Salam Aidil Adha dari Bangkok





















Assalamualaikum wbt

Allahuakbar Allahuakbar

Allahuakbar walillahilham

Selamat Menyambut Aidil Adha.

Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. menjadi ikhtibar buat kita semua.
Semoga kesabaran Siti Hajar memberi semangat untuk kita menghadapi segala masalah, walaupun begitu besar cabarannya.

Aku tersenyum, gembira setelah bertahun-tahun lamanya tak raikan raya haji di sini. Sehingga aku tanya sepupu, kenapa khutbah lama sangat? Rupa-rupanya aku tak sedar yang khutbah yang lama tu mengisi masa kosong orang-orang dapur yang masak daging korban untuk jemaah yang datang.

Sunat makan masakan dari daging korban di hari raya aidil adha.

Alhamdulillah.

Aku teringin nak tengok ayah saudara ku di depan semua jemaah, itu yang aku nanti-nantikan. Tapi beliau sakit. Tugas mengimamkan solat dan khutbah diberikan kepada orang lain, takpe, Alhamdulillah.

Dalam khutbah, ada beberapa perkara yang aku catat, aku translit dalam bm sebab memang aku tulis dalam bm.

Antaranya:

- Semua orang buat kesilapan, tetapi sebaik-baik manusia ialah manusia yang bertaubat.

- System kewangan yang mengamalkan system riba sebenarnya menjatuhkan ekonomi dunia. Sistem kewangan islam yang mengharamkan riba dahulu dipandang rendah oleh orang-orang barat tetapi sekarang orang dah nampak kehebatan system kewangan islam.

- Sedangkan kita mengaku Allah swt sebagai Tuhan kita, Rasulullah saw sebagai nabi kita tetapi kenapa kita masih tak solat, minum arak, mengumpat, zina dan sebagainya.

- (yang ni yang paling aku suka) Baju muslimah, pakai panas tetapi sejuk mata memandang. Pakaian orang kafir pakai sejuk, tapi menjolok mata, panas. Kebanyakan orang yang kena rogol ialah orang-orang yang pakai pakaian orang kafir.

Allah swt dan Rasulullah saw dah terang-terang tunjukkan kat kita kebenaran, tetapi kita masih lagi nak ikut dengan apa yang orang putih buat.

Aku balik kali ni, tiga orang anak buah yang baru. Nama pun tak ingat lagi, comel-comel semua. Tak sabar nak….. :D (sememangnya aku suka baby, nak buat camne?)

Dan aku balik kali ni juga, ibu saudara aku dan seorang lagi yang rapat dengan family masuk hospital. Aku tak akan tahu siapa yang sakit melainkan bila balik kampung. Alasan family, tak nak bagi aku risau. Aku pesan kat papa, apa-apa yang berlaku (tak minta) biarlah aku sempat balik… Dorang pun family aku juga. Aku harap papa faham sebab aku (rasanya lah) boleh tabah menghadapi segala kemungkinan yang buruk akan berlaku.

Terlalu banyak perkara dan masalah yang berlaku, jarang balik kampung memang lah tak tahu apa-apa sangat. Siapa-siapa yang ada peluang balik kampung, balik lah.

Walaupun nampak orang tua tak kisah, mungkin dorang fikir kita sibuk tetapi sebenarnya jauh dalam hati dorang selalu fikirkan kita.

Bersyukur aku ada yang menunggu kepulangan aku. Alhamdulillah..

Moga Allah melindungi seluruh keluarga aku dan korang

^^

Posted in |

26 comments:

  1. Anonymous Says:

    quote : "Aku balik kali ni, tiga orang anak buah yang baru. Nama pun tak ingat lagi, comel-comel semua. Tak sabar nak….. :D (sememangnya aku suka baby, nak buat camne?)"

    xpe neem, xlama lg neem kawin insyaAllah dpt baby yg semua pasangan inginkan..:-) tunggu masa je. Mudah2an dipermudahkan segala-galanya oleh Allah

    -knizam-

  2. neem Says:

    heheh...

    xpe2.. neem bagi abg dan akak dlu ^^

  3. keretasorong Says:

    meriah n menarik nyer....

    masjid uh terus bt makan2 lps abeh smayg n khutbh ekkk...

