Sekolah dalam Gua
Posted On Tuesday, March 25, 2008 at at 5:48 AM by neem
Assalamualaikum wbt,
Di dunia yang telah mencapai satu tahap pembangunan yang cemerlang pada hari ini, masih banyak lagi perkara-perkara yang "dirahsiakan" oleh Allah SWT atau pun saya sendiri yang tidak mengetahuinya atau pun tidak berusaha untuk mengetahuinya. Sesungguhnya, diri saya ini hanya seorang hamba-Nya yang lemah.
Satu baris kata, satu tajuk dalam peti emel saya yang berbunyi "Sekolah dalam Gua" membuat saya tersenyum seorang. Apa agaknya isi dalam emel itu? Apakah masih wujud sekolah dalam gua sebagai mana tajuk yang terpapar? Sungguh menajubkan dan menyejukkan hati saya apabila saya melihat isinya. Terasa pula ingin belajar dalam keadaan sedemikian. Tetapi mana mungkin manusia mampu mendapatkan sesuatu dalam satu masa yang sama....? =)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahman: 13)
=)
Kerdilnya kita..
Tetapi mengapa masih tidak sedar akan kekerdillan itu?
Renung-renungkan.
Semoga boleh jadi pengajaran buat semua.
Wassalam.
Subhanallah
Posted On Saturday, March 8, 2008 at at 12:53 AM by neemPada malam jumaat, bersamaan dengan hari khamis 7 hari bulan saya dan keluarga berangkat ke Bachok, kampung halaman Ayah Su. Kebetulan umi pun ada kerja di Tangok, keputusan tidur di sana disetuju oleh kami sekeluarga. Di kawasan itu tidak kalah hebatnya kempen oleh parti-parti yang bertanding. Saya sebenarnya bukan nak tulis mengenai suasana pilihanraya. Di sini hanya ingin merehatkan minda. Memandangkan, saya juga sedikit serabut dan kecewa melihat "sesetengah pihak" mengambil peluang dalam pelihanraya ini. Terdetik di dalam hati, apakah sebenarnya yang mereka mahu dari parti-parti yang akan bertanding? Mendapatkan wang semata-mata atau ingin memilih pemimpin yang berkaliber lagi beriman?
Bertahun-tahun lamanya saya tidak berada dalam perkampungan nelayan, tidur di atas rumah kayu, menikmati angin sejuk pada waktu malam. Hari itu membuatkan saya teringat kat rumah Tuk saya sendiri di Nakorn Si Thammaraj, Selatan Thailand. Keadaan lebih kurang sama. Dalam kampung nelayan yang tenang dan aman.
Aktiviti senaman ringkas sambil menikmati keindahan pantai dilakukan pada pagi hari kemudian. "Subhanallah," ucap hati saya. Rindu teramat kat pantai. Di pantailah merupakan salah satu tempat saya merehatkan minda. Jika hari tersebut merupakan hari yang saya gelisah, serabut dan letih di pantailah merupakan salah satu tempat saya pergi menenangkan minda.
Sambil menikmati kesejukan angin, gambar-gambar hari terjadinya Tsunami di kawasan Asia Tenggara terpamer di mata saya. Tingginya pokok-pokok kelapa, tapi tinggi lagi ombak yang telah melanda kawasan yang dikehendaki-Nya. Ramai yang kehilangan orang yang tersayang, namun ia tetap ada hikmah disebaliknya.




Luasnya laut...tapi luas lagi ilmu pengetahuan yang telah disediakan oleh Ilahi.
" Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." Surah Kahfi ayat 109-110.
Seseorang yang beriman merupakan seseorang yang berilmu. Dengan adanya ilmu di dada, akan bertambah-tambahnya iman di hati. Begituah pentingnya ilmu bagi seseorang umat. Ketika wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. pun, malaikat Jibril a.s menyebut "bacalah wahai Muhammad!" sebanyak tiga kali. Sebab itu lah, umat Islam disaran untuk menuntut ilmu pengetahuan. Hati saya selalu berkata, sampai mati pun tak akan habis saya belajar. Wassalam.
