10 Sen?

Assalamualaikum wbt..

Ketika ini sememangnya mata saya sudah pun mengantuk. Tapi berasa rindu pula kat blog kesayangan saya yang tak berapa itu. Malam ini saya tumpang di bilik Annur dan adik Bad. Walaupun tiada internet di sini, tapi saya akan postkan pada pagi esok, insya Allah. Esok kelas dan aktiviti-aktivi saya full dari pagi sampai petang. Harap-harap sempat online di pagi hari.

Semalam Umi, Ayah Su, Abe Ta dan Aisyah datang dari Kelantan. Saya dan sepupu yang lain berkumpul di rumah kami macam biasa. Sepanjang perjalanan dari Subang Jaya by bus dan LRT, macam-macam saya jumpa. Terdetik di hati ingin menulis secebis pengalaman saya di blog ini.

Apa pandangan anda jika disebut “10 sen”? Mungkin anda rasa nilai wang itu sangat sedikit atau pun tidak berharga langsung. Iyelah, nak masuk tandas awam pun guna 20 sen. Mungkin juga anda menghargai wang itu. Jika bagi saya, sebagai seorang manusia yang lemah kadang-kadang ia sangat berharga dan kadang-kadang tidak. Berdasarkan situasi itu. Saya mengaku sahaja.

Ketika menunggu bus di depan Mid Valley, saya perasan seorang pak cik di situ. Nampak gayanya beliau tergolong dalam golongan orang yang mencintai alam yang tidak dipandang orang. Saya tidak tahu bagaimana ingin memanggil beliau. Yang ternyata, beliau bukanlah orang yang hidup senang, berkerja dan mencari rezeki dalam keadaan yang tidak bersih. Teringat kata-kata lecturer saya. She said that; we have to appreciate them. Their occupation is seemed to be bad but give a big feedback to the environment. Jika tidak mereka yang mengutip sampah dan mengasing-asingkannya, siapa yang akan buat. Nak mengharap penduduk tempatan, berapa ramai yang sanggup buat?

Renungkan wahai sahabat-sahabat ku. Saya tidak pandai mengarang tapi berharap yang anda akan faham apa yang ingin saya sampaikan.

Pak cik tersebut sedang buat bulatan kat besi di tangannya. Saya masih fikirkan, apa yang ingin beliau lakukan. Tidak lama selepas itu, beliau menuju ke lubang longkang di depan bus stop. Masukkan besi yang panjang ke dalam lubang longkang tersebut. Kata hati saya, mungkin pak cik ini tengah nak ambil plastik dalam longkang itu kot. Ketika berfikir-fikir pak cik itu sudah berjaya mengeluarkan objek yang diinginkan itu. Rupa-rupanya duit 10 sen. Subhanallah! Kalau lah aku, tidak pernah berfikir nak ambil duit 10 sen dalam longkang itu. Tapi kalu anak kunci kereta ke, (nauzubillah!) terpaksalah saya.

Duit 10 sen mungkin tidak berharga kepada seseorang tetapi ia sangat berharga kepada seseorang. Andaikan anda mempunya wang RM 99,999.99. anda hanya perlukan 10 sen sahaja lagi untuk menjadikan wang andai sebagai 100,000.00! Masa inilah duit 10 sen itu akan sangat berharga kepada anda.

Setiap 10 sen, malah 1 sen pun adalah rezeki dari Tuhan. Jangan mempersia-siakannya. Gunakanlah ia sebaik mungkin. Ini adalah nikmat Tuhan yang kadang-kadang tidak difikirkan oleh kita semua. Salam berjuang. Salam rindu dan sayang fillah kepada sahabat-sahabat semua.

Wallahualam. Wassalam.

1.08 am

3K, 102.



Posted in Labels: | 4 comments

Dunia Hari Ini


Assalamualaikum wbt

Saya telah dikenal-kenalkan dengan satu business oleh sahabat saya. Namun, hati ini belum lagi terbuka untuk joinkan business itu. Ia masih lagi dalam pemerhatian saya pada masa ini. Setiap kali ada event, kawan saya mengajak saya menyertai. Tujuannya bukan ingin memaksa saya untuk melakukan business berkenaan. Hanya ingin mendedahkan apa yang berlaku pada hari ini. Beberapa perkara yang mampu saya kongsi di sini, saya akan kongsikan.

