Doa Ibubapa

ubai~

ubai senyum dalam dakapan p'neem

Ubai kena gomo~

moga jadi anak soleh


Assalamualaikum wbt



ok - aku sangat lah suka budak kecil-kecil.
Malangnya apabila ibubapa tu suka menggunakan bahasa kasar dengan budak. Tak kira lah mana-mana, mesti ada. Minggu ni aku panas telinga, sebab terdengar perkataan tak elok keluar dari mulut seorang ibu kepada anaknya.


"Kenapa kau menangis! Kenapa rumah ni banyak sangat masalah. Tengok tu gigit jari tak lebih kurang dari anjing gigit kukunya. Pergi tidur sekarang!!!!"


- aku translit ni, bunyi macam tak kasar sangat. Tapi hakikatnya, memang kasar. Aku sendiri dengar pun debar. Kalau lah kanak-kanak itu umur seperti aku, sudah lama aku meninggalkan rumah tu.


Satu lagi, petang tadi. Panas-panas lagi. Padahal kesalahan anaknya tak lah besar sangat. Cuma jalan hampir nak langgar orang. Budak, umur dalam 4-5 tahun. Ibunya sehingga menggunakan ayat "celaka" kat anaknya. Patut atau tidak? Ketika raya.. Tak ingat bila, mungkin dua tahun lepas dalam khutbah solat raya tu, ayah saudara aku mengingatkan para ibubapa bahawa, setiap perkataan yang keluar dari mulut ibubapa itu merupakan doa.


"Kau memang bodoh! Bodoh macam..... bla, bla, bla.." - doa kan?


"Celaka!"


- doa kan?


ok, bandig dengan.


"Rajinnya anak aku (walaupun malas)"


- doa kan?


"baiknya adik ambil barang untuk mak"


- doa kan?


Pilihlah nak yang macam mana..


Pernahkah mereka (ibubapa) fikir, kenapa bila mereka tua anak-anak menempatkan mereka di rumah orang-orang tua.


Pernahkah mereka fikir, kenapa anak-anak mereka tak berjaya.


Pernahkah mereka fikir, kenapa anak-anak mereka begitu celaka?


Pernahkah mereka fikir, kenapa anak-anak tak sayangkan mereka?


Nak bentuk akhlak yg baik, bermula dari hati ibubapa yang mulia.


Kalau tak pernah fikir, fikir lah sekarang.
Maaf, tak tahu apa yang aku bebel sebenarnya nih. Mungkin luahan hati kot? Dah banyak yang berlaku dan kesan sangatnya besar. Akhirnya keluarga tak mendapat kebahagiaan.


p/s: Asalkan aku tunjuk gambar dukung baby, ada je orang tanya anak aku ke? - jawab aku, ye. {aku tak kawen lagi ok.. :D }

Posted in | 15 comments

Beruntungnya korang


Assalamualaikum wbt

Salam bahagia,

Salam ceria,

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat ku sekalian.

Alhamdulillah, aku sihat di sini. Harap korang jua sihat..

Kenapa tajuk entry aku kali ni adalah "beruntungnya korang"

Beruntungnya korang kerana

- bebas beribadat

- bebas tutup aurat

- bebas memilih makanan halal

banyak lah bebas, alhamdulillah.

Aku jua bebes. Tp aku rasa zaman aku sekolah di sini (Bangkok) dulu tidak seperti zaman sekarang.

Kami..

- tidak bebas untuk menutup aurat. Dulu aku pakai skirt pendek pergi sekolah.

- tidak bebas beribadat. Bukan maksudnya tak boleh langsung, boleh. Tapi sekolah aku dulu takde surau, xde masa break untuk perlajar muslim menunaikan solat.

- tidak belajar agama. Di sekolah aku dulu takde subjek pendidikan islam. Kami belajar islam hanya di masjid, di rumah, dan di kem-kem ala islamik.

- tidak bebas untuk memilih makanan halal. Pizza haram bagi kami. McD haram bagi kami. Subway haram bagi kami. tidak seperti di Malaysia, semua tu boleh di makan (kot).

Betapa beruntungnya insan-insan yang berada di Malaysia, maka ucapkan lah alhamdulillah.

itu dulu,

Sekarang aku dengar perubahan. Sekolah aku yang aliran Christian Catholic pagi-pagi akan berdoa untuk tiga agama. Budha, Islam dan Christian. Sekolah-sekolah sudah ada subjek Pengajian Islam. Orang lebih concern dengan perkataan halal.

Tapi masih banyak masalah yang timbul disebabkan oleh penyampaian Islam itu tak seluruh. Bukan usaha dakwah tak dijalankan.. Tapi.. hmm. aku tak sure. Sebab family aku ambil berat tentang agama, alhamdulillah.

Bila aku pindah rumah baru yang dekat dengan pasar, aku belajar banyak benda. Sangat lah banyak. Satu kejadian yang berlaku minggu lepas, apabila seorang wanita bertudung sedang memelih no ekor. Dia adalah orang yang tolong sikit-sikit kedai mama aku kat pasar, kalau takde orang dia tolong jaga. Hari tu juga pekerja kedai mama ada masalah, aku yang tolong jaga kedai. Tapi aku tak pandai buat air, maka dia lah orang yang buat air.

Sedangkan dia tengah memelih no ekor, aku dah tengok dari jauh, ada orang nak beli air. Lalu aku pergi ke dia dan kata, "akak, seorang muslim tu haram beli no ekor atau judi, ada orang nak beli air."

Dia macam tarik muka. Aku pun tak puas hati sebab akhirnya dia beli juga no ekor tu. Sedih. Sudah lepaskah tanggungjawab aku untuk menegurnya, aku hairan. Bila diceritakan kat ibu ku, beliau setuju. Dalam masa yang sama mama kata, tok guru kat sini kata boleh.

Aku macam nak pergi cari je tok guru tu. Siapa yang ajar beliau macam ni?

Ini lah apa yang berlaku apabila ummat tiada ilmu. Nak salahkan siapa kalau sampai bila-bila kita tak maju. Bukan tak usaha, tapi usaha itu tiada berkatnya.

