-adik-

Selepas pemerhatian aku dari pelbagai segi dan sudut, baru aku faham bahawa ramai manusia yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan mahupun kesenangan dalam hidup.


Setiap orang mempunyai kisah kehidupan masing-masing. Ada yang diuji Allah dgn kesenangan dan sebaliknya.

Tidak semua orang yang sanggup menghadapinya. Bukan masalah mampu atau tidak, tapi masalahnya sanggup atau tidak.

Masa kat Bangkok, aku pergi jalan-jalan tempat membeli belah. Ternyata penjual-penjual di situ melakukan segalanya untuk meneruskan kehidupan. Di sini pun sama, kebanyakan orang berusaha untuk lakukan apa saja demi diri sendiri dan keluarga. Aku pun sama..

-keluarga-

Ya.. Cakap pasal keluarga memang tak akan habis. Aku rasa rindu teramat dengan keluarga, adik-adik dan baby-baby terutamanya.

Rindu nak gurau dengan dorang..

Rindu nak cium-cium dorang..

Semakin besar ni semakin aku lemah. Tak mampu cakap banyak pasal adik-adik. Terasa berat bila semua orang memberi amanah kat aku satu lagi perkara. Ya, aku terima sepenuhnya. Tapi sejauh mana aku kuat untuk menghadapi benda ni.

Adik bongsu aku selalu tak sihat, tapi nak datang belajar kat sini. Aku risau sebab aku tak tahu sejauh mana aku mampu jaga adik nanti. Kalau aku fikir, aku akan nagis. Sampai ada sekali aku chatting dgn Inee (adik ke dua) dan bincang hal ni. Inee kata sedang paksa adik makan vitamin untuk sihatkan badan. Aku tak risau sangat... tapi sebenarnya aku risau bila aku jauh dengan adik. Betapa aku risaunya sebagai anak sulong yang akan diamanahkan untuk jaga adik nanti.

Kata-kata akhir inee "Kena kirim dengan Allah lah kalau macam tu.. Insya Allah, DIA akan jaga orang yang belajar agama."

Aku yakin dengan itu. Tapi aku juga ingin buat yang terbaik untuk aku dan family aku.

Doakan moga aku kuat, ya!

^^



Posted in |

5 comments:

  1. zaimah Says:

    na neem kena kuat...kuat utk melaksanakan amanah yg diberi..b str0ng gal=)

  2. ..Nor Fatihah.. Says:

    Insya-Allah..Dia sentiasa ada utk org2 y melakukan kebenaran..

  3. Lutfi Lokman a.k.a kamitaken Says:

    saya paham perasaan seorang anak sulung. sebab saya seorang anak sulung.

    tanggungjawab atau mas'uliyyah terletak di atas bahu kita untuk apa sahaja urusan keluarga. hendak atau tidak hendak, kitalah yang akan memikul tugas sebagai ibu dan bapa apabila mereka tiada kelak.

    semoga menjadi kakak yang penyabar, kuat dan akan terus bahagia dengan keluarga na neem nanti. insya allah!~ banyakkan doa.

  4. Anonymous Says:

    abg pun kurang jelas apa sebab adik neem kena mcm tu. tgk dr luaran mcm lg sihat dr neem.. apa2 nanti bgtau la abg.

    -knizam-

  5. Kusyuk Says:

    tabah ya neem..
    u can do it,for sure la..
    remember,Allah will never entrust us with task that beyond our strength..

    huh,dah lama tak komen-komen kat blog neem.