sibuk.
Posted On Wednesday, August 26, 2009 at at 7:52 PM by neemSmart Solat
Posted On Monday, August 17, 2009 at at 5:11 AM by neemPunyalah aku dan kak ummi berpusing-pusing di Gombak, akhirnya jumpa juga Stesen LRT Taman Melawati untuk menjemput kak yan. Semasa perjalanan, hujan lebat sangat, ada kereta tenggelam akibat banjir dan kereta kak ummi hampir-hampir tak hidup sebab masalah bateri. Orang kata kerja baik memang banyak dugaan. Sekitar jam 8.00 pm, kami sampai di masjid di mana para pelajar sudah pun berkumpul.
Tak perlu sangat kot aku nak ceritakan benda-benda macam tu. Biar lah jadi kenangan untuk diri aku sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Penat memang sangat penat. Tapi seronok sebab boleh layan budak-budak. Ramai yang sakit. Ada yang sakit jantung, asma, demam panas sampai muntah-muntah, pengsan, sakit perut, sakit kepala dan banyak lagi. Aku dan sahabat-sahabat yang lain terasa dah jadi ibu orang. Lari sana, lari sini cari ubat untuk adik-adik. Urut belakang, berikan layanan yang terbaik buat mereka yang berjauhan dari orang tuanya.
Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah berkati kita semua. Amin. Ada sedikit ilmu yang akan aku sampaikan kat korang demi kebaikan kita semua. Satu perkara yang menarik yang patut kita tahu.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi, terdapat 6 S yang dicipta oleh mereka untuk menghancurkan orang-orang Islam iaitu:
1. Screen (TV, computer)
2. Social
3. sex
4. smoking
5. suit
6. sport
smua di atas ini boleh dijadikan perkara yang mendatangkan faedah dan sebaliknya (kecuali rokok yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat) tinggal hanya bagaimana kita sebagai orang Muslim mengendalikannya.
Ubat anti virus 6S ini antaranya ialah:
1. Dalam hati kita bersaksi tiada Tuhan lain melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw adalah rasulullah
2. solat khusyuk dan tawadu'
3. ilmu dan zikir
4. iqra' muslimah (yang ni aku tak faham dan tak sempat tanya)
5. ikhlaskan niat
6. dakwah kerana Allah.
Satu lagi benda yang patut kita semua berpegang untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat ialah ikhlas, fisabilillah, lillahi taa'ala, dan sedekah. Ringkas kan? Aku tak reti nak buat ayat bunga-bunga lah. Sori la weh! Mpga dirahmati Allah semua. Amin
Seminggu yang sibuk
Posted On Sunday, August 9, 2009 at at 5:30 AM by neem-rezeki-
Posted On Thursday, July 30, 2009 at at 7:23 AM by neemSelagi mampu, berusaha lah kita. Jangan ambil jalan mudah untuk mendapatkan rezeki. Dan kepada kita jua, umi selalu pesan aku kalau ada orang minta sedekah bagi saja. Apa yang akan dia buat selepas tu itu urusan dia dengan Allah.
perhatian~
Posted On Monday, July 27, 2009 at at 9:14 AM by neemkepada siapa-siapa je..
Andai blog ini tak ilmiah, tak islamic, buang masa dan sebagainya
-just ignore it-
saya tak minta anda baca blog saya
.
kembali pada tujuan blog sebenar pada seseorang.
blog ini bukan lah untuk ilmiah semata-mata
it's about my life
my diary
saya tak kisah, anda pelajar mesir ke, jordan ke..mana-mana ke.
andai blog ini tak sesuai dengan anda, tak perlu jenguk lagi.
sekian, terima kasih!
adik lelaki ku
Posted On at at 8:16 AM by neem
Assalamualaikum wbt
Sekarang aku tengah rasa serba salah. Tak pasti sikit ke banyak. Mungkin sedikit sebab aku macam mengecewakan mama aku.
Aku tengah mencari sekolah agama swasta untuk adik lelaki aku nanti, kalau boleh nak tahfiz. Tahun depan dia akan belajar di sini bersama aku, insya Allah.
"Mama, nanti esok nak pergi tengok sekolah adik dengan dia"
Aku bagitahun mama aku macam tu. Aku dah janji dengan dia. Tapi aku ada kerja. Terpaksa batal rancangan aku. Tapi aku tak bagitahu mama.
Sekarang aku nak cuba masukkan adik aku kat sekolah Al-amin atau Sekolah Hira'
Tapi hampeh, bila aku call pejabat, dorang kata "tak terima international student"
Aku dulu boleh je masuk sekolah kerajaan, tak kan sekolah swasta tak boleh?
Ada kawan aku yang pernah sekolah tu dulu cakap ada je student luar.
Aku agak kecewa.
Tapi aku akan cuba sedaya upaya carikan tempat belajar
Bila aku call mama, mama tanya dah pergi tengok sekolah untuk adik?
Aku jawap, belum. Ada kerja. Tak sempat pergi hari tu..
Mama jawap ok. Tapi macam nada kecewa..
T_T
Sekarang H1N1 tengah kuat di Bangkok. Sekolah dah banyak kali tutup. Doktor jaga pintu pagar, siapa demam sikit pun dah kena balik rumah.
Dan adik aku demam agak kuat. Kalau esok tak ok lagi. Boleh jadi H1N1, kata doktor. Pagi tadi ada call mama, adik panas lagi badan. Tapi lepas magrib tadi dah sedikit ok, alhamdulillah.
Harap-harap esok adik ok.. Tolong doakan ye sahabat-sahabat.
Sekarang aku mencari lagi sekolah untuk adik, siapa ada sekolah yang kat KL atau sewaktu dengannya (dalam Selangor je la) boleh bagitahu aku. Sebab aku nak duduk dekat-dekat dengan adik aku. Lagi-lagi adik selalu demam. Risau juga.
Aku tak tahu nak mengharap dengan siapa. Ya, aku ada family kat sini, ramai juga. Tapi aku akan kurangkan peratusan menyusahkan siapa-siapa. Even aku ada saudara yang memang rapat gila dengan aku pun, aku macam kecewa sebab... biar lah, aku taknak kesilapan tu (tak tahu kesilapan aku ke dia) ulang sekali lagi.
hm.. Biar lah.
dah sampai masa untuk aku jaga adik aku. Sebab dah lama aku tinggalkannya..
p/s: tu gambar zaman aku muda-muda dulu!
