-Rindu-














Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sudah lima hari aku berada di Malaysia. Gembira dapat kembali ke sini bersama-sama kawan untuk menuntut ilmu. Namun, hati ni masih lagi terbayang-bayangkan wajah-wajah mereka yang aku tinggalkan. Wajah-wajah yang menagis sebab kepulangan aku ke Malaysia..


Sehingga aku mimpi sambil menangis, sekali lagi.

Auntie-auntie aku menangis. Mungkin disebabkan juga masalah berat yg keluarga aku sedang hadapi. Seorang dari kakak papa aku tengah sakit tenat, berada di hospital sudah 3 bulan. Masih belum dapat kebenaran dari doktor untuk kembali ke rumahnya.

Tak tahu nak tulis apa sebenarnya.. Kadang-kadang sedih, kadang-kadang tak. Teringat masa peluk adik sambil menangis. Tapi kehidupan mesti diteruskan. Semoga aku kuat.


Wallahualam


p/s: anak saudara aku, nama saniah. hee :D



Posted in |

7 comments:

  1. Unknown Says:

    sabar ya neem. titipkan doa untuk mereka dan kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan neem di Malaysia ni. insyaAllah kerinduan itu pasti akan terubat juga. sibukkan diri dengan amal-ibadat, teman-teman dan akademik.

    p/s: montel dan comelnya anak saudara neem.

  2. mansor Says:

    Hanya Allah sahaja yang memahami hati hambanya yang ikhlas.

    "Semoga Allah merahmati saudari dan keluarga"

  3. naqiubex Says:

    tembam nyer..

  4. Lutfi Lokman a.k.a kamitaken Says:

    sabar dengan perpisahan.

    comeynya!! masya allah tabarakallah.

  5. neem Says:

    kakchik, insya Allah. neem sabar.. neem dah lama maacam ni. alhamdulillah. smua ni sebenarnya mengajar neem menjadi lebih matang. x ramai yg dapat rasa macam neem

    hehe.. saniah tu mmg comelll. minum susu ibu je

    mansor, smoga Allah juga merahmati saudara dan keluarga

    naqib, jgn jeles.. ngee

    lokman, ye2. insya Allah. hehe. baby yg comell

  6. Cik Naufar Says:

    sabar ek nem...setiap ujian tu ade hikmah!keep stong n pray 2 God..=)

  7. neem Says:

    ye, akak ^^