Murtad dalam Kalangan Saudara Baru



Firman Allah SWT "Sesiapa yang murtad di antara kamu dari agama (Islam) lalu ia mati dalam kekafiran. Maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan mereka itulah penuhi neraka. Mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Baqarah: 217)

Penekanan tanggungjawab terhadap saudara baru harus dimainkan oleh semua pihak kerana terdapat saudara baru yang kembali semula kepada agama asalnya kerana tidak
diberikan perhatian sewajarnya. Fenomena ini selain mencerminkan kegagalan dakwah dalam kalangan saudara baru, ia juga boleh menjejaskan imej Islam dalam kalangan non muslim.

Pernahkah kita berfikir untuk memeluk agama Islam, bukan suatu perkara yang mudah. Pelbagai masalah dan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang sebelum ia dapat hidup sebagai seorang Muslim. Jadi, apabila seseorang saudara baru itu nekad untuk murtad maka ia seharusnya mendatangkan tanda tanya kepada kita. Walaupun tidak dinafikan saudara baru merupakan golongan yang mudah terdedah kepad
a murtad, tetapi hal ini tidak bermakna masalah tersebut tidak dapat diatasi. Malah sejarah membuktikan tokoh jahiliah sebelum Islam, menjadi wira selepas memeluk Islam.

Sudah sampai masanya para pendakwah/ pertubuhan dakwah melakukan penilaian semua terhadap gerak kerja, usaha dan modus operandi dakwah yang digunakan selama ini, apakah masih relevan dengan perkembangan semasa, khususnya dalam pembinaan terhadap saudara baru.

Selain giat menarik golongan bukan Islam untuk memahamkan tentang Islam, selepas mereka faham dan tertarik dengan Islam, juga perlu membuat program-program terancang bagi memastikan golongan mualaf mendapat kefahaman yang betul dan permasalahan yang berlaku dapat ditangani dengan berkesan.Dakwah dalam kalangan bukan Islam bukan sekadar untuk mengislamkan seseorang tetapi juga mempunyai tujuan untuk membentuk keperibadian Islam yang unggul.

Sesungguhnya, masalah murtad dalam kalangan saudara baru mahupun saudara yang dilahirkan dalam Islam itu sendiri merupakan satu masalah umat yang perlu dipandang serius oleh seluruh umat Islam. Jikalau bukan umat Islam sendiri yang membendungnya, siapa lagi? Perlu diingatkan bahawa kita ada musuh yang sentiasa berusaha untuk melemahkan kekuatan umat Islam. Kembalilah ke jalan yang diredai Allah S.W.T. Semoga Islam menjadi lebih kuat dan dihormati oleh mereka-mereka yang bukan Muslim. Wallahualam, ws.

Posted in | 0 comments