pitis (duit)

Suatu Jumaat Pak Mat Pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana die memakai kain, die hanya membawa RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari masjid. Selepas menerime baki wang dari konduktor bas, Pak Mat memasukannya iaitu sekeping wang 50 sen kedalam saku baju melayunya. Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri mengikut jemaah lain..Ketika hendak rukuk, duit 50 sennya tadih terjatuh dan tergolek di saf depan memikirkan itu aje wang yang dia ada. Die pun menegur orang disaf depan,

Pak Mat : Jange Ambik Pitih aku tuh

Jemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak

Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek

Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..

Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh

moral : lain kali gi semayang bawak lapan dozen duit syiling..he3

^_^

Posted in | 15 comments

Hati-hati


Aku baca hmetro hari ni. Terkejut dengan gambar main page website itu. Seorang wanita muntah darah disebabkan kena pukau di Damansara. Aku pikir-pikir, dekat je dengan tempat aku.

Rompak,

Culik,

Rogol,

Bunuh,
blaaa...balaa yang sama waktu dengannya, banyak berlaku di Damansara.

Hm.. Aku baca lagi berita pasal virus babi tu.. Menakutkan lah.

Korang nampak tak,

macam-macam dah berlaku. Semua yang aku sebut di atas tu. Tengok pulak tepi-tepi Malaysia. Tengok negara aku,
ada rusuhan tak habis-habis. Tak tahu berapa kali nak tukar perdana menteri. Silap-silap satu hari nanti Thailand
takde perdana menteri. Tak pun aku je yang ganti.. ahaakkks..


Tengok plak Indo, apa yang terjadi. Tak perlu aku nak ulas lebih-lebih korang pun tahu.

Tengok Malaysia,

nampak macam takde benda berlaku. Sebenarnya terlalu banyak

Remaja-remaja mula tak solat,
minum arak, ambil dadah.

kawen cerai tak habis-habis.

Artis-artis diagung-agungkan.

Orang-orang mula pakai singkat-singkat. Macam takde kain dah kat dunia nih.

Pemimpin-pemimpin, gaduh tak habis-habis.

Blaa... blaa...blaa..

Banyak sangat,
sekeliling kita semua dah kena.

kita je, belum lagi.

aku pun tak tau sejauh mana aku bersyukur..


aku tak tau sejauh mana aku mampu nak hadapi semua ini.

aku sebenarnya takut dow..

bila aku dengar pasal Dajal, aku mula tahan air mata. Takut. Sebab besarnya fitnah dia.. Yang selebihnya tentang
dajal, lebih baik ustaz atau ustazah yang citekan.

Tadi aku tanya akh helmi, camne nak elak dari kena pukau. Beliau kata sebelum keluar dari rumah:
- baca ayat kursi
- baca 3 Qul.

senang je.
maka berhati-hati lah wahai sahabat-sahabat ku.

Moga Allah jaga kita dari segala ancaman. Jaga dari depan, belakang, kanan, kiri, atas dan bawah.

Moga Allah bersama kita!

amin!!!!!

Posted in | 8 comments

Aku tak suka Bola Malaysia


Semalam Piala FA buat kali kelima, Selangor vs. Kelantan. Selangor jadi juara dengan menewaskan Kelantan 4-1.


Aku tension sebenarnya masa mula-mula tengok. Huh. Aku takut. Tak nak benda yang sama berlaku. Aku pun tak faham kenapa boleh jadi. Baru-baru ini kalau korang ingat ada rusuhan kat kelantan disebabkan bola. Aku frust.


Sahabat aku, Acap, sebelum ini beliau juga pergi tengok perlawanan bola. Aku tak ingat piala apa. Rasanya Selangor vs. Kelantan juga. Dan kelantan kalah. Dia cita kat aku yang kena baling botol. Orang-orang kelantan baling botol kat penyokong Selangor.

Kenapa?

hm.. aku betul-betul tak faham.

aku tak nak la, disebabkan bola je kita yang sama-sama muslim ni gaduh. Benda tak boleh blah macam ni pun nak gaduh. Entah pape.. Arrrgghh... aku dah start nak bebel. Ok.. Tup. Aku stop bebel.

