Kutipan Dana Pakistan

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera ke atas kalian, salam bahagia dan salam ceria. Semoga kita semua bertambah iman dan bertenang sentiasa.

Insya Allah, pada minggu hadapan 16hb Sept - 12 Oct 2010 di UNIRAZAK, LCS aku bersama beberapa orang sahabat di bawah Global Pace Mission (GPM) dan Persatuan Mahasiswa Islam UNIRAZAK (PERMAI) akan mengadakan Minggu Kutipan Dana Pakistan.






Seriously, bermula dari hari raya aidilfitri aku tak berapa gembira. Memandangkan ramai sangat yang lebih malang dari kita. Apalah nasib saudara-saudara seagama ku di Pakistan, di Palestin, di Myanmar dan lain-lain. Sedangkan kita di sini bahagia, ada banyak makanan untuk dimakan (dan juga dibuang).

Aku juga terima banyak berita kematian di mana sahabat masa sekolah dulu telah di panggil Allah dalam usia muda. Semoga beliau berada dalam golongan orang-orang yang beriman.

Hari ini, kami dipanggil untuk membantu mereka yang malang itu setakat yang mampu. Mana tahu suatu hari nanti kita akan senasib dengan mereka? Jika bukan kita yang bantu mereka, siapa lagi? Alhamdulillah, setakat ini aku lihat ramai yang menyokong perjuangan kami. Ada juga yang jauh dengan aku tapi turut bagi sumbangan dengan cara bank in. Kalau ada kepercayaan terhadap aku, bank in lah. Aku tidak akan khianati amanah itu.

Bukankah kita dilahirkan untuk saling bantu membantu? Doakanlah kami. Semoga Allah SWT menerima ibadat ini. Wassalam

Posted in | 0 comments