Mampukah?
Posted On Wednesday, January 28, 2009 at at 6:48 PM by neemAlamak.. Macam tak clear je gambar bancian yang saya print screen dari utusan minggu lepas. Tak apa lah. Saya nak try kongsikan juga. Bancian tersebut menunjukkan peratusan persetujuan dari orang baca seramai 4709 orang mengenai satu soalan tentang pekerjaan. Soalannya berbunyi: Bersediakah rakyat Malaysia bekerja di sektor pembuatan dan perkhidmatan jika semua pekerja asing dipulangkan?
Jawapan:
1. Ya. 60.0%
2. Tidak. 13.3%
3. Belum tentu. 26.7%
Bagi saya, jawapannya adalah tidak. Mengapa tidak bagi saya?
Sedikit sukar untuk rakyat Malaysia melakukan pekerjaan sedemikian. Pekerja asing dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan seolah-olah sudah menjadi satu budaya di sini. Setakat ini bilangan pekerja asing sudah pun mencapai 2.6 juta orang pada akhir tahun 2008. Saya tak pasti sama ada statistik ini khas untuk pekerja asing atau termasuklah bilangan pelajar asing di Malaysia.
Daripada pemerhatian di KL, rata-rata pekerjaan yang tak perlu gunakan diploma mahupun ijazah seperti pelayan, pembantu rumah, pembinaan, pertanian dan lain-lain dikuasai oleh pekerja asing. Ia seperti menunjukkan sesetengah sektor pekerjaan perlukan pekerja asing. Bagi saya, ia hanya satu alasan yang tak berapa kukuh.
Salah satu faktor mengapa tidak ramai rakyat tempatan yang sanggup melibatkan diri dalam sektor berikut ialah pendapatan yang rendah dengan kadar inflasi yang tinggi di Malaysia. Kerja-kerja tersebut memerlukan kesabaran dan kekuatan yang cukup tinggi. Kerana faktor persekitaran yang panas dan penat menyebabkan tidak ramai yang sanggup melakukannya.
Pernah saya bual-bual dengan seorang pekerja warga indonesia kedai makan tentang pekerjaan beliau (ada tulis pada posting yang lepas). Rupa-rupanya keadaan ekonomi di negara beliau agak susah untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi. Lagi-lagi nilai mata wang di Malaysia juga agak tinggi jauh berbeza dengan Indonesia. Baru saya faham, agak susah kehidupan mereka di tanah air sendiri. Sebab itu lah mereka datang bekerja di Malaysia.
Malaysia memang unik, saya akui. Paling kanan, orang cakap bahasa Melayu. Paling kiri orang cakap bahasa Cina, paling depan cakap bahasa India. Paling belakang, ada lagi bahasa-bahasa lain. Jika dibandingkan dengan Thai semua cakap bahasa Thai. Jarang sangat ada orang yang guna bahasa asing.
Dalam keadaan ramai pekerja asing, rakyat Malaysia masih mampu hidup dalam keadaan mewah dan sebaliknya juga. Semalam saya ke Masjid Jamek. Ramai sangat peminta sedekah. Ada yang betul-betul memerlukan. Mungkin juga ada yang mengambil kesempatan..
Apa yang penting, jaga hubungan dengan Allah, dengan manusia. Berusaha dan bertawakkal. Jangan salahkan Tuhan. Jangan salahkan nasib..
Semoga bahagia~
Wallahualam.

gambar tu clear je kalu klik kat die. =]
ramai yg sanggup neem. bukan semua rakyat malaysia ni kaya raya. ade negeri2 yang masih ramai yang miskin macam pahang, sabah, perak, dan serawak. trend ambil pekerja asing kat sektor pembinaan memang tak boleh nak dielakkan sebab kita kurang rakyat yang mahir untuk kerja tu. yang mahir semuanya ke singapura (ini yang diberitahu oleh pengarah cidb). tapi kalau dalam sektor industri yang mana rakyat malaysia dianaktirikan, pekerja asing diberi insentif macam2, OT sedangkan rakyat msia dibuang melalui VSS. Ini yang kita tak puas hati.