Beruntungnya korang


Assalamualaikum wbt

Salam bahagia,

Salam ceria,

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat ku sekalian.

Alhamdulillah, aku sihat di sini. Harap korang jua sihat..

Kenapa tajuk entry aku kali ni adalah "beruntungnya korang"

Beruntungnya korang kerana

- bebas beribadat

- bebas tutup aurat

- bebas memilih makanan halal

banyak lah bebas, alhamdulillah.

Aku jua bebes. Tp aku rasa zaman aku sekolah di sini (Bangkok) dulu tidak seperti zaman sekarang.

Kami..

- tidak bebas untuk menutup aurat. Dulu aku pakai skirt pendek pergi sekolah.

- tidak bebas beribadat. Bukan maksudnya tak boleh langsung, boleh. Tapi sekolah aku dulu takde surau, xde masa break untuk perlajar muslim menunaikan solat.

- tidak belajar agama. Di sekolah aku dulu takde subjek pendidikan islam. Kami belajar islam hanya di masjid, di rumah, dan di kem-kem ala islamik.

- tidak bebas untuk memilih makanan halal. Pizza haram bagi kami. McD haram bagi kami. Subway haram bagi kami. tidak seperti di Malaysia, semua tu boleh di makan (kot).

Betapa beruntungnya insan-insan yang berada di Malaysia, maka ucapkan lah alhamdulillah.

itu dulu,

Sekarang aku dengar perubahan. Sekolah aku yang aliran Christian Catholic pagi-pagi akan berdoa untuk tiga agama. Budha, Islam dan Christian. Sekolah-sekolah sudah ada subjek Pengajian Islam. Orang lebih concern dengan perkataan halal.

Tapi masih banyak masalah yang timbul disebabkan oleh penyampaian Islam itu tak seluruh. Bukan usaha dakwah tak dijalankan.. Tapi.. hmm. aku tak sure. Sebab family aku ambil berat tentang agama, alhamdulillah.

Bila aku pindah rumah baru yang dekat dengan pasar, aku belajar banyak benda. Sangat lah banyak. Satu kejadian yang berlaku minggu lepas, apabila seorang wanita bertudung sedang memelih no ekor. Dia adalah orang yang tolong sikit-sikit kedai mama aku kat pasar, kalau takde orang dia tolong jaga. Hari tu juga pekerja kedai mama ada masalah, aku yang tolong jaga kedai. Tapi aku tak pandai buat air, maka dia lah orang yang buat air.

Sedangkan dia tengah memelih no ekor, aku dah tengok dari jauh, ada orang nak beli air. Lalu aku pergi ke dia dan kata, "akak, seorang muslim tu haram beli no ekor atau judi, ada orang nak beli air."

Dia macam tarik muka. Aku pun tak puas hati sebab akhirnya dia beli juga no ekor tu. Sedih. Sudah lepaskah tanggungjawab aku untuk menegurnya, aku hairan. Bila diceritakan kat ibu ku, beliau setuju. Dalam masa yang sama mama kata, tok guru kat sini kata boleh.

Aku macam nak pergi cari je tok guru tu. Siapa yang ajar beliau macam ni?

Ini lah apa yang berlaku apabila ummat tiada ilmu. Nak salahkan siapa kalau sampai bila-bila kita tak maju. Bukan tak usaha, tapi usaha itu tiada berkatnya.

Mampukah kita mengubah nasib ummat? Bermulalah dengan keluarga kita sekarang, insya Allah.

Wallahualam.

Posted in |

9 comments:

  1. ameer al-islam Says:

    salam tasneem..

    info yg bagus. sekali pandang, kami mungkin beruntung hidup dalam negara yg majoritinye rakyat beragama islam (bukan negara islam!). segala-galanya mencari utk agama mudah bagi kami. ade sekolah, masjid pn byk (skrg tgh berlumba2 buat masjid. byk betul masjid. falsafah negara kami, biar byk masjid walaupun solat bjemaah SATU saf pn xpenuh)huhu.

    tetapi bukankah rugi, jike dgn byk kemudahan mcm ni, tak semua dari kami yg menggunakannye?

    byk kemudahan mndalami agama islam, tapi tempat buat maksiat juga byk disediakan. ops terlalu banyak sbenarnye.

    kami tak pelik dgn thailand, kami x rase aneh dgn singapura, kami xrasa hairan dgn US jika negara2 ini byk tampat maksiat. sebab majoriti rakyat bukan muslim. kami PELIK dgn negara sndiri yg ramai pnduduk beragama islam, pmimpin beragama islam, KONONNYE negara islam, tetapi byk gile tmpat maksiat disediakan. huh

    sy.. mungkin antara ramai dr penduduk malaysia yg salute dgn anda, keluarga anda, dan pnduduk muslim di thailand amnya. dgn serbe kekurangan dan kesusahan anda mncari ilmu sndiri. alangkah kuatnye semangat. betapa mujahadahnya masyarakat muslim di sana! dan betapa kami malu dgn anda semua!

    (ameer al-islam)

  2. mansor Says: This comment has been removed by a blog administrator.
  3. Anonymous Says:

    neem..

    jgn sesekali lupa maksud ayat Surah Ar-Rahman ayat ke-13.

    Bila nikmat yg diberikan semakin banyak, adakah manusia semakin bersyukur, semakin tunduk kepadaNYA, semakin taat dalam melakukan perintahNYA serta meninggalkan laranganNYA?

  4. pecinta_Islam Says:

    huhu..terharu tul baca akan n3 ni..awak mmg seorang muslimah yg baek..

    sesungguhnya perempuan2 yg baek untuk laki2 yg baek dan laki2 yg baik untuk perempuan2 yg baik pula-surah an-nur..

    muga bahgia sentiasa
    :)

  5. neem Says:

    kita sendiri yg perlu berusaha ubah nasib hidup kita dan masyarakat sekarang. percaya lah, dalam masa 5-10 tahun akan datang, dunia ini akan makin teruk, social yg sgt menakutkan. bersedia lah dari sekarang.

  6. keretasorong Says:

    yup, peringatan yg baik, sbb kite selalu melupakan dan menyalahgunakan erti kebebasan dan keberuntunagn dan jarang utk bersyukur.

  7. zumairi Says:

    kkdg mereka yg serba kekurangan inilah memiliki ketagwaan yg tinggi

    http://paksuu.com

  8. noname Says:

    neem!!! aku suka entry kau nih!!!
    terbaik wooo. aku setuju apa kau kata !! <3

  9. neem Says:

    walaupun kita bebas, tp kita masih terikat dgn ayat "taatilah kamu kepada Allah dan taati lah kamu kepada rasul."

    syusyu~~ tq2 ^^