Selamat Hari Guru
Posted On Friday, May 16, 2008 at at 5:02 PM by neem
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik, khasnya guru-guru SMK Wakaf Bharu. Jasamu selalu ku kenang! Sempat juga saya hantar SMS kat cikgu-cikgu yang tercinta.
Doa saya di sini; semoga cikgu-cikgu disihatkan tubuh badan, dipanjangkan umur. Maafkanlah segala dosa-dosa anak didikmu ini. Doakan kami di sini supaya mendapat kekuatan untuk terus berjuang! Amin...
Loves.
Panggilan Santau
Posted On at at 12:57 AM by neem
Salam,Kepada semua kawan-kawan yang dikasihi. Jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang contoh: +6123567294624680 dan nomber itu berwarna merah, diharap-harap sangat jangan angkat dan dijawap panggilan itu. Ini kerana di Indonesia sekarang, sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon. Jika sesiapa yang menjawap panggilan itu akan berbuih mulut dan akan mati selepas itu. Di Indonesia sudah sembilan orang mati dan malam tadi dua orang di Puchong mati. Ini benar-benar terjadi. Tolong sebarkan sms ini.

Herm... Itulah SMS sepanjang tiga muka surat dari sepupu saya.
"Betul ke, Kak Yah? Menakutkannya. Tapi, kalau kita mati sekali pun, kita mati dengan keizinan Allah." Jawab saya ringkas.
Astagfirullah! Ketakutan yang syirik. Buat apa aku nak takut benda ini?
"Try Tasneem tengok dalam Harian Metro."
Harian Metro: Panggilan santau karut - klik di sini
Teringat satu hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isteri dan sebaliknya) adalah syirik."
Begitulah keadaan yang sedang berlaku sekarang. Tanpa disedari, sedikit-sebanyak peristiwa ini telah menggadai nilai akidah umat Islam.
Sehingga ada anggota masyarakat berada dalam keadaan ketakutan kerana bimbang akan ilmu sihir yang dikatakan itu. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak seolah-olah dididik untuk takutkan hantu, ilmu hitam, dan sebagainya lebih daripada Pencipta mereka sendiri.
Sesungguhnya, manusia diberikan akal fikiran untuk memikirkan yang terbaik dalam apa jua keadaan untuk terjaga dari segi akhlak, akidah dan pegangan agama.
Pesan oleh seorang sababat maya saya:
"Selalu baca 3 Qul untuk mengelakkan diri daripada dijampi, disantau."
Semoga tiada perkara buruk yang berlaku berkenaan dengan penggilan santau ini!
Wallahualam.
Naik-naik!
Posted On Tuesday, May 13, 2008 at at 9:40 PM by neem
Dunia kini sedang menghadapi ancaman ekonomi secara perlahan-lahan dengan kenaikan harga beras secara medadak. Beras sangat penting sebagai makanan utama bagi penduduk di rantau Asia dan juga sebilangan besar negara lain di dunia. Di Malaysia, kini harga beras dikatakan naik sehingga 60%. Beras super yang harga asal RM 16 untuk 10 kg gini naik sehingga RM24! Mahal?
Sehingga ada pihak yang menyaran supaya rakyat memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji.

Sanggupkah kita?
Tepuk dada tanya hati.
Akhir tahun lepas harga minyak masak naik. Teringat bila Umi suruh cari minyak, dah round satu pekan tapi tak ada. Baru saya sedar, pentingnya bahan asasi kepada kehidupan manusia. Nak goreng keropok pun tak boleh, maklum la kena goreng dengan minyak bukan air. Hehe. =)
Walaupun begitu, "sebahagian" rakyat dikatakan mendapat kesan sampingan daripada kenaikan harga barangan asasi. Juga masih ada "sebahagian" rakyat yang tidak mengambil endah tentang masalah ini.
"Makan nasi biar habis, beras tengah mahal nih."
Uik, kalau beras tak mahal, tak kena habiskan nasi la ye?
Manfaatkannya sebaik-baik mungkin, jangan menyesal di hari kemudian!
Wallahualam.
Cherita
Posted On Saturday, May 10, 2008 at at 6:42 AM by neem
Akhirnya cita-cita Umi dan Ayah Su tercapai. Restoran baru kami akan dibuka dalam masa yang terdekat, Insya Allah. Masakan Thai dan Kelantan diutamakan. Cuti ini puas hati saya boleh makan makanan Thai yang kian lama tak dirasai. Siapa yang tak keberatan, boleh lah pergi kat sana ya. Wah3..buat promosi kat sini la pula saya
opss..
Ini alamatnya:
PT 256, Seksyen 12 Jalan Pengkalan Chepa, Bandar Kota Bharu
=)
Tak Dapat Buat..?
Posted On at at 6:08 AM by neem
“Sis, how was your paper this morning?”
“So bad, I can’t answer it. The question is very difficult. Its make me confuse. The question did not state want it really want. Bla..bla..blaa..” Jawapan seorang senior kesayangan saya apabila ditanya tentang exam yang baru dihadapinya. Saya hanya berdiam seketika tengok muka dia yang sudah kebinggungan.
Setelah itu beralih pula saya kepada seorang senior lagi;
“Mie, how?”
“Alhamdulillah, beres!” jawapnya dengan penuh semangat.
“Tak pun, ok je”
“Akak kata susah”
“Dah dia tak sedia awal-awal?”
Hidup ini ibarat permainan. Begitu juga dengan peperiksaan. Andaikan tidak bersedia dari awal ia menjadi sukar untuk dilakarkan dalam kertas jawapan. Setelah itu, soalan yang menjadi punca mengapa calon tidak dapat menjawap dengan baik. Majoriti soalan yang keluar adalah berdasarkan apa yang mereka belajar, tidak jauh daripada itu. Ia hanya menguji sejauh mana kita membaca, membuat penyelidikan tentang isi di dalam buku-bukunya.
Mind set
Satu lagi masalah, ini berlaku dengan diri saya sendiri, mind set dalam diri saya. Saya “dikatakan” mempunyai kelebihan mengira lebih daripada menghafal. Dari itu, saya sentiasa menganggap subjek-subjek hafal sebagai subjek “killer” saya dan ia amat susah bagi saya. Pereriksaan semester yang baru sahaja berlalu ada subjek Marketting yang perlu menghafal dan memahami. Terdengar perkataan “hafal” saya secara automatiknya meletakkan subjek ini sebagai subjek paling payah, tidak pula dengan subjek statistik?
=)
Apa-apa pun, saya tetap bersyukur, exam dah habis dengan lancar. Semoga dapat result yang cemerlang. Amin..
21hb April 2008
Posted On Monday, April 14, 2008 at at 6:27 AM by neem
Assalamualaikum wbt
Saya cuma ingin meluangkan masa hanya beberapa minit untuk menulis di dalam blog ini. Final exam sudah tiba, 21hb April 2008 adalah hari yang mendebarkan saya. Dimulakan dengan subjek yang saya suka, Statistik. Semangatla rasanya, insya Allah.
Doakan semoga saya lulus dengan cemerlang.
=)
Di sini juga saya ingin memohan kemaafan kepada sahabat-sahabat sekiranya saya pernah terkasar bahasa, menyakitkan hati anda semua. Saya hanya adalah insan yang lemah yang kadang-kadang terlupa akan hukum Allah SWT.

Doakan ya! Berdebar-debar rasa bila bercakap tentang exam ini. Nampaknya buku-buku dan kalkulator kesayangan saya sedang memanggil, saya terpaksa berhenti di sini dulu. Wallahualam. Wassalam.

