Sejauh manakah?

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menghadirkan manusia yang pelbagai sikap pada ku. Yang aku notice, tiada siapa yang sempurna.

Ya, tiada siapa yang sempurna. Tapi manusia itu kadang-kadang ingat dia lah yang paling sempurna. Dia lah yang paling soleh/ solehah sehingga mampu memutuskan siapa banyak dosa, siapa banyak pahala. Sebaik-baik dia adalah sejahaahat siapa dan sebagainya.


Sejauh manakah anda "baik" andaikan anda menghina orang bertubi-tubi dan berbangga dengan apa yang anda ada?


Pernahkah korang dengar satu kisah tentang sepasang kembar yang duduk dalam satu rumah. Seorang di tingkat atas, seorang di tingkat bawah. Watak mereka sangat berbeza. Abangnya teramat lah alim dan taat patuh pada Allah dan adiknya hidup penuh kemaksiatan dan dosa. Pada satu hari, ditakdirkan Allah masing-masing ingin berubah. Yang alim ingin berubah menjadi seperti adiknya dan adiknya ingin bertaubat dan menjadi seperti abangnya.


Masing-masing mencari pasangan kembarnya untuk "berubah" dan berlanggar antara satu sama lain di tangga, jatuh dan meninggal dunia di situ. Kembali pada niatnya, yang amalan banyak berniat jahat sebelum mati dan sebaliknya.


Sejauh manakah amalan anda untuk dibanding-bandingkan kepada orang? Sejauh manakah anda untuk menunjuk-nunjukkan kepada orang rezeki yang telah diberi Allah? Ingatlah, rezeki itu pinjaman dari Allah bukan hak milik kita.


Eh, aku bukan ustazah. Nak cakap banyak nanti ada orang kata aku jual agama pula. Yang penting, itu lah kita. Tak perlu kita nak banding-bandingkan amalan kita dengan siapa. Sebab aku yakin, aku dan korang tak ada siapa yang sempurna. Kita bukan maksum.


Andai kita cemburu dengan kebolehan seseorang, berusaha lah untuk menjadi sepertinya atau lebih baik daripadanya. Bukan mendoakan kehancurannya. Apa guna andaikan kita mengaku satu umat, tapi nak bezakan bangsa dan sebagainya. Bukankah bangsa-bangsa itu juga hamba Allah. Tak pernah pula aku dengar bangsa melayu adalah sebaik-baik bangsa dan bangsa siam adalah sejahat-jahat bangsa. Ibaratnya macam tu lah..


weh.. Sorry lah weh andaikan ada orang yang terasa. Tapi begitu lah hidup. Bersabar lah untuk menghadapi semuanya. Andaikan mak ayah korang tak pernah ajar untuk menghina orang, jangan lah menghina orang sebab tak ada orang hebat pun kat dunia ni.


Wallahualam.

Posted in | 16 comments

Eid Mubarak

Assalamualaikum wbt.
Hari ni hari terakhir bulan ramadan. Aku berbuka puasa dengan sebak. Menahan air mata dari mengalir setelah menyaksikan nasib sebuah keluarga yang kehilangan ayahnya yang tercinta akibat daripada kemalangan. Adiknya yang ke-11 sakit parah, dibantu oleh kakak-kakaknya untuk bangun dan mengurus diri. Sedih sebab menjelang syawal ini, masih ada orang yang kurang bernasib baik dari aku. Masa berbuka puasa, aku tahan air mata. Dalam masa yang sama juga, bunyi mercun sudah kedengaran.