Apa yang aku nak citakn sebenarnya, jika di Thailand pergaduhan antara pemain-pemain sukan sangat sedikit. Aku dari kecil diajar nilai persahabatan. FRIENDSHIP. Dalam sukan, mesti ada yang kalah dan menang. Tak perlu nak gaduh-gaduh pun. Dan tak perlu siapa nak musuhkan siapa. Cukup. Rezeki masing-masing.

Aku selalu bagitahu kat kawan-kawan aku:

- bola Malaysia, aku tak minat -

Hm... korang fikir-fikirkan lah. Benda kecil ni pun kita gaduh. Macam mana orang muslim tak berpecah belah??

Bola-bola ni juga ibadat. Bukan suka-suka je.

Setuju tak?


Posted in | 17 comments

aku nak "dia" temankan aku


Aku sayang dia..
ada kisah antara aku dan dia sebenarnya.

kenangan terindah yang tidak akan ku lupakan..

kerana "dia" aku teringatkan seseorang..

seseorang yang juga aku sayangi..

oh Guinea Pig..

alamak..

mungkin namanya tak berapa afdal. heheeh..

aku dan housemate aku tengah fikir nak beli.

tapi tak tahu harga berapa. takut mahal laaa..

aku pernah bela Guinea Pig ini masa budak-budak dulu.

Papa aku lah yang jaga, mandi, sikat bulu...

rindu!

rindu masa tu. bersama papa tersayang~~

Posted in | 9 comments

teamblogger


Jom, masuk team blogger..


insya Allah, suatu hari nanti kita akan gather ramai-ramai seluruh m'sia. Kalau tak menyusahkan korang.


sape tak join, aku tak mau kawan...!!


^_^

http://teamblogger.ning.com/

Posted in | 0 comments

am i a loser?

am i a loser?
Accounting
is not what i want
si Amer cakap aku ni cepat kalah. mungkin?

Posted in | 12 comments

aku..

Baru lepas webcam dengan mama dan adik-adik..

Hm.. Aku..

Balik rumah kat Bangkok, setahun sekali sejak umur 13 sampai sekarang umur aku dah nak 20.

Tapi aku sabar...

Aku jumpa mama, papa, adik-adik, saudara-mara setahun sekali.

Tapi aku tabah...

Petang tadi aku chatting dengan sepupu aku. Kata dia baru balik dari rumah baru aku. Ada kenduri katanya. Aku tak tahu pun. Aku sebenarnya terasa hati juga..

Tapi aku sabar...

Aku tak tengok lagi rumah baru. Tak apa. Aku tak kisah sangat pun. Aku tahu tak ada bilik untuk aku. Tapi nape adik aku perlu nak tunjuk-tunjuk. Aku tak faham. Takpe, mungkin adik aku tak matang lagi..

Aku tetap akan sabar.

Orang selalu kata aku tabah orangnya. Harap-harap kata-kata itu menjadi doa buat ku..

Tabah aku pun, aku tetap nangis.

Aku tahu aku tak secomel adik aku. Tak seputih dia. Tak segebu dia. Tapi aku tetap bersyukur. Kenapa nak kena banding-bandingkan..

Aku tahu.. Aku balik rumah sekali sekala saja. Mungkin aku dah tak layak jadi anak sulong.. Mungkin. Aku lah, banyak habiskan duit mama, papa. Sampai sekarang aku pun tak tahu apa yang aku dah buat kat family selain habiskan duit dan masa dorang.

Aku ni useless kan?

apa-apa rancangan aku.. Mesti tak dapat sokongan dari mama aku..

Aku tetap sabar..

aku tak nak nangis..

aku sepatutnya tak nangis pun..

aku kan kuat...

tapi aku tak tahan...

"dia" ada kat johor..

aku tak boleh contact dia..

T_T

Posted in | 26 comments

Lumba Haram n Mat Rempit

Pukul 1.35am dah.. nak menikmati kesunyian alam pun tak boleh. Aku bunyi orang lumba motor and kereta je. Apa tujuan hidup korang sebenarnya....?


Brun-brun....


Brunnn...... Brunnnn..... Brunnnnnnnnn.......................