Di Sekitar Bandar Kota Bharu
Posted On Wednesday, February 20, 2008 at at 10:03 PM by neem



Sambungan dari yang semalam. Atas permintaan ramai supaya saya menurunkan lebih banyak lagi gambar-gambar di sekitar KB, terpaksa lah saya pergi round-round KB hari in demi sahabat-sahabat yang tercintai. Mujur tak ada yang kena saya langgar, mana tidak, mata tengok je kat lain sambil pengang handphone. Hehe.. Apa-apa pun, syukur kepada Illahi kerana menyelamatkan saya dari segala bahaya, alhamdulillah!
Suasana di Kelantan
Posted On at at 5:46 AM by neem
Suasana peliharan raya di Kelantan semakin hebat. Pelbagai cara dan gaya tersendiri dilakukan oleh parti-parti yang akan bertanding demi menambat hati pengundi. Terasa seronok pula bila dapat melihat keadaan itu. Benar, saya sudah lama tinggal di Kelantan tapi selama ini tak ada peluang melihat suasana di musim pelihanraya di Kota Bharu.
Suasana uniknya yang berbeza di Bangkok. Saya tak akan bagi apa-apa komen tentang hal ini. Saja saya tunjukkan gambar-gambar ini kat sahabat-sahabat yang tak ada di Kelantan sekarang. Gambar tak banyak sangat sebab tengah drive masa tu. Gambar-gambar yang lain akan menyusul kemudian, insya Allah.



Saya sayang Kelantan, semoga Allah berikan yang terbaik, ameen =)
Hijrah Rasulullah s.a.w
Posted On Wednesday, February 13, 2008 at at 11:58 PM by neem
Assalamualaikum w.b.t.
Sudah lama tidak saya "meng-update-kan" blog ini. First of all, salam hijrah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga dapat menghijrahkan diri dari perkara yang kurang kepada perkara yang lebih baik, insya Allah. Bercakap mengenai hijrah ini, semua akan teringatkan peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. kita hijrah dari kota Mekkah ke kota Madinah.
Peristiwa bersejarah itu berlaki pada tahun ke-13 setelah nabi Muhammad s.a.w. diangkat oleh Allah s.w.t. menjadi rasul yang terakhir. Ketika itu, Rasulullah s.a.w. berumur 53 tahun. Di antara yang menyertai rombongan ini ialah keluarga Rasulullah s.a.w., sahabat baginda, Abu Bakar (bersama keluarganya), Ali bin Abu Talib dan sahabat-sahabat yang lain.
Rasulullah s.a.w. kemudian menukarkan nama nama Yatsrib kepada Madinahtun Nabi (Kota Nabi) dan seterusnya disebut Madinah. Penduduk Yathrib mula memeluk Islam pada tahun ke-11 selepas Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi Rasul. Ketika itu enam lelaki kaum Khazraj dan Yatsrib dapat bertemu dgn Rasulullah s.a.w. di bukit Aqabah, Mina pada musim haji. Setelah mereka berbaiat dengan Rasulullah s.a.w. untuk memeluk Islam, lalu mereka sebarkan ajaran Islam kepada penduduk-penduduk di Yatsrib. Mereka mengajarak menyembah Allah dan beriman kepadaNya.
Pastinya dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. dan rombongannya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Perjalanan dari Mekkah ke Madinah kira-kira adalah 450 km. Pengalaman saya semasa pergi umrah dulu, jarak Mekkah ke Madinah dengan kereta sudah mengambil masa 7-8 jam. Itu sudah cukup memenatkan. Di tengah padang pasir yang kering lagi panas. Bagaimana pula dengan Rasulullah s.a.w.? Semestinya lagi memenatkan, tetapi demi menunaikan perintah Illahi, baginda dan rombongannya tidak kisah tentang itu.
Pada tahun ke-13 kenabian, Rasulullah s.a.w. mendapat perintah dari Allah s.w.t. untuk berhijrah ke Yatsrib apabila orang-orang kafir Quraisy di Mekah merancang untuk membunuh baginda. Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar telah bersembunyi tiga hari di Gua Tsur setelah baginda berjaya keluar dari rumah yang dikepung oleh kaum kafir Quraisy.
