info ringkas yang tidak ringkas

Berdasarkan pepatah arab di tepi --->>.

Yang atas-atas tu sensored. hehe.

aYap jo: akh nak tnye

neem: ye

aYap jo: yg pepatah arab tu

neem: ah'ha

aYap jo: mane neem dapat ayat2 tue

neem: hm..

neem: neem rasa buku la tahzan kot

aYap jo: o0o0

aYap jo: ada dalam hadith kudsi

aYap jo: Allah meybut

neem: yebut apa?

aYap jo: ssgghnya sangkaanku pada hamba

aYap jo: ok la xpe

neem: laa

aYap jo: p la tdo

neem: cakap laa

neem: cepat

aYap jo: see u again

aYap jo: wslm

aYap jo: N

neem: akh

aYap jo: doakan akh ea

neem: biar hbis la

neem: tgk tu

aYap jo: lagi 2 paper

neem: cakap dlu laaaa

neem: biar hbisssssssssssssssssssssssss

neem: eeeeeeeeeeeeee

aYap jo: hehe

neem: habiskan

neem: org bersungguh2 nak thu

aYap jo: ssgghnya sangkaan hamba di sisi ku

aYap jo: jika hambaku mengingati aku dalam dirinya

neem: pas2?

aYap jo: maka mengingati hambaku lebih baik dari waktu yg kosong

aYap jo: maka aku*

neem: tulis penuh

neem: x faham

neem: maka...?

aYap jo: maka aku lbih mndekati hambaku lbih baik dari hambaku mengingati ku

aYap jo: maka jika hambaku mendkati aku dalam sejengkal

neem: (waiting)

aYap jo: aku lbih mengingati hambaku dalam selengan

neem: maksudnya?

aYap jo: maka jika hambaku dekat pada ku pada kadar selengan

aYap jo: aku lbih dekat pda hambaku pada kadar sehasta

aYap jo is typing a message.

aYap jo: jika hambaku datang padaku dalam keadaan berjalan

neem: ok..

aYap jo: maka Aku(ALlah) mendkati hambaku dalam keadaan berlari

aYap jo: Wallah A'lam

aYap jo: fahamkan

aYap jo: hadith mncritakan

neem: insya Allah.

aYap jo: keaddan hamba pada pnciptanya

aYap jo: dalam brbgai keadaan

aYap jo: faham kan

aYap jo: ok

Syukran kepada dia. Moga mendapat manfaat.

Doakan beliau yang sedang menghadapi peperiksaan akhir!




Posted in | 4 comments

Siapa yang hebat??

Korang rasa korang ka yang paling hebat? Angkat tangan!!

Dalam dunia ni, kalau manusia tentu lah Rasulullah s.a.w.

Selain itu yang lagi hebat, pasti lah Allah yang Maha Hebat!

Setuju kan?

korang setuju tak korang hebat?

hm...

Aku setuju juga.

Sebab ada yang tidak senasib dengan kita, kurang bernasib baik. Mungkin sebab persekitran, amalan ibadatnya dan lain-lain.

sebab tu aku dan korang kadang-kadang rasa hebat.

ah.. tak payah tipu. Aku pernah juga rasa diri ni hebat. Kadang-kadang boleh bawa kereta besar (kereta pinjam orang), aku rasa aku lah paling hebat masa tu. Tapi semua tu syaitan.. Maka jaga lah hati anda sebaik mungkin. Doa, zikir dan selawat paling penting.

Tapi ada lagi yang hebat dari kita kan? Yeah.. Betul.

Maka sebenarnya aku dan korang tu memang tak hebat. hm..

Andaikan dalam dunia ini semuanya kaya, maka tak ada lah orang yang nak:

1. jadi bibik

2. kutip sampah

3. menyapu tepi jalan raya

4. tukang kebun, dan sebagainya.

Apa yang aku nak katakan orang yang kononnya hebat majoritinya orang educated. At least ada degree dalam tangan. Maka dorang akan kurangkan penggunaan tenaga fizikal untuk melakukan suatu kerja.

Aku rasa setakat ni tak ada lagi graduate degree yang jadi bibik, walaupun kerja part time. Penat oii.

Berbalik kepada orang yang biasa-biasa, mereka banyak menggunakan tenaga fizikal dalam melakukan suatu kerja. Dan kerja mereka biasanya sangat memenatkan.

Lun, pinjam nama sat.



***********

Maka suatu hari Lun yang tidak senang hati berkata pada tunangnya, siti..
Sayang, Lun rasa Lun malu lah dengan kawan-kawan awak sebab mereka lagi hebat dari Lun.

Nanti bila kahwin orang kata apa pula.

Orang hebat macam Siti boleh pilih macam Lun?

Ni je ke suami Lun?



Bunga ini juga tidak hebat. Kerana ia akan layu jua (macam tak jadi je aku buat macro. oh)



Blaa...blaaa..blaaa..

Dan sebenarnya dah berpuluh-puluh kali lun kata sedemikian padanya..

Dan Siti tak peduli. Yang penting iman di hati Lun, agama Lun dan cara hidupnya yang sederhana.

Lun nak kahwin dengan siti tak?

Nak...

Kalau nak kenapa cakap macam tu??

Lun, tak ada siapa yang hebat di dunia ni. Semua ada kerja masing-masing. Kalau lah semua orang jadi doktor, siapa nak jadi cleanner dekat hospital?

Andaikan semua orang jadi cleanner pula, siapa nak merawat orang yang sakit?

Sememangnya Allah dah ciptakan semua ini sebaik-baiknnya. Tujuan untuk kita saling tolong-menolong.

Lun sendiri pernah cakap kan,

jangan pandang pada:

hartanya,

pangkatnya, dan

kecantikannya

Yang penting, iman dan agama.

Kembali pada asal, sayang!


Manusia diciptakan untuk saling melengkap-lengkapi. Sebab pada hakikatnya, tiada siapa yang sempurna. Tiada siapa yang lebih hebat dari siapa.

Lun senyum, tanda lega di dada.

Terima kasih, Siti. Ingatkan Lun!


*******************************************************

Maka sebenarnya, kita tak hebat pun.

Jadi lah diri kita yang sebenar-benarnya..

