Dunia Hari Ini
Posted On Friday, August 8, 2008 at at 10:35 PM by neemAssalamualaikum wbt
Saya telah dikenal-kenalkan dengan satu business oleh sahabat saya. Namun, hati ini belum lagi terbuka untuk joinkan business itu. Ia masih lagi dalam pemerhatian saya pada masa ini. Setiap kali ada event, kawan saya mengajak saya menyertai. Tujuannya bukan ingin memaksa saya untuk melakukan business berkenaan. Hanya ingin mendedahkan apa yang berlaku pada hari ini. Beberapa perkara yang mampu saya kongsi di sini, saya akan kongsikan.
Ternyata program-program yang dianjurkan oleh syarikat itu membuka sedikit sebanyak mata dan minda saya tentang kehidupan ini. Melakukan sesuatu benda perlu datang dari hati dan perasaan. Minda hanya digunakan untuk mencari ilmu dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Tanpa arah tujuan dan semangat yang gentar dalam mencapai suatu impian, adakah kita akan mampu melakukannya itu?
Dunia sudah berubah. Anda yakin selepas digelar sebagai seorang "graduated" anda mampu memiliki kerjaya dalam masa yang singkat? Mengikut senior-senior saya yang sudah selesai pembelajaran, ada yang sehingga kini belum mempuyai kerjaya yang tetap. Walaupun sudah memiliki segulung ijazah daripada institusi pengajian tinggi yang terkenal. Mengapa berlaku sedemikian?
Di sini, saya berjumpa dengan ramai kawan-kawan yang terdiri daripada student-student IPT. Keputusan mereka untuk berkerja sambil belajar bukan semata-mata kerana ingin mencari duit poket sendiri. Mereka mempelajari banyak benda daripada organisasi ini. Daripada seorang yang malu, tidak biasa bergaul dalam organisasi yang besar kini mereka sudah berubah diri. Dari segi communication skill, mind set dan lain-lain. Dalam singkat kata, belajar dari pengalaman.
Sebagai seorang pelajar IPT, saya pasti anda pernah menghadapi perkara yang sama dengan saya. Apabila andai sampaikan kepada ibu dan ayah tentang ingin mencari income, pasti mereka akan larang. Dengan alasan "kamu masih lagi belajar." Ada juga yang mencipta seribu alasan untuk tidak melakukan sesuatu (termasuk lah saya sendiri). Alasannya adalah ingin belajar, sibuk dengan assignment dan lain-lainnya. Tepuk dada tanya hati, berapa jam anda memegang buku dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah? Dan beberapa jam anda melepak-lepak di super market, di wayang, menonton TV? Menghabiskan wang mak ayah dan duit PTPTN?
Suasana di sini banyak mengajar saya pelbagai erti kehidupan yang akan dilalui. Ternyata, dunia ini bukan hanya kita seorang. Ingin hidup dalam keadaan yang sempurna, perlulah memberi komitmen kepada orang lain jua. Keluarga dan kawan-kawan sangat penting. Mereka semua ini yang akan memberikan kita satu makna kehidupan yang nyata. Tanpa mereka semua, adakah kita akan hidup dalam dunia ini sehingga hari ini?
Saya teringat kata-kata sahabat saya, kita sudah tahu "bagaimana" ingin melakukannya tetapi kita tidak tahu "kenapa" kita ingin melakukannya. Sebab itu pada awalnya saya berkata sesuatu yang ingin dilakukan, perlu datang dari hati bukannya minda. Wahai sahabat, jangan belajar hanya dalam teori. Sesungguhnya, dunia luar buku adalah lebih mengajar kita untuk mengerti erti kehidupan ini. Lakukan lah sesuatu ketika kita masih muda remaja. Jangan sia-siakan masa yang ada ini. Hidup adalah satu amanah daripada Allah. Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai seorang manusia dan orang muslim.
Terima kasih sahabat kerana membawakan saya untuk bukakan minda. Maaf kerana diri ini masih tidak kuat untuk melakukan apa yang anda lakukan. Ia masih dalam pemerhatian dan penilaian oleh diri ini. Namun, usaha mu ini tidak sia-sia. Semoga Allah merahmati mu semua.
=)
Wallahualam. Wassalam
Kalau nak berniaga. berniaga cara normal. Saya sarankan berhati-hati dengan apa2 'perniagaan' yang ada unsur 'berniaga' pada masa sama perlu juga tumpu mencari orang jadi ahli atau bawah kita. Kalau ada nampak kelibat unsur-unsur begitu, jauhilah. Banyak cara lain untuk jana income yang lebih bagus.
p/s: Masih teringat suatu masa dulu saya dan rakan2 pernah menasihati agar menjauhi satu 'perniagaan cari orang' ni. Kami dicemuh kononnya dengki la, hasad la. Suatu hari perniagaan tu melingkup dan bossnya lari dengan duit. Akhirnya terserlah mana hak mana batil.
saya tak akan join business itu. sumber pendapatannya tidak jelas.
betul tu. jgn join MLM. takut nanti ada orang tertindas.
join saya jual burger & nasi lemak kat kampus pun ok neem. haha.
hari tu kawan saya anjurkan seminar ternakan cacing. untung bersih kumpulan dia dari seminar tu 10 ribu. banyak tu. neem boleh la ambil idea ni. buat seminar ternakan kambing ke. haha. :P
wah3...ternak kambing ye? kalu nak suh neem jadi ketua anjur, x mampu lagi kot. byk lagi benda yg nem perlu berlajar...kalu abg majid nak jadi ketua n ajak neem join, that's ok~
saya juga pernah beberapakali menyertai MLM..namun selepas mengkaji dan menyelidiki kesan negatif pula timbul lantas meninggalkan MLM..begitu juga family saya juga turut aktif..mungkin pada pandangan sebelah pihak tdk mengapa, akan ttpi harus dilihat dari sudut lain akan terlihat yg tersirat..