Pada hari berikutnya, Abdullah bin Uraiqith (petunjuk jalan ke Yatsrib) datang bersama Amir Fuhairah pada waktu malam ke Gua Tsur membawa unta untuk Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar sebagai kenderaan menuju ke Yatsrib. Tiba di Quba rombongan Rasulullah s.a.w. disambut gembira oleh umat islam di situ. Kemudian menyusul pula Ali membawa keluarga Rasulullah s.a.w. dan keluarga Abu Bakar.
Selama beberapa hari di Quba, nabi s.a.w. bersama para sahabat dan penduduk di situ telah membina Masjid Quba atas dasar taqwa. Pada pagi Jummat (bulan Rabiulawal) Nabi s.a.w. dan rombongannya meneruskan perjalanan ke kota Yatsrib. Bila masuk waktu tengah hari, Rasulullah s.a.w. singgah di Wadi Ranuna untul bersolat Jumaat serta menyampaikan khutbah. Hari ini, tempat itu dibina masjid dan dinamakan Masjid Jum'ah.Selepas itu barulah Rasulullah s.a.w. dan rombongan menuju ke Yatsrib, mereka disambut meriah.
Terharu rasanya bila bercakap mengenai hijrah ini. Besarnya jasa serta pengorbanan Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda terhadap dunia Islam pada hari ini. Wallahualam. Wassalam.
Murtad dalam Kalangan Saudara Baru
Posted On Sunday, November 4, 2007 at at 12:25 AM by neem
Firman Allah SWT "Sesiapa yang murtad di antara kamu dari agama (Islam) lalu ia mati dalam kekafiran. Maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan mereka itulah penuhi neraka. Mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Baqarah: 217)Penekanan tanggungjawab terhadap saudara baru harus dimainkan oleh semua pihak kerana terdapat saudara baru yang kembali semula kepada agama asalnya kerana tidak diberikan perhatian sewajarnya. Fenomena ini selain mencerminkan kegagalan dakwah dalam kalangan saudara baru, ia juga boleh menjejaskan imej Islam dalam kalangan non muslim.
Pernahkah kita berfikir untuk memeluk agama Islam, bukan suatu perkara yang mudah. Pelbagai masalah dan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang sebelum ia dapat hidup sebagai seorang Muslim. Jadi, apabila seseorang saudara baru itu nekad untuk murtad maka ia seharusnya mendatangkan tanda tanya kepada kita. Walaupun tidak dinafikan saudara baru merupakan golongan yang mudah terdedah kepada murtad, tetapi hal ini tidak bermakna masalah tersebut tidak dapat diatasi. Malah sejarah membuktikan tokoh jahiliah sebelum Islam, menjadi wira selepas memeluk Islam.
Sudah sampai masanya para pendakwah/ pertubuhan dakwah melakukan penilaian semua terhadap gerak kerja, usaha dan modus operandi dakwah yang digunakan selama ini, apakah masih relevan dengan perkembangan semasa, khususnya dalam pembinaan terhadap saudara baru.
Selain giat menarik golongan bukan Islam untuk memahamkan tentang Islam, selepas mereka faham dan tertarik dengan Islam, juga perlu membuat program-program terancang bagi memastikan golongan mualaf mendapat kefahaman yang betul dan permasalahan yang berlaku dapat ditangani dengan berkesan.Dakwah dalam kalangan bukan Islam bukan sekadar untuk mengislamkan seseorang tetapi juga mempunyai tujuan untuk membentuk keperibadian Islam yang unggul.
Sesungguhnya, masalah murtad dalam kalangan saudara baru mahupun saudara yang dilahirkan dalam Islam itu sendiri merupakan satu masalah umat yang perlu dipandang serius oleh seluruh umat Islam. Jikalau bukan umat Islam sendiri yang membendungnya, siapa lagi? Perlu diingatkan bahawa kita ada musuh yang sentiasa berusaha untuk melemahkan kekuatan umat Islam. Kembalilah ke jalan yang diredai Allah S.W.T. Semoga Islam menjadi lebih kuat dan dihormati oleh mereka-mereka yang bukan Muslim. Wallahualam, ws.