Ada la tu Allah sediakan tempat untuk kita berbakti di dunia ini..

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknnya

Bukan menerima sebanyak-banyaknya!"


Wallahualam!






Posted in | 2 comments

Award~


Hari ni aku baik hati. Mungkin sebab aku pening-pening maka aku terus menjadi baik secara tiba-tiba.


Yeah.. aku nak bagi award nih kat:
1. ain.
2. abu.
3. pakcik dot
4. benrauf
5. Hanri
6. azym
7. Lun
8. bro knie
9. sufi
10. sharamli
11. naquibex
12. adik mimie (asked)
13. Kusyuk
14. joe
15. ayah hud
siapa-siapa nak ambil silakan yeaa. Aku pening lagi. Oh.. Tak leh nak remind balik blog siapa yang aku selalu baca..


Posted in | 18 comments

m.a.b.u.k

Korang mabuk tak? Korang nak tau yang aku ni mabuk. Aku mabuk dua benda:

1. apa-apa jenis kereta mahupun bus.

2. bot.

Dan sekarang aku berada di Kelate yang cinta. Sebab family punya function, maka terpaksa aku ponteng class. Hoho. Takpe. Aku ke sini naik bus. Transnational 205 KL-KB.

Nak dijadikan cerita. Aku ni dah lama tak mabuk naik bus. Maka kali ini aku ingat aku akan seperti biasa. Tak mabuk lah (konon).

Maka bermula lah perjalanan ku. Seorang. Tiada teman.

Maka ketika sampai saja Gombak. Aku mula pening-pening. Oh.. Memang selalunya aku pening pun. Dalam pukul 12 malam, aku mula pusing kanan dan pusing kiri. Kepala ku pening. Perut terasa mual. Tekak terasa ada satu asid keluar. Mula ku berdoa.. Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku muntah! Aku pusing ke kanan, pening.

Dan aku teruskan berzikir dan selawat.. Mudah-mudahan Allah tolong aku.

Maka aku tegakkan badan ku..

dan..

Aku muntah! Huh. Tapi dalam tangan..

Korang jangan geli lak. Aku nak sambung cite nih.

aku tak tahu nak buat camne. Fikir punya lah fikir. Maka aku panggil seorang lelaki yang duk seat line kanan depan. Sebab yang betul-betul tepi aku tu budak. Aku rasa dia tidoq mampuih kot. Nak gerak mesti tak bangun punya.

Encik, encik.. Tolong saya. Saya muntah!

Huahua.. Malu tahap maximum.

Dia cepat-cepat amek plastik. Yang depan aku cepat-cepat tolong pegang. Lalu dia amek air. Tolong aku untuk basuh tangan.

Nasib baik. Allah tolong aku. 5 minit kemudian bus stop dekat Merapuh. Aku turun untuk basuh tangan. Tak tahu nak makan apa. Kepala rasa pening, dunia bagaikan tengah berpusing-pusing (eh, dunia memang pusing pun kan?). Maka aku beli minyak angain, tisu dan minum air tea. Terus aku naik bus..

Aku berlagak masa tu. Ingatkan dah ok. Rupa-rupanya tak. Aku tak sediakan apa-apa plastik pun.

Dan.. Aku pening lagi.. As a result, aku muntah lagi. Dan lelaki yang sama juga menjadi mangsa aku.. Tu kali ke dua. Kali ke tiga aku dah ada plastik. Hahaha. Adeeii..

Masa tu nak nangis ada. Aku penat gila. Tapi aku tahu, aku boleh manage diri aku sendiri. Maka aku teruskan kuat

Aku pening, sakit kepala dan senak perut. Aku rasa sebab perut aku kosong kot.

Tiba sampai di Machang, bus rosak! Terpaksa pindah bus. Bus dua tingkat pula tu. Boleh pula duk tingkat atas. Hati ku berkata, mati aku kali ni naik bus dua tingkat.. T_T

Selamat sampai di KB. Sepupu aku datang amek. Jalan sampai kereta, letak beg dalam kereta.. Aku muntah lagi..

Sampai di rumah. Aku tunggu subuh. Solat subuh dan terus mematikan diri sendiri.. Penat sangat. Dalam bus aku tak tidur sangat pun.

Apa-apa pun, terima kasih kepada dua lelaki tu sebab tolong aku. Moga Allah rahmati mereka.

Alhamdulillah, Allah selalu tolong aku. Tak ada lah aku keseorangan.. ^_^

Moga Allah melindungi kalian!

Posted in | 18 comments

Menangis

Hari ni sekali lagi, aku mimpi dan menangis..

Tahun ni dah 5-6 kali aku tidur, mimpi dan menangis.

Mimpi apa? Biar lah rahsia. Aku ada cerita kat orang juga. Tapi seorang je aku cerita.

Aku pun tak tahu lah macam mana boleh mimpi macam tu dan nangis dalam tidur.

Memang aku nangis. Sampai basah bantal.. Oh..

Aku tak nak mimpi macam tu. Sedih!! Bangun-bangun mesti aku fikir. Kenapa..?

Seorang sahabat aku kata, dah 13 tahun aku tak menangis.

Aku? Setiap minggu mesti ada benda buat aku menangis.

Dua minggu lalu aku nangis, sebab tengok cite Laskar Pelangi. heheh..

Mungkin Allah nak ingatkan aku tentang sesuatu?

Moga aku jadi orang yang bersyukur.

Wallahualam..

Posted in | 20 comments

Kisah benar

Kisah ini adalah kisah benar daripada seorang sahabat aku..

tak perlu lah aku sebut siapa. Tapi kalau awak terbaca tu... heheh. jangan marah yea..

Ketika aku dan dia berbual-bual, tak ingat pula macam mana boleh keluar pasal blog aku. Kata aku pada dia, blog aku ni blog mengarut je. Kalau nak tengok, boleh. Tapi jangan terkejut sebab ada gambar shemale yg cumil lagi seksi. Oh.. aku sebenarnya teruja tengok dorang sebab kecantikannya.

