Hadis
Posted On Sunday, September 2, 2007 at at 9:20 PM by neemHari ini saya membelek-belekkan sebuah buku yang bertajuk 187 Pepatah Sabda Nabi S.A.W dan terjumpa satu hadis sahih riwayat At-Tabarani yang memberitakan Rasulullah s.a.w. bersabda:
املك عليك لسانك
Ertinya: "jagalah lidah engkau"
Ertinya: "jagalah lidah engkau"
Apabila terbaca pula tafsirul Quran, jumpa ayat 12 dari surah Al-Hujurat yang menyatakan:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setenganya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penierima taubat, lagi Maha Mengasihani
Sesungguhnya, apa yang telah diperintah oleh Allah SWT dan Rasul-Nya itu pasti ada sebab mengapa diperintahkan demikian. Apa yang dapat saya fikirkan di sini ialah sesungguhnya, lidah itu bagaikan harimau. Jika tersalah jaga, dia akan membahayakan diri sendiri. Pada hari ini ramai orang yang terdedah kepada bahaya sebab percakapan yang tidak dijaga dan diambil kira kesan buruknya di masa depan. Ada adik-beradik dan sanak-saudara yang memutuskan silaturrahim antara mereka kerana terlepas cakap sehingga menyebabkan pihak lain terasa hati. Menjaga lidah bukanlah bereti menahan bercakap tetapi hendaklah bercakap bila perlu dan menguntungkan dan diam bila tidak mendatangkan kebaikan. Oleh itu, kita hendaklah berfikir dengan cermat sebelum hendak mengeluarkan sesuatu kata atau ucapan agar tidak menyesal berpanjangan. Pesanan ini adalah khas untuk diri saya dan para sahabah-sahabiah yang dicintai demi kasih Allah sekaliam. Wallahualam. Ws