Mampukah kita mengubah nasib ummat? Bermulalah dengan keluarga kita sekarang, insya Allah.

Wallahualam.

Posted in | 9 comments

Hal-Q

Assalamualaikum wbt

Sehari sehari sebelum hari raya aidil adha, aku bersama papa ke majlis perasmian Hal-Q.

Hal-Q adalah

H: Halal
A: Assurance
L: Liability
Q: Quality

Hal-Q adalah satu usaha dan kerjasama oleh para Scienctice muslim Thai dari University Chulalongkorn. Menurut Assoc. Prof. Dr. Winai Dahlan (The Director of The Halal Scince Center Chulalongkon University) in the right procedure of Halal Food Production, it consists of 4 Ms including Man, Materials, Mechanism and Moneytary. Dan keempat-empat M ini perlu turuti prinsip Islam. Para scienctice muslim pentingkan konsep ini dan menjadi tanggungjawab bagi mereka untuk Islam supaya para muslim yakin dan selamat dari segi rohani. Insya Allah.

Sedikit hasil kajian yang dibuat oleh mereka, aku amek dari buku directory-nya:

1. L-Cysteine contamination dalam tepung gandum.
Pusat Halal Sains telah terima sample tepung gandum dari sebuah Persatuan Islam di Mauritius. Tepung gandum yang disebut dikatakan datang dari negara China meragukan tetapi penghantar tidak tahu apa masalahnya (aku pening dengan ayat aku ni..). Selepas kajian, mereka mendapati tepung gandum (contoh: mi, pizza, dan roti ) mudah diratakan dan dilembutkan ini mengandungi L-Cysteine. Masalanya L-Cysteine yang dikatakan ini datang daripada rambut manusia. Kisahnya apabila golongan wanita China di luar bandar yang miskin perlu simpan rambut yang panjang dan dijual kepada kilang pembekal L-Cysteine untuk menyara hidup mereka.

Apa-apa yang datang dari manusia bukan najis. Tetapi para sainstis menyatakan ia diharamkan kerana Allah telah menciptakan sebaik-baiknya. Anggota badan manusia masih dibincangkan sama ada ia najis atau tidak. Menurut mazhab Hanafi, solat jenazah perlu dilakukan diluar masjid kerana mayat itu adalah najis. Maka, ia dibincangkan bahawa manusia itu diciptakan bersama kehormatan dan tidak boleh dimakan. Lagi pun, sanggup tak kita makan rambut orang? Rambut yang terjatuh dalam lauk yang beli dari kedai pun ada yang takleh terima. Apatah lagi dengan rambut yang diproses menjadi sebahagian dari makanan kita?

2. Na-Inositate dalam Poteto Chip

- Sample ini dihantar dari Pakistan. Penghantar kata haram, tapi tak tahu ( sekali lagi ) apa yang menyebabkan ia haram. Apabila dikaji dalam MSG poteto itu mengandungi bakteria Na-Inositate dan menggunakan minyak Khinzir dalam proses pembiakannya.

3. Enzim dari darah untuk Surimi

- Surimi ialah produk dari ikan lautan yang diproses untuk mengasingkan lemak dan bahagian lain-lain sehingga tinggal protin Microfibrillar sahaja. Protin ini menyebabkan makanan itu berkualiti tinggi dan sedap. Thailand merupakan sebuah negara yang mengeluarkan Surimi. Para saintis mengambil sample dari beberapa kilang pengeluar Surimi tetapi masih tak jumpa kilang yang menggunakan protin Microfibrillar itu.

hm.. aku rasa ayat aku belit-belit je. Apa-apa cadangan dan pendapat, boleh lah kongsi bersama-sama.

Semoga Allah melindungi kalian


Posted in | 5 comments

Salam Aidil Adha dari Bangkok





















Assalamualaikum wbt

Allahuakbar Allahuakbar

Allahuakbar walillahilham

Selamat Menyambut Aidil Adha.

Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. menjadi ikhtibar buat kita semua.
Semoga kesabaran Siti Hajar memberi semangat untuk kita menghadapi segala masalah, walaupun begitu besar cabarannya.

Aku tersenyum, gembira setelah bertahun-tahun lamanya tak raikan raya haji di sini. Sehingga aku tanya sepupu, kenapa khutbah lama sangat? Rupa-rupanya aku tak sedar yang khutbah yang lama tu mengisi masa kosong orang-orang dapur yang masak daging korban untuk jemaah yang datang.

Sunat makan masakan dari daging korban di hari raya aidil adha.

Alhamdulillah.

Aku teringin nak tengok ayah saudara ku di depan semua jemaah, itu yang aku nanti-nantikan. Tapi beliau sakit. Tugas mengimamkan solat dan khutbah diberikan kepada orang lain, takpe, Alhamdulillah.

Dalam khutbah, ada beberapa perkara yang aku catat, aku translit dalam bm sebab memang aku tulis dalam bm.

Antaranya:

- Semua orang buat kesilapan, tetapi sebaik-baik manusia ialah manusia yang bertaubat.

- System kewangan yang mengamalkan system riba sebenarnya menjatuhkan ekonomi dunia. Sistem kewangan islam yang mengharamkan riba dahulu dipandang rendah oleh orang-orang barat tetapi sekarang orang dah nampak kehebatan system kewangan islam.

- Sedangkan kita mengaku Allah swt sebagai Tuhan kita, Rasulullah saw sebagai nabi kita tetapi kenapa kita masih tak solat, minum arak, mengumpat, zina dan sebagainya.

- (yang ni yang paling aku suka) Baju muslimah, pakai panas tetapi sejuk mata memandang. Pakaian orang kafir pakai sejuk, tapi menjolok mata, panas. Kebanyakan orang yang kena rogol ialah orang-orang yang pakai pakaian orang kafir.

Allah swt dan Rasulullah saw dah terang-terang tunjukkan kat kita kebenaran, tetapi kita masih lagi nak ikut dengan apa yang orang putih buat.