Yang lagi sedih, bunyi mercun melebihi dari suara takbir. Aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Memandangkan orang-orang tua yang main benda ni. Habis duit, buat bising, boleh menyebabkan kemalangan, menghilangkan kesabaran orang dan lain-lain lagi. Biar lah orang kata aku ni tak supporting. Sungguh aku rindukan suasana raya di Bangkok. Sederhana. Tiada bunyi mercun mahupun letupan-letupan. Tiada siaran TV yang menujukkan perayaan kami. Hanya radio yang tujuan berdakwah yang banyak menolong untuk mendengarkan suara takbir, mengagungkan Allah yang Esa. Solat hari raya diadakan dipadang bola, luar masjid. Rindu suara khutubah dari ayah saudara aku. Rindu suasana islamic di sana. Sederhana dan bermakna.


Moga Ramadan kali ini bukan ramadan yang terakhir buat kita semua. Moga mendapat pengajaran dari bulan yang mulia ini.

Kepada sahabat sekalian,

aku minta maaf andai pernah melukakan hati korang semua. Maaf zahir dan batin. Doakan untuk kebaikan semua di dunia dan akhirat. Moga persahabatan kita semua berpanjangkan. Ingatkan lah aku andai aku lalai. Wallahualam! Wassalam.

Posted in | 3 comments

Alhamdulillah




















Assalamualaikum wbt

Berakhir sudah program kami pada 1,2 dan 3 haribulan. Sepatutnya ada sampai 4hb tapi disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan, maka dengan persetujuan para urusetia yang lain, program berakhir pada hari ini. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada:

1. akhi ubaidillah kerana sudi jadi tetamu kami buat kali ke-3. Neem ada nak tulis apa yang akh bagitahu hari tu ada
15 perkara, tapi tak sempat. Sila bagi disebalik tabir ye nanti. Terima kasih kerana menerima segala kekurangan yang ada pada kami semua.

2. Terima kasih kepada model-model Fashion Show kerana bersudi memeriahkan lagi program (saya masih menunggu S3 untuk gambar hari tu. Jangan lupa bagi tau~

3. Terima kasih kepada akak wardina kerana sudi menjadi tetamu istimewa kami pada hari ini. Bersusah payah untuk mendapatkan dia akhirnya alhamdulillah. Walaupun beliau dikenali ramai tapi orangnya sangat peramah dan selalu bagikan aku semangat. Seronok dapat kata semangat dan puji-pujian dari beliau. Maafkan lah kami sebab banyak kekurangan. Terima kasih kerana memahami kami seadanya.

4. terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan kerana banyak menolong dalam menjayakan program ini. Menangis, marah dan terasa itu perkara biasa. Harap korang dapat maafkan aku sebab aku tahu aku bukan lah orang yang layak untuk menjadi ketua untuk kamu semua.

5. terima kasih kepada akak-akak dan abang-abang yang banyak menolong terutamanya abg saiful sebab banyak memberi idea dan semangat kat aku.

6. terima kasih kat semua-semua lah. Siapa yang tak disebutkan nama, jangan pula terasa hati.

Diharapkan semua mendapat manfaat daripada program ini

Baru lah aku rasa betapa susah payahnya untuk menjayakan suatu program terutamanya program berbentuk keagamaan. Tidak ramai yang menghargai tapi kami tak kisah, yang penting kami semua telah berjaya, alhamdulillahh.

Program ini banyak mengajar aku untuk bersabar, membuat keputusan dan banyak lagi. Baru lah aku tahu andai aku telah berjanji untuk melakukan suatu benda untuk seseorang dan tiba-tiba aku cancel last minute, bersusah payah lah orang yang incharge tu untuk mencari backup yang baru. Biar lah, mungkin seseorang itu ada kerja terpaksa bantalkan perjanjian.

Berdakwah bukan benda yang senang. Kami tahu fashion show kami tidak ada yang seksi-seksi. Nasyid kami tak ada yang rock-rock sebab tu tak ramai yang datang. Kami faham, hanya satu yang kami pinta dari Tuhan adalah KEBERKATAN.

Moga Allah memberkati anda semua. Terima kasih kerana mendoakan kejayaan ini.

Barakallahufik..

Wassalam

Posted in | 18 comments