Karnival Ibadah



"Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagai mana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang wajib atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (surah an-nisa': 103)


Posted in | 0 comments

Luahan Hati





Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur kepada Illahi kerana masih memberi pelua
ng kepada saya dan sahabat-sahabat yang disayangi sekalian untuk meneruskan perjalanan hidup sebagai hamba-Nya yang lemah. Hari ini merupakan 4 Ramadan. Dah 4 hari umat Islam menjalani ibadat puasa. Cepat betul masa berlalu dan bulan Ramadan pasti akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Diharapkan semua umat Islam termasuklah saya menggunakan sebaik-baik peluang yang ada ini untuk melakukan ibadat kepada-Nya, insya-Allah.


Dah lama benar saya tidak update blog kesayangan saya ini. Quite busy nowadays. Maklumlah dah masuk semester 2. Lagi banyak cabaran yang perlu diharungi. Lima subjek baru saya ambil dalam semester ini. English, Fundamental of IT, Fundamental of Finance, Fundamental of Business and Management, Fundamental of Economic and Society. Lima subjek ini, nampak macam senang tapi tidak sesenang sebagai mana orang ramai sangkakan. Ada yang mengata, Business senang je, tak belajar pun dapat ijazah nanti. But for me, it's not! Perniagaan juga adalah satu ilmu di mana saya perlu mencarinya untuk menguasainya.

Kadang-kadang rasa lemah. Tak tahu dimana perlu saya mulakan. Macam kena belajar balik je A, B, C. Tapi saya kena menerima kenyataan dan tidak boleh menyerah kalah. I have to control it at all! Saya kena kuasai semua ini, demi Islam, demi masa depan saya dan demi keluarga saya. Saya fikir dan renung jauh-jauh, kalau-kalau saya give up atas semua ujian ini, siapalah saya nanti?

Alhamdulillah, setakat hari ini, masih ramai yang memberikan saya semangat termasuklah famili saya, orang yang saya sayangi dan kawan-kawan. Doakan saya semoga berjaya dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat, insya-Allah.

Posted in | 4 comments

Ramadan is Coming



Ramadan bukan sebarang bulan di dalam kalendar Islam. Ini adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. untuk mengambil peluang melakukan ibadat yang dijanjikan-Nya ganjaran yang banyak. Sepanjang siang dan malamnya mengandungi kebaikan dan keberkatan daripada Illahi. Dia juga menjanjikan satu malam di bulan Ramadan yang lebih baik daripada seribu bulan, memuka ruang untuk hamba-hamba-Nya melakukan kebaikan.

Maka amat wajarlah bagi kita, tidak mensia-siakan Ramadan yang bakal menjelma dan menyambutnya dengan cara yang baik. Buatlah persediaan untuk beramal pada bulan mulia ini, moga-moga kita mendapat faedah daripadanya. Tidak hairanlah para ulama dahulu sangat menghargai bulan Ramadan, malah ada di antara mereka yang memohon Allah lanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan, enam bulan sebelum ketibaannya.

Pedoman menyambut Ramadan
Buatlah persediaan yang sewajarnya agar Ramadan pada tahun ini tidak berlalu dengan sia-sia. Antaranya;

Berdoa
Berdoalah agar Allah s.w.t. melanjutkan usia kita untuk menyambut Ramadan dan meminta pertolongaan-Nya agar kita dapat menjalankan ibadat puasa, qiamullai dan beramal soleh kepada-Nya.

Membersihkan diri
Membersihkan diri dengan melakukan pelbagai ibadat sunat serta taubat nasuha daripada segala dosa dan maksiat. Setiap orang tidak dapat melarikan diri daripada melakukan dosa dan taubat adalah wajib pada setiap waktu.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan dalam sepotong hadis, ".....sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan terus mengerjakannya, Allah tidak akan menghiraukannya - tidak memberi pahala kepadanya - (walaupun) dia tidak makan dan minum (puasa)." - HR al-Bukhari.