Korang buat bising, ramai yang mendoakan tau..

pergi mam**s lah kau..!!!!!

Bla.. blaa... blaaa....

@#$%^...arrrrrrgggghhh!!!!!!!!^&*%$#$$%^&

dan kalau nasib tak baik....

iiieeeaattt.... Dum! !!!!!!!!


At least patah tangan.

tak pun patah kaki.

tak pun patah pinggang

tak pun putus tangan.

tak pun putus kaki.

tak pun kena masuk ICU

masuk ICU ok lagi, sekurang-kurangnya ada orang tolong bacakan yasin masa tengah koma (kalau adala..)

dan kalau tak mati, kalau orang lain turut jadi mangsa korang berlumba, kena saman tak pasal-pasal.

under law of tort ---> negligence.

sebab korang ada duty to take care.

then korang dah breach that duty

menyebabkan damages or injured.

sah kena sue.

dan kalau mati...

nak manti camne?

putus kepala?

putus badan?

hm... kalau bomba tak jumpa kepala anda, tak jumpa kaki anda...

alamak... masuk kubur camtu je laa...?

eh.......

fikir-fikirkan lah~

Posted in | 9 comments

Kenapa Mesti Meniru ye?


Setiap kali exam, test mahupun quiz, mesti dorang meniru. Aku memang tak hairan lah kenapa marks dorang tinggi. Kalau tiru dalam test atau quiz aku tak kisah sangat. Yang aku geram, final exam macam ni pun dorg nak berusaha meniru lagi. Nasib baik tak ada yang kena tangkap. Kalau tak, habis lah korang..


Yang kesian, salah seorang dari geng tu duk depan aku. Line kedua dari dinding.. Yang lain-lain semua duk tepi dinding. Maka, nampak gayanya beliau tidak berjaya meniru dengan mengeluarkan notes kecil dari poket seluarnya.


Bila cita kat Wenda, punya lah dia marah.. Sebab geram. Biarkan lah Wen.. kita tahu apa yang dorang buat. tak jujur langsung.


Apa yang nak dibanggakan, andaikan result korang yang tinggi tu hasil daripada susah payah korang meniru? Aku rasa macam tipu diri sendiri je..


Biarkan lah dorang. Yang penting, aku bahagia dengan usaha diri aku sendiri~


Posted in | 7 comments

-aku give up-



Aku sebenarnya tengah mengalami satu masalah. Sama ada aku akan tukar course ke tak. Minat aku sebenarnya business. Tapi aku pun hairan kenapa aku ambil course accounting. Sedangkan aku ambil accounting, tapi cita-cita aku sebenarnya bukan lah accountant atau auditor. Tapi cita-cita aku adalah business woman.

Sem lepas lagi aku fikir. Macam mana aku nak fight. Masa spm dlu, aku dari aliran sains. Ambil fizik, bio, kimia. Foundation business administration then sekarang bertukar jadi Bachelor of Accounting. Subjek-subjek accounting langsung tak minat tarik aku. Mungkin sebab aku tak ada basic yang kukuh dalam bidang ini.

********************

aku give up

*************************************************

give up dalam bidang yang memang aku tak minat. Aku give up.. Give up untuk meneruskan bidang ini. Aku akan kembali kepada business admin..

Aku dah bagitahu mama, umi.

dah mengadap Prof yang aku hormati.

dah dapat sokongan kawan-kawan yang senasib dengan aku.

huh...

Kata sahabat baik ku, Basit.. ---> muka kau ni tak macam accountant pun.

So...muka aku macam apa?

Cikgu? [kata Basit, sikit-sikit adalah]

Business Woman?

Muka aku... Tak boleh blah?? hahaha

hauhuahu....


Cuba korang bagitahu aku, muka aku ni macam apa???????????


