Kot mana-mana pun dorang akan buat?
Posted On Tuesday, April 27, 2010 at at 10:06 PM by neemInternational Student Leaders Conference
Posted On Sunday, March 7, 2010 at at 2:29 AM by neem
Minggu lepas selama lapan hari aku bersama beberapa kawan wakil dari UNIRAZAK (not unitar anymore) menghadiri International Student Leaders Conference yang dianjurkan oleh UTM.
Sangat best ok. Alhamdulillah.
Mula-mula pergi Melaka di homestay Sg. Rambai, dan seterusnya Taman Mini Malaysia dan UTM Skudai. Secara peribadi aku, aku memang suka berkawan. Di sana aku jumpa ramai kawan serta sahabat. Jumpa manusia berbeza-beza bangsa dan agama yang sangat baik, sopan dan peramah.
Allah telah menciptakan manusia dari pelbagai bangsa untuk kita saling kenal mengenali. Jadi, dengan adanya conference ini, aku gunakan peluang ini sebaik mungkin. Perlu menerima dan memahami berbezaan budaya bangsa lain dengan sebaik mungkin, walaupun ada juga benda yang tak berapa sesuai dengan budaya kita sendiri. Contoh seperti pada Culture Night, aku dan rakan-rakan yang lain dipersembahkan persembahan dari macam-macam bangsa, dari Africa mempersembahkan dance-nya yang tak dapat diterima oleh sesetengah pihak termasuk lah aku. Tapi aku dan kawan-kawan cuba untuk memahaminya dengan sebaik mungkin.
Conference kali ni banyak kepada persembahan kebudayaan. Aku sedikit hairan dan ingin mempersoalkan adakah budaya itu semata-mata dengan tari menari? Kenapa majoriti semua persembahan yang aku tengok pasal tari menari. Tarian yang kadang-kadang lari dari syarak. Pergaulan lelaki perempuan, menjolok mata, tidak menutup aurat. Sehingga aku dan sahabat-sahabat saling ingat-mengingati antara satu sama lain untuk "Jaga mata!"
Orang Arab, sangat perihatin tentang tetamunya. Tapi sampai hari ni pun aku tak berapa pandai lagi nak berunding dengan orang arab walaupun arab di unitar. Sedikit susah untuk berinteraksi dengan dorang. Pada pemerhatian aku, dorang susah mendengar pendapat orang lain.. Itu pada pemerhatian aku saja.
Banyak pula kerja kena buat. Sekarang aku tengah on MC 10 hari sebab chicken pox. Kesabaran. Ada hikmah disebaliknya. Sedikit sedih sebab ia membataskan pergerakan aku. Tapi kalau ini ada pengapus dosa ku, aku terima sepenuhnya. Wallahualam
Semoga sahabat-sahabat dirahmati Allah SWT.
I LUV ISLAM
Posted On Thursday, February 11, 2010 at at 5:40 AM by neemHari ni kumpulan Karangkraf dan I LUV ISLAM datang ke tempat aku. Alhamdulillah, segalanya berjaya dengan lancar. Gembira kerana masih ramai yang ambil langkah dan usaha dalam menyampaikan ajaran Islam. Gembira sangat.
Ok, aku jadi MC. Teruk sangat-sangat. Maklum lah aku tak biasa. But at least i try, alhamdulillah. Still dapat sokongan dari kawan-kawan serta kakak-kakak dan abang-abang dari karangkraf. Maafkan saya! As i said just now, saya budak baru belajar.
Terharu boleh jumpa follower blog, salam ukwah buat Aqilah dan juga untuk kakak-kakak yang lain.
Semoga Allah merahmati perjuangan ini. Semoga berjaya dunia dan akhirat!
SETIAP LANGKAH ITU IBADAH - Tahniah!! ^^
Derma darah
Posted On Sunday, January 31, 2010 at at 4:27 AM by neem-adik-
Posted On Friday, January 22, 2010 at at 8:37 AM by neem Selepas pemerhatian aku dari pelbagai segi dan sudut, baru aku faham bahawa ramai manusia yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan mahupun kesenangan dalam hidup.
Se
tiap orang mempunyai kisah kehidupan masing-masing. Ada yang diuji Allah dgn kesenangan dan sebaliknya.Tidak semua orang yang sanggup menghadapinya. Bukan masalah mampu atau tidak, tapi masalahnya sanggup atau tidak.
Masa kat Bangkok, aku pergi jalan-jalan tempat membeli belah. Ternyata penjual-penjual di situ melakukan segalanya untuk meneruskan kehidupan. Di sini pun sama, kebanyakan orang berusaha untuk lakukan apa saja demi diri sendiri dan keluarga. Aku pun sama..
-keluarga-
Ya.. Cakap pasal keluarga memang tak akan habis. Aku rasa rindu teramat dengan keluarga, adik-adik dan baby-baby terutamanya.
Rindu nak gurau dengan dorang..
Rindu nak cium-cium dorang..
Semakin besar ni semakin aku lemah. Tak mampu cakap banyak pasal adik-adik. Terasa berat bila semua orang memberi amanah kat aku satu lagi perkara. Ya, aku terima sepenuhnya. Tapi sejauh mana aku kuat untuk menghadapi benda ni.
Adik bongsu aku selalu tak sihat, tapi nak datang belajar kat sini. Aku risau sebab aku tak tahu sejauh mana aku mampu jaga adik nanti. Kalau aku fikir, aku akan nagis. Sampai ada sekali aku chatting dgn Inee (adik ke dua) dan bincang hal ni. Inee kata sedang paksa adik makan vitamin untuk sihatkan badan. Aku tak risau sangat... tapi sebenarnya aku risau bila aku jauh dengan adik. Betapa aku risaunya sebagai anak sulong yang akan diamanahkan untuk jaga adik nanti.
Kata-kata akhir inee "Kena kirim dengan Allah lah kalau macam tu.. Insya Allah, DIA akan jaga orang yang belajar agama."
Aku yakin dengan itu. Tapi aku juga ingin buat yang terbaik untuk aku dan family aku.
Doakan moga aku kuat, ya!
^^
P dan L
Posted On Thursday, January 21, 2010 at at 12:08 AM by neem
Sepasang couple..
L dan P mereka bercinta berbulan-bulan lamanya..
L merancag sesuatu,
iaitu mendapatkan body kekasihnya..
L mengajak P ke hotel P setuju...
malam tersebut, mereka melakukan aktiviti
secara "berjemaah"
sehingga tidur kerana penat mengeluarkan tenaga
penat tidak terhingga bagun pagi rupa-rupanya..
P sudah tiada di dalam bilik
P lari bersama hp mahalnya,
laptop canggihnya,
duit dalam dompetnyer
syiling-syiling sekali di bawa lari..
Selepas beberapa hari si L mencari si P rupa-rupanya..
si P telah bercinta dgn L yang lain..
L tersebut, tergamam.
Renung-renungkan.. ^^