Aku balik kali ni, tiga orang anak buah yang baru. Nama pun tak ingat lagi, comel-comel semua. Tak sabar nak….. :D (sememangnya aku suka baby, nak buat camne?)

Dan aku balik kali ni juga, ibu saudara aku dan seorang lagi yang rapat dengan family masuk hospital. Aku tak akan tahu siapa yang sakit melainkan bila balik kampung. Alasan family, tak nak bagi aku risau. Aku pesan kat papa, apa-apa yang berlaku (tak minta) biarlah aku sempat balik… Dorang pun family aku juga. Aku harap papa faham sebab aku (rasanya lah) boleh tabah menghadapi segala kemungkinan yang buruk akan berlaku.

Terlalu banyak perkara dan masalah yang berlaku, jarang balik kampung memang lah tak tahu apa-apa sangat. Siapa-siapa yang ada peluang balik kampung, balik lah.

Walaupun nampak orang tua tak kisah, mungkin dorang fikir kita sibuk tetapi sebenarnya jauh dalam hati dorang selalu fikirkan kita.

Bersyukur aku ada yang menunggu kepulangan aku. Alhamdulillah..

Moga Allah melindungi seluruh keluarga aku dan korang

^^

Posted in | 26 comments

-Lucah-


Assalamualikum wbt


Sakit hati dibuatnya. Aku perlu menulis sesuatu untuk meredakan perasaan marah ini. Apabila aku menegur orang-orang dalam FB yang cakap benda tak senonoh, maka bermula lah sesi bantahan oleh sesetengah pihak. Katanya, "Biarkan apa yang mereka mahu lakukan kerna tiada manusia yang sempurna."


Kalau ada orang mengumpat dan mencaci, kita diam?


Kalau ada orang melakukan zina, kita diam?


Kalau ada orang minum arak, kita diam?


Kalau ada orang membunuh, kita diam?


Maka buat apa ada perkataan "tegur" dalam dunia ini?


Apabila budaya tegur menegur sudah menjadi sesuatu yang luar biasa, apa lagi yang kita mampu?


Andaikan tangkap dan sumbat dalam jail terus tanpa menegur dulu, dapatkah keadilan itu?


Andaikan boss terus fire pekerjanya tanpa warning terlebih dahulu, tidakkah timbul tanya soal pada pekerja tersebut, "await boss pecat aku??"


Bukankah kita dilahirkan untuk saling tegur menegur, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain? Kalau semua orang betul, takde lah orang yang salah dan kalau semua orang salah, takde lah yang betul?


Berbalik pada soal lucah, benda ni bermula dengan seks. Dan seks hanya dihalalkan dalam rumahtangga saja. Dan cara yahudi merosakkan minda orang Islam ialah dengan cara melucahkan seks. Bukankah dengan adanya seks, manusia dilahirkan. Andaikan dilahirkan dan dijaga menjadi orang, alhamdulillah. Andai mereka dilahirkan dan terus dibuang, nauzubillah. Inilah perkara-perkara yang dibimbangkan.


Dengan bercakap lucah, manusia boleh menjadi gila seks. Lucah bukan hanya dengan perkataan tapi juga dengan perbuatan. Seorang perempuan yang pakainya tak senonoh juga boleh menimbulkan perkara lucah dalam kalangan lelaki. Siapa yang menjadi mangsa kalau bukan budak-budak kecil? Dunia semakin bahaya sekarang. Orang bunuh orang dengan cara dasyat sekali. Potong kaki kanan, potong kaki kiri. Potong tangan kanan, potong tangan kiri tambah dengan botak rambut lagi...


Tak takutkah anda? Sejauh mana kita nak harapkan orang lain kalau tak harapkan diri sendiri.


Arr... tak tahu apa yang aku cakap. Tapi aku cukup bimbang. Kata abang afzan, Rasulullah saw bersabda "Jika sudah hilang rasa malumu, maka buatlah apa yg kamu suka... [hadis Rasulullah]"


hmm...


Sememangnya aku bukan lah orang yang layak menegur siapa-siapa kerana sesungguhnya aku hanya insan yang lemah. Walllahualam.
Moga hati ini terus tabah..

Posted in | 14 comments

hari ini...


Assalamualaikum wbt

Tajuk "hari ini" sebenarnya semalam lagi aku nak tulis. Tapi sekadar tulis tajuk je lah. Sepatutnya tukar tajuk entry ni jadi "semalam" tapi biar lah.

Semalam aku ada kerja dimana perlu aku berada di restoran. Selalu aku perasan, budak-budak sekolah agama, tahfiz (ye kot) selalu jual barang seperti minyak, kalendar, kismis dan sebagainya. Kata mereka ini adalah sumbangan untuk sekolah. Hmm.. persoalannya, sejauh mana aku boleh percaya dan kenapa mesti pelajar yang perlu menjual barang sedangkan "ustaz-ustaz" mereka melihat dari jauh saja. Kenapa?

Selalunya juga aku tak beli apa-apa dari budak-budak tu. Selalunya kalau nampak dia dari jauh, aku akan panggil datang dekat.

"adik dah makan?"

"adik dari mana?"

"datang dengan siapa"

"jom makan dengan akak, akak belanja!"

Selalunya juga mereka tak boleh join aku makan, katanya nanti ustaz marah.

tindakan seterusnya, bagi lah duit setakat yang aku mampu, kata aku:

"Ini duit untuk adik. Bukan duit untuk sekolah. Simpan dan guna bila tak ada duit."

-kesian-

Tu kes budak-budak. Kes baru, kes orang tua.

Selalunya dorang stlye yang sama juga. Jual barang. Selalunya juga orang Bagladesh. Sekarang orang Thai pula. Orang selatan. Slang dorang cakap bahasa melayu pun aku dah tahu, comfirm bukan Malaysian!

"adik, ni pokcik ada jual keropok. Sedap. Tolong lah beli."

"berapo rial, pokcik?"

"15 riyal jah, pokcik jual muroh-muroh."

(padahal, kalu besar tu.. aku boleh dapatkan dalam harga 7 ringgit"

"pokcik mai mano?"

"pokcik mai naro..."

