aku, derma darah dan pengsan


Dua hari lepas, aku bersama kawan-kawan ramai-ramai derma darah di student lounge campus. Alhamdulillah, niat yang terpendam selama ni dah tercapai. Yeah! Sejak sem lepas lagi teringin sangat nak derma darah tapi tak ada peluang. Kali ini apa lagi, peluang depan mata hanya diri sendiri saja yang akan decide sama ada nak ambil peluang itu atau tak.

Aku mula mengambil borang dan isi tentang maklumat diri, check berat, jenis darah dan tekanan darah. Alhamdulillah, semuanya lulus dan aku dibenarkan untuk menderma. Jenis darah aku adalah group O. Aku tahu sejak form 5 lagi masa buat experiment subjek biologi. Alhamdulillah, Allah dah beri peluang kepada aku untuk menderma. Lagi-lagi aku darah group O, semua darah jenis lain boleh menerimanya.

Nak jadikan cerita aku start menderma pukul 10.50 am. Proses pengambilan darah mengambil masa 20 minit. Lama juga. Aku rushing sebab pukul 11.30 am aku ada class. Ketika derma darah aku agak panas badan dan mengipaskan diri dengan buku catatan yang nurse bagi.

Seorang nurse tanya, pening ke dik?

Tak pening, tapi panas.

Pening la tu...

Tak la akak, saya tak pening. Saya ok. Cuma panas.

Lalu dia betulkan katil. Tinggikan kaki aku. Seorang nurse lagi datang bagi minum air glukosa. Ee..manis sangat. Tak tahan rasanya. Tapi dia paksa aku habiskan juga. Jam sudah menunjuk pukul 11.25 am. aku perlu masuk class..Lalu bagitahu nurse aku sudah ok. Mereka lepaskan aku dan ucapkan terima kasih kerana menderma. Aku berjalan dengan begitu yakin yang aku akan ok.

Masuk class saja terasa tak sedap tekak sebab air glukosa yang sangat manis tu. Lalu minta diri keluar ke kedai berdekatan untuk beli air. Aku keluar bersama kawan, Wenda. Cuaca pagi tu sangat lah panas. Hati aku berdoa. Moga aku selamat dari segala ancaman..

Sampai kat kedai abg Bob, aku pegang Wenda. Terasa pening dan nak pitam.

Wenda, i pening la..

Muka ku sudah pucat. Abg bob tanya kenapa lalu bagi kerusi untuk duduk. Cuaca sangat panas. Tambah-tambah lagi hari tu aku pakai jubah hitam, tudung hitam.

Aku sangat pening. Sudah tak nampak dunia. Hanya kedengaran beberapa orang tanyakan khabar aku dan wenda menceritakan apa yang berlaku.

Aku dah tak dapat melihat lagi. Mata terasa blur, namun aku masih cuba untuk berlawan. Tak nak menyusahkan orang ramai. Wenda dan orang di situ pimpin aku melintas jalan. Aku cuba lawan sepenuh hati..namun, aku rebah di tengah jalan. Sangat pening dan pitam. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana aku rasa. Aku tak mampu berdiri dan melawan lagi. Tak tahu apa yang terjadi. Terasa diri diangkat seorang laki. Dia angkat aku ke meja di seberang jalan. Aku duduk di situ. Cuba melawan lagi. Sangat pening..lalu aku muntah.

Orang ramai kat situ. Aku tak nampak siapa di situ. Hanya suara-suara mereka suruh aku rehat. Ada yang hulurkan tisu, ada yang gosok-gosok belakang. Ramai orang bantu. Alhamdulillah. Wenda kata, aku asyik senyum je tengah pengsan pun. Heheh. Ye la, cuba melawan tak nak menyusahkan orang

Akhirnya dua orang nurse datang. Dia bawa aku ke katil. Aku sekali lagi dipaksa rehat dan minum air glukosa. Waa.....

Nak jadikan cerita lagi, aku tak masuk class. Hari tersebut aku ada empat class. Dua aku terpaksa ponteng sebab rasa tak ok. Alhamdulillah, dua lagi aku paksa diri dan belajar macam biasa.

Kesimpulannya:
1. Jangan berlagak tak pening bila derma darah. Selepas derma darah perlu ambil rest untuk seketika.
2. Jangan derma darah hari yanga ada class banyak.
3. Jangan nak jalan laju-laju lepas derma darah sebab darah dalam badan berkurangan.
4. Jangan bagitahu mak..Nanti kena marah. heheh.

