripada Allah. Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai seorang manusia dan orang muslim.

Terima kasih sahabat kerana membawakan saya untuk bukakan minda. Maaf kerana diri ini masih tidak kuat untuk melakukan apa yang anda lakukan. Ia masih dalam pemerhatian dan penilaian oleh diri ini. Namun, usaha mu ini tidak sia-sia. Semoga Allah merahmati mu semua.

=)

Wallahualam. Wassalam


Posted in | 5 comments