Akhlak remaja
Posted On Friday, November 19, 2010 at at 5:15 AM by neemAssalamualaikum wbt
Apa khabar sahabat-sahabat? Harap semuanya sihat sentiasa, insya Allah. Dua-tiga hari lepas, aku tengok dua video yang berkaitan dengan remaja dalam masyarakat. Aku jadi risau, takut. Macam-macam aku fikir. Ini bukan tujuan untuk mengaibkan mereka. Tapi lihatlah sejauh mana keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi pada hari ini?
http://www.youtube.com/watch?v=109kzQPlNbI - Remaja Lempang Pengemis
http://www.youtube.com/watch?v=G_rNe7unYE8 - Romantika di Kuala Lumpur
Jemputlah tengok dan renung-renungkan
Aku risau sebab aku perempuan. Aku terfikir, macam mana aku nak bersedia menghadapi semua ini lebih-lebih lagi bila aku jadi seorang ibu. Sahabat aku, Syuk kata kita focus sahaja dengan keluarga masing-masing. Ya, itu salah satu caranya. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang keluarganya tak ambil kisah?
Kita selalu focus pada cara bagaimana menyelesaikan masalah, bukan menyekat masalah. Hari Selasa yang lepas, aku ada peluang cakap dengan ayah kawan. Kami berbincang mengenai keruntuhan akhlak dalam masyarakat hari ini, katanya mengikut kajian (tak pasti pula kajian mana) keruntuhan akhlak bermula dari pemakanan.
Banyak al-Quran dan Hadis yang berbincang tentang makanan halal dan haram. Antaranya ialah:
“Wahai sekalian manusia, Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” Surah Baqarah: 168
Akhir-akhir ini banyak berita-berita yang menggempar isu-isu makanan tidak halal. Banyak juga kedai-kedai dan hotel-hotel yang tak dapat halal dari JAKIM. Tapi sejauh mana kita mengambil langkah berhati-hati? Persoalannya, kita meletakkan "halal" itu pada tangga ke berapa? Pertama atau yang ke 389?
Makanan haram itu lah akan menjadi darah daging kita. Menurut ayat di atas "dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" ayat ini refers kepada makanan haram. Apabila kita mengikut jejak langkah syaitan, maka kita akan sedikit sebanyak jadi macam mereka. Nauzubillah!
Keruntuhan akhlak ini memberi kesan kepada ekonomi negara, ya! Setiap tahun, anda membayar cukai kepada kerajaan dan duit-duit tersebut sebahagian daripadanya dihabiskan kepada mereka-mereka dalam penjara, sekolah pemulihan, sekolah "khas berbadan dua" dan lain-lain.
Semoga anak-anak ini menjadi insan yang berguna kelak. Amin |
"Agama adalah nasihat" - Hadis riwayat Abu Hurairah
Seandainya kita mengikut Allah swt dan Rasulullah saw, insya Allah masalah-masalah tersebut dapat dikurangkan. Pada pengalaman aku, ada kawan-kawan yang bermasalah seandainya mereka tidak kembali pada Allah dan Rasulullah (Bertenang mengikut cara Islam, sabar dan redha) mereka pasti menyakitkan diri sendiri dengan cara macam-macam. Contohnya, menoreh lengan, mengambil pil stress dan cuba membunuh diri. Sedangkan Allah swt dan Rasulullah saw sangat tekankan konsep redha pada kita.
Itu saja pada malam ini. Doakan kita semua dapat bersedia menjadi khalifah yang baik dan dapat membantu orang lain sedikit sebanyak.
P/S: Seandainya ada program-program tentang remaja dan perlukan pertolongan boleh minta tolong dengan aku, insya Allah aku akan sudi tolong kerana Allah.
Wallahualam
semakin takut melihat dunia kian berubah.. semakin ke arah yang salah.. timbul kebimbangan di hati apabila kita mempunyai keluarga sendiri. ada anak sendiri. macam yang neem kata, kita leh jaga anak kita, tapi macam ne dengan anak orang lain? lama kelamaan boleh mempengaruhi nak kita juga. huhu takutnyaaaa...
~haykal~
memang haykal.. Kalaulah ini bukan satu ibadat, pasti kita tak bimbang pasalnya.
semoga kerisauan kita Allah dengar...teruskan usaha baik ini...ABM
semoga Allah permudahkan. amin.
haish,kenapa di promote blog aku yang dah 'mati' tu ( =_____=")..