Pindah Rumah?



adik kata dah nak pindah rumah (kat Bangkok)

adik yang kata... Mama masih rahsiakan pada saya lagi.

Alaa...herm. Kiranya baru ni saya balik tu buat kali terakhir la?

Ya Allah... Tak caya rasa.

Terlalu banyak kenangan kat rumah tu.

rumah ku yang kecil. Ada taman-taman bunga

T_T

Ye lah, saya dibesarkan di situ.

Herm.. Tak apa lah, ni ketentuan Allah. Saya reda..

Semoga segalanya berjalan dengan lancar..

Amin Ya Rabb!


Posted in | 4 comments

Mampukah?


Alamak.. Macam tak clear je gambar bancian yang saya print screen dari utusan minggu lepas. Tak apa lah. Saya nak try kongsikan juga. Bancian tersebut menunjukkan peratusan persetujuan dari orang baca seramai 4709 orang mengenai satu soalan tentang pekerjaan. Soalannya berbunyi: Bersediakah rakyat Malaysia bekerja di sektor pembuatan dan perkhidmatan jika semua pekerja asing dipulangkan?

Jawapan:
1. Ya. 60.0%
2. Tidak. 13.3%
3. Belum tentu. 26.7%

Bagi saya, jawapannya adalah tidak. Mengapa tidak bagi saya?

Sedikit sukar untuk rakyat Malaysia melakukan pekerjaan sedemikian. Pekerja asing dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan seolah-olah sudah menjadi satu budaya di sini. Setakat ini bilangan pekerja asing sudah pun mencapai 2.6 juta orang pada akhir tahun 2008. Saya tak pasti sama ada statistik ini khas untuk pekerja asing atau termasuklah bilangan pelajar asing di Malaysia.

Daripada pemerhatian di KL, rata-rata pekerjaan yang tak perlu gunakan diploma mahupun ijazah seperti pelayan, pembantu rumah, pembinaan, pertanian dan lain-lain dikuasai oleh pekerja asing. Ia seperti menunjukkan sesetengah sektor pekerjaan perlukan pekerja asing. Bagi saya, ia hanya satu alasan yang tak berapa kukuh.

Salah satu faktor mengapa tidak ramai rakyat tempatan yang sanggup melibatkan diri dalam sektor berikut ialah pendapatan yang rendah dengan kadar inflasi yang tinggi di Malaysia. Kerja-kerja tersebut memerlukan kesabaran dan kekuatan yang cukup tinggi. Kerana faktor persekitaran yang panas dan penat menyebabkan tidak ramai yang sanggup melakukannya.

Pernah saya bual-bual dengan seorang pekerja warga indonesia kedai makan tentang pekerjaan beliau (ada tulis pada posting yang lepas). Rupa-rupanya keadaan ekonomi di negara beliau agak susah untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi. Lagi-lagi nilai mata wang di Malaysia juga agak tinggi jauh berbeza dengan Indonesia. Baru saya faham, agak susah kehidupan mereka di tanah air sendiri. Sebab itu lah mereka datang bekerja di Malaysia.

Malaysia memang unik, saya akui. Paling kanan, orang cakap bahasa Melayu. Paling kiri orang cakap bahasa Cina, paling depan cakap bahasa India. Paling belakang, ada lagi bahasa-bahasa lain. Jika dibandingkan dengan Thai semua cakap bahasa Thai. Jarang sangat ada orang yang guna bahasa asing.

Dalam keadaan ramai pekerja asing, rakyat Malaysia masih mampu hidup dalam keadaan mewah dan sebaliknya juga. Semalam saya ke Masjid Jamek. Ramai sangat peminta sedekah. Ada yang betul-betul memerlukan. Mungkin juga ada yang mengambil kesempatan..

Apa yang penting, jaga hubungan dengan Allah, dengan manusia. Berusaha dan bertawakkal. Jangan salahkan Tuhan. Jangan salahkan nasib..

Semoga bahagia~

Wallahualam.







Posted in | 2 comments

Gagal


Hari ni saya jadi cashier part time (kot) kat restoran family, Cherita. Saya rasa saya gagal.. Saya jadi gelabah. Sampai terketar tangan-tangan. Benda kecil je padahal. Maybe sebab ada umi yg tengah perhatikan saya. Waa.. Saya jadi kurang keyakinan kalau-kalau orang tua saya tengah memerhati. Sama juga dengan driving. Kalau orang tua disebelah, saya jadi macam baru saja dapat lesen. Terasa 60/ hour tu dah laju pun ada.

