Siapa yang hebat??

Korang rasa korang ka yang paling hebat? Angkat tangan!!

Dalam dunia ni, kalau manusia tentu lah Rasulullah s.a.w.

Selain itu yang lagi hebat, pasti lah Allah yang Maha Hebat!

Setuju kan?

korang setuju tak korang hebat?

hm...

Aku setuju juga.

Sebab ada yang tidak senasib dengan kita, kurang bernasib baik. Mungkin sebab persekitran, amalan ibadatnya dan lain-lain.

sebab tu aku dan korang kadang-kadang rasa hebat.

ah.. tak payah tipu. Aku pernah juga rasa diri ni hebat. Kadang-kadang boleh bawa kereta besar (kereta pinjam orang), aku rasa aku lah paling hebat masa tu. Tapi semua tu syaitan.. Maka jaga lah hati anda sebaik mungkin. Doa, zikir dan selawat paling penting.

Tapi ada lagi yang hebat dari kita kan? Yeah.. Betul.

Maka sebenarnya aku dan korang tu memang tak hebat. hm..

Andaikan dalam dunia ini semuanya kaya, maka tak ada lah orang yang nak:

1. jadi bibik

2. kutip sampah

3. menyapu tepi jalan raya

4. tukang kebun, dan sebagainya.

Apa yang aku nak katakan orang yang kononnya hebat majoritinya orang educated. At least ada degree dalam tangan. Maka dorang akan kurangkan penggunaan tenaga fizikal untuk melakukan suatu kerja.

Aku rasa setakat ni tak ada lagi graduate degree yang jadi bibik, walaupun kerja part time. Penat oii.

Berbalik kepada orang yang biasa-biasa, mereka banyak menggunakan tenaga fizikal dalam melakukan suatu kerja. Dan kerja mereka biasanya sangat memenatkan.

Lun, pinjam nama sat.



***********

Maka suatu hari Lun yang tidak senang hati berkata pada tunangnya, siti..
Sayang, Lun rasa Lun malu lah dengan kawan-kawan awak sebab mereka lagi hebat dari Lun.

Nanti bila kahwin orang kata apa pula.

Orang hebat macam Siti boleh pilih macam Lun?

Ni je ke suami Lun?



Bunga ini juga tidak hebat. Kerana ia akan layu jua (macam tak jadi je aku buat macro. oh)



Blaa...blaaa..blaaa..

Dan sebenarnya dah berpuluh-puluh kali lun kata sedemikian padanya..

Dan Siti tak peduli. Yang penting iman di hati Lun, agama Lun dan cara hidupnya yang sederhana.

Lun nak kahwin dengan siti tak?

Nak...

Kalau nak kenapa cakap macam tu??

Lun, tak ada siapa yang hebat di dunia ni. Semua ada kerja masing-masing. Kalau lah semua orang jadi doktor, siapa nak jadi cleanner dekat hospital?

Andaikan semua orang jadi cleanner pula, siapa nak merawat orang yang sakit?

Sememangnya Allah dah ciptakan semua ini sebaik-baiknnya. Tujuan untuk kita saling tolong-menolong.

Lun sendiri pernah cakap kan,

jangan pandang pada:

hartanya,

pangkatnya, dan

kecantikannya

Yang penting, iman dan agama.

Kembali pada asal, sayang!


Manusia diciptakan untuk saling melengkap-lengkapi. Sebab pada hakikatnya, tiada siapa yang sempurna. Tiada siapa yang lebih hebat dari siapa.

Lun senyum, tanda lega di dada.

Terima kasih, Siti. Ingatkan Lun!


*******************************************************

Maka sebenarnya, kita tak hebat pun.

Jadi lah diri kita yang sebenar-benarnya..

Ada la tu Allah sediakan tempat untuk kita berbakti di dunia ini..

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknnya

Bukan menerima sebanyak-banyaknya!"


Wallahualam!






Posted in |

2 comments:

  1. Lun Says:

    kalaw semua orang kaya... maka x da la istilah kaya,

    kalau semua orang miskin x ada la istilah miskin

    klw semua org student..sape nk jd lecturer...

    Allah da tetapkan dgn seimbang


    ************************
    Terima kasih, Siti. Ingatkan Lun!
    hehe
    *************************

  2. neem Says:

    betul2 tu lun~ TQ2~