Ramadan + Syawal


Assalamualaikum wbt. Sudah cukup sebulan (lebih) saya tak update blog ini. Maaf kepada semua sahabat yang mengunjung. Ramadan tahun ni merupakan ramadan paling teruk dalam hidup saya.. Susah nak terangkan kenapa. Mungkin disebabkan saya tak sempat meraikan ramadan dengan keluarga. Di akhir-akhir bulan ramadan pula terpaksa saya sahur dan berbuka seorang-orang sebab dua orang roomate saya dah pindah. Berbuka tidak menjadi masalah sangat. Tapi terasa sayu semasa sahur. Tiada suara Kak Biha yang selalu panggil "Neem, bangun sahur.." Anyway saya masih ada Mama dan my h, terima kasih sebab selalu call kejutkan saya untuk bagun sahur dan Qiamullai. Terima kasih!

Dah tiga tahun saya tak puasa kat Bangkok. Terasa ingin nak makan masakan Thai, lebih-lebihnya lagi masakan Mama. Alhamdulillah, saya masih ada peluang makan makanan Thai yang dimasak oleh nenek saya , kedai kawan Bang Syakir di Sentul Timur dan iftor di UIA bersama budak-budak Thai.

Sepanjang bulan Ramadan, saya selalu mendapat makanan dan hadiah dari orang-orang disekeliling. Terima kasih kepada semua, semoga Allah merahmati anda sentiasa! Gembira sangat hati bila boleh memberi dan menerima dengan hati ikhlas. Harap-harap amalan ini berpanjangan sehingga bila-bila. Saya selalu perasan, apabila saya memberi, pasti Allah akan balas saya dengan rezeki yang lagi banyak. Bukan nak menunjuk-nunjuk yang saya buat sedekah. Tetapi sebagai satu bukti dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah. Makin kita memberi rezeki akan makin bertambah, insya Allah. Ia juga menjadi satu ketenangan hati. =)

Selamat menunaikan ibadat di akhir bulan ramadan. Rebut lah peluang yang masih ada. Jangan terlalu beria-ria menyambut syawal kerana kemungkinan anda akan merindui bulan ini. Doakan semoga dipanjangkan usia dan dapat bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan.

Kami merindui mu, ya Ramadan!

Salam menyambut Syawal. Maaf zahir dan batin buat semua sahabat. Wallahualam. Wassalam.



Posted in |

14 comments:

  1. As Says:

    salam eid mubarak neem

    you are never alone (: cheers

  2. neem Says:

    salam eid mubarak kembali.

    TQ akak!

  3. alFaisal Says:

    Akhirnya update juga :)

    Salam Idulfitri neem. Semoga kita semua terus kekal menjadi hamba Allah selepas Ramadhan melabuhkan tirai :)

  4. neem Says:

    heehhe. baru blh duk lama2 depan laptop yg berinternet! terima kasih, bro faisal. semoga doa mu dikabulkan Dia. amin!

  5. Mior Khabir Zikri Says:

    Erk.. *_^
    Salam ramadan, hepi lebaran.
    Jadilah muslimah sejati yang kuat menempuh apa jua cabaran.

    You can do it. Yosh! ;)

  6. neem Says:

    salam lebaran kembali, en hanri!

  7. Anonymous Says:

    Selamat Hari Raya.. =)

  8. neem Says:

    selamat hari raya,org korea. maaf zahir dan batin

  9. Anonymous Says:

    taqabba Allahu Minna wa minkum^^

    May Allah Bless u & ur Family

    Plz dua4 me too \o/

  10. neem Says:

    minnawaminnkumtaqballah..

    May Allah bless you n your family too kah~

  11. Anonymous Says:

    Salam penuh kemenangan neem.

    Mudah-mudahan ramadhan yang lalu, dapat dibuat bekalan buat 11 bulan yang mendatang.

    Salam lebaran.

    :D

  12. neem Says:

    salam ucapan tahniah kepada org muda.

    sama2 kita mengambil ikhtibar apa yg telah terjadi pada bulan ini.

    semoga Allah merahmati mu!

  13. Blogger Says:

    salam eidulfitri walau pun dah 11syawal hari ni :)

  14. neem Says:

    ye2..salam eidulfitri. jgn lupa pose 6 naa...~