"saya xdok duit lah pokcik. Kalau muroh sikit saya beli"

Pakcik tu macam frust, mukanya macam merajuk dgn cucu. Pakcik tu agak tua. Aku anggarkan dalam 60-an umurnya.

Aku perhatikannya yang terus ke meja lain. Kesian pakcik, takde juga orang yang nak beli.

Aku serba salah gila. Seolah-olah aku telah buat seorang warga emas kecil hati, hanya kerana kata-kata aku.

"Pakcik, saya minta maaf! Moga pakcik dirahmati Allah."

Terdetik dalam hati, sampai hati anak-anaknya membiarkan pakcik tu jalan jauh. Penat, panas. Berpeluh sampai badannya kurang wangi. Aku kesian pakcik tu. Tapi aku minta maaf pakcik.. Setakat doa saja yang aku mampu ketika itu.

Wallahualam

Posted in | 11 comments

agama | nak kerja apakah?

Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba teringat satu kisah yang berlaku lama dahalu. Kisah yang sampai sekarang masih segar dalam ingatan ku. Kisah ini berlaku dalam family aku sendiri. Bersama saudara-mara aku. Bukan niat nak mengaibkan siapa-siapa. Tapi mari baca dulu. Moga ia bermanfaat kepada korang.

aku: Pakcik, tak nak hantar Amar (bukan nama sebenar) ke luar negara ke? Mesir ke, Jordan ke, India ke.. Belajar agama!

pakcik: Tak nak lah. Nanti kalau belajar agama, nak kerja apa? Jadi cikgu lah?

aku: tak apa, walaupun miskin di dunia tapi kaya di akhirat nanti!

( Pendapat pakcik aku, mungkin kerana peluang bekerja bagi orang yang belajar agama ni sangat lah nipis. Lagi-lagi di Thailand. Sekurang-kurangnya jadi cikgu agama, kalau tidak jadi lah juru bahasa di mana-mana saja.)

pakcik: adik kamu tuh, kenapa papa hantar belajar agama. Pastu nak kerja apa. Nanti jadi macam mama kamu! Duk rumah saja.

(aku binggung.. Marah. Sampai hati pakcik kata macam tu kat mama. Mama bukan tak boleh nak kerja kat luar. Tapi itu keputusan papa untuk mama berada di rumah saja. Jaga kebajikan anak dan suami. Kalau lah busy sangat, kaya raya tapi anak entah ke mana, tak guna juga! Itu prinsip papa)

Aku tahu parents aku tak ada sijil diploma mahupun degree untuk mereka bekerja gaji tinggi. Mereka lebih banyak belajar dari hidup, dari pengalaman. Aku gembira melihat mereka sederhana begeni. Tak kaya dengan harta tapi kaya dengan budi bahasa dan agama. Syukur aku dilahirkan sebagai anak mereka!

p/s: Mama aku hanya seorang pelajar pondok di Yala.

Aku ceritakan apa yang berlaku itu kat sepupu aku..

aku: p'hah... Hari tu bla...bla-blaa..

p'hah: Biar lah dia nak kata. Cuba tengok mama kamu tu. Walaupun tak masuk U, tapi penuh dengan ilmu agama. Soalan agama apa yang kamu tanya tak pernah mama jawap? itu lah gunanya belajar agama. Walaupun orang kata tak kaya, tapi penuh dengan barakah.. kamu nak yang mana satu?

Aku tersenyum seorang. Begitu lah ibu aku... yang cerdik menguruskan keluarga dan anak-anak. Sangat tabah menghadapi dugaan. Tak pernah aku tengok beliau menitiskan air mata kerana anak-anak yang belajar jauh seperti aku dan adik aku suatu dahulu. Sebaliknya papa aku pula yang menangis. Hehehe..

Tak lama lagi aku akan jumpa mereka! Moga tahun ini tak seperti tahun lepas. Dah lama benar dah aku tak raya bersama keluarga aku. Moga Allah lindungi kalian

wallahualam



Posted in | 16 comments

Muda tak muda

(Sesungguhnya, aku bukan lah seorang yang layak untuk membincangkan perkara ini)

Selalunya apabila menimbulkan sesuatu tentang gejala sosial, ramai menganggapnya sebagai topik yang remeh-temeh. Selalunya juga apabila sesuatu tetang gejala sosial yang makin teruk ini diungkitkan, orang yang menyokong mahupun yang membantah sama ramai.

"Apabila kau nak bina sebuah banglo, tapak tu biar kukuh dulu. Kalau tak kukuh, tak lama nanti rumah tu runtuh!" Kata seorang penasihat kepada rakan aku.


Begitu lah dengan konsep membina sebuah negara. Seorang sahabat blog aku membincangkannya secara terperinci.

Aku bukan nak membincangkan masalah gejala sosial di entry ini. Tapi sedikit sebanyak aku kecewa terhadap beberapa orang apabila dia membantah. Lagi-lagi jika dikaitkan dengan kerajaan yang dia sayangi itu.


(kurang) Terkejut apabila seorang sahabat aku menceritakan tentang kes "pencurian seluar kecil" wanita di kawasan perumahannya. Beliau mengaitkannya dengan hedonisme, iaitu cara hidup atau gaya hidup yang memuja keseronokan hidup tanpa menghiraukan aspek-aspekdan batas-batas keagamaan.

Sehingga aku katakan kepadanya, kadang-kadang aku malas nak cakap pasal ni. Sebab akan ada orang yang menentang aku dan provoke aku semahu-mahunya. Tapi fikir-fikir balik, ini lah cara bagaimana Rasulullah saw memperjuangkan Islam.

Bagi aku, nak mencegah masalah ini bermula dari didikan asas keluarga. Ia penting kerna ibubapa lah yang akan melukis corak hidup anak sehingga "suatu masa." Bukan buat selama-lamanya tetapi hanya pada masa yang tertentu. Apabila ketakutan ibubapa untuk melepaskan anak-anak mereka ke dunia luar makin berkurang, mereka menganggap anak-anaknya dah pandai menjaga diri. Mengharapkan didikan yang diberi itu dapat melindung anak-anak dari bahaya dunia.