  4. neem Says:

    yep, makan terus lepas tu. that
    s why hari ni khutbah lama..

  5. keretasorong Says:

    bape minit khutbh dier...???

    sbb lamer kerje nk menumbang n melapah ni tau....hehehheh

    ^_^

  6. neem Says:

    dalam sejam... tu lah, aku rasa ramai yg tolong. sbb sekejap je siap

  7. ku syuk Says:

    meriahnya..

  8. neem Says:

    kami solat di padang ^^

  9. criestz Says:

    ey hye tasneem...
    slamat ari raye..
    jgn lupe amek kad raye kt my blog yah.. boh kt ur blog =)

  10. neem Says:

    thanks ^^

    moga kamu cepat boleh lari!

  11. syahbandar87 Says:

    neeeeeeemmmm...slmt hr raya qurban:)
    mesti la akan ada yg menanti kepulanganmu kan.hehe

  12. neem Says:

    selamat hari raya korban, syah!

    alhamdulillah..


    family je. hehehhe

  13. NURA Says:

    salam sobat
    selamat Idhul Adha 1430 H,,
    trims mba,,kunjungannya.ke ALJUBAIL.S.A

  14. Nurul Says:

    bestnya makn dalam talam ramai2 cmtu :)

  15. FaridRashidi.Com Says:

    Assalamualaikum, salam 'Eduladha!

    Faridrashidi.com

  16. As Says:

    wah aidiladha special dr bangkok :)
    huhu
    moga ketabahan nabi brahim, nabi ismail dna siti hajar sama2 jd insprasi buat kita neem :)

  17. neem Says:

    terima kasih smua ^^

  18. Cikgu Adham Says:

    salam..
    wah sungguh mantap sambutan di sana.. agak meriah... tp di tempat kawe ada juga.. tp kurang meriah berbanding raya puasa.. mungkin sebab anak2 muda x sempat nk balik kg sendiri sebab kekakngan masa bercuti...

    kawe pun mujur cuti sekolah pjg.. so dapt la sambut dgn family...
    alhamdulillah..

    selamat menyambut ibadat korban buat demo dan sekeluarga.. semoga ibadat tahun nii lebih mantap dr sebelumnya..

  19. neem Says:

    amin!

    isnya Allah,

    alhamdulillah

  20. mansor Says:

    Semoga Allah merahmati neem dan sekeluarga..

    Semoga Allah merahmati sahabat seislam dan sebangsaku di sana..

    Adakah sy akan menjejakkan kaki lagi ke sana?semoga Allah mengizinkan..

    cam kenal je salah sorang tetamu neem di sana..

    Salam Aidiladha untuk neem dan bangsaku disana..dr orang yg merantau..I love thailand

  21. neem Says:

    insya Allah

    amin

  22. anak muallaf Says:

    Salam neem,
    Meriahnya raya di sana..Akak suka bila tengok amalan sunnah terlaksana di sana..makan dalam dulang ramai-ramai..masa student dulu buat usrah lepas tu makan dalam dulang..akak amat idamkan amalan sebegini..
    Solat kat padang tu lagi best..teringat ketika kita wuquf..dipadang juga..Padang arafah..

  23. neem Says:

    ws'lam wbt

    alhamdulillah, best akak

    sunat mmg solat dipadang kan? ^^

  24. areMaL Says:

    terbaik :D sapa tok sir balik malaysia..

  25. neem Says:

    eh.. pandai2 dio. bilo xse baliknyerrr

  26. MuhD NoR AzyM Says:

    Wah..ramai tu neem! :D

    Yg bestnye ak tgk, solat kat open space..mmg best kalau mcmtu..:)