Persediaan diri
Sebelum menyambut ramadan, persediaan diri yang boleh dibuat seperti puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan yang lain.

Mempelajari hukum-hakam puasa
Elok kiranya kita mengulangi atau memperingati diri mengenai suna Nabi s.a.w. serta cara puasa sebelum menghampiri Ramadan. Antara, mempelajari syarat puasa, sah batalnya, hukum berpuasa pada hari terakhir bulan Syaaban, perkara yang harus, wajib atau haram bagi seorang yang berpuasa, apakah adab-adab dan sunat-sunat berpuasa.

Semoga ia akan dapat menjadi bimbingan kepada sahabat-sahabiah sekalian, insya-Allah. Selamat Menyambut Ramadan!


p:s/ more article about Ramadan

Posted in | 0 comments

Tahukah Anda?


Sebuah panel solar yang terbesar di dunia bakal dibina di Amerika Syarikat menjelang tahun 2011 bagi menangani pencemaran udara akibat pembakaran api fosil untuk stesen penjanaan kuasa, terutamanya di California.

Stesen solar yang bakal dibina di atas tapak seluas 640 ekar di kawasan Fresno, San Francisco itu dijangka bersaiz 17 kali ganda lebih besar berbanding panel solar terbesar kini yang bertempat di Jerman. Stesen baru ini juga dijangka mampu menjana sehingga 80 megawat tenaga elektrik.

Menurut Bill Barnes, ketua pengawai eksekutif syarikat yang merancang projek ini, Cleantech Ltd. "Stesen solar ini, diharapkan dapat menjadikan California sebagai hub terbesar industri tenaga diperbaharui, menggantikan Jerman menjelang 2011 nanti. Tenaga yang dijana dari stesen ini akan dapat membekalkan elektrik kepada 21 ribu buah rumah di California." Semoga panel solar yang akan dibina ini memberi manfaat kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian, insya-Allah.



Posted in | 0 comments

Hadis

Hari ini saya membelek-belekkan sebuah buku yang bertajuk 187 Pepatah Sabda Nabi S.A.W dan terjumpa satu hadis sahih riwayat At-Tabarani yang memberitakan Rasulullah s.a.w. bersabda:

املك عليك لسانك
Ertinya: "jagalah lidah engkau"

Apabila terbaca pula tafsirul Quran, jumpa ayat 12 dari surah Al-Hujurat yang menyatakan:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setenganya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penierima taubat, lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya, apa yang telah diperintah oleh Allah SWT dan Rasul-Nya itu pasti ada sebab mengapa diperintahkan demikian. Apa yang dapat saya fikirkan di sini ialah sesungguhnya, lidah itu bagaikan harimau. Jika tersalah jaga, dia akan membahayakan diri sendiri. Pada hari ini ramai orang yang terdedah kepada bahaya sebab percakapan yang tidak dijaga dan diambil kira kesan buruknya di masa depan. Ada adik-beradik dan sanak-saudara yang memutuskan silaturrahim antara mereka kerana terlepas cakap sehingga menyebabkan pihak lain terasa hati. Menjaga lidah bukanlah bereti menahan bercakap tetapi hendaklah bercakap bila perlu dan menguntungkan dan diam bila tidak mendatangkan kebaikan. Oleh itu, kita hendaklah berfikir dengan cermat sebelum hendak mengeluarkan sesuatu kata atau ucapan agar tidak menyesal berpanjangan. Pesanan ini adalah khas untuk diri saya dan para sahabah-sahabiah yang dicintai demi kasih Allah sekaliam. Wallahualam. Ws



Posted in | 0 comments

Pattani Darussalam



Masalah paling besar yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004 ialah keadaan tidak aman yang memberi kesan sangat besar kepada rakyat setempat, harta benda, ekonomi, dan politik. Tidak kira mana-mana penganut agama yang tidak berdosa, pemimpin-pemimpin agama, wakil rakyat dan setiap kaki tangan kerajaan semuanya berada dalam keadaan “tidak boleh dipercayai” dan juga tidak selamat.