Lalu dia ceritakan kepada ku pengalaman yang dialaminya pada suatu malam. Ketika dia menunggu sahabatnya di suatu tempat. Hm.. aku tak ingat. Chow kit ke mana.
Maklumlah, aku ni short term memory. Memang susah nak ingat nama-nama nih.

p/s: Sahabat saya tu baik orangnya. Banyak sangat ilmu dia.

Ketika dia sedang menunggu, datang lah seseorang menepuk bahunya dari belakang. Dia terkejut, nasib baik tak keluar buah silatnya. Bila toleh ke belakang, oh.. rupa-rupa seorang "perempuan" chantik lagi seksi. Pakaiannya macam tak cukup kain. "Perempuan" itu mula berbicara..

Bang, nak service tak?

Sahabat aku pura-pura tak faham..

Service apa?

Alaaa... service tu la. Kita bermain-main.

Main apa?

Kita bermain-main, manja-manja ah.

Kat mana? Nanti tak ada orang nampak ke?

Tak lah, kat rumah i. Tak ada orang nampak, tempat private punya.

Berapa ringgit?

50 ringgit je. Tak mahalnya..

Jom la abang..

Kat depan ke belakang?

Mesti la depan. I dah potong tau. Buat operation kat Singapure. RM20,000

Port lain ada tak?

Ada, kat chow kit. Kat Klang. Kat Sunway lagi lah..

Tp kat Klang abang jangan pergi. Kat situ ramai indon. Bahaya!

Dia merayu lagi tapi kawan aku pura-pura on phone.

Ok, kawan saya dah sampai. Saya pergi dulu.

Ingat, Rasulullah tak mengaku umat!

lalu kawan aku cabut lari. Marah si shemale itu.

Ohoh.. pikir lah baik-baik. Jangan tergesa-gesa potong.

Terlajak perahu boleh undur,

terlajak kata boleh minta maaf,

terlajak potong???????????????????

#$%^&*()(*&__++(*&^%$%^&*()_)(*&^%$#**

lu pikir la sendiri!!!

Wallahualam.

Posted in | 14 comments

Duit.Duit.Duit

beli barang tadi. tu je yang tinggal


Aku baru lepas beli barang.
Uhu. My money is gone T_T
Alangkah baiknya...
andai aku boleh beli barang-barang tu dengan bulu hidung je.
Waahh...!!
Maka, jimat-jimat lah ye...

Posted in | 13 comments

-Sahabat-

^_^


Sori letak gambar shila di sini. jgn marah~~

"Remember that, friends who seat beside you right now may be your best friend forever.

Bukan setakat di universiti saja. Mungkin sampai masa korang dah berkahwin sekali pun."


Gangaa mula buka cerita pada junior-junior dalam orentasi.

Pada hakikatnya, kita perlukan sahabat-sahabat dalam kehidupan. Seseorang itu mungkin taat dan sedia membantu kita tat kala dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang kita. Ada juga sahabat yang datang hanya ketika kita dalam kesenangan dan hilang ketika kita dalam kesusahan.

Berbalik pada sejarah hidup Rasulullah s.a.w., baginda juga mempunyai sahabat-sahabat yang taat berada di sisi baginda untuk menegakkan agama kita yang suci ini.

Family akan tetap sentiasa di sisi kita tetapi ketika terpaksa berjauhan dengan mereka, percaya lah sahabat adalah segala-galanya.

Kawan lah dengan semua orang, itu pesan umi. Yang cukup kain ke tak cukup kain ke, kena kawan.

Bagi aku, selagi seseorang itu tak memudaratkan aku, layan je semua. Yang penting, kena pandai jaga diri. Belajar dari segala kesilapan dan apa yang baik dari orang-orang sekeliling untuk memperbaiki diri sendiri. Kehidupan sebenarnya merupakan sebuah buku yang perlu dibaca oleh setiap insan yang mampu berfikir.

Ukhwah Fillah sangat penting. Jalanilah hidup anda dengan kaedah "aku takutkan Allah"

Selamat menempuh kehidupan!

Semoga korang dirahmati Allah

^_^

I love you all...!!

Posted in | 9 comments

Aku penat sikit (kot)

masa shooting


tengah fikir nih. ahah


aku tak ingat yang ni berlakon ke spontan. kui3~



pak cik shimi bagi pinjam



pinjam sat camera pak cik osman.







ini pakcik osman dan pakcik shimi yang akan serang orang dengan flash camera mereka.

Sungguh tak senonoh. hoho

Aku penat sikit (padahal penat sangat). Minggu ni minggu orentasi. Kaki aku melecet. Ohoho. Tapi dah ok, alhamdulillah. Aku tau semua teamwork aku penat. Sampai ada yang nak demam-demam pun ada. Tapi kami teruskan perjuangan. Tinggal satu hari lagi bersama junior-junior yang tersayang.

Nak jadikan ceritanya, dalam masa empat hari ni macam-macam terjadi. Macam-macam orang aku jumpa. Macam-macam masalah aku perlu selesai.

Hari ni ada dua masalah yang aku rasa berat.


Seorang junior aku rebah kat dapur sebab lincin. Tak boleh bangun. Ayahnya yang berada di Terengganu punya lah call aku suruh tolong tengok anak dia. Anak dia langsung tak boleh bangun. Aku dan warden perlu papahnya. Berat juga budak tu. Aku rasa macam tak larat. Nak pengsan pun ada masa tu. Huh, agaknya orang yang angkat aku masa aku pengsan lepas derma darah tu rasa macam tu juga kot? haha... Anyway, budak tu dah selamat. Cuma dia tak boleh jalan. Lututnya bengkak dan badannya agak besar menyebabkan dia susah nak balancekan diri ketika kaki sebelah kanannya tak boleh guna.


Satu hal lagi, ni dah masuk hal cerai tak cerai dah. Hal keluarga. Mak cik tu minta tolong aku buat something yang mungkin boleh selamatkan keluarga anaknya. Menantunya yang menjadi pelajar baru kat sini. Em.. Kata "dia", bagus lah sebab ada mertua yang cuma nak selamatkan family anak. Makcik tu memang baik. Dia yang bersungguh-sungguh push menantu dia untuk belajar. p/s: menantu, bukan anak. Yang selebihnya tu biarlah.


