Sejauh manakah?

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menghadirkan manusia yang pelbagai sikap pada ku. Yang aku notice, tiada siapa yang sempurna.

Ya, tiada siapa yang sempurna. Tapi manusia itu kadang-kadang ingat dia lah yang paling sempurna. Dia lah yang paling soleh/ solehah sehingga mampu memutuskan siapa banyak dosa, siapa banyak pahala. Sebaik-baik dia adalah sejahaahat siapa dan sebagainya.


Sejauh manakah anda "baik" andaikan anda menghina orang bertubi-tubi dan berbangga dengan apa yang anda ada?


Pernahkah korang dengar satu kisah tentang sepasang kembar yang duduk dalam satu rumah. Seorang di tingkat atas, seorang di tingkat bawah. Watak mereka sangat berbeza. Abangnya teramat lah alim dan taat patuh pada Allah dan adiknya hidup penuh kemaksiatan dan dosa. Pada satu hari, ditakdirkan Allah masing-masing ingin berubah. Yang alim ingin berubah menjadi seperti adiknya dan adiknya ingin bertaubat dan menjadi seperti abangnya.


Masing-masing mencari pasangan kembarnya untuk "berubah" dan berlanggar antara satu sama lain di tangga, jatuh dan meninggal dunia di situ. Kembali pada niatnya, yang amalan banyak berniat jahat sebelum mati dan sebaliknya.


Sejauh manakah amalan anda untuk dibanding-bandingkan kepada orang? Sejauh manakah anda untuk menunjuk-nunjukkan kepada orang rezeki yang telah diberi Allah? Ingatlah, rezeki itu pinjaman dari Allah bukan hak milik kita.


Eh, aku bukan ustazah. Nak cakap banyak nanti ada orang kata aku jual agama pula. Yang penting, itu lah kita. Tak perlu kita nak banding-bandingkan amalan kita dengan siapa. Sebab aku yakin, aku dan korang tak ada siapa yang sempurna. Kita bukan maksum.


Andai kita cemburu dengan kebolehan seseorang, berusaha lah untuk menjadi sepertinya atau lebih baik daripadanya. Bukan mendoakan kehancurannya. Apa guna andaikan kita mengaku satu umat, tapi nak bezakan bangsa dan sebagainya. Bukankah bangsa-bangsa itu juga hamba Allah. Tak pernah pula aku dengar bangsa melayu adalah sebaik-baik bangsa dan bangsa siam adalah sejahat-jahat bangsa. Ibaratnya macam tu lah..


weh.. Sorry lah weh andaikan ada orang yang terasa. Tapi begitu lah hidup. Bersabar lah untuk menghadapi semuanya. Andaikan mak ayah korang tak pernah ajar untuk menghina orang, jangan lah menghina orang sebab tak ada orang hebat pun kat dunia ni.


Wallahualam.

Posted in |

16 comments:

  1. mun Says:

    wow! great issue girl :)

  2. neem Says:

    it's reality of life =)

  3. sharamli Says:

    sy terasa..hee..xde la..bt0l la ap yg neem ckp tu

  4. neem Says:

    bersabar lah

  5. Lun Says:

    what goes around comes around

    posting yg bgus
    Moga ia jd nasihat kat lun jgak

  6. neem Says:

    insya Allah, lun!

  7. amir Says:

    sebabnya mengumpat tu dh biasa diterap dlm diri..bila marah dh mluap..hina dikta mengumpat

    hoho pemerhatian sy la

  8. neem Says:

    ye, itu salah satu faktor.

    bagaimana pula org yg kononnya "tak pernah mengumpat?"

  9. Anonymous Says:

    no 1 perfect . . xde yg sempurna, kenyataan yg perlu d trima oleh sape2 pn . stiap org ade lebih, ade kurangnye . .

    p/s: tp . . ayam bakar xde yg lebih . .huhux

    check yes juliet

  10. neem Says:

    btul2..

    ayam bakar? xdoooookk. haha

  11. Isma Ae Mohamad Says:

    Assalamualaikum,
    Saya tertarik dengan biodata kamu.
    Saya ada beberapa soalan:

    1. Adakah kamu punya keluarga di Malaysia(asal usul di sini)?
    2. Kamu bangsa Melayu(oh, saya bukan rasis)?Bahasa Melayu kamu sangat bagus berbanding saya.Bahasa ibunda kamu?
    3. Kamu kuliah(sekolah) di sini sejak bila? Mengapa ya belajar di Malaysia? Dan apa yang kamu dapat berbanding di Bangkok.
    4. Dan ada banyak soalan lagi...

    Jika kamu keberatan jawab soalan itu, tidak mengapa. Atau jika mahu privasi, e-mail saja jawapan tersebut ke ae.isma@gmail.com

    p/s: Saya bukan pemberontak selatan!! :)

  12. neem Says:

    saya dah jawap soalan2 anda melalui email. terima kasih! ^^

  13. Azym Azizi Says:

    Ada orang nak berkenalan tu neem..^^_

    Anyway, betul ckp ko. KAdang2, kalau aku nak tegur org, tapi aku sendiri yg buat kesalahan tu, rasa tak kene.

    Baik aku tegur & kutuk2 diri aku je. Lagi mendalam kesannye..hehe

  14. neem Says:

    kenalan la sgt..

    biar lah dia.

    dia kan pandai!

  15. Precious Says:

    Salam Aidilfitri. Kita memang sepatutnya ingat mengingatkan satu ngan lain. Kita ni kan pelupa ...
    Errr ... apa kata join kontes dan calunkan Kak fynn jamal utk Weblog Popular 1Malaysia. Kerjasama you is highly appreciated. Tenkiu!!

  16. Anonymous Says:

    agreed! 101%!!
    human is unpredictable neem..
    susah sgt2 nak jangka..
    kadang daging sendiri kita jgk yg buat kita sakit hati..
    kwn2 tok sah ckp la neem,
    plastik sgt... pandai berlakon...
    susah laaa....
    apa2 pun, kita tabahkan hati!
    jadi yg terbaik... jgn jadi org yg suka bercakap tntg org lain,
    tapi diri sendiri tak lepas!!