Posted in | 26 comments

terima kasih, en abu


Alhamdulillah..


sejak berblogging nih, first time dapat rewards..


terharunya.. T_T


ahaakkkss...


anyway, thanks en.abu sebab menghargai diri ini...~~
p/s: betul kah en paan dah bertunang? waahh... melepass...hehe

Posted in | 6 comments

-nama restoran-

Baru lepas cakap dengan mama..

beliau minta tolong..

create nama restoran (ala-ala mi sup) kat rumah baru di Bangkok.

tapi..

beliau nak nama bahasa Melayu.

jika family di Kelantan, nama restoran ialah Cherita,

Hm.. sahabat-sahabat rasa, apa nama kedai yang patut aku letak nih?

wah... adakah orang-orang BKK akan faham BM..?

hehe.. andai kalian pergi BKK. Jumpa kedai yang bahasa melayu tu...

Mungkin kedai tu kedai family ku...

Pergi je, sebut nama tasneem. Mungkin korang akan dapat discount 50% atau free.. heheh.

ahaakks...

Doa-doakan. Moga berjaya!

Posted in | 24 comments

penyakit aku T_T


aku ada satu penyakit..
sampai sekarang tak tahu nak buat macam mana..

huh.

Susah nak rawat..

Setiap kali dapat kawan baru, biasanya akan tanya, siapa nama anda?

Andaikan saya tak save dalam hp aku, siapa namanya...

SAH, aku akan lupa.

{penyakit lupa nama lah sebenarnya...ahakkss}

then kalau tengah jalan-jalan.. nampak seseorang yang kenal tapi tak ingat nama..

Aku akan buat-buat tak nampak. (jadi pelakon sat)


dan terus berlalu begitu saja...


tak pun..

buat-buat tengah on phone

ahaa...

jadinya, setiap kali dapat kawan baru, aku akan save dalam hp siapa namanya..

kalau jumpa..

aku buat-buat tak nampak dulu sambil tengok draft hp..

Baru aku buat-buat nampak dia..

hhuahau...

jadinya, maaf lah andaikan aku tak ingat nama korang...~~

tutt3...~~

Posted in | 6 comments

Final Exam Format - business law

Kenapa la format untuk accounting student ni susah??



The final exam paper is a comprehensive final exam covering all chapters EXCEPT Malaysian Legal System. The questions will cover Law of Tort, Contract, Sale of Goods, Law of Partnership and Company Law.

FORMAT: THE QUESTION PAPER COMPRISES OF TWO (2) SECTIONS:

· SECTION A: MULTIPLE CHOICE

o 40 QUESTIONS ( 20 Questions for Accounting students)
o STUDENTS HAVE TO ANSWER ALL QUESTIONS
o 40 QUESTIONS X 1 MARK = 40 MARKS

· SECTION B: ESSAY

o 5 QUESTIONS – ONE EACH FROM TORT, CONTRACT , SOGA, PARTNERSHIP AND COMPANY
o BBA STUDENTS HAVE TO ANSWER (3) THREE QUESTIONS (Accounting students have to answer 4 (FOUR) question)
o 3 QUESTIONS X 20 MARKS = 60 MARKS

TOTAL MARKS = 100 MARKS (PERCENTAGE = 50%)

Posted in | 6 comments

PTPTN


Ramai di kalangan kawan-kawan saya yang terlibat dengan pinjaman PTPTN (nasib baik bukan ah long). Saya mungkin juga terkena andaikan saya adalah warganegara Malaysia..


"Yeah...duit ptptn aku dah masuk. Boleh lah nak pergi genting, sunway lagoon, blaaa...balaaa...."


"aku nak g shopping.."


"aku nak beli laptop..."


"aku nak wat mas kawen...hahah"


"aku nak...."


"aku nak......... blaa..blaaa...bla"


=_="


hampeh betul..


duit ptptn korang tu... duit pinjaman woo.. Bukan duit free.


esok-esok korang kena bayar balik gak...


That's why la, lecturer aku cakap..


"you'll start your life with debt"


so, jangan bazir masa dan wang!


p/s: aku guna fama je.. bukan maknanya aku kaya.. Tapi peluang terlalu sedikit sebagai warga asing neh (kena cepat-cepat kawen la.. Baru boleh tukar warga negara! hehe )


Posted in | 14 comments

Sebjek paling saya takut..


FR: Financial Reporting.


Exam dah dekat. Tapi saya macam blur je dengan subjek nih. Tambah-tambah dengan lecturer yang sedikit garang.. Huh.. Ada juga time tak siap buat kerja, saya dan kawan-kawan ponteng class. hahah... Sebab terlalu takut dengan lecturer tu.