Semalam aku pergi shooting untuk coperate comm, untuk Unitar.Ah.. Kelakar. Aku rasa tak akan keluar dalam TV lah. Maka tak payah nak cari muka aku dalam tv nanti ya. Aku yang tak rajin make up kena make up. Semalam tu first time aku kena make up untuk tahun ini. Maka kesannya hari ni aku naik jerawat besar-besar kat pipi. Dua butir pula tu. Ohh.. Adakah ini jerawat make up atau sebenarnya jerawat "gatal". waawkahakha.. Aku tak ambil gambar banyak dan tak akan tunjuk sebab aku tak boleh terima muka aku pakai make up. Oh..


Hari ni penat juga. Tapi alhamdulillah. Rasa relax sikit lepas yang tersayang teman makan.

Alhamdulillah~~

p/s: minta maaf kat siapa-siapa yang terkena mood tak baik aku semalam ya.. ^_^

Posted in | 9 comments

dia bagi aku ^_^


Thank you!!

Teka siapa bagi???

Posted in | 16 comments

Layan~
























Damn cute. Love it!!



Posted in | 10 comments

aku tak puas hati betul. Mereka lagi lawa dari aku

Ratu Pondan 2009

Orang Thailand




Oh..

Mereka lagi cantik dari aku.

waaah... tidak!!!!!!!

hehehe

layan~~

Jaga diri, hati dan iman.

Jangan jadi macam mereka..

Kita dilahirkan dalam agama yang mulia..

Jadilah mulia macam agama kita.

Amin!!

Posted in | 27 comments

Kasut tumit tinggi


Punyalah aku berpusing-pusing dengan dia untuk cari kasut. Akhirnya aku beli di Bata juga. Ohoho.

Aku memang tak reti nak berfesyen-fesyen nih. Aku lebih suka sesimple mungkin.

Kena pakai kasut tumit tinggi untuk program minggu depan nanti. Biasalah. Nama pun formal maka aku perlulah berformal-formal. Waa.. Kasut aku dah habis rosak sebab aku ganas sangat.

Aku benci kasut tapak tinggi.

Buat aku sakit pinggang, sakit belakang je.

Pernah sekali aku pergi ke Business Preview di Time Square. Punya lah aku pakai kasut tapak tinggi. Last-last around 11.00 pm aku dan seorang kawan jalan dengan kaki ayam di KLCC je. Tak tahan. Lenguh teramat.

Pakai kasut tapak tinggi ini boleh menyebabkan kecacatan. Cuba lah baca laporan CAP di bawah ni:

PULAU PINANG 8 Mei - Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

Oh.. Aku tak sanggup betul. Aku dah lama tak sentuh kasut macam nih. Tu pun tak tinggi sangat.

Tapi derita lah juga sebab masa aku try banyak-banyak kasut tu, aku rasa kaki aku sakit.

Menakutkan kan. Jagalah! Jangan amalkan sangat. Kesian kat badan.

Jagalah badan anda sebaik-baiknya.


^_^

Posted in | 14 comments

Guru

Baru lepas tengok movie Laskar Pelangi. Akhirnya aku menangis juga. Huh. Campur aduk dari segala benda untuk hari ni. Aku perlu uruskan satu kerja. Di mana kerja itu bagi aku, aku perlu membuat orang berat hati.

Aku rasa macam manusia bertindak tidak adil. Sungguh tidak adil. Dulu aku salahkan dunia. Tapi sekarang ini aku lihat, dunia itu adil. Yang tak adil itu manusia. Tapi, segala benda akan berjalan dengan lancar andaikan kita semua bersyukur.

"Hidup lah untuk memberi sebanyak-banyaknya.

Bukan menerima sebanyak-banyaknya."

Satu ayat yang menyentuh hati ku lalu membuat aku berfikir..

Laskar Pelangi mengisahkan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa demi menegakkan akhlak yang baik. Aku menangis sebab menyesal. Aku belajar tak bersungguh-sungguh.

Kata-kata umi yang juga merupakan seorang guru mengingatkan aku lagi;
Guru-guru akan bersungguh-sungguh mengajar anak-anak murid mereka. Lebih-lebih lagi guru sekolah kampung, sekolah luar bandar.

Movie Laskar Pelangi menunjukkan keikhlasan guru-guru mereka untuk mendidik bangsa walaupun tak mendapat sokongan dari sekeliling. Kata orang-orang kampung, budak-budak miskin tu tak ada masa depan yang cerah.

Siapa kata?

Semua orang mempunyai impian untuk memperbaiki nasib kehidupan masing-masing. Begitu juga kanak-kanak luar bandar yang miskin yang kononnya jauh dari pembangunan.
Masa reunion, Sir Lokman ada bagitahu aku yang student SMKWB tu unik. Uniknya kerana juga mempunyai pemikiran walaupun berada di luar bandar.

Siapa lah kami tanpa mu, cikgu!

Movie Laskar Pelangi sekali lagi mengingatkan aku pada sambutan hari guru yang terakhir ketika aku form 5, tahun 2006. Salah seorang watak menyanyikan lagu Seroja.
Masa hari guru hari tu cikgu nyanyi lagu ni ramai-ramai di hadapan kami. Aku ingat lagi muka sir azmi yang bersungguh-sungguh nyanyi lagu tu.

Aku memang rapat dengan guru-guru. Sampai hari ni aku akan still sms dengan mereka. Aku selalu kata, rindu cikgu, sayang cikgu. Dan jika mereka reply, hanya Allah lah yang tahu betapa gembiranya aku. Mereka sentiasa doakan kejayaan kita, percayalah! Mereka juga tak minta harta benda. Hanya satu kejayaan yang kita perolehi.

Tak perlu berjaya dengan kaya raya. Menjadi orang yang baik yang tidak membebankan masyarakat, tu pun dikira berjaya.

Don't be a part of the problem. But be a part of the solution.

Doakan guru-guru kita. Moga mereka sihat sentiasa. Moga mereka dipanjangkan umur sempat melihat kejayaan kita kelak nanti. Insya Allah!

Selamat Menyambut Hari Guru!


Posted in | 7 comments

Ada orang ikut aku

Aku baru sampai rumah. Alhamdulillah. Bersyukur kerana aku selamat sampai ke rumah.

