Guru
Posted On Friday, May 15, 2009 at at 12:18 PM by neemBaru lepas tengok movie Laskar Pelangi. Akhirnya aku menangis juga. Huh. Campur aduk dari segala benda untuk hari ni. Aku perlu uruskan satu kerja. Di mana kerja itu bagi aku, aku perlu membuat orang berat hati.
Aku rasa macam manusia bertindak tidak adil. Sungguh tidak adil. Dulu aku salahkan dunia. Tapi sekarang ini aku lihat, dunia itu adil. Yang tak adil itu manusia. Tapi, segala benda akan berjalan dengan lancar andaikan kita semua bersyukur.
"Hidup lah untuk memberi sebanyak-banyaknya.
Bukan menerima sebanyak-banyaknya."
Satu ayat yang menyentuh hati ku lalu membuat aku berfikir..
Laskar Pelangi mengisahkan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa demi menegakkan akhlak yang baik. Aku menangis sebab menyesal. Aku belajar tak bersungguh-sungguh.
Kata-kata umi yang juga merupakan seorang guru mengingatkan aku lagi;
Guru-guru akan bersungguh-sungguh mengajar anak-anak murid mereka. Lebih-lebih lagi guru sekolah kampung, sekolah luar bandar.
Movie Laskar Pelangi menunjukkan keikhlasan guru-guru mereka untuk mendidik bangsa walaupun tak mendapat sokongan dari sekeliling. Kata orang-orang kampung, budak-budak miskin tu tak ada masa depan yang cerah.
Siapa kata?
Semua orang mempunyai impian untuk memperbaiki nasib kehidupan masing-masing. Begitu juga kanak-kanak luar bandar yang miskin yang kononnya jauh dari pembangunan.
Masa reunion, Sir Lokman ada bagitahu aku yang student SMKWB tu unik. Uniknya kerana juga mempunyai pemikiran walaupun berada di luar bandar.
Siapa lah kami tanpa mu, cikgu!
Movie Laskar Pelangi sekali lagi mengingatkan aku pada sambutan hari guru yang terakhir ketika aku form 5, tahun 2006. Salah seorang watak menyanyikan lagu Seroja.
Masa hari guru hari tu cikgu nyanyi lagu ni ramai-ramai di hadapan kami. Aku ingat lagi muka sir azmi yang bersungguh-sungguh nyanyi lagu tu.
Aku memang rapat dengan guru-guru. Sampai hari ni aku akan still sms dengan mereka. Aku selalu kata, rindu cikgu, sayang cikgu. Dan jika mereka reply, hanya Allah lah yang tahu betapa gembiranya aku. Mereka sentiasa doakan kejayaan kita, percayalah! Mereka juga tak minta harta benda. Hanya satu kejayaan yang kita perolehi.
Tak perlu berjaya dengan kaya raya. Menjadi orang yang baik yang tidak membebankan masyarakat, tu pun dikira berjaya.
Don't be a part of the problem. But be a part of the solution.
Doakan guru-guru kita. Moga mereka sihat sentiasa. Moga mereka dipanjangkan umur sempat melihat kejayaan kita kelak nanti. Insya Allah!
Selamat Menyambut Hari Guru!
nak tgok jugak
bg la link!
x thn ngis.. T_T
salam..
saya sangat suka akan cerita tu..
menarik sekali..
tapi, sedih tengok kanak-kanak tu..kalaulah bisa saya turut sekali dalam kisah itu~
hurmmm
Budak baik..
guru..oh..guru..hmm,ttibe rasa nk komen..
tanpa seorg guru, hdup sorg manusia xkan bererti..hatta utk satu patah perkataan yang di ajar, dr A B dan C, dia mengenal kita tentang sebuah kehidupan dan kejayaan..
Jika berpeluang untuk menemui kembali, pasti ayat yg plg terbaik adalh ucapan terima kasih yg xthingga..
guru..oh..guru
sedih sgt ke cita tu?
to liana::
ws'lam wbt. saya pun suka sgt cerita tu. byk mengajar saya. walaupun mengajar hanya 10 org pelajar, tapi impactnya besar. kerana 10 org pelajar ni lah akan mengajar lagi ramai org disekeliling mereka mengenai erti hidup
to naquibex:
insya Allah
to noname:
thanks for da comment. doakan mereka!
to sharamli:
sedih sha.. nnt tgk la ye