Soal matematik, saya lebih selesa jika kira dalam bahasa Thai. Bayangkan, saya blank bila customer nak bayar duit. Semua datang dalam bahasa Melayu. Sedangkan otak saya cuba mengira dalam bahasa Thai. Aduii.. Menakutkan. Sebab tu saya tak pandai nak explain math kat orang even saya faham. Sebab saya tak pandai nak translitkan bahasa..

Persoalan; bahasa manakah yang betul-betul dapat saya kuasai? Saya binggung. Thai pun tak. Melayu pun tak. English lagi la kot?

Waa... macam mana nak ubah...?

p/s: gambar ni tak ada kena mengena dengan tajuk di atas~

Wallahualam


Posted in | 7 comments

aku, derma darah dan pengsan


Dua hari lepas, aku bersama kawan-kawan ramai-ramai derma darah di student lounge campus. Alhamdulillah, niat yang terpendam selama ni dah tercapai. Yeah! Sejak sem lepas lagi teringin sangat nak derma darah tapi tak ada peluang. Kali ini apa lagi, peluang depan mata hanya diri sendiri saja yang akan decide sama ada nak ambil peluang itu atau tak.

Aku mula mengambil borang dan isi tentang maklumat diri, check berat, jenis darah dan tekanan darah. Alhamdulillah, semuanya lulus dan aku dibenarkan untuk menderma. Jenis darah aku adalah group O. Aku tahu sejak form 5 lagi masa buat experiment subjek biologi. Alhamdulillah, Allah dah beri peluang kepada aku untuk menderma. Lagi-lagi aku darah group O, semua darah jenis lain boleh menerimanya.

Nak jadikan cerita aku start menderma pukul 10.50 am. Proses pengambilan darah mengambil masa 20 minit. Lama juga. Aku rushing sebab pukul 11.30 am aku ada class. Ketika derma darah aku agak panas badan dan mengipaskan diri dengan buku catatan yang nurse bagi.

Seorang nurse tanya, pening ke dik?

Tak pening, tapi panas.

Pening la tu...

Tak la akak, saya tak pening. Saya ok. Cuma panas.

Lalu dia betulkan katil. Tinggikan kaki aku. Seorang nurse lagi datang bagi minum air glukosa. Ee..manis sangat. Tak tahan rasanya. Tapi dia paksa aku habiskan juga. Jam sudah menunjuk pukul 11.25 am. aku perlu masuk class..Lalu bagitahu nurse aku sudah ok. Mereka lepaskan aku dan ucapkan terima kasih kerana menderma. Aku berjalan dengan begitu yakin yang aku akan ok.

Masuk class saja terasa tak sedap tekak sebab air glukosa yang sangat manis tu. Lalu minta diri keluar ke kedai berdekatan untuk beli air. Aku keluar bersama kawan, Wenda. Cuaca pagi tu sangat lah panas. Hati aku berdoa. Moga aku selamat dari segala ancaman..

Sampai kat kedai abg Bob, aku pegang Wenda. Terasa pening dan nak pitam.

Wenda, i pening la..

Muka ku sudah pucat. Abg bob tanya kenapa lalu bagi kerusi untuk duduk. Cuaca sangat panas. Tambah-tambah lagi hari tu aku pakai jubah hitam, tudung hitam.

Aku sangat pening. Sudah tak nampak dunia. Hanya kedengaran beberapa orang tanyakan khabar aku dan wenda menceritakan apa yang berlaku.

Aku dah tak dapat melihat lagi. Mata terasa blur, namun aku masih cuba untuk berlawan. Tak nak menyusahkan orang ramai. Wenda dan orang di situ pimpin aku melintas jalan. Aku cuba lawan sepenuh hati..namun, aku rebah di tengah jalan. Sangat pening dan pitam. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana aku rasa. Aku tak mampu berdiri dan melawan lagi. Tak tahu apa yang terjadi. Terasa diri diangkat seorang laki. Dia angkat aku ke meja di seberang jalan. Aku duduk di situ. Cuba melawan lagi. Sangat pening..lalu aku muntah.