Tadi seorang lelaki cina ikut aku.

Selepas aku habis program sesi pagi kat campus aku ke Giant kecil dekat kawasan rumah aku. Aku tertinggal penyambung plug charger hp aku. Terpaksa lah aku beli yang baru.

Aku ke giant seorang-seorang. Terpaksa sebab aku tak ada teman.

Sekarang pun aku seorang kat rumah.

Masa aku tengah tengok barang, aku tengok barang je. Kalau aku seorang-seorang, jalan pun tak tengok orang. Aku tengok tanah je. Tunduk muka.

Lepas aku ambil plug, ke bahagian roti pula. Aku jalan-jalan. Bunyi seorang laki kata hello, hello. Aku ingat dia cakap telefon. Aku memang tak layan. Aku tak tengok pun siapa jalan belakang aku.

Dia panggil lagi dan mendekati.

Hai. Siapa nama. Kawan dengan saya?

Aku tak faham.

Apa dia???

Dia hulur telefonnya.

Minta number. Saya nak kawan.

Hm.. Aku mula gelisah. Memang kelemahan aku tak reti tak bagi number telefon kat siapa-siapa.

Dia terus berkata-kata..

Dah lama saya nak kawan dengan awak. Ni baru ada peluang.

Saya kerja kat karaoke. Ada masa pergi lah nyanyi.

Aku balas

No, thanks. Saya tak berminat.

Aduiih..

Aku bagi je number.

Bodoh rasa. Kenapa aku bagi number telefon aku kat dia.

Masa aku tengah bayar, aku tengok dia menunggu aku..

Dalam hati, aku berkata "mampus la aku kali nih"

Telefon aku habis bateri. Tak on. Dia cuba call. Dia kata

Tak dapat pun.

Aku tunjuk telefon aku dan kata, telefon saya tak ada bateri.

Then he said, sorry.

Aku cepat-cepat jalan..

Kalau boleh nak lari. Tapi aku pakai baju kurung. huh

Saya nak kawan dengan awak, kata dia lagi.

aku kata,

Saya dah bertunang. (aku tipu dia)

Tak, saya nak berkawan je. Jangan takut saya.

Aku jawap, ok.

Cepat-cepat aku jalan.

Kami berpisah lepas tu. Dia cakap, nanti saya call

Aduiiihh...

Tak nak...

Aku benci betul kalau macam ni.

Benci3!!!

aarrrrrrrrr

Aku tak suka kalau lelaki aku tak kenal follow aku macam tu..

Menakutkan aku ja!


Posted in | 17 comments

ada "benda" dekat rumah aku~

Orang lain cuti tiga minggu, aku cuti seminggu je. Aku balik kampung paling lewat dan paling awal aku datang. Sekarang aku duduk seorang-seorang kat rumah. Kat apartment nih.

Aku dulu punya lah berani nak duduk seorang. Sekarang sedikit takut. Aku pernah nampak benda sebenarnya. Dalam bilik tidur aku. Atas almari. Toyol aku rasa. Bila aku nampak "dia" aku terus paling badan ke dinding, pejam mata dan baca apa-apa yang patut.

Semasa exam, aku ke campus untuk study. Balik rumah dalam pukul 2-3 pagi. Hari tu aku balik rumah pukul 3.30 pagi. Sekitar pukul 2.30 pagi, roomate aku terdengar bunyi kerusi kat ruang tamu di tarik. Dia ingatkan aku yang balik. Keluar dari bilik tak ada orang. Dia rasa lain, cepat-cepat masuk balik balik.

Aku tak pasti, bilik aku selalu orang solat dan baca quran. Mungkin "dia" nak cuba testing. Kata sahabat aku, "dia" tak kacau orang yang sama dengan dia. Tapi nak kacau yang musuh dengannya. Aku tak pasti. Betul-betul tak pasti.

Masa mula-mula masuk rumah, majlis solat hajat dan baca yasin diadakan. Mungkin kena buat sekali lagi.

Aku tak takut sebenarnya. Tapi aku mungkin tak boleh terima rupa paras "dia" yang ghaib. uhuh. Roomate aku sampai sakit tengkuk sebab tidur paling badan ke dinding.
Tak nak nampak "dia" lagi.

Lepas reunion hari tu, aku perlu hantar kawan. Masa tu dah pukul 10 malam. Kat kawasan kampung yang banyak hutan dan jalan sempit. Tak ada lampu, lalu depan kubur. Aku berdoa semoga tak nampak benda masa aku tengah drive. Lalu depan kubur aku bagi salam, nasib baik yang duduk kat seat belakang yang jawap. Bukan "orang" lain yang jawap. hehe

Tapi aku yakin, kalau aku tak kacau "dia", dia tak akan kacau aku balik..

Moga Allah melindungi aku dan korang dari segala kejahatan syaitan. amin!!

Posted in | 8 comments

kaya VS. miskin

Aku pernah berada bersama orang-orang kaya dan juga miskin. Bagi aku, mereka ada ketagori masing-masing.

Kaya:

1. kaya dan jimat

2. kaya tapi boros

3. kaya dan pemurah

4. kaya dan kedekut.


uh..


miskin:

1. miskin dan jimat

2. miskin tapi masih boros

3. miskin dan pemurah

4. miskin, nak kata kedekut pun sebab dia dah memang miskin. Abaikan


Orang kata, orang kaya ni berjaya dalam hidup. Betul kah?


Hm... mungkin. Sebab mereka mampu menghasilkan duit yang banyak. Tapi ingat, duit tu rezeki dari Allah. Kena guna betul-betul. Nanti di akhirat kelak kena tanya juga.


Mungkin juga mereka tak berjaya. Selalu aku tengok (bukan semua) orang-orang kaya ni kaya harta dunia, harta akhirat -zero-


Sama juga dengan orang miskin. Ada yang berjaya dan tidak. Walaupun miskin harta dunia, tapi harta akhirat tu banyak.


Kesimpulan daripada perbandingan tu:-


sama saja miskin atau kaya. Kalau pergi ke tanah suci, semua kena pakai kain ihram. Islam tak membeza-bezakan. Cuma siapa yang diberikan rezeki lebih tu, bagi-bagi lah kat orang lain. Tak rugi, pasti tak rugi!