Boleh catat dalam buku sejarah hidup aku..Selama ni tak pernah derma darah. Akhirnya pula dapat pengsan~

Apa-apa pun, niat baik dan ikhlas Allah pasti tolong..kan?

Wallahualam.


=)

Posted in |

19 comments:

  1. ..:: eT ^ zaTieY ::.. Says:

    haish..boleh ke mcm tu?
    -_-"

    apa2pun, be strong k
    tolong org, tlg diri sendiri juga
    =]

  2. neem Says:

    ye3..hehe.

    alhamdulillah. dah lalui smua dgn selamat..

    ^_^

  3. neem Says:

    tak terfikir pula nak pengsan. huhuh

  4. Mior Khabir Zikri Says:

    Tu derma darah. Kalo berbekam, terpaksa 2,3 hari juga tak lakukan kerja berat. Boleh pitam.

    Saya pernah mengalami kejadian yang serupa, tapi tak sempat rebah. Sebelum ke Kelantan, saya berbekam. Sampai di Kelantan (pagi), beg tengah berat (sebab Mak bekalkan banyak makanan :D ), turun je dari bas, penglihatan mula kabur.

    Nasib baik pakcik driver bas tu tolong papah dan angkatkan beg. "Adik OK?" "Ye, ye, terima kasih pakcik (menjawab dalam keadaan mata yang kuyu)."

    Rehat sekejap di masjid sebelum telefon rakan untuk tolong ambil dan fetch ke sekolah (tried to sound desperate). Hehe, very convenient kan?

    That's what friends for :D

    Ringkasnya, elak lakukan kerja berat/memeningkan/memerlukan otak diperah dll lepas darah dikeluarkan dari badan. Takes some time to recover the lost blood.

    ;)

  5. Mior Khabir Zikri Says:

    Oh ya, by the way, grup darah neem O+ atau O-?

    Grup darah O bererti penderma universal (universal donor), boleh menderma kepada semua jenis grup darah: AB+ AB- A+ A- B+ B- O+ O- tapi hanya boleh menerima darah dari jenis yang sama (grup O).

    Perhatikan, setiap grup pula ada + dan - nya.

    Mereka yang mempunyai grup darah O+ dapat menerima darah grup O- dan O+ manakala yang darah O- merupakan grup paling sedikit dapat menerima darah (hanya dapat menerima daripada O- saja).

    So, kalau neem grup O- hanya orang yang berdarah O- saja dapat derma darah pada neem, kalau2.. (sambung sendirilah ayat ni :D )

    Baca: sebab tu ada bank darah ;)

  6. Blogger Says:

    Neem derma darah tak bagitau parent ea? takpe la neem dah besar..len kali derma la lagi..jangan taubat taknak derma pulak..hehe..

    Kite biasa dengar A, B, AB, O..tp ada jenis darah yang distinguish gile..nama die Bombay-type. cuma ada 1 dalam satu juta org ada darah type ni. Dulu ingatkan fiction je darah tu. rupenye betul2 ade. Dia jenis darah O yang very rare. bank2 darah pun biasanya tak simpan darah ni. kesian gile kalau orang tu perlukan darah.

  7. Mior Khabir Zikri Says:

    So, kalau neem merupakan satu dalam sejuta orang tu, kesian kat dia ek, benrauf? :D

  8. ain fathihah fhm Says:

    hehe
    pengalaman yang menarik
    terima kasih sbb sudi kongsi kisah nim ni dengan kami

    masa di matrik dulu,
    ada kempen derma darah
    ain teringin juga nak ikut menderma

    tapi, tak boleh pulak..huhuhu
    1. umur tak cukup 18
    2. BMI pun tak lepas untuk menderma darah

    mungkin kena tunggu bila dah bertambah berat nt..hehe

  9. neem Says:

    to hanri:
    teringin juga nak tahu macam mana berbekam. yg group darah neem tu, neem x tahu pulak darah O+ ke O- ke. Apa2 pun, minta Dia bagi yg terbaik. insya Allah. Terima kasih ats informasi yg dikongsikan~

    to benrauf:
    insya Allah, neem akan derma lagi. neem pengsan hari tu pun mungkin tak ckup rehat. tmbh g jalan2 tengah panas dgn pakai baju warna hitam yg menyerapkan haba. lagi la panas..
    alhamdulillah, neem bkn jenis yg takut jarum. so, x menjadi masalah lah kalu nak derma lagi. pasal parents..neem gtau mama je. umi neem tak gtau. huhuh. ya, neem dah besar. neem dah nak masuk 20. neem rasa neem blh buat keputusan sendiri.

