| Sampah |
Posted On Saturday, November 13, 2010 at at 3:45 AM by neemAssalamualaikum wbt
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mengadap laptop dan menulis blog pada hari ini. Apa khbar sahabat-sahabat? Semoga sihat badan, sihat iman. Insya Allah.
Satu masalah yang kita pandang ringan, iaitu sampah. Hari ini aku bersama kawan-kawan dan lecturers mengadakan program di Bagan Lalang, Sepang. Kami membersih pantai dan merapatkan silaturahim dengan orang kampung.
Teringat seorang sahabat aku katanya, "Akak tengok ada seorang lelaki. Baik hati, sopan dan rajin. Tapi tengok dia buang sampah tepi jalan, failed!"
Hmm. Rata-rata, kita selalu fikir "Alaahh, sampah satu je. Apa sangat lah!" Alangkah malang, sekiranya 10,000 orang fikir macam tu dan turut sumbangkan sampah-sampah seorang satu secara "langsungnya" sampah dari satu akan jadi 10,000. Astagfirullah!
Mari kita beristifar dan renung, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim. Hidup kita ni dah berapa banyak sampah kita buang merata-rata? Satu, dua, tiga atau.....? Berapakah? Bukan ke kita pernah berjanji dengan Allah SWT akan jadi khalifah yang baik? Akan jaga bumi Allah ini dengan sebaik-baik iman. Tapi kita khianati janji itu dengan begitu saja? Berapa kalikah kita buat orang-orang yang bersihkan jalan-jalan mengeluh? Kalau kita bersihkan suatu tempat dan ada orang datang mengotorinya sesuka hati, pasti kita akan kata "Aku dah kemas, dah sapu. Sesuka hati dia je datang buang!" Begitu juga dengan mereka, pasti mereka akan mengeluh dan bersedih.
Sebahagian dari sampah | rokok. Nanti kita masuk bahagian kebaikan rokok!
Aku rasa masyarakat kita mungkin gagal mencapai cita-cita kerajaan untuk menjadi sebuah negara membangun selagi masyarakat masih tidak mampu membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Kadang-kadang aku tak suka keluar dari rumah. Sebab sampah terlalu banyak, terlalu kotor dan menjijikan. Di tempat aku ada papan tanda, "Jangan buang sampah. Jika tidak, akan didenda." - ayat lebih kurang macam tu lah. Tapi sedih sebab bawah tu juga sampah di buang. Hmm.. Inikah masyarakat bertamadun? Atau kita sudah kembali ke zaman jahiliah moden?
Renung-renungkan. Tak susah kalau kita buang sampah pada tempatnya. Ingatlah, kebersihan itu sebahagian dari iman kita jua. Wallahualam. Wassalam