Hal-Q

Assalamualaikum wbt

Sehari sehari sebelum hari raya aidil adha, aku bersama papa ke majlis perasmian Hal-Q.

Hal-Q adalah

H: Halal
A: Assurance
L: Liability
Q: Quality

Hal-Q adalah satu usaha dan kerjasama oleh para Scienctice muslim Thai dari University Chulalongkorn. Menurut Assoc. Prof. Dr. Winai Dahlan (The Director of The Halal Scince Center Chulalongkon University) in the right procedure of Halal Food Production, it consists of 4 Ms including Man, Materials, Mechanism and Moneytary. Dan keempat-empat M ini perlu turuti prinsip Islam. Para scienctice muslim pentingkan konsep ini dan menjadi tanggungjawab bagi mereka untuk Islam supaya para muslim yakin dan selamat dari segi rohani. Insya Allah.

Sedikit hasil kajian yang dibuat oleh mereka, aku amek dari buku directory-nya:

1. L-Cysteine contamination dalam tepung gandum.
Pusat Halal Sains telah terima sample tepung gandum dari sebuah Persatuan Islam di Mauritius. Tepung gandum yang disebut dikatakan datang dari negara China meragukan tetapi penghantar tidak tahu apa masalahnya (aku pening dengan ayat aku ni..). Selepas kajian, mereka mendapati tepung gandum (contoh: mi, pizza, dan roti ) mudah diratakan dan dilembutkan ini mengandungi L-Cysteine. Masalanya L-Cysteine yang dikatakan ini datang daripada rambut manusia. Kisahnya apabila golongan wanita China di luar bandar yang miskin perlu simpan rambut yang panjang dan dijual kepada kilang pembekal L-Cysteine untuk menyara hidup mereka.

Apa-apa yang datang dari manusia bukan najis. Tetapi para sainstis menyatakan ia diharamkan kerana Allah telah menciptakan sebaik-baiknya. Anggota badan manusia masih dibincangkan sama ada ia najis atau tidak. Menurut mazhab Hanafi, solat jenazah perlu dilakukan diluar masjid kerana mayat itu adalah najis. Maka, ia dibincangkan bahawa manusia itu diciptakan bersama kehormatan dan tidak boleh dimakan. Lagi pun, sanggup tak kita makan rambut orang? Rambut yang terjatuh dalam lauk yang beli dari kedai pun ada yang takleh terima. Apatah lagi dengan rambut yang diproses menjadi sebahagian dari makanan kita?

2. Na-Inositate dalam Poteto Chip

- Sample ini dihantar dari Pakistan. Penghantar kata haram, tapi tak tahu ( sekali lagi ) apa yang menyebabkan ia haram. Apabila dikaji dalam MSG poteto itu mengandungi bakteria Na-Inositate dan menggunakan minyak Khinzir dalam proses pembiakannya.

3. Enzim dari darah untuk Surimi

- Surimi ialah produk dari ikan lautan yang diproses untuk mengasingkan lemak dan bahagian lain-lain sehingga tinggal protin Microfibrillar sahaja. Protin ini menyebabkan makanan itu berkualiti tinggi dan sedap. Thailand merupakan sebuah negara yang mengeluarkan Surimi. Para saintis mengambil sample dari beberapa kilang pengeluar Surimi tetapi masih tak jumpa kilang yang menggunakan protin Microfibrillar itu.

hm.. aku rasa ayat aku belit-belit je. Apa-apa cadangan dan pendapat, boleh lah kongsi bersama-sama.

Semoga Allah melindungi kalian


Posted in |

5 comments:

  1. Anonymous Says:

    Salam..
    bukan bercadang nk bg 1st comment. tp entry neem mmg byk org dok perbincangkan. Penggunaan sumber2 dr manusia mmg diakui ada. contoh mcm rambut. jgn terkejut ada pengilang/pengeluar guna janin yg dibuang untuk tujuan kosmetik. Xtau syarikat mana. Tp yg pasti mmg ada.

    tetapi segelintir umat Islam amik mudah benda2 camni. Brp ramai yg heboh dulu ayam disuntik hormon ba alip ba ya, tp ramai juga yg jejak kaki ke KFC? Alasan diorg mudah, selagi xnmpk dgn mata sendiri xpe la kot.