Ternyata program-program yang dianjurkan oleh syarikat itu membuka sedikit sebanyak mata dan minda saya tentang kehidupan ini. Melakukan sesuatu benda perlu datang dari hati dan perasaan. Minda hanya digunakan untuk mencari ilmu dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Tanpa arah tujuan dan semangat yang gentar dalam mencapai suatu impian, adakah kita akan mampu melakukannya itu?

Dunia sudah berubah. Anda yakin selepas digelar sebagai seorang "graduated" anda mampu memiliki kerjaya dalam masa yang singkat? Mengikut senior-senior saya yang sudah selesai pembelajaran, ada yang sehingga kini belum mempuyai kerjaya yang tetap. Walaupun sudah memiliki segulung ijazah daripada institusi pengajian tinggi yang terkenal. Mengapa berlaku sedemikian?

Di sini, saya berjumpa dengan ramai kawan-kawan yang terdiri daripada student-student IPT. Keputusan mereka untuk berkerja sambil belajar bukan semata-mata kerana ingin mencari duit poket sendiri. Mereka mempelajari banyak benda daripada organisasi ini. Daripada seorang yang malu, tidak biasa bergaul dalam organisasi yang besar kini mereka sudah berubah diri. Dari segi communication skill, mind set dan lain-lain. Dalam singkat kata, belajar dari pengalaman.

Sebagai seorang pelajar IPT, saya pasti anda pernah menghadapi perkara yang sama dengan saya. Apabila andai sampaikan kepada ibu dan ayah tentang ingin mencari income, pasti mereka akan larang. Dengan alasan "kamu masih lagi belajar." Ada juga yang mencipta seribu alasan untuk tidak melakukan sesuatu (termasuk lah saya sendiri). Alasannya adalah ingin belajar, sibuk dengan assignment dan lain-lainnya. Tepuk dada tanya hati, berapa jam anda memegang buku dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah? Dan beberapa jam anda melepak-lepak di super market, di wayang, menonton TV? Menghabiskan wang mak ayah dan duit PTPTN?

Suasana di sini banyak mengajar saya pelbagai erti kehidupan yang akan dilalui. Ternyata, dunia ini bukan hanya kita seorang. Ingin hidup dalam keadaan yang sempurna, perlulah memberi komitmen kepada orang lain jua. Keluarga dan kawan-kawan sangat penting. Mereka semua ini yang akan memberikan kita satu makna kehidupan yang nyata. Tanpa mereka semua, adakah kita akan hidup dalam dunia ini sehingga hari ini?

Saya teringat kata-kata sahabat saya, kita sudah tahu "bagaimana" ingin melakukannya tetapi kita tidak tahu "kenapa" kita ingin melakukannya. Sebab itu pada awalnya saya berkata sesuatu yang ingin dilakukan, perlu datang dari hati bukannya minda. Wahai sahabat, jangan belajar hanya dalam teori. Sesungguhnya, dunia luar buku adalah lebih mengajar kita untuk mengerti erti kehidupan ini. Lakukan lah sesuatu ketika kita masih muda remaja. Jangan sia-siakan masa yang ada ini. Hidup adalah satu amanah daripada Allah. Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai seorang manusia dan orang muslim.

Terima kasih sahabat kerana membawakan saya untuk bukakan minda. Maaf kerana diri ini masih tidak kuat untuk melakukan apa yang anda lakukan. Ia masih dalam pemerhatian dan penilaian oleh diri ini. Namun, usaha mu ini tidak sia-sia. Semoga Allah merahmati mu semua.

=)

Wallahualam. Wassalam


Posted in | 5 comments

Apa pandangan anda?

Assalamualaikum wbt.

Hanya ingin tahu, apa pandangan sahabat-sahabat tentang accounting?

=)

Posted in | 3 comments