Subjek ni susah sikit. Memang susah lah kot, even nak ambil standard MIA nanti, salah satu paper dari empat adalah FR. Senior-senior pun kata susah. Eh, tapi belajar mana ada senang-senang. Makin la saya tambah takut.


Yang kelakar..


Ada seorang kawan panggil saya Puan Ailean.. katanya muka sama dengan puan.


semalam chatting dengan seorang kawan. Student accounting juga dari uitm.


katanya, "muka kau ni macam lecturer aku lah. Lecturer FR. Tapi aku tak ingat nama dia apa"


hahah..


Adakah saya akan jadi lecturer Financial Reporting?


Insya Allah!


Posted in | 10 comments

Kita hidup untuk siapa?

Saya tak pasti sama ada saya adalah seorang translator yang baik. Kita cuba!


Seorang perempuan merayu pada saya supaya dapat bersalin sebelum cukup tempoh bulan. Apabila Tanya mengapa, dia hanya menjawap masa kami sudah singkat. Selepas bersalin dua jam, dia melarikan anaknya dan hilang

.
Seorang lelaki sedang menunggu masa mati kerana penyakit tumbuhan dalam otak. Yang penting, sepatutnya dia menyerah kalah dan sudah lama meninggal dunia.


Sebagai manusia , mungkin ada soalan yang selalu menjadi persoalan, mengapa kita hidup? Kita hidup untuk apa?


Bayi sempat berada dalam pelukan bapa, sebelum sampai masa..

Kadang-kadang persoalan ini, mungkin bukan jawapannya.

Kita hidup untuk seseorang sebenarnya.

“Kecil, jaga ibu sebaik mungkin.

Berikan kasih sayang kat ibu setinggi-tingginya.

Ayah pun sayang anak sangat-sangat.

Ayah sayangkan kamu sungguh-sungguh.

Jaga ibu sebaik mungkin.”



Posted in | 21 comments

-law-



























i know nothing about law..


Itu lah kata-kata hati saya kali pertama masuk class law. Pada hal, law ni related dgn life kita. That's why lah, hidup ini kita kena belajar. Baru lah tahu sesuatu benda itu apa. Kita hidup dengan ilmu. Tanpa ilmu, tak akan manusia boleh maju sampai sekarang.


Baru saja balik dari mcD lunch bersama lecturer tersayang, Pn.Hanita dan kawan-kawan. Alhamdulillah, dapat makan free. Terima kasih, puan!

Hari ni juga last presentation untuk sem ni dan juga last class untuk subjek business law ni, alhamdulillah. Nak jadikan cerita, law ni mengajar saya supaya berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Kita terikat dengan hukum Allah dan juga hukum manusia. Andaikan hukum manusia ini adalah dasyat, ingatlah kita, hukum Allah lagi berat dari itu.


Hm.. Betul kan?

sat lagi saya ada meeting. Harap-harap ini meeting sebelum final exam!



good luck exam utk semua...~~



Posted in | 6 comments

Solat hajat - berjaya!







Alhamdulillah. Sekali lagi program PERMAI berjaya dijalankan. Program terakhir sebelum final exam.

Terima kasih kepada semua ahli yang sama-sama berkerjasama.
Terima kasih juga kepada peserta-peserta yang sudi datang.

alhamdulillah..

minta maaf kepada sahabat-sahabat yang kena saya sound secara kaw-kawnya. Bukan apa, aku tak nak korang tak buat kerja. minta maaf sekali lagi!

minta maaf juga kepada pengasas PERMAI, Prof Dr. Syed Omar.. Saya rasa serba salah sangat-sangat sebab sir tak tahu pasal program ini.

Terima kasih kepada ustaz kita, akh ubaidillah sebab sudi datang menolong kami sekali lagi.

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah yang pilih kami untuk menyertai program yang baik ini.

Moga semua dirahmati Allah!!

Posted in | 6 comments

one more presentation to go..


edited!

our product



kak yatie punya product



yeah... ini lah kami. wahh (tak ada muka lain kaa...)