    Jgn terpengaruh ngan tanda HALAL. Suka atau tidak umat Islam hari ni byk jd pengguna sbb tu xtau apa2 bhn yg ada dlm makanan, kosmetik dan sebagainya. Sbbnya, bila slh seorg jd pengeluar segelintir umat Islam sendiri yg meruntuhkan pengeluar ni.

    p/s : artikel ni berat. byk lg isu yg berkaitan timbul dan boleh dikongsi bersama..:-)

    -knizam-

  2. mansor Says:

    betul dah ayat2 yg neem karang tu...x usah risau.

    Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram..."

    kepada yg sudah berkahwin jagalah makan minum isteri dan anak2.bukan sahaja rezeki itu dari sumber yg halal tetapi pastikan makanan itu tidak syubhat..

    Semoga Allah merahmati neem.

    neem.."chun kid teung tur mark".

  3. Anonymous Says:

    salam tasneem.
    perkara halal haram memang byk dibincangkan. alhamdulillah dlm msyarakat ari ni, masih lg dok amik berat pasal ni. berkaitan halal haram ni, memang penting utk kite tau.

    tapi kite mesti ingat, kite cume seorang pengguna dlm berjuta pengguna. ape daya kite untuk menghalang? maksud sy adalah jika tanda halal jakim dh ade pd makanan, kite hendaklah yakin. sebab jakim dh buat keje diorang.

    saya akui, adejugak laporan bahawa makanan tu sbenanrnye ade kndungan haram tp jakim xbuat kerja atau "terlepas pandang", last2 dpt sijil halal jugak.

    bagaimana utk kite tau? bagaimana utk kite selidik halal ke haram dgn lebih tepat? cara yg paling baik adalah yakin kpd logo halal jakim. diorang mnyeleweng, diorang tanggung dosa. kite sekadar percaya, sbb kite bayar cukai utk diorg buat kajian n bagi kelulusan.

    HAMPIR semua barang ade halal, xkan satu2 kite nak masuk kilang nk tgk? yakin pada logo halal, sbb kalo jakim tipu, kerajaan tipu. kalau kerajaan tipu? smpai lah masanye utk kite tukar kerajaan yg telus!

  4. mansor Says:

    "berhati-hati itu salah satu daripada kesempurnaan iman.."

    "Islam itu mudah" tetapi jangan terlalu memudahkannya..

    seorang ulama pernah mengatakan "isu halal dan haram ini sudah terlalu lama dibincangkan.ia tidak pernah selesai jika kita orang islam itu sendiri tidak bertindak sebagai pengeluar".jadi sahutlah cabaran itu..

    cuba neem "google" perkataan ni "Asal semua makanan halal" dan baca..kat sana ada penerangan dari segi fiqh macam mana ia boleh jadi haram..kalau x faham boleh email sbb ilmu fiqh ni susah sikit.

    berkenaan mazhab hanafi.sebenarnya banyak perselisihan pendapat berkenaan tubuh manusia.belajarlah perlahan2..banyakkan membaca sebab bab ni pening sikit tapi hati2 dgn hadis dhaif dan palsu dan jangan terlalu taksub pada mazhab..kalau nak penerangan lanjut email lah sy..

    Semoga Allah merahmati neem..semoga hatimu tenang seperti aliran air2 sungai yang mengalir di bawah syurga..

  5. mansor Says:

    "berhati-hati itu salah satu daripada kesempurnaan iman.."

    "Islam itu mudah" tetapi jangan terlalu memudahkannya..

    seorang ulama pernah mengatakan "isu halal dan haram ini sudah terlalu lama dibincangkan.ia tidak pernah selesai jika kita orang islam itu sendiri tidak bertindak sebagai pengeluar".jadi sahutlah cabaran itu..

    cuba neem "google" perkataan ni "Asal semua makanan halal" dan baca..kat sana ada penerangan dari segi fiqh macam mana ia boleh jadi haram..kalau x faham boleh email sbb ilmu fiqh ni susah sikit.

    berkenaan mazhab hanafi.sebenarnya banyak perselisihan pendapat berkenaan tubuh manusia.belajarlah perlahan2..banyakkan membaca sebab bab ni pening sikit tapi hati2 dgn hadis dhaif dan palsu dan jangan terlalu taksub pada mazhab..kalau nak penerangan lanjut email lah sy..

    Semoga Allah merahmati neem..semoga hatimu tenang seperti aliran air2 sungai yang mengalir di bawah syurga..