Di dunia luar (dari rumah) itu, terlalu berat lah cabarannya. Apabila "pihak tertentu" membenarkan club, arak, concert, tempat judi ditubuhkan, yakinkah anda remaja-remaja ini tidak akan cuba-cuba untuk merasakannya. Apabila aku sentuh perkara ini, adalah yang akan membantah aku. Kononnya ini adalah soal pembangunan, bukan soal agama.

"Musuh Islam ialah apabila mengasingkan agama dari kehidupan." - Tok Guru Nik Aziz.

Benarlah kata-kata beliau. Ibadat bukan sekadar solat dan puasa. Kembali kepada objektif kehidupan kita, dimanakah kita hendak tuju jikalau bukan di dunia akhirat.

Lecturer aku kata, kadar populasi orang muda dibawah umur 30 tahun di Malaysia adalah sebanyak 60% sekarang. Ini bermaksud sampai suatu masa, golongan yang berpengalaman akan pencen dan golongan muda akan mentadbirkan negara.
Golongan muda seperti manakah yang kita inginkan sebagai pemimpin kita?

Teringat aku dengan satu lagu yang dinyanyi oleh kumpulan Raihan, "Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Hanya apabila, salah memilihnya membuat kita menjadi bersalah." (rasanya macam tu lah lagunya. huk3)

Begitulah.. Apabila aku sebut pasal rancangan-rancangan seperti :-
1. Nyanyi-menyanyi - tak kira tua ke muda ke budak-budak. Sekarang semua orang nak jadi artis.

2. Dancing sana, dancing sini.

3. Hiburan yang entah apa. Gelak sana, gelak sini.

Tiga contoh saja lah aku sebut. Apabila aku sebut tentang perkara-perkara di atas, maka dia akan membantahnya. Dengan berkata:

"Alaah.. Biasa lah. Manusia kan tak perfect."

Adakah dengan sekadar perfect tak perfect, sempurna tak sempurna itu akan berubah tanpa melakukan apa-apa?


Aku malu dengan laporan surat khabar metro baru-baru ini apabila banyak pasangan kekasih "bermanja-manja" depan masjid sehingga tidak menghiraukan suara azan.

Patutkah "pihak atas" memberi lesen untuk arak, clubbing, hiburan yang terlalu banyak dan juga memberi lesen kepada pihak pencegah maksiat untuk menjalankan tugas mereka?

Kalau ikut rules in math,

1 + (-1) = ?

sama lah dengan kosong.

Wallahualam


Posted in | 15 comments

Did i do something wrong?


Tengah on phone dengan Farish lepas habis class ethics


na neem: Assalamualaikum! Mok Teh, sihat ko? ayeh ado? nak kecek!


mok teh: ws'lam wbt.. Ayeh ado. Metar deh..


(Ayeh.. na neem tipon nih!)


ayeh: Na neem!! Alaikum... (p/s: bukan assalamualaikum)


na neem: ws'lam wbt...


bla bla blaa...


Banyak lagi perbualan antara na neem dengan ayeh. Sampai ayeh tak larat dengan layan na neem, at last ayeh kata


"Ayeh nak tengok tv ni..." terus dia pass tipon dekat mok teh. Cheh.. Bertuah punya anak (buah).


Masa tengah on call dengan Farish, seorang lelaki cina menunggu aku. Ada hal peribadi katanya.


Lelaki itu "teman tapi mesra" kawan rapat aku masa jadi budak accounting dulu-dulu (sekarang kos business balik).


Dia senyum, aku senyum. Soalan pertama dia..


Did i do something wrong? Do have problem with me?


(haiyoo...)


err.. i think no, kenapa?


hm.. nampak macam you and your friend having problem with me.


(aku sengih je)


Takde apa-apa lah, jangan risau. Maybe saya nampak agak sombong because we don't know each other, right?


Ok lah kalau macam tu.. (terus bual macam biasa... bla blaa blaa)


Mungkin pada dia aku sombong kot? ye lah, aku tak pernah cakap dengan dia. Tapi lately ni kalau jumpa dengan aku berani pula dia angkat tangan.


Aku jenis, kalau jalan seorang aku akan tengok bawah.. Sampai kadang-kadang boleh langgar dinding!


Itu lah aku.. Mungkin nampak sombong.


Biasanya 1st perception kita terhadap seseorang kita tengok pada senyuman, wajahnya, pakaiannya..


Seperti yang selalu dikatakan, don't judge a book by its cover!


Tapi tak dinafikan, kadang-kadang 1st perception itu lah menentukan kita dalam sesuatu situasi.


Contoh, apabila pihak tertentu tengok resume para yang "bakal" menjadi pekerja, ada syarikat yang menilai seseorang itu pada gambar passportnya sahaja.


maka berhati-hati lah!


Bukan bermaksud kamu tiada rupa, kamu tak dapat bekerja. Ia berkaitan dengan personaliti kita yang akan menarik perhatian orang. Cara pakaian, body languang, cara percakapan kita dapat menilaikan sedikit sebanyak tentang diri anda masing-masing. Semua itu "menjanjikan" the best untuk sesetengah pihak. Ia sedikit sebanyak menunjukkan dimanakah anda patut berada. Juga merupakan satu cara yang simple untuk anda menyampaikan sesuatu yang baik.


Apa lagi? Cuba lah belajar mengenali personaliti kita dan berubah menjadi lebih baik


*wink*


"Daku lari topik." hoh


Maka jalan pandang lah ke hadapan. Jangan asyik tengok kaki sendiriiii...~~


Posted in | 9 comments

Apa lagi




Apa lagi yang boleh dikatakan dengan gambar-gambar ini?

anda gembira?

atau

sedih melihat nasib mereka?
T___T

Posted in | 13 comments

Tomyam. Ajinomoto vs. Beras


Siapa kata buat tomyam itu susah? Tomyam lagi. Aku rasa dulu-dulu pun aku pernah tulis pasal tomyam kot. Setakat yang mak aku selalu buat ada tiga jenis tomyam.


