jangan sampai



Aku perlu tuliskan sesuatu di blog ini, agar aku lapang dada.

Terasa macam qiamat dah dekat. Tapi aku masih lagi macam ini. Tak insaf-insaf lagi. Kata orang, aku memang ego. Ya, aku memang ego.

Aku rasa macam ada benda sekat di dada. Terasa terlalu banyak masalah untuk diselesaikan. Terlalu banyak benda untuk difikirkan. Tak tahu nak lepas yang mana satu dulu.




Betapa susahnya kita nak puaskan hati orang. Sebab tidak akan ada orang berpuas hati dengan kita. Masing-masing dengan sikap dan pandangan yang berbeza. Maka buatlah apa yang anda rasa ia tidak melampaui batas dengan sebaik mungkin, anda akan tenang.

Kepada mereka yang jauh di sana jua, jangan lah anda pandai mengutuk, mengkritik orang lain saja. Sebab anda pun tahu diri anda jua tidak sempurna. Maka buatlah apa yang baik untuk diri anda sebelum nak betulkan orang lain. Jangan seolah-olah anda begitu sempurna, tak ada dosa 1 sen pun.. Ia tak mungkin.


-aku-

Benci apabila didesak. Diulangi supaya ingat benda yang sama. Apabila aku benci, susah bagi aku untuk kembali seperti dulu. Ia berlaku dah banyak kali dalam hidup aku.. sekali terhadap keluarga aku sendiri.

Sebagai seorang cucu, aku telah mengabaikan tanggungjawab ku terhadapnya. Ia disebabkan oleh kebencian melampau diri ku.. Maka kepada orang jauh di sana, sila fahami perangai aku. Jangan terlalu nak desak. Andaikan dengan keluarga ku sendiri pun boleh berlaku, apatah lagi dengan anda.

Jangan sampai aku benci anda, sebab ia tidak akan seperti dulu lagi.

Aku maafkan semua orang. Itu dah selesai masalah antara aku dan engkau. Tapi apabila perasaan benci itu masih ada, janganlah risau. Itu adalah masalah aku dengan Tuhan. Bukan engkau lagi..


Wassalam.










Posted in |

7 comments:

  1. ain fathihah Says:

    pink!

  2. Lun Says:

    lun nk mintak maaf ngn neem

  3. neem Says:

    nape lun?

  4. sharamli Says:

    jangan ada benci...
    heee

  5. neem Says:

    =)

    insya Allah..

    perasaan tu Allah yg bagi. tp atas kita, bagaimana nak managenye..

  6. Han Ri Says:

    Sabar, biar orang lain membenci, jangan sampai ada benci di hati. Kerana ia perosak nurani, pengotor nubari, pemisah antara suami, anak dan isteri.

    Apa yang penting biarlah kita kembali. Kembali kepada fitrah yang suci. Agar kita tidak akan sekali menyesali. Bila pulang menemui Ilahi.

    K.O Mazmumah! ^__^

  7. Zumairi Says:

    benci tu bagus.................




    benci pd maksiat ;-)