Perihal Aku~

Neem, camne kau boleh cakap bahasa melayu ek?

Kenapa kau belajar kat sini?

Kau kat sini dengan siapa?

Mak ayah kau kat mana?

Neem..

Neem….

Neem….. blaa.. balaaaa

Soalan yang lazim ditanya oleh orang-orang yang baru kenal aku.

Dah dekat sembilan tahun dah aku kat sini dan jawapan yang sama akan aku berikan kepada
semua.

Uhu.

Aku mula datang ke Kelantan masa aku umur 11 tahun. Masa tu cuti summer kat Bangkok dalam
sebulan. Aku datang, masuk kelas darjah 5. Masa tu memang aku tak reti BM, Bi pun sikit-sikit je.

Aku tahu satu ayat je masa tu

“ tak pehe”

Haha.. dengan nada yang pelat. Uhuk. Masa tu bahasa thai aku masih fasih. Sekarang aku lagi fasih bahasa melayu. Masa aku umur 11, aku tak leh ikut belajar. Ye lah, tak faham bahasa melayu.

Pergi mana-mana aku bawa kamus Eng-thai. Siapa nak tahu pasal aku, maka bermula lah sesi buka kamus.

Selepas itu aku dimasukkan ke kelas pemulihan. Bukan aku tak sihat, tapi sebab aku baca BM pun tak reti, aku masuk kelas tu. Cikgu najibah yang ajar aku baca bahasa melayu. Bahasa melayu tak susah nak baca kalau ada basic bi.

Duduk sebulan, aku balik Bangkok belajar sampai habis darjah enam. Aku habis darjah enam pertengahan tahun, ada dalam 6 bulan lagi aku ke Kelantan balik, masuk darjah 6. 6 delima. Aku belajar kat kelas tu. Subjek yang aku faham, matematik, english dan agama je. Subjek lain aku tak faham. Kalau ada exam, kena buat karangan, aku tulis tajuk je. Pastu cikgu pun bagi lah markah satu kat aku. Heehe.

Belajar-belajar, sampai habis darjah 6. Aku tak ambil upsr.

Masuklah sekolah menengah sampai sekarang. Aku mula pandai buat karangan masa aku form 3. PMR aku bahasa melayu dapat B. aku bersyukur! SPM juga B. eheh. Alhamdulillah.

Kenapa aku datang sini? Kat sini ada siapa?

Aku datang sini untuk belajar. Untuk dapat bahasa melayu. Kembali kepada sejarah keluarga ku, moyang lelaki aku orang Thailand belajar (kot) di Kelantan.. dan berkahwin dengan seorang gadis (ketika itu) Kelantan. Mereka dikurniakan anak seorang. Lepas tu moyang laki aku kembali ke Thailand. Dan menghadapi masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, perang rasanya, maka menyebabkan beliau tak boleh kembali ke Kelantan.

Isterinya tunggu punya lah tunggu si suami tak muncul-muncul.

Aku tak pasti berapa lama..

Apabila suaminya kembali ke Kelantan, dia merajuk.

Maka, moyang lelaki ku kembali ke Thailand dengan membawa hati yang parah.

Dari anak seorang tu lah, saudara mara aku makin ramai. Dan umi yang aku sebut ada lah cucu kepadanya.

Itu cerita di Kelantan. Ayuh ke cerita Thailand pula.

Moyang aku kahwin isteri ke dua, orang thailand. Dikurniakan 10 orang anak. Dan salah seorang daripadanya adalah tok ayah aku. Maka, aku tak ada darah Melayu. Pior thai. Hm..

Aku tak pasti lah, kot-kot moyang perempuan aku ada mix-mix ke. Sebab mama, dan adik bongsunya muka ala-ala arab sikit. Adik aku kedua dan yang bongsu juga muka ala-ala arab sikit.
Uik, aku nak selidik lah nanti, insya Allah.

Dan tujuan aku ke sini, aku tak tahu. Itu yang diaturkan oleh family aku.

Aku tahu sebenarnya. Tapi aku tahu sendiri.

Pernah lah umi ke mama yang bagitahu aku, moyang pesan suruh jangan putus hubungan sini dengan sana (Malaysia dan Thailand)

Maka aku menjadi amanah keluarga untuk menyatukan saudara mara. Perrggh.. ayat tak boleh blah.

Aku menjadi salah seorang yang termuda yang fasih bahasa melayu dan thai (kot)

Adik aku yang ke dua, boleh lah sikit-sikit. Tapi aku rasa dia tak faham kalau baca entry ni.

Anak-anak ayah saudara aku pula, tak reti bahasa thai.. salahkan ayah saudara aku la, tak ajar
anak-anak dia bahasa Thai.

Dan aku fikir, selalu aku fikir. Aku ada dua mak, dua ayah to take care. Kalau tambah mak ayah suami lagi, 6 orang jadinya.

Moga DIA membantu aku dalam mengurus semua ini.

Aku sayangkan dorang..

Selagi dorang ada di depan mata aku ni, aku cuba menjadi budak yang baik. Tak nak sakitkan
hati mereka walaupun mungkin kadang-kadang aku melakukannya.

Ah..

Kalau nak cakap pasal keluarga ni, memang tak habis.

Apa-apa pun, korang doakan lah aku!

Moga korang diberkati Allah

Wallahualam.

Posted in |

7 comments:

  1. Arlynn@Pelangi Says:

    salam neem..
    ooowhh..cm tu yer..
    tertanya2 jgk kak lyn sejak bila neem duk kelate..dn pandai bhs melayu ni.. hehe..akhirnya terjawab gak..hehe.. rindu aah kat neem.. dtg ye kemajlis kak lynn.. dh start cuti ekk??

  2. Blogger Says:

    Bahasa Melayu aku pun B..tapi Bahasa Arab aku A :D

  3. guntur Says:

    semat molek deh cito demo.nati anok demo nak ata mano?jepun ko?

    kao hai allah kumkrong krab(borim paka ayat ni sokmo)

  4. neem Says:

    to kak lynn:
    insya Allah, kak lyn. kalu sempat neem g, mmg dah cuti tapi neem duk umah seminggu jah. esk nak g dahhh..

    to ben:
    tahniah3. bro kena ajar neem cakap arab arr..

    to guntur:
    ko nak ayat ape? habaq mai nnt aku ajar

  5. H.K Bari Says:

    Saya dpt bi,bm,ba smua A1 spm, alhmdlillh, siap dpt 1 lg cambridge.prnh mntak TESL, tak dapat.tp dapat tawaran BEn (bach. of english) UIA, tp xnak.trus fly ke mesir, qiraat.hahah.tak ke sengal gitu? ^_^

  6. d0tbl0gsp0td0tk0m Says:

    huhuhu...

    kamu nih kira pengembara la ye..huhuhu..

    oraik la tu..ada sedara mara kat 2 negara...senang la sikit

    blh la pakcik p kampung hang nanti neem.....huhuhuuh

  7. neem Says:

    to H.K Bari:
    ok la tu, mgkin tesl tu bkn rezeki anda. kn? =)

    to pakcik:
    blh je kalu pakcik nak mai jalan kg cheq. nak kg mana? kelate ke BKK? ohoho