- kedekut -







Assalamualaikum wbt..

Selalu aku mendengar orang mengadu kat aku pasal kawan-kawan yang kedekut ni. Aku pun takkk faham. Lagi-lagi dengan orang yang kedekut makanan duti punya lah jimat, nampak makanan orang habis dibantainya.


ALHAMDULILLAH, housemate aku semua baik-baik. Tak kedekut makanan. Walaupun ada yang sangat jimat, tapi tak pula dia bantai makanan orang lain. Masing-masing tahu tahap masing-masing.



- Segan -

Segan itu perlu ada dalam diri kita semua. Memang lah kawan kita itu baik dengan kita, kongsi makanan dan sebagainya. Tapi jangan pula lebih-lebih dalam tindakan lagi-lagi kalau kita tak bagi balasan terhadap dia.


kes 1 dari seorang lelaki: Saya masak gulai ayam. Tapi makan sikit je.. Selebihnya housemate habiskan tanpa sepatah pertanyaan.

kes 2: Pakai je baju branded, air mineral tak pernah beli minta dengan orang je.

kes 3: Dah pindah rumah dah. Tapi still balik ke rumah asal --> tumpang basuh baju dia dan aweknya. Kecik besar semua ada. Sampai kadang-kadang penghuni rumah itu geram, yang kecik tinggal sebelah je.. Adeihh.

kes 4: Hari-hari datang rumah aku, main internet. Macam lah rumah aku ni CC. Kalau datang untuk belajar... Aku tak kisah lah.

kes 5: family yang kedekut, sampai anak beranak datang ziarah pun tak cukup makan.

Waah..
Sahabat-sahabat, kadang-kadang orang yang memberi itu tak kisah pun nak bagi apa-apa yang free kat kita. Tapi kena faham, kedudukan kita sebagai seorang pelajar ada limit-limitnya. Andaikan kita semua ni anak datuk yg kaya raya, mungkin tak kisah. Ini dah lah guna duit PTPTN ( hutang beb ) dengan duit mak bapak lagi... Kena sama-sama tolong.

Percayalah, kalau kita kongsi kat orang, apa yang dimiliki oleh kita tu tak akan berkurangan.. Allah jua yang akan membalasnya.

Sebab itu kita digalakkan bersedekah. Tok Guru berkata, sedekah itu adalah duit antarabangsa. Besar tak besar nilainya. Walaupun kita tanam pokok (nampak macam remeh je) tapi setiap hasilnya yang dimakan oleh burung, ulat dan binatang-binatang yang lain itu, malaikat telah mencatatkan kebaikan sebagai sedekah.

Subhanallah.. Maha Suci Allah!

Jangan lah kedekut-kedekut ye.. Ingatlah orang yang memerlukan ^^

p/s: rumah aku suka sangat masak. Makan ramai-ramai satu family!~

Allahualam!



Posted in |

8 comments:

  1. Shila Rosli Says:

    hurm... agak2 kn, bile leh rs karipap tu? =P

  2. aFeeQ Zu Says:

    allahualam ke wallahualam

    biasa dgr wallahualam

  3. Lun Says:

    siapa mkn cili dia rasa pedas hehe

    ats meja tu hp neem eh? chantik

  4. neem Says:

    b4 korg leave unitar kena masak utk neem tau! heheh

  5. pecinta_Islam Says:

    ske n3 nilah..
    :)

  6. Anonymous Says:

    Ini dah lah guna duit PTPTN ( hutang beb ) >>

    sikit nak taye saudari.. nape nak highlightkan Ptptn 2 dgn (hutang beb)... mcm sound xbaik apabila org yg guna ptptn nie... kalau biar xde (hutang beb) kan manis bahasa...
    kalau saudari d tempat org yg guna ptptn mst ade jua terasa..bia pun dia guna cara halal..baik

    ~ pengembara~

  7. neem Says:

    to pengembara:

    saya macam ni lah. kadang2 naik kadang2 turun. ada yg boleh terima cara saya dan ada yg tidak. saya highlight kan di situ supaya kita smua2 ni sedar dan tak membazir. maaf andaikan tak boleh terima. saya akan cuba memperbaikinya..~ ^^

    to shahbandar:
    terima kasih!

  8. Kusyuk Says:

    kerajaan dah bemurah hati nak bagi biasiswa kepada semua pemegang PTPTN yang graduate dengan kelayakan kelas pertama.

    rajin2 la belajar ya.
    tak mahu hutang-hutang tak best.