hari ini...
Posted On Sunday, November 8, 2009 at at 7:28 AM by neemAssalamualaikum wbt
Tajuk "hari ini" sebenarnya semalam lagi aku nak tulis. Tapi sekadar tulis tajuk je lah. Sepatutnya tukar tajuk entry ni jadi "semalam" tapi biar lah.
Semalam aku ada kerja dimana perlu aku berada di restoran. Selalu aku perasan, budak-budak sekolah agama, tahfiz (ye kot) selalu jual barang seperti minyak, kalendar, kismis dan sebagainya. Kata mereka ini adalah sumbangan untuk sekolah. Hmm.. persoalannya, sejauh mana aku boleh percaya dan kenapa mesti pelajar yang perlu menjual barang sedangkan "ustaz-ustaz" mereka melihat dari jauh saja. Kenapa?
Selalunya juga aku tak beli apa-apa dari budak-budak tu. Selalunya kalau nampak dia dari jauh, aku akan panggil datang dekat.
"adik dah makan?"
"adik dari mana?"
"datang dengan siapa"
"jom makan dengan akak, akak belanja!"
Selalunya juga mereka tak boleh join aku makan, katanya nanti ustaz marah.
tindakan seterusnya, bagi lah duit setakat yang aku mampu, kata aku:
"Ini duit untuk adik. Bukan duit untuk sekolah. Simpan dan guna bila tak ada duit."
-kesian-
Tu kes budak-budak. Kes baru, kes orang tua.
Selalunya dorang stlye yang sama juga. Jual barang. Selalunya juga orang Bagladesh. Sekarang orang Thai pula. Orang selatan. Slang dorang cakap bahasa melayu pun aku dah tahu, comfirm bukan Malaysian!
"adik, ni pokcik ada jual keropok. Sedap. Tolong lah beli."
"berapo rial, pokcik?"
"15 riyal jah, pokcik jual muroh-muroh."
(padahal, kalu besar tu.. aku boleh dapatkan dalam harga 7 ringgit"
"pokcik mai mano?"
"pokcik mai naro..."
"saya xdok duit lah pokcik. Kalau muroh sikit saya beli"
Pakcik tu macam frust, mukanya macam merajuk dgn cucu. Pakcik tu agak tua. Aku anggarkan dalam 60-an umurnya.
Aku perhatikannya yang terus ke meja lain. Kesian pakcik, takde juga orang yang nak beli.
Aku serba salah gila. Seolah-olah aku telah buat seorang warga emas kecil hati, hanya kerana kata-kata aku.
"Pakcik, saya minta maaf! Moga pakcik dirahmati Allah."
Terdetik dalam hati, sampai hati anak-anaknya membiarkan pakcik tu jalan jauh. Penat, panas. Berpeluh sampai badannya kurang wangi. Aku kesian pakcik tu. Tapi aku minta maaf pakcik.. Setakat doa saja yang aku mampu ketika itu.
Wallahualam
iya.. xdinafikan perkara ni mmg berlaku. Kalu mcm budak2 tahfiz/ sekolah agama pun abg tanya camtu gak. Org kata ada silibus kat sekolah mereka untuk dedahkan mereka punya pengalaman berniaga/ usahawan.
tu yg kdg2 bg diorg duit poket untuk mkn. bukan apa, kesian.. kdg2 smpai ke mlm kita tgk diorg ni dok meniaga.
kalu kes org tua lg haru.. yg paling teruk ada org yg bw org tua2 yg sakit2 p meja ke meja. secara jujur, rs xselesa. balik2 muka dia yg dok mengemis. mmg xpatut abg ckp camni. tp, rata2nya mereka (org2 tua) ni jd begini sbb peluang nk dpt duit tu mudah. org malaysia mmg pemurah.
salam.. perkara yg sama dialami kawe..
budak peminta sedekah datang menjual sticker bertulis ayat suci al-quran...
sebelum kawe membeli sticker tu, kawe paksa bdak tu makn KFC yg kawe beli.. dgn perasaan takut, budak tu mkn dgn sgt lahap dan pantas seolah2 tidak mahu seseorang melihatnya...
kawe pun x faham, apa yg berlaku disebalik ni.. adakah, budak2 diekploitasi?
Situasi yang membuatkan kita rasa serba salah T_T
abg nizam,
peluang duit mudah? bagi neem skrg tak semudah yg dlu. sbb orang dah ragu2 dgn kedatangan mereka ini. terlalu ramai. tak bagi serba salah, kalau bagi nanti duk pk duit tu nanti dorg nak bawa g mana, utk apa.
adham,
ws'lam wbt.. budak diekploitasi? mgkin juga. tapi sape? kenapa org sanggup menggunakan tenaga budak utk tujuan ini? hmm..
qaya,
mgg serba salah.. neem serba salah gile dgn pakcik tu sbb kata2 neem yg buat dia kecil hati.
da xde duit
nak buat camne kan
huhu
Aku tak kisah nak menderma. Tapi bila dah sekali menderma kene keluar nilai yg dia sendiri tetapkan, itu dah lain mcm tu..minta derma ke @ paksa org keluarkan duit???
menggunakn agama ats dsr kepentingn dri....org2 mcm ni yg mencemarkn islam...
joe,
sbb tu lah nak jadi kaya murah hati ^^
azym,
ah'ah. tp budak2 ni at least terima tau. aku penah jmpa cina, yg minta duit cth 10 ringgit bantu sorg pesakit, bila aku nak bagi seringgit je, dia x nak terima dah. hmm
Anonymous,
hmm..kadang2 x kena caranyer
yup, mmg xsemudah dulu org memberi. Sbb byk kes dh. ada sindiket yg memanipulasi org2 yg kudung tgn/kaki. brp byk berita yg dedahkan perkara camni.
teringat ada cita sorang budak kecil yg meniaga kuih muih mak dia. bila mamat tu nk bg sedekah, dengan sopan santunnya budak tu jwb " ibu saya akan marah saya jika saya terima duit ni sedangkan kuih masih byk. Saya masih punya tulang empat kerat utk membantu ibu dengan menjual kuih muih ni"
betapa mulia si anak ni.. bila dibandingkan dengan org2 yg mengemis sedangkan cukup sifat mmg abg xdpt terima..
-knizam-
selagi mampu, selagi tu kena berusaha
nak komen gak..(n.n)
kalo kat area bangi,rmai org buta dtemani sorg agi,dtg ke meja2 makan kat restoran2..xkesah la melayu or mamak...
modal diorg,tisu n ayat quran...
mende ni da masuk lam paper n tv...
sbb di exploitasi oleh sendikit...
tp yelah,org kita sgt baik hati...
ttp hulurkan derma,wpun berat...
maaf ckp,aku pun jrg sgt bgi kat diorg...bkn tidak kasian...
tp benci dgn sendikit yg exploitasikn diorg tu...
***atuk sdara aku pun buta gak...
ade 4org anak,sorg buta,2 rabun hmpir2 buta,sorg normal...
tp dia bdiri sdiri...
~sila betulkn kalo silap