Tomyam. Ajinomoto vs. Beras


Siapa kata buat tomyam itu susah? Tomyam lagi. Aku rasa dulu-dulu pun aku pernah tulis pasal tomyam kot. Setakat yang mak aku selalu buat ada tiga jenis tomyam.


1. Tomyam putih

2. Tomyam merah

3. Tomyam susu


Salah satu cara yang biasa orang lakukan untuk menjadikan tomyam sedap ialah menambahkan sedikit ajinomoto ke dalam tomyam itu. Di sini kita boleh mengantikan aji itu dengan menggunakan beras.


Beras dibungkus dalam kain putih bersih. Masukkan ke dalam air yang akan dibuat tomyam itu, panaskan sehingga air mendidih dan beras menjadi kembang. Satu genggaman beras nisbah dua liter air. Selepas itu keluarkan kain tersebut dan masak seperti biasa.


Bahan-bahan:

- serai

- lengkuas

- bawang besar

- cili padi

- tomato

- ayam/ udang/ sotong

- garam

- kicap ikan

- daun limau purut

- asam limau nipis


Cara-cara:

Masukkan serai, lengkuas yang ditumbuk secukup rasa ke dalam air tersebut diikuti dengan bawang besar, cili padi. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan ayam/ udang/ sotong dan tunggu sehingga air mendidih sekali lagi. Tutup api dan masukkan daun limau purut (supaya wangi). Tambah kicap ikan dan asam limau nipis secukup rasa. Dah siap!


Kalau nak tomyam merah, masukkan pase tomyam tu. Cari kat kedai mesti ada. Heheh.


Kalau nak toyam putih, tak payah masukkan apa-apa. Bahan-bahan di atas sudah mencukupi.


Tomyam susu pula, masukkan sedikit susu sejat dalam tomyam tersebut.


Itu saja. Selamat mencuba~

Posted in |

11 comments:

  1. Shila Rosli Says:

    apa kate neem wat kan 3 jenis tomyam tu then bg ktorg rs..? ehehehe. *wink*

  2. Anonymous Says:

    salam.. sok abg tunjuk kat akak neem. akak dh tido. bru abg tau camne nk wat tomyam tu jd putih. hoho

    -knizam-

  3. joegrimjow Says:

    mau mencobaaa

  4. neem Says:

    shila: hoh? petang nnt biar jadi datang masak kat rumah!

    abg nizam: okeh, moga berjaya! ngeh3

    joe: cuba jgn x cubaaa

  5. Azym Azizi Says:

    Hmm..aku rasa tomyam ni kene dimasak oleh ko jugak ni baru sedap...hehe

    *ayat pancing suh masakkan tu..hihi

  6. neem Says:

    tunggu hang kawen dlu nnt aku ajak hang dgn si dia datang rumah aku then aku masak!

    (tunggu lah 4-5 thun lagi. ngeh3)

  7. areMaL Says:

    sedapnyo... kat restoran pc tuh tokyam supo gini gok ko?

  8. neem Says:

    smstinyerr... huahauha

  9. itisrajah Says:

    neem!
    sukenye post yang ade tomyam neh.
    haha.
    thanks!
    arituh da try buat tomyam putih.
    resipi dr blog neem la.
    neh ade lg.
    sme ke?

  10. neem Says:

    ada beza skit. sbb gtau tips yg pasal beras tu.

    hehe..

    terima kasih sbb mencuba! wahuu

  11. mansor Says:

    semua tomyam tu dah pernah cuba..
    kecuali tomyam susu.nanti neem buat kan saya satu.