Betul ke?


Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Harap sihat sentiasa dan dirahmati Allah selalu. Ramai juga desak aku supaya update blog, insya Allah akan rajin-rajinkan diri untuk penuhi blog kesayangan ini.

Semoga apa yang aku akan sampaikan ini memberi sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dan renungan kepada sahabat-sahabat sekalian.

Pejam celik, pejam celik aku dah jadi final year student! Dalam masa setahun lagi, insya Allah jika diizinkan Tuhan, aku akan tamat pengjian aku tak lama lagi. Aku fikir-fikir balik, nak sambung Master dalam bidang yang aku minat. Aku lebih kepada social dan motivasi. Mungkin aku akan sambung dalam bidang dakwah atau kaunseling, kalau ada cadangan sahabat-sahabat sudilah bagi cadangan kat aku. Niat pertama aku untuk ceburi bidang ini juga adalah untuk jaga suasana pekerjaan dalam bidang yang lebih soleh. Bukan kerja lain tak boleh mempunyai situasi sedemikian, tetapi untuk memudahkan masa depan aku sebagai seorang perempuan, lebih elok aku elakkan suasana pekerjaan yang agak gaul dengan lelaki sangat.

Ibu aku bekerja dari rumah kerana tidak diizinkan suaminya. Pada zaman ini mungkin orang pandang serong terhadap kaum wanita yang menjadi suri rumah. Ketahuilah sahabat-sahabat ku, suri rumah bukan hanya makan dan tidur sahaja. Sebaliknya suri rumah kerjanya sangatlah banyak atau lebih banyak daripada mereka-mereka di pejabat tanpa kaji. Tanggungjawab seorang wanita itu sepatutnya di dalam rumah. Bertanggungjawab pada suami dan anak-anaknya.

Bukan tak boleh kerja di luar rumah. Tapi sebaik-baiknya seorang wanita itu perlu banyak menghabiskan masa di rumah. Pernah aku fikir, aku tak nak bekerja nanti, nak tumpu pada keluarga saja. Tapi apa gunanya bila half of my life dihabiskan untuk belajar. Sedikit sebanyak aku ingin bantu masyarakat selain keluarga ku sendiri nanti, insya Allah.

Betul ke apa yang aku fikirkan ni, sahabat-sahabat? Kongsi lah ilmu dengan aku.. Sungguh aku ingin mencontohi Imam Hanbali, dimana beliau selalu merendahkan diri walaupun beribu-ribu hadis yang beliau hafal.

Selama menyambut Ramadan Al-Mubarak. Selamat berpesta. Semoga bergembira sentiasa. Insya Allah, aku akan upload sedikit masakan Thai yang boleh dijadikan juada berbuka puasa. Selamat berpuasa. Barakallahufik. Salam.



Posted in |

5 comments:

  1. Nomad Melayu Says:

    Salam. Salam Ramadhan...
    Selamat berpuasa

    Rasanya tak salah kalau nak jadi suri rumah, dan tak salah kalau nak cuba imbangi keluarga dan kerjaya...
    Tengok la pada keperluan dan kerelaan bakal suami

  2. neem Says:

    salam ramadan.

    Selamat berpuasa.

    insya Allah.. =)

  3. Anonymous Says:

    salam ukhuwah

    selamat menjalani ibadah Ramadhan. Saya doakan semoga na neem berjaya pada tahun akhir ini dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam master =)

    jemput ziarah saya.

  4. paan Says:

    hohohoh.selamat bekerja ibu - ibu...

  5. Blogger Says:

    salam ramadan.