1. Tomyam putih

2. Tomyam merah

3. Tomyam susu


Salah satu cara yang biasa orang lakukan untuk menjadikan tomyam sedap ialah menambahkan sedikit ajinomoto ke dalam tomyam itu. Di sini kita boleh mengantikan aji itu dengan menggunakan beras.


Beras dibungkus dalam kain putih bersih. Masukkan ke dalam air yang akan dibuat tomyam itu, panaskan sehingga air mendidih dan beras menjadi kembang. Satu genggaman beras nisbah dua liter air. Selepas itu keluarkan kain tersebut dan masak seperti biasa.


Bahan-bahan:

- serai

- lengkuas

- bawang besar

- cili padi

- tomato

- ayam/ udang/ sotong

- garam

- kicap ikan

- daun limau purut

- asam limau nipis


Cara-cara:

Masukkan serai, lengkuas yang ditumbuk secukup rasa ke dalam air tersebut diikuti dengan bawang besar, cili padi. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan ayam/ udang/ sotong dan tunggu sehingga air mendidih sekali lagi. Tutup api dan masukkan daun limau purut (supaya wangi). Tambah kicap ikan dan asam limau nipis secukup rasa. Dah siap!


Kalau nak tomyam merah, masukkan pase tomyam tu. Cari kat kedai mesti ada. Heheh.


Kalau nak toyam putih, tak payah masukkan apa-apa. Bahan-bahan di atas sudah mencukupi.


Tomyam susu pula, masukkan sedikit susu sejat dalam tomyam tersebut.


Itu saja. Selamat mencuba~

Posted in | 11 comments

The Tree

Mungkin sudah ramai yang tengok video ini..

Aku tak pernah puas dari tengok dan mendengar apa yang disampaikan oleh Tok Guru

Betapa Allah itu Maha Pemurah, kita saja yang tak tahu dan tak bersyukur..

Ayuh tengok video ini, moga mendapat manfaat!


video

^_______^

"sedekah itu adalah duit antarabangsa"

Posted in | 1 comments

- kedekut -







Assalamualaikum wbt..

Selalu aku mendengar orang mengadu kat aku pasal kawan-kawan yang kedekut ni. Aku pun takkk faham. Lagi-lagi dengan orang yang kedekut makanan duti punya lah jimat, nampak makanan orang habis dibantainya.


ALHAMDULILLAH, housemate aku semua baik-baik. Tak kedekut makanan. Walaupun ada yang sangat jimat, tapi tak pula dia bantai makanan orang lain. Masing-masing tahu tahap masing-masing.



- Segan -

Segan itu perlu ada dalam diri kita semua. Memang lah kawan kita itu baik dengan kita, kongsi makanan dan sebagainya. Tapi jangan pula lebih-lebih dalam tindakan lagi-lagi kalau kita tak bagi balasan terhadap dia.


kes 1 dari seorang lelaki: Saya masak gulai ayam. Tapi makan sikit je.. Selebihnya housemate habiskan tanpa sepatah pertanyaan.

kes 2: Pakai je baju branded, air mineral tak pernah beli minta dengan orang je.

kes 3: Dah pindah rumah dah. Tapi still balik ke rumah asal --> tumpang basuh baju dia dan aweknya. Kecik besar semua ada. Sampai kadang-kadang penghuni rumah itu geram, yang kecik tinggal sebelah je.. Adeihh.

kes 4: Hari-hari datang rumah aku, main internet. Macam lah rumah aku ni CC. Kalau datang untuk belajar... Aku tak kisah lah.

kes 5: family yang kedekut, sampai anak beranak datang ziarah pun tak cukup makan.

Waah..
Sahabat-sahabat, kadang-kadang orang yang memberi itu tak kisah pun nak bagi apa-apa yang free kat kita. Tapi kena faham, kedudukan kita sebagai seorang pelajar ada limit-limitnya. Andaikan kita semua ni anak datuk yg kaya raya, mungkin tak kisah. Ini dah lah guna duit PTPTN ( hutang beb ) dengan duit mak bapak lagi... Kena sama-sama tolong.

Percayalah, kalau kita kongsi kat orang, apa yang dimiliki oleh kita tu tak akan berkurangan.. Allah jua yang akan membalasnya.

Sebab itu kita digalakkan bersedekah. Tok Guru berkata, sedekah itu adalah duit antarabangsa. Besar tak besar nilainya. Walaupun kita tanam pokok (nampak macam remeh je) tapi setiap hasilnya yang dimakan oleh burung, ulat dan binatang-binatang yang lain itu, malaikat telah mencatatkan kebaikan sebagai sedekah.

Subhanallah.. Maha Suci Allah!

Jangan lah kedekut-kedekut ye.. Ingatlah orang yang memerlukan ^^

p/s: rumah aku suka sangat masak. Makan ramai-ramai satu family!~

Allahualam!



Posted in | 8 comments

jangan sampai



Aku perlu tuliskan sesuatu di blog ini, agar aku lapang dada.

Terasa macam qiamat dah dekat. Tapi aku masih lagi macam ini. Tak insaf-insaf lagi. Kata orang, aku memang ego. Ya, aku memang ego.

Aku rasa macam ada benda sekat di dada. Terasa terlalu banyak masalah untuk diselesaikan. Terlalu banyak benda untuk difikirkan. Tak tahu nak lepas yang mana satu dulu.




Betapa susahnya kita nak puaskan hati orang. Sebab tidak akan ada orang berpuas hati dengan kita. Masing-masing dengan sikap dan pandangan yang berbeza. Maka buatlah apa yang anda rasa ia tidak melampaui batas dengan sebaik mungkin, anda akan tenang.

Kepada mereka yang jauh di sana jua, jangan lah anda pandai mengutuk, mengkritik orang lain saja. Sebab anda pun tahu diri anda jua tidak sempurna. Maka buatlah apa yang baik untuk diri anda sebelum nak betulkan orang lain. Jangan seolah-olah anda begitu sempurna, tak ada dosa 1 sen pun.. Ia tak mungkin.