    to rasasayang:
    sama2 ain. eheh..neem blh derma 2, maksudnya neem lagi besar dari ain lah. kui3.. cepat lah ain tmbh berat. neem mungkin nampak macam sama besar dgn ain je, tapi sgt berat. masa org angkat neem, dia kata beratnya budak nih. dan neem sempat jawap lagi; ah'ha..mmg berat pun. hehe

  10. guntur Says:

    memang sifat badan kita,apabila benda asing masuk ke dalam badan antibodi akan cuba menghalau benda asing tersebut.
    setakat ni ada lebih 20 kumpulan darah yg saintis jumpa selain jenis ABO yg biasa kita dengar.
    yang + dan - tu adalah darah kumpulan rhesus.
    kalau yang jenis bombay ni takde la sampai 1/sejuta tapi memang jarang orang ada.
    jadi kalau orang yg kumpulan darah ini perlukan darah tapi takde darah yg sama dalam simpanan macam mana?
    kita ada alternatif lain iaitu berikan penerima darah ubat penghalang antibodi.tapi kesan sampingan ubat itu adalah lebih mudah terkena jangkitan kuman sebab immuniti dah dilemahkan.dan sebab itulah kalau boleh nak cari kumpulan darah yang sama.

  11. Mior Khabir Zikri Says:

    hehe. beats me. saya bukan pelajar perubatan. thanks for the infos, guys ;)

    you should consider yourself lucky to have considerable amount of friends that take good care of you, neem.

    :D

    (bombay type, eh..? sounds pretty creepy)

  12. neem Says:

    to guntur:
    thanks, wan. baru aku lebih faham apa yg kau gtau masa chatting tadi. agak2nya apa lagi jenis darah yg lain dari yg biasa dengar?

    to hanri:
    yeah, alhamdulillah..Allah kabulkan doa neem. dapat sahabat2 yg baik. yg mampu ingatkn neem kepada DIA

  13. guntur Says:

    to hanri
    baguslah org belajar agama amek tau pasal perubatan.sepatutnya org agama kena ada pengetahuan am yg luas sebab agama islam ni merangkumi setiap perkara dalam kehidupan,bukan sekadar ritual.

    to kak neem
    ada jenis lewis,kell dan lain2 aku dah lupa.bergantung pada antigen pada permukaan sel.macam darah o sebab dia takde antigen a dan b.
    p/s aku sendiri pun tak pernah derma darah

  14. neem Says:

    to guntur:
    yeah..aku sokong. golongan agama kena ada pengetahuan am yg luas. sbb islam adalah flexible. apa yg aku nampak, sesetengah golongan agama tak open minded dan menolak budaya luar. bagi aku, hidup ni bkn hnya beribadat dengan solat, zakat, puasa. tp perlu jgk beribadat dan dakwah dengan cara lain. kita kena sesuaikan diri dengan keadaan. bukan nak keadaan sesuaikan diri dgn kita..

  15. Anonymous Says:

    Saya sudah rasanya beratus kali malahan rasanya ribuan kot derma darah... ini realiti... sampai saya terpaksa mendapat rawatan khusus di wad hospital akibat derma darah...uhukk.... serik dah rasa nak derma2 lagi... tapi kekadang terpaksa, dipaksa, dan taktersengaja.... akibat kerap derma darah saya pernah dikesan mengidap Aedes and malaria... uhuk2 ....holaaaaaa....

  16. neem Says:

    wah..tahniah bro sbb dah beratus2 kali derma darah. alhamdulillah. tak sia2 pun derma darah. nanti kalu terjadi apa2 yg tak diingini (nauzubullah) Allah pasti tolong bro balik~ insya Allah

  17. Anonymous Says:

    I mean,derma darah kat nyamuk daaaaaaaaaa

  18. neem Says:

    cheh...ee. ada pulak gurau macam tu.

  19. Anonymous Says:

    sy pon same... pengalaman menderma darah dan pitam... aru 3 ary yg lepas...