Balik Bangkok



Belum lagi saya muatkan sedikit pengalaman saya berada di rumah selama dua minggu! Tahun lepas lah merupakan tahun yang paling sikit saya luangkan masa di rumah. Tapi alhamdulillah.. tu ketentuan Allah. Balik dua minggu lebih baik dari tak balik langsung.

Keluarga saya agak sibuk ketika itu. Papa saya memang sangat sibuk. Al-maklum..kat Bangkok tengah pening dengan pilihan raya. Tukar perdana menteri yang baru. Adik-adik pula sekolah. Ada yang exam la. Ada class la. Jadi cikgu mengajar Quran la. Pantang ajak kuar, semua jawapan adalah "tidak." Saya cuba memahami keadaan mereka sambil memujuk diri sendiri. Adik-adik aku sibuk. It's ok..

Apa yang saya ingin berlaku sangat ialah berkumpul ramai-ramai bersama keluarga mak saudara, sepupu-sepupu yang lain. Tapi masa saya kembali ke Bangkok selalunya bukan masa yang betul. Mereka akan sama-sama lapang hanya apabila saya sudah kembali ke Malaysia. Masa itu juga lah adik-adik akan sms.

"Kita pergi sana, pergi sini. Tapi rugi sebab p'neem tak ada sekali."


Mereka mungkin teringat kat saya.. Inginkan saya bersama. Tapi ia satu kesakitan yang perlu saya tanggung setiap kali membaca sms ala macam tu.

Sempat juga saya kuar dengan Furqan, sepupu-sepupu serta anak-anak mereka ke taman berdekatan dengan rumah. Ajak adik bersama-sama nak amek gambar, tapi budak. Bila dah jumpa geng bagaikan lupa dunia. Tanpa dia sedari, kakak sulongnya dah menitiskan air mata. Tapi masih pujuk diri. Budak-budak bukannya faham perasaan kita.

Setiap kali orang kata saya kuat, setiap kali itu lah saya akan menangis. Fikir-fikir balik, ntah kat mana yang mampu huraikan diri saya sebagai orang kuat itu. Asyik menangis. Tak layak sebenarnya perkataan itu dilontarkan pada diri ini.

Malas dah nak tulis panjang-panjang. Takut menangis lagi. Hanya nak simpan gambar-gambar ketika berada di sana. Mungkin ia adalah gambar-gambar yang terakhir. Moga Allah panjangkan umur dan masa untuk berdoa.



sepatutnya ni gambar terakhir. dalam flight masa nak balik m'sia. cantik kan?


makan bersama keluarga pada malam terakhir~


makan jangan tak makan..!


Furgan, kepedasan~


posing sket. papa sibuk on phone. waa..bosan.


sekolah rendah ku. Narathon School

kolam air belakang bilik seni. dibina masa batch saya. hijaunya..


Kru Mhem Shacanan. guru pendidikan moral


Kru Mhem Vinna. guru bahasa Thai (maafkan saya cikgu! bahasa Thai saya dah ntah ke mana...)


kat taman.. Bersama sepupu dan anak-anaknya


tak ingat dah ni panggil apa..waa..


view petang~


papa


mama


Masjid kesanyangan ku. Banyak kenangan di sini. Di sini juga, tempat bertemuan papa dan mama


have fun~~

Posted in |

15 comments:

  1. Han Ri Says:

    sakan ye balik kampung :P

  2. Ibnurashidi Says:

    salam..

    apa khabar?lama tak nampak...

    Tu masakan apa tu yg tengah berasap?tomyam kah?

  3. humaiRah Says:

    to hanri:
    mmg sakan. hehe. alhamdulillah.


    to ibnurashidi:
    ws'lam wbt.
    alhamdulillah. sihat2 saja.
    org m'sia ni, kalau cakap pasal masakan thai mesti tomyam yg dia ingat. tu bukan tomyam la ustaz, tp daging, ayam dan lain2. bakar pas2 makan. nak thu kena g jalan2 kat bangkok, insya Allah.

  4. Han Ri: Says:

    masakan thai banyak kan?

    antara yang pernah dilihat:

    -pad thai (nampak macam kuew tiau je)

    -som tam (yg ni org kata ada 3 jenis: som tam poo, som tam plara, som tam thai - tapi rasanya yg pernah dimakan som tam thai je huhu)

    masakan pedas tu ada nama khusus?

  5. Ibnurashidi Says:

    oohh..ingatkan tomyam..mangkukknya nampak macam tu.

    Nak jalan bangkok tak bahaya ke sekarang?dengar kata darurat.

  6. ::Amin Mansor:: Says:

    happy nampak.hehehe.... baru kenal ayah n mak neem. =D

  7. humaiRah Says:

    to hanri:
    pad thai..ah'ha, nampak kuaiteaw. tapi lagi kecik dari kuaiteaw. somtam poo..poo 2 maksudnya ketam. somtam plara..plara ni macam budu lah. huhu. then somtam thai 2..biasa2. xde buh poo atau plara. yg penting, somtam2 ni kena pedas baru nama somtam

    to ibnuruashidi:
    bukan lah akh, tgk leklok..2 bukan makuk. xtau la plak org m'sia panggil apa. bangkok bunyi je darurat, jgn p tempat darurat sudah .tempat lain byk lagi~~

    to abe amin:
    mama, papa neem duk kat bangkok lah. jrg2 nak mai wb nih

  8. Anonymous Says:

    Tomyam "Bangkok kicthen" sedap.. tomyam utara thai..... holaaaaaaaa

  9. humaiRah Says:

    sorg lagi ni cakap pasal tomyam. waa...

  10. orangmuda Says:

    Salam.

    Neem.
    Akak teringin nak naik...tutt.tutt.
    Hehh. betul x ejaan tu?

    :D

  11. humaiRah Says:

    to: kak fika:
    ws'lam wbt.. hehe. bukan tut2 la. tapi tuk2. blh je, insya Allah. jom g jalan2 bKK?

  12. orangmuda Says:

    Leww...tuk-tuk ke name die. :P
    Terimas atas pembetulannya.

    bKK=?

  13. humaiRah Says: This comment has been removed by the author.
  14. humaiRah Says:

    BKK tu Bangkok..~

    gmbr2 rumah dalam post ni mungkin gmbr terakhir kenangan kat rumah tu..

  15. Anonymous Says:

    mesir pun ade tuk2.
    =]