Orang ramai kat situ. Aku tak nampak siapa di situ. Hanya suara-suara mereka suruh aku rehat. Ada yang hulurkan tisu, ada yang gosok-gosok belakang. Ramai orang bantu. Alhamdulillah. Wenda kata, aku asyik senyum je tengah pengsan pun. Heheh. Ye la, cuba melawan tak nak menyusahkan orang

Akhirnya dua orang nurse datang. Dia bawa aku ke katil. Aku sekali lagi dipaksa rehat dan minum air glukosa. Waa.....

Nak jadikan cerita lagi, aku tak masuk class. Hari tersebut aku ada empat class. Dua aku terpaksa ponteng sebab rasa tak ok. Alhamdulillah, dua lagi aku paksa diri dan belajar macam biasa.

Kesimpulannya:
1. Jangan berlagak tak pening bila derma darah. Selepas derma darah perlu ambil rest untuk seketika.
2. Jangan derma darah hari yanga ada class banyak.
3. Jangan nak jalan laju-laju lepas derma darah sebab darah dalam badan berkurangan.
4. Jangan bagitahu mak..Nanti kena marah. heheh.

Boleh catat dalam buku sejarah hidup aku..Selama ni tak pernah derma darah. Akhirnya pula dapat pengsan~

Apa-apa pun, niat baik dan ikhlas Allah pasti tolong..kan?

Wallahualam.


=)

Posted in | 19 comments

Balik Bangkok



Belum lagi saya muatkan sedikit pengalaman saya berada di rumah selama dua minggu! Tahun lepas lah merupakan tahun yang paling sikit saya luangkan masa di rumah. Tapi alhamdulillah.. tu ketentuan Allah. Balik dua minggu lebih baik dari tak balik langsung.

Keluarga saya agak sibuk ketika itu. Papa saya memang sangat sibuk. Al-maklum..kat Bangkok tengah pening dengan pilihan raya. Tukar perdana menteri yang baru. Adik-adik pula sekolah. Ada yang exam la. Ada class la. Jadi cikgu mengajar Quran la. Pantang ajak kuar, semua jawapan adalah "tidak." Saya cuba memahami keadaan mereka sambil memujuk diri sendiri. Adik-adik aku sibuk. It's ok..

Apa yang saya ingin berlaku sangat ialah berkumpul ramai-ramai bersama keluarga mak saudara, sepupu-sepupu yang lain. Tapi masa saya kembali ke Bangkok selalunya bukan masa yang betul. Mereka akan sama-sama lapang hanya apabila saya sudah kembali ke Malaysia. Masa itu juga lah adik-adik akan sms.

"Kita pergi sana, pergi sini. Tapi rugi sebab p'neem tak ada sekali."


Mereka mungkin teringat kat saya.. Inginkan saya bersama. Tapi ia satu kesakitan yang perlu saya tanggung setiap kali membaca sms ala macam tu.

Sempat juga saya kuar dengan Furqan, sepupu-sepupu serta anak-anak mereka ke taman berdekatan dengan rumah. Ajak adik bersama-sama nak amek gambar, tapi budak. Bila dah jumpa geng bagaikan lupa dunia. Tanpa dia sedari, kakak sulongnya dah menitiskan air mata. Tapi masih pujuk diri. Budak-budak bukannya faham perasaan kita.

Setiap kali orang kata saya kuat, setiap kali itu lah saya akan menangis. Fikir-fikir balik, ntah kat mana yang mampu huraikan diri saya sebagai orang kuat itu. Asyik menangis. Tak layak sebenarnya perkataan itu dilontarkan pada diri ini.

Malas dah nak tulis panjang-panjang. Takut menangis lagi. Hanya nak simpan gambar-gambar ketika berada di sana. Mungkin ia adalah gambar-gambar yang terakhir. Moga Allah panjangkan umur dan masa untuk berdoa.



sepatutnya ni gambar terakhir. dalam flight masa nak balik m'sia. cantik kan?


makan bersama keluarga pada malam terakhir~


makan jangan tak makan..!


Furgan, kepedasan~


posing sket. papa sibuk on phone. waa..bosan.


sekolah rendah ku. Narathon School

kolam air belakang bilik seni. dibina masa batch saya. hijaunya..


Kru Mhem Shacanan. guru pendidikan moral


Kru Mhem Vinna. guru bahasa Thai (maafkan saya cikgu! bahasa Thai saya dah ntah ke mana...)


kat taman.. Bersama sepupu dan anak-anaknya


tak ingat dah ni panggil apa..waa..


view petang~


papa


mama


Masjid kesanyangan ku. Banyak kenangan di sini. Di sini juga, tempat bertemuan papa dan mama


have fun~~

Posted in | 15 comments

Pelestine


Assalamualaikum wbt.