-aku-

Benci apabila didesak. Diulangi supaya ingat benda yang sama. Apabila aku benci, susah bagi aku untuk kembali seperti dulu. Ia berlaku dah banyak kali dalam hidup aku.. sekali terhadap keluarga aku sendiri.

Sebagai seorang cucu, aku telah mengabaikan tanggungjawab ku terhadapnya. Ia disebabkan oleh kebencian melampau diri ku.. Maka kepada orang jauh di sana, sila fahami perangai aku. Jangan terlalu nak desak. Andaikan dengan keluarga ku sendiri pun boleh berlaku, apatah lagi dengan anda.

Jangan sampai aku benci anda, sebab ia tidak akan seperti dulu lagi.

Aku maafkan semua orang. Itu dah selesai masalah antara aku dan engkau. Tapi apabila perasaan benci itu masih ada, janganlah risau. Itu adalah masalah aku dengan Tuhan. Bukan engkau lagi..


Wassalam.










Posted in | 7 comments

Sejauh manakah?

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menghadirkan manusia yang pelbagai sikap pada ku. Yang aku notice, tiada siapa yang sempurna.

Ya, tiada siapa yang sempurna. Tapi manusia itu kadang-kadang ingat dia lah yang paling sempurna. Dia lah yang paling soleh/ solehah sehingga mampu memutuskan siapa banyak dosa, siapa banyak pahala. Sebaik-baik dia adalah sejahaahat siapa dan sebagainya.


Sejauh manakah anda "baik" andaikan anda menghina orang bertubi-tubi dan berbangga dengan apa yang anda ada?


Pernahkah korang dengar satu kisah tentang sepasang kembar yang duduk dalam satu rumah. Seorang di tingkat atas, seorang di tingkat bawah. Watak mereka sangat berbeza. Abangnya teramat lah alim dan taat patuh pada Allah dan adiknya hidup penuh kemaksiatan dan dosa. Pada satu hari, ditakdirkan Allah masing-masing ingin berubah. Yang alim ingin berubah menjadi seperti adiknya dan adiknya ingin bertaubat dan menjadi seperti abangnya.


Masing-masing mencari pasangan kembarnya untuk "berubah" dan berlanggar antara satu sama lain di tangga, jatuh dan meninggal dunia di situ. Kembali pada niatnya, yang amalan banyak berniat jahat sebelum mati dan sebaliknya.


Sejauh manakah amalan anda untuk dibanding-bandingkan kepada orang? Sejauh manakah anda untuk menunjuk-nunjukkan kepada orang rezeki yang telah diberi Allah? Ingatlah, rezeki itu pinjaman dari Allah bukan hak milik kita.


Eh, aku bukan ustazah. Nak cakap banyak nanti ada orang kata aku jual agama pula. Yang penting, itu lah kita. Tak perlu kita nak banding-bandingkan amalan kita dengan siapa. Sebab aku yakin, aku dan korang tak ada siapa yang sempurna. Kita bukan maksum.


Andai kita cemburu dengan kebolehan seseorang, berusaha lah untuk menjadi sepertinya atau lebih baik daripadanya. Bukan mendoakan kehancurannya. Apa guna andaikan kita mengaku satu umat, tapi nak bezakan bangsa dan sebagainya. Bukankah bangsa-bangsa itu juga hamba Allah. Tak pernah pula aku dengar bangsa melayu adalah sebaik-baik bangsa dan bangsa siam adalah sejahat-jahat bangsa. Ibaratnya macam tu lah..


weh.. Sorry lah weh andaikan ada orang yang terasa. Tapi begitu lah hidup. Bersabar lah untuk menghadapi semuanya. Andaikan mak ayah korang tak pernah ajar untuk menghina orang, jangan lah menghina orang sebab tak ada orang hebat pun kat dunia ni.


Wallahualam.

Posted in | 16 comments

Eid Mubarak

Assalamualaikum wbt.
Hari ni hari terakhir bulan ramadan. Aku berbuka puasa dengan sebak. Menahan air mata dari mengalir setelah menyaksikan nasib sebuah keluarga yang kehilangan ayahnya yang tercinta akibat daripada kemalangan. Adiknya yang ke-11 sakit parah, dibantu oleh kakak-kakaknya untuk bangun dan mengurus diri. Sedih sebab menjelang syawal ini, masih ada orang yang kurang bernasib baik dari aku. Masa berbuka puasa, aku tahan air mata. Dalam masa yang sama juga, bunyi mercun sudah kedengaran.


Yang lagi sedih, bunyi mercun melebihi dari suara takbir. Aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Memandangkan orang-orang tua yang main benda ni. Habis duit, buat bising, boleh menyebabkan kemalangan, menghilangkan kesabaran orang dan lain-lain lagi. Biar lah orang kata aku ni tak supporting. Sungguh aku rindukan suasana raya di Bangkok. Sederhana. Tiada bunyi mercun mahupun letupan-letupan. Tiada siaran TV yang menujukkan perayaan kami. Hanya radio yang tujuan berdakwah yang banyak menolong untuk mendengarkan suara takbir, mengagungkan Allah yang Esa. Solat hari raya diadakan dipadang bola, luar masjid. Rindu suara khutubah dari ayah saudara aku. Rindu suasana islamic di sana. Sederhana dan bermakna.


Moga Ramadan kali ini bukan ramadan yang terakhir buat kita semua. Moga mendapat pengajaran dari bulan yang mulia ini.

Kepada sahabat sekalian,

aku minta maaf andai pernah melukakan hati korang semua. Maaf zahir dan batin. Doakan untuk kebaikan semua di dunia dan akhirat. Moga persahabatan kita semua berpanjangkan. Ingatkan lah aku andai aku lalai. Wallahualam! Wassalam.

Posted in | 3 comments

Alhamdulillah




















Assalamualaikum wbt

Berakhir sudah program kami pada 1,2 dan 3 haribulan. Sepatutnya ada sampai 4hb tapi disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan, maka dengan persetujuan para urusetia yang lain, program berakhir pada hari ini. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada:

1. akhi ubaidillah kerana sudi jadi tetamu kami buat kali ke-3. Neem ada nak tulis apa yang akh bagitahu hari tu ada
15 perkara, tapi tak sempat. Sila bagi disebalik tabir ye nanti. Terima kasih kerana menerima segala kekurangan yang ada pada kami semua.

