10 Sen?

Assalamualaikum wbt..

Ketika ini sememangnya mata saya sudah pun mengantuk. Tapi berasa rindu pula kat blog kesayangan saya yang tak berapa itu. Malam ini saya tumpang di bilik Annur dan adik Bad. Walaupun tiada internet di sini, tapi saya akan postkan pada pagi esok, insya Allah. Esok kelas dan aktiviti-aktivi saya full dari pagi sampai petang. Harap-harap sempat online di pagi hari.

Semalam Umi, Ayah Su, Abe Ta dan Aisyah datang dari Kelantan. Saya dan sepupu yang lain berkumpul di rumah kami macam biasa. Sepanjang perjalanan dari Subang Jaya by bus dan LRT, macam-macam saya jumpa. Terdetik di hati ingin menulis secebis pengalaman saya di blog ini.

Apa pandangan anda jika disebut “10 sen”? Mungkin anda rasa nilai wang itu sangat sedikit atau pun tidak berharga langsung. Iyelah, nak masuk tandas awam pun guna 20 sen. Mungkin juga anda menghargai wang itu. Jika bagi saya, sebagai seorang manusia yang lemah kadang-kadang ia sangat berharga dan kadang-kadang tidak. Berdasarkan situasi itu. Saya mengaku sahaja.

Ketika menunggu bus di depan Mid Valley, saya perasan seorang pak cik di situ. Nampak gayanya beliau tergolong dalam golongan orang yang mencintai alam yang tidak dipandang orang. Saya tidak tahu bagaimana ingin memanggil beliau. Yang ternyata, beliau bukanlah orang yang hidup senang, berkerja dan mencari rezeki dalam keadaan yang tidak bersih. Teringat kata-kata lecturer saya. She said that; we have to appreciate them. Their occupation is seemed to be bad but give a big feedback to the environment. Jika tidak mereka yang mengutip sampah dan mengasing-asingkannya, siapa yang akan buat. Nak mengharap penduduk tempatan, berapa ramai yang sanggup buat?

Renungkan wahai sahabat-sahabat ku. Saya tidak pandai mengarang tapi berharap yang anda akan faham apa yang ingin saya sampaikan.

Pak cik tersebut sedang buat bulatan kat besi di tangannya. Saya masih fikirkan, apa yang ingin beliau lakukan. Tidak lama selepas itu, beliau menuju ke lubang longkang di depan bus stop. Masukkan besi yang panjang ke dalam lubang longkang tersebut. Kata hati saya, mungkin pak cik ini tengah nak ambil plastik dalam longkang itu kot. Ketika berfikir-fikir pak cik itu sudah berjaya mengeluarkan objek yang diinginkan itu. Rupa-rupanya duit 10 sen. Subhanallah! Kalau lah aku, tidak pernah berfikir nak ambil duit 10 sen dalam longkang itu. Tapi kalu anak kunci kereta ke, (nauzubillah!) terpaksalah saya.

Duit 10 sen mungkin tidak berharga kepada seseorang tetapi ia sangat berharga kepada seseorang. Andaikan anda mempunya wang RM 99,999.99. anda hanya perlukan 10 sen sahaja lagi untuk menjadikan wang andai sebagai 100,000.00! Masa inilah duit 10 sen itu akan sangat berharga kepada anda.

Setiap 10 sen, malah 1 sen pun adalah rezeki dari Tuhan. Jangan mempersia-siakannya. Gunakanlah ia sebaik mungkin. Ini adalah nikmat Tuhan yang kadang-kadang tidak difikirkan oleh kita semua. Salam berjuang. Salam rindu dan sayang fillah kepada sahabat-sahabat semua.

Wallahualam. Wassalam.

1.08 am

3K, 102.



Posted in Labels: |

4 comments:

  1. Anonymous Says:

    Setiap benda yang kita miliki adalah kurniaan Allah, hatta udara yang kita sedut adalah satu nikmat kurniaan-Nya yang perlu disyukuri.

    Malangnya, berapa ramaikah di antara kita yang sedar akan perkara ini? Kita tahu, sebenarnya, hanya buat-buat tak tahu dan perlu di'ketuk' sedikit baharu sedar. Bila ujian melanda barulah mahu mengadu. Bertaubat.

    Anyways, a good point to ponder. Write lagi. Ada ruang untuk improvement grammar tu. Hehe...

    Sayonara.

  2. ain fathihah fhm Says:

    aduhhh..
    syiling 5sen, 10sen, 20sen ni
    bersepah2 dlm bilik ain
    xpandang pn..
    hujung2 bulan baru kalut nk kutip(sbb poket dh kering)

    insafnya hati...

  3. Anonymous Says:

    salam ziarah..

    semoga tuan rumah sihat sjhtera ya..ada masa jmput dtg ke teratak ana..

  4. Blogger Says:

    10 sen fungsinya bila nak basuh baju, isi air RO, beli air kat groce machine...masa tu la coin penting..