Bila aku bersama orang kaya, aku jadi cuak secara tiba-tiba. Aku rasa jeles. Best dia nak beli buku, nak beli tu, beli ni tanpa risau berapa banyak duit habis. Duit banyak kan.. Tak kisah lah!


Aku cuba menjadi diri aku balik. Jangan tengok pada orang yang lebih dari kita. Sampai bila-bila tak akan bersyukur!


Maka, bersyukur lah!


ingat, tika kita makan nasi ada orang yang sedang lapar..


tika kita tengah bawa kereta dalam keadaan ekon kereta tu rosak, ingat ada orang yang tak ada kereta untuk dibawa


huh. Aku la tu. Asyik merungut. kereta panas..


fikir-fikir balik, tu baru panas dunia. Bukan panas neraka lagi.


aku bahagia jadi macam sekarang. Tak kaya, tak miskin. Sederhana. Aku mampu cari income. Tak banyak tapi sikit-sikit dah cukup. Cukup untuk diri ku, dan juga sedikit untuk orang lain.


Moga Allah murahkan rezeki korang!


Wallahualam



Posted in | 5 comments

akhirnya kembali bertemu [edited]

Alhamdulillah,

satu reunion yang aku nanti-nantikan berjaya dijalankan walaupun ada orang luar join juga tapi seronok!

Kami bermula di restoran Satey Malaysia bersama rakan-rakan dan sir lokman dan seterusnya ke rumah cikgu Wan Iliza. Cikgu Matematik kami.

Alhamdulillah...

Rindu nak bersama kawan-kawan dan guru-guru semula!

ni adalah gambar-gambar hari tu.. Siapa yang tak boleh ikut pergi tu, jangan jeles~~


















kata sir Lokman, pelajar SMKWB ni unique. uh. unik macam mana? katanya lagi, ktorang ni unik
sebab ktorang hanya pelajar kampung. Tapi punya pemikiran yang luas dan jauh. Betul ka?
^_^
i miss all of them!

Posted in | 2 comments

Perihal Aku~

Neem, camne kau boleh cakap bahasa melayu ek?

Kenapa kau belajar kat sini?

Kau kat sini dengan siapa?

Mak ayah kau kat mana?

Neem..

Neem….

Neem….. blaa.. balaaaa

Soalan yang lazim ditanya oleh orang-orang yang baru kenal aku.

Dah dekat sembilan tahun dah aku kat sini dan jawapan yang sama akan aku berikan kepada
semua.

Uhu.

Aku mula datang ke Kelantan masa aku umur 11 tahun. Masa tu cuti summer kat Bangkok dalam
sebulan. Aku datang, masuk kelas darjah 5. Masa tu memang aku tak reti BM, Bi pun sikit-sikit je.

Aku tahu satu ayat je masa tu

“ tak pehe”

Haha.. dengan nada yang pelat. Uhuk. Masa tu bahasa thai aku masih fasih. Sekarang aku lagi fasih bahasa melayu. Masa aku umur 11, aku tak leh ikut belajar. Ye lah, tak faham bahasa melayu.

Pergi mana-mana aku bawa kamus Eng-thai. Siapa nak tahu pasal aku, maka bermula lah sesi buka kamus.

Selepas itu aku dimasukkan ke kelas pemulihan. Bukan aku tak sihat, tapi sebab aku baca BM pun tak reti, aku masuk kelas tu. Cikgu najibah yang ajar aku baca bahasa melayu. Bahasa melayu tak susah nak baca kalau ada basic bi.

Duduk sebulan, aku balik Bangkok belajar sampai habis darjah enam. Aku habis darjah enam pertengahan tahun, ada dalam 6 bulan lagi aku ke Kelantan balik, masuk darjah 6. 6 delima. Aku belajar kat kelas tu. Subjek yang aku faham, matematik, english dan agama je. Subjek lain aku tak faham. Kalau ada exam, kena buat karangan, aku tulis tajuk je. Pastu cikgu pun bagi lah markah satu kat aku. Heehe.

Belajar-belajar, sampai habis darjah 6. Aku tak ambil upsr.

Masuklah sekolah menengah sampai sekarang. Aku mula pandai buat karangan masa aku form 3. PMR aku bahasa melayu dapat B. aku bersyukur! SPM juga B. eheh. Alhamdulillah.

Kenapa aku datang sini? Kat sini ada siapa?

Aku datang sini untuk belajar. Untuk dapat bahasa melayu. Kembali kepada sejarah keluarga ku, moyang lelaki aku orang Thailand belajar (kot) di Kelantan.. dan berkahwin dengan seorang gadis (ketika itu) Kelantan. Mereka dikurniakan anak seorang. Lepas tu moyang laki aku kembali ke Thailand. Dan menghadapi masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, perang rasanya, maka menyebabkan beliau tak boleh kembali ke Kelantan.

Isterinya tunggu punya lah tunggu si suami tak muncul-muncul.

Aku tak pasti berapa lama..

Apabila suaminya kembali ke Kelantan, dia merajuk.

Maka, moyang lelaki ku kembali ke Thailand dengan membawa hati yang parah.

Dari anak seorang tu lah, saudara mara aku makin ramai. Dan umi yang aku sebut ada lah cucu kepadanya.

Itu cerita di Kelantan. Ayuh ke cerita Thailand pula.

Moyang aku kahwin isteri ke dua, orang thailand. Dikurniakan 10 orang anak. Dan salah seorang daripadanya adalah tok ayah aku. Maka, aku tak ada darah Melayu. Pior thai. Hm..

Aku tak pasti lah, kot-kot moyang perempuan aku ada mix-mix ke. Sebab mama, dan adik bongsunya muka ala-ala arab sikit. Adik aku kedua dan yang bongsu juga muka ala-ala arab sikit.
Uik, aku nak selidik lah nanti, insya Allah.

Dan tujuan aku ke sini, aku tak tahu. Itu yang diaturkan oleh family aku.

Aku tahu sebenarnya. Tapi aku tahu sendiri.