2. Terima kasih kepada model-model Fashion Show kerana bersudi memeriahkan lagi program (saya masih menunggu S3 untuk gambar hari tu. Jangan lupa bagi tau~

3. Terima kasih kepada akak wardina kerana sudi menjadi tetamu istimewa kami pada hari ini. Bersusah payah untuk mendapatkan dia akhirnya alhamdulillah. Walaupun beliau dikenali ramai tapi orangnya sangat peramah dan selalu bagikan aku semangat. Seronok dapat kata semangat dan puji-pujian dari beliau. Maafkan lah kami sebab banyak kekurangan. Terima kasih kerana memahami kami seadanya.

4. terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan kerana banyak menolong dalam menjayakan program ini. Menangis, marah dan terasa itu perkara biasa. Harap korang dapat maafkan aku sebab aku tahu aku bukan lah orang yang layak untuk menjadi ketua untuk kamu semua.

5. terima kasih kepada akak-akak dan abang-abang yang banyak menolong terutamanya abg saiful sebab banyak memberi idea dan semangat kat aku.

6. terima kasih kat semua-semua lah. Siapa yang tak disebutkan nama, jangan pula terasa hati.

Diharapkan semua mendapat manfaat daripada program ini

Baru lah aku rasa betapa susah payahnya untuk menjayakan suatu program terutamanya program berbentuk keagamaan. Tidak ramai yang menghargai tapi kami tak kisah, yang penting kami semua telah berjaya, alhamdulillahh.

Program ini banyak mengajar aku untuk bersabar, membuat keputusan dan banyak lagi. Baru lah aku tahu andai aku telah berjanji untuk melakukan suatu benda untuk seseorang dan tiba-tiba aku cancel last minute, bersusah payah lah orang yang incharge tu untuk mencari backup yang baru. Biar lah, mungkin seseorang itu ada kerja terpaksa bantalkan perjanjian.

Berdakwah bukan benda yang senang. Kami tahu fashion show kami tidak ada yang seksi-seksi. Nasyid kami tak ada yang rock-rock sebab tu tak ramai yang datang. Kami faham, hanya satu yang kami pinta dari Tuhan adalah KEBERKATAN.

Moga Allah memberkati anda semua. Terima kasih kerana mendoakan kejayaan ini.

Barakallahufik..

Wassalam

Posted in | 19 comments

Kempen Tutup Aurat









Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..

Akhirnya hari pertama Kempen Tutup Aurat oleh Persatuan Mahasiswa Islam Unitar (PERMAI) telah berjaya diadakan, walaupun aku tak puas hati. Hm.. itu internal problem. Kena perbaiki lagi. Terima kasih kepada semua commitee, banyak menolong. Tapi ada lagi 4 hari! Ceramah, fashion show, Wardina dan Pameran Sirah Islam. Minta maaf kat semua commitee juga. Aku bukan lah orang yang layak untuk jadi ketua untuk kempen ini.

Kami bukan lah yang baik-baik semua. Cuma ingin mewujudkan suasana islamic di situ. Aku tahu ada yang tak puas hati. Malah ada yang perli-perli aku bila nampak muka aku. Yang tak tahan, lelaki yang perli aku. Ahhh.. aku cuba sabar. Sebab aku tahu ada lagi orang yang berjuang demi agama kena teruk daripada ni. Rasulullah saw lagi kena teruk daripada aku.

Ustaz Zawawi Yusof, Ustazah Maznah Daud dan Akak syira menjadi ceramah dan panel jemputan pada hari tu. Semua best-best.

Sedikit ilmu yang mereka sampaikan yang masih lekat dalam kepala aku-

Ustaz Zawawi - memang best. Tapi ada miscommunication sikit menyebabkan beliau tak dapat bersama dengan kita dengan lebih lama. Tapi alhamdulillah, sikit membuka minda aku. Beliau tunjukkan video bagaimana zaman jahiliah dulu menyembah tuhan mereka dan menanam anak-anak perempuannya. Kejam kan? Tapi kata ustaz, di Malaysia lagi kejam.. Sebab buang anak merata-rata. Adakah kita dah kembali ke zaman jahiliah dulu?? Nauzubillah!

Forum oleh ustazah Maznah dan akak Syira. Ustazah Maznah bekas senior lecturer di UITM Shah Alam. Orangnnya kecil saja tapi ilmu sangat banyak dan sangat hebat orangnya. Siapa rajin dengan IKIM.FM mungkin pernah dengar beliau jadi panel forum. Akak syira, exco PKPIM pusat juga best. Walaupun umurnya muda lagi, tapi ilmunya juga banyak.

Mengapa sesetengah orang menganggap masih belum sampai "seru" lagi untuk menutup aurat?
- aku sempat dengar sikit je ulasnya. Bukan orang itu belum sampai seru sebab "seru" itu dah lama disampaikan Allah SWT melalui Rasulullah SAW. Sudah beratus-ratus, beribu-ribu tahun. Tapi hanya kita sendiri yang buat-buat tak tahu dan tak berusaha untuk memperbaiki kita. Islam sudah ajar cara hidup yang baik. Hanya kita yang masih inginkan liberal itu yang menolak ajaran islam - kak syira

ustazah maznah - Bila solat kita bermasalah sebab tu lah benda lain pun bermasalah.

Sepatutnya kita kena buat kempen solat dulu kot baru kempen tutup aurat. Takpe, next event boleh lah! insya Allah. Ada follower aku cadangkan diadakan kempen smart solat untuk orang tua. Itu cadangan yang terbaik! Sebab bagi aku, orang tua sendiri pun bukan semua yang tahu solat yang betul macam mana. Tengok saf berlubang-lubang pun dah tahu.. heee..

Anyway, itu saja!

Wallahualam. Wassalam


Posted in | 14 comments