Al-Fatihah Buat Allahyarham Zaid


Mahasiswa Malaysia di Mesir dikejutkan lagi dengan satu kemalangan maut yang ngeri, meragut nyawa seorang sahabat dari Kedah. Makluman: Berita di bawah ini disediakan oleh pihak KPKM.21 oktober 2007 - "kalau saya mati, kebumikan saya di sini", Demikian gurauan yang dibuat oleh Allahyarham Zaid bin Muhamad dihadapan sahabat-sahabat dua hari sebelum kemalangan ngeri yang menimpa arwah.

Kejadian berlaku di lebuh raya Solah Salim bersebelahan dengan jalan Darrasah. Allahyarham dikatakan sedang dalam perjalanan pulang daripada Masjid Syeikh Zaki Ibrahim selepas selesai menghadiri majlis tadarus Al-Quran yang dijemput oleh Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.

Allahyarham adalah mahasiswa muadalah yang baru sahaja sampai ke Mesir. Merupakan pelajar muadalah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) jurusan Syariah dan berasal daripada jitra Kedah. Berumur 22 tahun dan telah pun menduduki peperiksaan tahdid mustawa samada berada di tahun 3 atau 4 jurusan Syariah Islamiah, Kaherah. Allayarham Zaid bin Muhamad tiba di Mesir pada tanggal 18 Septembar 2007 bersama rombongan KIAS, Nilam puri.

Kemalangan berlaku selepas solat Zohor. Allahyarham dilanggar sebuah chevrollet ketika cuba melintas jalan bersama dengan seorang teman yang bernama Mohd Ridhuan Abdul Razak. Allahyarham dikatakan bersungguh-sungguh mengajak kawannya melintas lebuh raya Solah Salim meninggalkan kawan-kawan yang lain yang sedang berjalan dibelakang bersama Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.

Ketika melintas Allahyarham memegang tangan Mohd Ridhuan dan apabila berada ditengah-tengah jalan besar tersebut beliau melepaskan tangan sahabatnya dan sedikit terkebelakang daripada sahabatnya Mohd Ridhuan. Ketika itulah datang sebuah Chevrollet yang dipandu laju lalu melanggar allahyarham sehingga melayang 10 meter dari tempat kejadian. Allahyarham Zaid Muhamad meninggal dunia serta-merta sejurus kemalangan di tempat kejadian akibat hentakan kuat dikepala.
Jenazah allahyarham dibawakan ke tempat bedah siasat di Muqattam 2 jam selepas kejadian. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam A'syir dan disembahyangkan di dataran A'sir selepas solat Zohor, keesokan harinya.

Al-Fatihah...

sumber : KPKM ( http://www.ekpkm.com/ )

Posted in | 0 comments

I had NO choice except to convert to Islam!!


Assalamualaikum wbt

Dear Friends,

Here is a video about one man who converted to islam by HIS CHOICE
after watching video of a debate between a muslim speaker, Ahmad Deedat and a Christian. Ahmad Deedat, who always won debates gave great answers and guided this man to find the true religion of God.



Let us watch this video and see how this man becomes a good follower of JESUS A.S by becoming a muslim. Hope you'll enjoy!!

Prepared by: =( ^-^ )= abu meow =( ^-^ )= group


Posted in | 0 comments

Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya


Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini. Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT? Tepuk dada tanda iman!

Oleh Ustaz Zainudin Hashim


Copy right from: http://jundumay.blogdrive.com

Syukran Jiddan, ya Kamil!



Posted in | 0 comments

Salam Lebaran


Bulan Ramadan sudah lalu pergi meninggalkan seribu erti kepada seluruh umat Islam khususnya kepada mereka yang benar-benar dapat menghayati dan memanfaatkan bulan ini dengan penuh bermakna. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman ini, Insya Allah.

Tahun ini merupakan tahun ke-2 saya beraya di Malaysia bersama keluarga saudara di Kelantan. Tipulah kalau saya kata saya tidak rindu dan tidak sedikit pun menitis air mata ker
ana tidak dapat beraya disamping keluarga yang tercinta. I miss all of you, indeed! Dan saya perlu menerima kenyataan (T_T) yang tahun ini kedua-dua hari raya saya terpaksa sambut di Kelantan sebab masa tidak mengizinkan.

Erm...reda dan pasrah sahaja yang dapat saya lakukan. Di kesempatan ini, saya ingin memohon seribu kemaafan daripada sahabat handai sekiranya sepanjang persahabatan kita ini ada yang terluka dengan kata-kata saya yang sengaja dan tidak sengaja. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Ws.


Biskut badam saya...hehe



Susana hari raya di kampung mama, Nakorn Si Thammarash, Thailand
(yang kanan sekali tu, my beloved tuk)


Bersama sepupu-sepupu yang tersayang, on the way balik rumah dari
Salor, Pasir Mas.


P/L: gambar hari raya di Bangkok tidak dapat disertakan. Menurut adik saya, ada orang pinjam kamera tak hantar-hantar lagi T_T

Posted in | 2 comments