Hijrah Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama tidak saya "meng-update-kan" blog ini. First of all, salam hijrah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga dapat menghijrahkan diri dari perkara yang kurang kepada perkara yang lebih baik, insya Allah. Bercakap mengenai hijrah ini, semua akan teringatkan peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. kita hijrah dari kota Mekkah ke kota Madinah.

Peristiwa bersejarah itu berlaki pada tahun ke-13 setelah nabi Muhammad s.a.w. diangkat oleh Allah s.w.t. menjadi rasul yang terakhir. Ketika itu, Rasulullah s.a.w. berumur 53 tahun. Di antara yang menyertai rombongan ini ialah keluarga Rasulullah s.a.w., sahabat baginda, Abu Bakar (bersama keluarganya), Ali bin Abu Talib dan sahabat-sahabat yang lain.


Rasulullah s.a.w. kemudian menukarkan nama nama Yatsrib kepada Madinahtun Nabi (Kota Nabi) dan seterusnya disebut Madinah. Penduduk Yathrib mula memeluk Islam pada tahun ke-11 selepas Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi Rasul. Ketika itu enam lelaki kaum Khazraj dan Yatsrib dapat bertemu dgn Rasulullah s.a.w. di bukit Aqabah, Mina pada musim haji. Setelah mereka berbaiat dengan Rasulullah s.a.w. untuk memeluk Islam, lalu mereka sebarkan ajaran Islam kepada penduduk-penduduk di Yatsrib. Mereka mengajarak menyembah Allah dan beriman kepadaNya.


Pastinya dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. dan rombongannya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Perjalanan dari Mekkah ke Madinah kira-kira adalah 450 km. Pengalaman saya semasa pergi umrah dulu, jarak Mekkah ke Madinah dengan kereta sudah mengambil masa 7-8 jam. Itu sudah cukup memenatkan. Di tengah padang pasir yang kering lagi panas. Bagaimana pula dengan Rasulullah s.a.w.? Semestinya lagi memenatkan, tetapi demi menunaikan perintah Illahi, baginda dan rombongannya tidak kisah tentang itu.

Pada tahun ke-13 kenabian, Rasulullah s.a.w. mendapat perintah dari Allah s.w.t. untuk berhijrah ke Yatsrib apabila orang-orang kafir Quraisy di Mekah merancang untuk membunuh baginda. Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar telah bersembunyi tiga hari di Gua Tsur setelah baginda berjaya keluar dari rumah yang dikepung oleh kaum kafir Quraisy.

Pada hari berikutnya, Abdullah bin Uraiqith (petunjuk jalan ke Yatsrib) datang bersama Amir Fuhairah pada waktu malam ke Gua Tsur membawa unta untuk Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar sebagai kenderaan menuju ke Yatsrib. Tiba di Quba rombongan Rasulullah s.a.w. disambut gembira oleh umat islam di situ. Kemudian menyusul pula Ali membawa keluarga Rasulullah s.a.w. dan keluarga Abu Bakar.

Selama beberapa hari di Quba, nabi s.a.w. bersama para sahabat dan penduduk di situ telah membina Masjid Quba atas dasar taqwa. Pada pagi Jummat (bulan Rabiulawal) Nabi s.a.w. dan rombongannya meneruskan perjalanan ke kota Yatsrib. Bila masuk waktu tengah hari, Rasulullah s.a.w. singgah di Wadi Ranuna untul bersolat Jumaat serta menyampaikan khutbah. Hari ini, tempat itu dibina masjid dan dinamakan Masjid Jum'ah.Selepas itu barulah Rasulullah s.a.w. dan rombongan menuju ke Yatsrib, mereka disambut meriah.

Terharu rasanya bila bercakap mengenai hijrah ini. Besarnya jasa serta pengorbanan Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda terhadap dunia Islam pada hari ini. Wallahualam. Wassalam.

Posted in |

0 comments: