Pelestine


Assalamualaikum wbt.

Sudah sangat-sangat lama saya tak update blog ni. Tak la busy sangat sebenarnya. Tapi peluang nak duk depan laptop lama-lama tu tak ada. Apa-apa pun hari ni saya nekad juga kuar mendapatkan internet walaupun seorang.

Tentu dah ramai sudah menulis blog tentang Palestin. Saya tak ada kekuatan yang cukup untuk melakukan sedemikian. Tapi saya akan cuba. Biar pun hanya sekadar membebel. Sekurang-kurangnya ia mengingatkan saya tentang mereka di sana.

Saudara sesama agama ku, tidakkah engkau melihat kejahatan, kekejaman dan penipuan disebalik muslihat-muslihat orang-orang Yahudi sudah pun terbongkar?? Ia bakal menakluki dunia ini terutamanya kepada kita yang bergelar Muslim yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang masih tunduk serta patuh kepada kuasa gila itu?

Tidakkah anda melihat lelaki-lelaki beriman, wanita-wanita beriman serta kanak-kanak yang tidak berdosa cedera, menangis dalam kesakitan, kelaparan, kesejukkan. Mati dalam jihad penuh ketakwaan. Ya, mereka mati dalam keadaan jihad, bagaimana pula yang menangung kesakitan? Pernahkah anda berlari-lari dan terjatuh dan terluka? Anda pasti sakit. Tapi mereka di sana lagi sakit daripada luka yang anda mengalami. Mereka kena bedil, kena bom sehingga putus tangan, putus kaki. Darah keluar tak henti-henti. Hospital pula dibedil oleh insan yang tidak berhati manusia mahupun binatang tapi berhati syaitan.

Walaupun seluruh dunia sudah menentang peperangan, tapi mereka masih bertindak seperti tiada apa-apa halangan. Apa gunanya ada undang-undang tapi tak patuhi? Inikah yang dipanggil zaman ketamadunan yang agung? Ramai yang pandai membaca, tapi tak tahu memahami. Masih tak faham tentang hukum manusia. Bukankah mereka ada tuhan? Atau pun mereka memang sendiri yang tak takut akan dosa itu?

HAMAS kata: kanak-kanak yang mati, akan menghantui kehidupan Bush. Moga-moga jadi demikian. Hati yang keras, susah nak dilembutkan. Bila cakap tentang Bush, teringat pula pasal Thaksin Shinawatra, bekas perdana menteri Thailand. Dua pemimpin yang jadi sahabat baik. Yang sama-sama cuba nak musnahkan orang Islam. Kini Thaksin dalam keadaan buang negeri, cerai dengan isteri, menjadi punca pergaduhan di sana di sini. Seluruh Thai benci akannya. Allah telah tunjuk dan balas siapa yang kianat umatNYA. Aku berdoa, moga mereka mati dalam keadaan paling hina di dunia. Allah pasti tunjuk jua!

Berdoalah kita. Melakukan apa yang boleh mampu buat, kata HAMAS lagi, biarlah mereka jadi wakil umat Islam seluruh dunia. Bukan bermakna HAMAS sombong. Tapi mereka ingin menjaga kita, menyelamatkan kita.

Mari sauadara seagama ku!

Berikanlah sedikit dana yang mampu anda lakukan. Demi saudara-saudara kita di sana. Boycott lah apa yang mampu anda boycott. Jika tak mampu berubah secara drastik, maka berubahlah secara perlahan-lahan. Berdoalah, semoga Allah berikan khalifah-khalifah yang agung. Yang tak takut akan kuasa Barat. Ini soal iman, soal agama. Bukan soal nak menjaga hubungan dengan musuh lagi! Islam hanya akan bertindak melindung diri apabila diserang. Jangan percaya pada media massa yang menyalahkan kita. Kita punya akal, mampu membezakan yang mana betul yang salah. Semoga Allah tak membatu Israel yang zalim itu!

Wallahualam.

Posted in |

2 comments:

  1. Anonymous Says:

    Palestin.... Bumi bertuah... bumi para Rasul dan Ambia.... Bumi keredaan.... bumi kerahmatan.... Namun umat mu, umat yang malang, umat bergelumang seribu kepayahan, keperitan dan bersama hati-hati kebinatangan.... angkara siapa ya, umat mu sendiri?, mereka? atau aku?.... atau kita semua?.. yaaaaaa tanya sama itu HudHud Lang bosilang, Koi bosikoi... kerana dia yang terbangkan aku kemari...... Berikan aku kesempatan akhir ini untuk menyatakan kalimah sebenar....."Ini lah ujian Allah... buat mereka yang mahu berfikir"..... Wahai Palestin..... Gendang pembebasan bukan ada pada roket Kasam, bukan ada pada yahudi, bukan ada pada nasrani... seperti yang kau sangkakan, seperti yang kau mimpikan.... tapi gendang itu ada pada hati dan sanubarimu,kaum mu, bangsa mu, tanah air mu wahai palestin... gendang pembebasan yang keras seperti batu bukit Golan, Bisa cair hanya sekelip mata jika kau mahukan.... Tapi apakah kau mahu?....berfikir? untuk mencarinya.... Pesankan pada umat mu ia ada di sebuah pasaraya, pasayara mana, pasaraya hati setiap umat mu... pasarayaku sudah habis terjual "sold out" belilah disana.... apa itu?.... "bersatu" dengan hanya satu " Lailahaillallah... Muhammadurasullah....." holaaaaaaaa

  2. Anonymous Says:

    Palestin bagi ku, hanya sekeping kertas,...hanya sebuah layar tv, hanya sekotak peti bersuara, hanya laungan geram, hanya sebatang sepanduk,hanya sebuah perasaan boikot, hanya sekali hulur wang kertas RM1.00.... apalagi palestin bagi ku....tak lebih dari itu... namun aku bangga hanya kerana sekadar itu...hanya itu yang aku mampu... yang sekurang-kurangnya aku tidaklah sejijik dan sehina mereka yang hanya..... Palestin bagi mereka... hanya wang, hanya kuasa, hanya angkuh.... dan tak lupa mereka pada mereka yang hanya berpeluk tubuh..... membuat bodoh....