Pernah lah umi ke mama yang bagitahu aku, moyang pesan suruh jangan putus hubungan sini dengan sana (Malaysia dan Thailand)

Maka aku menjadi amanah keluarga untuk menyatukan saudara mara. Perrggh.. ayat tak boleh blah.

Aku menjadi salah seorang yang termuda yang fasih bahasa melayu dan thai (kot)

Adik aku yang ke dua, boleh lah sikit-sikit. Tapi aku rasa dia tak faham kalau baca entry ni.

Anak-anak ayah saudara aku pula, tak reti bahasa thai.. salahkan ayah saudara aku la, tak ajar
anak-anak dia bahasa Thai.

Dan aku fikir, selalu aku fikir. Aku ada dua mak, dua ayah to take care. Kalau tambah mak ayah suami lagi, 6 orang jadinya.

Moga DIA membantu aku dalam mengurus semua ini.

Aku sayangkan dorang..

Selagi dorang ada di depan mata aku ni, aku cuba menjadi budak yang baik. Tak nak sakitkan
hati mereka walaupun mungkin kadang-kadang aku melakukannya.

Ah..

Kalau nak cakap pasal keluarga ni, memang tak habis.

Apa-apa pun, korang doakan lah aku!

Moga korang diberkati Allah

Wallahualam.

Posted in | 7 comments

Bermula lah perjalanan sebuah kehidupan

Semalam aku keluar dengan family ke KB Mall lepas magrib. Masa tengah dinner sama-sama, sepupu aku tiba jerit kecil...

umi.. i just broke my teeth!

huh. Gigi dia patah. Nasib baik tak nampak sangat.

Dia terus mengadu sakit. Sakit lah kot. Orang yang pernah sakit gigi tu tahu lah macam mana sakit..

Teringat pula aku kat seseorang yang sakit gigi sebab gigi bongsu baru naik tolak gigi bongsu yang asal. Sampai kena buat minor operation, sampai demam-demam. Tapi alhamdulillah, dia dah ok hari ni.

Aku pun pernah cabut gigi geraham tahun lepas sebab gigi aku pecah. Sakit juga rasa.
Tapi selepas beberapa jam aku cabut gigi, aku terus makan nasi sebab tak tahan lapar.

Bukan senang nak jaga gigi ni, walaupun aku kerap gosok gigi tapi gigi masih boleh rosak. Orang lain pergi jumpa dentist tiga bulan sekali tapi aku tiga tahun sekali.

Mungkin lebih daripada tu pun.
Selepas sepupu aku kehilangan giginya, umi mula buka cerita:

Bila gigi kita patah ni, maka bermulalah perjalanan sebuah kehidupan.
Aku menunggu umi terus berkata-kata,

Umi kata lagi, itu maknanya apa-apa yang kita punya tak akan kekal buat selama-lamanya lebih-lebih lagi kalau kita tak betul-betul jaga.

Bermakna lagi hidup kita ni semakin pendek dan pendek bukan makin panjang.
Tuhan sikit sedekit menarik nikmat hidup itu..
=)

mendalam maksud dia tu,

p/s: Aku hanya sampaikan sesuatu yang aku rasa ia boleh buat kita berfikir~
Semoga korang dirahmati Allah

Wallahualam.

Posted in | 7 comments

Perhatian!

Kepada semua kakak-kakak, abang-abang, kawan-kawan..

Maaf andaikan blog anda tiada dalam list blog ini.

Sebab lepas tukar rumah baru, blog list tu hilang.

Sila tinggalkan url blog anda dalam comment.

minta maaf kalau ada yang terasa

sekian, terima kasih.

~~i love you all~~

Posted in | 6 comments

Speed test

Hah.. Aku jumpa something menarik kat blog dia

speed test.

aku perasan yang aku ni taip laju. Rupa-rupanya tak. Ini keputusannya:





Speed test


Tapi masa aku taip tu, aku taip dalam gelap. Ah, aku tak puas hati. Aku cuba kali ke dua dalam terang. Dan keputusannya...:


Speedtest


korang bagaimana? Tunjuk jangan tak tunjuk. Berikut adalah senarai nama yang wajib tunjuk keputusan:


1. ain


2. abu


3. azym


4. paan


5. ayah hud


6. wan (guntur)


7. tambah seorang lagi, joe. huh



lalalalaaa~

Posted in | 15 comments

Kajian motivasi pelajar



lukisan pelajar sekolah rendah


lukisan dorg lagi


Shin Chan


ni lukisan aku. hehe

Aku diberi amanah oleh Professor aku untuk siapkan satu report seminar motivasi dan persediaan peperiksaan yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Gombak.

Sample sebanyak 80 orang diberikan kepada aku. Pelajar-pelajar dikehendaki menjawap soalan yang diberikan antara soalannya:
a. Aktiviti ketika lapang
b. Program TV yang suka tonton
c. Jika guna computer, apa tujuannya
d. Nama tiga orang yang paling rapat dalam hidup dan hubungan dengan ahli kumpulan
e. Jika ada masalah, apa masalah yang dihadapi.

pelajar sekolah rendah lain caranya, sekolah menengah lain caranya. Macam-macam masalah dan aktiviti yang diberikan. Aku tergelak-gelak juga masa baca. Sekolah rendah ada yang berbentuk lukisan. Sangat misteri. Sebab tak tahu apa yang dorang nak sampai.