Sejak peristiwa 4 Januari 2004 sampai sekarang, jumlah penduduk setempat yang meninggal tidak kurang daripada 2400 orang. Jumlah ini tidak termasuk lagi dengan jumlah mangsa-mangsa yang cedera parah, kanak-kanak yang menjadi yatim piatu, serta bilangan janda-janda yang semakin bertambah. Mereka ini mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, namun, tiada siapa yang menyakinkan bahawa mereka ini tidak akan menjadi masalah serta beban kepada masayarakat dalam masa yang akan datang.

Harta benda rakyat tempatan, kedai-kedai runcit, syarikat-syarikat serta bangunan-bangunan kerajaan rosak kerana tidakan pihak yang tidak bertanggungjawab sepeti mengebom, membakar yang ketertalaluan di mana tidak pernah terjadi sebelum ini.

Di Selatan Thai terdapat penduduk yang majoritinya adalah Muslim 80% dan Buddha 20% yang pernah hidup dalam keadaan aman damai serta berganding bahu kini suasana sedemikian hanya menjadi sejarah bagi seluruh rakyat Thailand apatah lagi dengan penduduk-penduduk di Selatan Thai. keadaan-keadaan itu telah digantikan dengan perasaan marah serta dendam yang akan menjadi masalah pada masalah yang akan datang sekiranya kerajaan tidak berusaha mendamaikan negeri-negeri itu.

Kesan yang dihadapi oleh penduduk setempat bukan berhenti di situ sahaja, akademik pelajar selatan Thai juga turut terjejas. Ramai dalam kalangan guru-guru yang berjasa dan tidak berdosa dibunuh menyebabkan menimbulkan ketakutan dan tidak yakin dirinya akan selamat ketika sedang mengajar mahupun dalam perjalanan ke sekolah. Sebilangan besar guru di Selantan Thai bukan guru tempatan sebaliknya merupakan guru-guru dari negeri lain yang ikhlas ingin mengajar pelajar-pelajar kurang bernasib baik. Ibu bapa yang mempunyai taraf kewangan yang kukuh telah menghantar anak-anak mereka belajar di luar negeri, bagaimana pula dengan ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah?

OIC Terhadap Selatan Thai

Pada mulanya, masalah di selatan Thai dianggap sebagai masalah dalam negara oleh ahli-ahli negara OIC dan tidak perlu campur tangan kerana masih tiada penindasan berlaku sehingga menjadi punca pergaduhan antara agama dan kaum. OIC mula mengambil berat terhadap masalah di selatan Thai secara serius apabila berlaku peristiwa pengeboman di masjid Krue Se pada 28 April 2004 dan tunjuk perasaan di Tak Bai pada 25 Oktober 204 sehingga menyebabkan penduduk tempat meninggal dunia seramai 86 orang.

Daripada peristiwa itu, OIC telah dijemput oleh kerajaan Thailand untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin agama di selatan Thai terhadap masalah-masalah yang terjadi. Pada akhir bulan April 2007, kerajaan Thailand sekali lagi menjemput Setiausaha OIC untuk berbincang. Perdana Menteri, Surayud Chulanon sangat menghargai kedatangan serta kerjasama yang diberikan oleh pihak OIC terhadap kerajaan. Selain itu, OIC juga member buku kepada penduduk tempatan meminta agar mereka memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mewujudkan keamanan. OIC langsung tidak menunjukkan sokongan terhadap sesetengah pihak yang ingin kononnya menjadikan Selatan Thai sebagai negara asing daripada Thailand yang akan dinamakan Pattani Darussalam. Doakan agar segala masalah diselesaikan tanpa pembunuhan, insya-Allah. Wassalam.

Posted in | 4 comments