Sudah sangat-sangat lama saya tak update blog ni. Tak la busy sangat sebenarnya. Tapi peluang nak duk depan laptop lama-lama tu tak ada. Apa-apa pun hari ni saya nekad juga kuar mendapatkan internet walaupun seorang.

Tentu dah ramai sudah menulis blog tentang Palestin. Saya tak ada kekuatan yang cukup untuk melakukan sedemikian. Tapi saya akan cuba. Biar pun hanya sekadar membebel. Sekurang-kurangnya ia mengingatkan saya tentang mereka di sana.

Saudara sesama agama ku, tidakkah engkau melihat kejahatan, kekejaman dan penipuan disebalik muslihat-muslihat orang-orang Yahudi sudah pun terbongkar?? Ia bakal menakluki dunia ini terutamanya kepada kita yang bergelar Muslim yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang masih tunduk serta patuh kepada kuasa gila itu?

Tidakkah anda melihat lelaki-lelaki beriman, wanita-wanita beriman serta kanak-kanak yang tidak berdosa cedera, menangis dalam kesakitan, kelaparan, kesejukkan. Mati dalam jihad penuh ketakwaan. Ya, mereka mati dalam keadaan jihad, bagaimana pula yang menangung kesakitan? Pernahkah anda berlari-lari dan terjatuh dan terluka? Anda pasti sakit. Tapi mereka di sana lagi sakit daripada luka yang anda mengalami. Mereka kena bedil, kena bom sehingga putus tangan, putus kaki. Darah keluar tak henti-henti. Hospital pula dibedil oleh insan yang tidak berhati manusia mahupun binatang tapi berhati syaitan.

Walaupun seluruh dunia sudah menentang peperangan, tapi mereka masih bertindak seperti tiada apa-apa halangan. Apa gunanya ada undang-undang tapi tak patuhi? Inikah yang dipanggil zaman ketamadunan yang agung? Ramai yang pandai membaca, tapi tak tahu memahami. Masih tak faham tentang hukum manusia. Bukankah mereka ada tuhan? Atau pun mereka memang sendiri yang tak takut akan dosa itu?

HAMAS kata: kanak-kanak yang mati, akan menghantui kehidupan Bush. Moga-moga jadi demikian. Hati yang keras, susah nak dilembutkan. Bila cakap tentang Bush, teringat pula pasal Thaksin Shinawatra, bekas perdana menteri Thailand. Dua pemimpin yang jadi sahabat baik. Yang sama-sama cuba nak musnahkan orang Islam. Kini Thaksin dalam keadaan buang negeri, cerai dengan isteri, menjadi punca pergaduhan di sana di sini. Seluruh Thai benci akannya. Allah telah tunjuk dan balas siapa yang kianat umatNYA. Aku berdoa, moga mereka mati dalam keadaan paling hina di dunia. Allah pasti tunjuk jua!

Berdoalah kita. Melakukan apa yang boleh mampu buat, kata HAMAS lagi, biarlah mereka jadi wakil umat Islam seluruh dunia. Bukan bermakna HAMAS sombong. Tapi mereka ingin menjaga kita, menyelamatkan kita.

Mari sauadara seagama ku!

Berikanlah sedikit dana yang mampu anda lakukan. Demi saudara-saudara kita di sana. Boycott lah apa yang mampu anda boycott. Jika tak mampu berubah secara drastik, maka berubahlah secara perlahan-lahan. Berdoalah, semoga Allah berikan khalifah-khalifah yang agung. Yang tak takut akan kuasa Barat. Ini soal iman, soal agama. Bukan soal nak menjaga hubungan dengan musuh lagi! Islam hanya akan bertindak melindung diri apabila diserang. Jangan percaya pada media massa yang menyalahkan kita. Kita punya akal, mampu membezakan yang mana betul yang salah. Semoga Allah tak membatu Israel yang zalim itu!

Wallahualam.

Posted in | 2 comments

dear friend


assalamualaikum wbt..


Saya sudah selamat kembali ke Malaysia, alhamdulillah. Untuk pengetahuan kawan-kawan, email saya dihack. Saya gagal buka email yang lama. Apa-apa hal, saya sekarang guna email na_neem@yahoo.com.

Sekian, terima kasih.

Wassalam!


Posted in | 5 comments