Meh, aku tunjuk jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut:

ini adalah jawapan seorang pelajar perempuan sekolah menengah:
masa lapang: tengok tv, melepak
rancangan tv: cerita the movie
penggunaan komputer: game
orang rapat: pakwe, kakak angkat, ibu bapa
masalah: tension dengan mak ayah, tak minat ke sekolah, minat bergaduh,
selalu gaduh dengan pakwe, tak suka kena marah

sekolah menengah, lelaki
masa lapang: main bola sepak
rancangan tv: narutopenggunaan komputer: myspace
orang rapat: ibu bapa, adik beradik, saudara, kawan.
masalah: dihalang pergi ke KLCC

sekolah menengah, perempuan
masa lapang: tengok tv
rancangan tv: kartun
penggunaan komputer: dengar lagu, game, belajar
orang rapat: ibu bapa, kawan, saudara mara
masalah: tension belajar

sekolah rendah, perempuan (mak: kerja penyapu, ayah: buat kerja rumah)
masa lapang: main masak
rancangan tv: Doraemon
penggunaan komputer: main game
orang rapat: ibu dapa dan adik
masalah: tak ada duit beli keropok

sekolah rendah, lelaki
masa lapang: main helikopter
rancangan tv: ceplos (aku pun tak tau apa mende neh)
penggunaan komputer: gameorang rapat: ibu bapa, atuk, nenek
masalah: tak tahu nak main sepak takrow

sekolah rendah, perempuan
masa lapang: tengok tv, melukis
rancangan tv: upin dan ipin
penggunaan komputer: game
orang rapat: Allah, Rasul, ibu bapa dan adik-beradik
masalah: tak dapat duit lagi dengan pak cik zaid

Aku rasa macam nak bagi korang semua je tengok masalah-masalah pelajar-pelajar nih. Ada yang minat belajar dan ada yang tak. Apa yang aku tak happy sangat ialah ketika lapang. Sekolah rendah dah pandai main myspace. Ada yang tengok rancangan hiburan yang bagi aku, tak bermanfaat langsung.

Kalau korang perasan, setiap malam mesti ada pertandingan menyanyi kat tv. hm.. Pertandingan mengaji tak ada pula. Tunggu ramadan lah baru bersungguh-sungguh nak bertadarus. Artis lelaki buang baju, kena saman. Artis perempuan pakai dah nampak lutut, takde orang saman dorg pula.
Seramai 80 orang pelajar, hanya dua orang aku jumpa sebut tentang Allah SWT dan Rasulullah saw.
Mengikut pecentage yang aku kira, tak ramai pelajar yang ada masalah dengan keluarga, masalah dengan diri sendiri contoh malas nak belajar, susah nak hafal, tak siap kerja sekolah je banyak iaitu sebanyak 63%. Mengikut anggapan aku, ibu bapa tak kawal anak-anak dalam menonton rancangan hiburan. Semua tu boleh buat pelajar lagho that's why tak siap kerja sekolah dan sebagainya.
aku tengok-tengok, masalah budak-budak ni macam masalah aku je. Banyak buang masa. huhuh.

Aku sebenarnya takut sangat. Kalau zaman kita sedasyat nih, zaman anak-anak kita lagi dasyat. Aku mungkin selalu cakap benda ni, pasal dunia yang dasyat. Sebab aku fikir beratnya aku akan menghadapi zaman yang akan datang. Aku pesan kat diri aku sendiri dan juga korang, kita buat sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain. Jaga akhlak dan pergaulan. Semua tu tak bermula ketika masalah itu semakin menjadi-jadi. Tapi bermula dari sekarang, persediaan awal.

Moga apa yang aku cuba sampaikan ni sedikit sebanyak membuat aku dan korang berfikir dan berubah.

Wallahualam.
semoga dirahmati Allah.


Posted in | 10 comments

Rumah baru

ah..ok tak?
tapi aku tak siap lagi neh buat.
under construction lagi..

Posted in | 7 comments

This entry is not specific to anyone

Bila aku kata "tak nak" tu bermaknanya aku tak nak.

Lain lah benda tu baik bagi aku, aku akan fikir berkali-kali. Mungkin 33 kali, demi kebaikan aku sendiri.

Tapi kalau benda tu tak baik bagi aku, melibatkan benda-benda yang aku tak suka, tolong hormat keputusan aku.

Jangan paksa aku berkali-kali, kalau tak, aku akan naik benci.

Dalam Islam, kalau kita bagi salam tiga kali dan salam itu tak dijawab, maka itu bermakna tuan rumah tu tak sudi terima kita.

Dan prinsip aku, andai aku call siapa-siapa cukup tiga kali dia tak jawab, aku tak akan call lagi.
melainkan ada benda yang sangat urgent.

Dan kalau dia tak jawab juga, aku akan message dia. Dan kalau dia tak reply, aku akan stop.

lalaalalalaa...~~

Posted in | 12 comments

Mi segera

Megi, tu lah nama yang biasa disebut oleh kita. Sebagai student, aku rasa tak ramai yang tak makan megi atau tak ada megi kat rumah. Megi lah penyelamat ku kita lapar pukul 12 malam. Megi lah penyelamat ku ketika aku malas nak masak. Megi lah penyelamat ku ketika aku ingin pecah rekod duduk kat rumah sehari tanya keluar ke mana-mana.

Oh megi...

Terima kasih kerana kau selalu menjadi penyelamat ku!!

Dari sekolah lagi cikgu selalu pesan, jangan makan megi, jangan makan megi, jangan makan megi!
tapi aku tetap makan. huh.

maafkan saya cikgu!

Cikgu habaq macam tu mesti ada sebab. Dan sebab tu aku dan korang tahu.

Megi dianggap sebagai makanan yang tidak bermanfaan. Dengan karbohidrat yang tinggi tapi rendah dengan kandungan serat, vitamin dan mineral. Kuah segeranya biasanya mengandungi monosodium glutamat (MSG). Yang selebihnya korang boleh baca kat
sini.

hm.. aku rasa entry aku kali ni tak akan mematah semangat korang untuk stop makan megi.

semalam aku chatting dengan
azym, dan aku bagitau beliau satu tips.

nak makan megi beli lah megi Adabi. sebab mi dia banyak. ahaaks..
dan beliau kata: aku selalu beli Sedap. Ok juga..

Huh, so.. Entry aku kali ni tak tau nak galakkan ataupun nak halang korang dari makan megi.

Makan boleh, tapi jangan terlalu kerap. Nanti bahayakan kesihatan. Masa ni tak nampak, nanti bila umur 30 lebih mula lah ada penyakit. Sebab tu lah orang zaman sekarang mudah dapat penyakit disebabkan kerap makan makanan segera.

Jaga lah kesihatan..

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara:
1. sihat sebelum sakit.
2. muda sebelum tua.
3. kaya sebelum meskin.
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati.

Semoga korang dirahmati Allah..

p/s: aku tak ada camera nak ambil gambar megi aku. maaf.

^_^

Posted in | 5 comments