Alhamdulillah, dah habis presentation untuk subjek Marketing Management. saya jarang nak speaking depan orang ramai. Sem ni banyak presentation, rasa-rasanya presentation tadi saya sedikit confident dalam english, alhamdulillah.

Bercakap mengenai presentation, biasanya kita akan guna Power Point --> guna slide.
Satu kesilapan kumpulan saya hari nih, terlalu banyak isi dalam slide. Sepatutnya point-point saja yang perlu atas slide tu, huraian masa kita present.

Apa-apa pun, alhamdulillah. Berjaya kehendakNYA!!!

Posted in | 12 comments

Nikon D60


ada siapa-siapa nak belanja saya???

wah.. nak!

Posted in | 7 comments

Perihal texi


Semalam ke rumah KL untuk jumpa family. Akhirnya jumpa juga. Lately ni agak sibuk. Semalam pun terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang tengah buat marketing plan. Esok ada satu presentation yang agak banyak juga kerjanya. Minggu depan satu presentation pasal law, dua test. Dan minggu depan juga study week. Hm.. Nama pun pelajar, hadapi je lah.

Tepat jam 330 pm, saya minta diri dengan kawan-kawan untuk ke KL. Naik bus, naik LRT, star dan akhirnya naik texi untuk ke rumah KL di jalan ipoh. Bila saya sekat texi, saya pun tak tahu kenapa saya perlu tanya harga berapa kalau sampai destinasi. Dan semalam dari peristiwa itu, saya dapat satu pengajaran. Setiap kali saya tanya pak cik driver, berapa harga kalau sampai ke Jalan Kolam Air tu, semua kata 10 Ringgit, dik.

Dalam hati saya marah, menyampah, geram. Fikir-fikir, macam mana anda hidup berkat.. Kalau lah dekat tu pun anda kira harga rm10?

Terus saya masuk ke The Mall. Jalan-jalan ambil rasa sejuk aircond. Wah, nikmat. Alhamdulillah. Ketika nak jalan keluar untuk cari texi lagi, saya mula selawat dalam hati. Moga Allah permudahkan segalanya.

Sampai bus stop, saya sekat sebuah texi.

Pak cik, nak ke jalan kolam air boleh?

Boleh.

Berapa harga? (saya tanya setelah tengok meter texinya tak berfungsi)

you nak berapa?

Biasa saya naik rm5 je.

hah..boleh la tu.

setelah naik... Saya mula membebel.

Kenapa semua texi nak ambil mahal? RM10. Camne saya nak bayar kalu dekat sangat tapi kira mahal..

you orang kelantan ek?

ye.

haha..gano eh saya boleh cam awk ore kelate (pak cik tu mula kecek kelate)

hm.. gano?

Sebab you tanya harga. Dan sebab you pakai jubah.

biasanya orang yang tanya harga, mesti orang luar.

when you asked for the price, means that you give them the opportunity to charge you.

hm.. then?

dan minimum price yang akan dia bagi ialah rm10.

saya macam tak puas hati...then saya jawap

but mostly the texi didn't use meter, right?

Bukan. Tapi bila you dah tanya pasal harga, seolah-olah you minta harga yang nak beri pada you

ah..macam mana pak cik tu jawap bukan. sedangkan mata saya memang tengok mostly texi tak guna meter. Pandai-pandai je agak harga sendiri. Saya pun hairan, nape saya duk kat KL tanya harga. Sedangkan saya kat bangkok, tak pernah-pernah tanya pasal harga-harga nih. Mungkin semua texi kat bangkok guna meter. Banding dengan sini texi-texi agak tak ikut peraturan.

Pernah sekali masa nak balik Kelate dengan teman saya, KTM lambat sangat. Tinggal masa 15 minit lagi untuk ke stesen Putra. Kami cepat-cepat cari texi. Tu pun mahal. Seingat saya dalam harga 25 ringgit. alasan dia sebab jalan jem, so kena kira harga mahal. Sedangkan dia tak ikut meter pun berapa perlu charge untuk harga tu,

so, lain kali, don't ever ask for the price. Just naik je texi tu. Dan bagitahu ke mana you nak pergi.

still saya tak faham lagi apa motif dorang jadi macam tu. Bukankah bila cakap macam tu, dia akan hilang penumpang.

tipu orang = hilang penumpang

Baik tak payah tipu lah pak cik-pak cik. Nak ambil untung banyak pun... Ingat lah, nanti nak kena jawap dgn DIA esok-esok. Pak cik-pak cik nak jawap macam mana kalau duk main tipu macam ni...?

wah.. geram!

p/s: saya tengah lapar.. Sebab tu letak gambar roti bun! eheheh



Posted in | 7 comments

ikan-ikan ku...






Terima kasih kepada en.chef Amin kerana memberikan saya tiga ekor ikan. Alhamdulillah.


Pada mulanya, saya agak tak tenang tengok ikan. Sebab rumah ikan tu kecil je… huhuh. Sori en.amin, terpaksa beli rumah yang baru.

Mak, (housemate kitorang yang ntah napa kita panggil dia mak. Heheh.) excited je tengok ikan.


Mak kata;

Neem, bagi la ikan makan..


Neem dah bagi la mak..pagi tadi.

Dia lapar tu..


Memang la, ikan 24 jam lapar. Bagi makan banyak pecah la perut dia.

- Sampai kul 12 tengah hari -

Dah tengah hari ni, bagi la dia makan lunch..


Makk…petang la pula bagi makan. Dua kali sehari je.

(kalu mak sungguh dah ketagori derhaka dah nih. Hehe.


Hari ni saya beli aquarium baru terus. Baru tenang tengok ikan ada rumah besar, ada batu. Boleh dia main-main
angkut batu.


Kat bawah rumah kitaorang ada swimming pool, nad kata nanti kita masukkan ikan dalam swimming pool. Bawa dia jalan-jalan. Hahah. Then kalau nak tangkap balik tu macam mana… tiga ekor ikan yang kecil dengan kolam air yang besaq.

Saya pernah hidup dengan ikan. Family saya pernah buka kedai jual ikan. Namanya Ireen (gabung nama dua orang adik saya, inee + nureen) tapi masa tu saya darjah 5,6. Kadang-kadang penat juga, kena selalu tukar air, tengok mana-mana ikan yang sakit, bagi ubat, dan sebagainya.


Pernah sekali ajak adik-adik pergi buka booth kecil dekat pasar malam. Dengan gunakan meja cina. Pergi tiga orang.


Saya, inee dan nureen. Duduk jual kat situ. datang lah sepupu saya p’yaa (dah kawen ada anak seorang) duduk jual sekali. Masa tu p’ya dah sekolah rendah. Tak lama lepas tu, datang lah schoolmate p’ya, seorang lelaki yang macam perempuan. Huhuhu. datang dan kata:

Muka macam engkau ni, tak boleh jual punya.


Heh.. saya apa lagi balas balik.

Kau sibuk tu apasal??


Then gaduh…haha. Dia siap lempar plastic sampah lagi kat kami. Nasib baik ada pak cik yang bela. hehe

Masa budak-budak memang nakal. Gaduh dengan budak laki la.. sampai masuk bilik disiplin. Tapi bila masuk sekolah menengah, Alhamdulillah. Dah berfikiran matang sikit demi sedikit.


Ikan keli pun pernah.. kat kampong tuk dulu-dulu. Pagi-pagi dan petang kena pergi ambil perut ayam, untuk diberikan kepada ikan keli. Nak bagi ikan keli tu berlemak secara tradisional.

Saya memang suka ikan..


Hidup saya penuh dengan ikan, ikan dan ikan~~

Tapi saya hairan…


Macam mana ikan yang menjaga blog saya ni tukar color. Rasanya ada 5 color yang berbeza, sekarang dah tukar jadi warna merah semua.

Anyway, even ikan-ikan yang jaga blog ini tak betul-betul wujud, saya masih sayang kat meraka berlima. ^_^


Ops, one more thing: kalau ambil gambar ikan, jangan guna flash. Sebab ia boleh menyebabkan ikan tu buta. Sebab itu di Aquaria tak bagi guna flash. Pada mulanya ingatkan takut ikan terkejut, rupanya-rupanya flash camera mampu
menyebabkan ikan buta.





Posted in | 8 comments