agama | nak kerja apakah?

Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba teringat satu kisah yang berlaku lama dahalu. Kisah yang sampai sekarang masih segar dalam ingatan ku. Kisah ini berlaku dalam family aku sendiri. Bersama saudara-mara aku. Bukan niat nak mengaibkan siapa-siapa. Tapi mari baca dulu. Moga ia bermanfaat kepada korang.

aku: Pakcik, tak nak hantar Amar (bukan nama sebenar) ke luar negara ke? Mesir ke, Jordan ke, India ke.. Belajar agama!

pakcik: Tak nak lah. Nanti kalau belajar agama, nak kerja apa? Jadi cikgu lah?

aku: tak apa, walaupun miskin di dunia tapi kaya di akhirat nanti!

( Pendapat pakcik aku, mungkin kerana peluang bekerja bagi orang yang belajar agama ni sangat lah nipis. Lagi-lagi di Thailand. Sekurang-kurangnya jadi cikgu agama, kalau tidak jadi lah juru bahasa di mana-mana saja.)

pakcik: adik kamu tuh, kenapa papa hantar belajar agama. Pastu nak kerja apa. Nanti jadi macam mama kamu! Duk rumah saja.

(aku binggung.. Marah. Sampai hati pakcik kata macam tu kat mama. Mama bukan tak boleh nak kerja kat luar. Tapi itu keputusan papa untuk mama berada di rumah saja. Jaga kebajikan anak dan suami. Kalau lah busy sangat, kaya raya tapi anak entah ke mana, tak guna juga! Itu prinsip papa)

Aku tahu parents aku tak ada sijil diploma mahupun degree untuk mereka bekerja gaji tinggi. Mereka lebih banyak belajar dari hidup, dari pengalaman. Aku gembira melihat mereka sederhana begeni. Tak kaya dengan harta tapi kaya dengan budi bahasa dan agama. Syukur aku dilahirkan sebagai anak mereka!

p/s: Mama aku hanya seorang pelajar pondok di Yala.

Aku ceritakan apa yang berlaku itu kat sepupu aku..

aku: p'hah... Hari tu bla...bla-blaa..

p'hah: Biar lah dia nak kata. Cuba tengok mama kamu tu. Walaupun tak masuk U, tapi penuh dengan ilmu agama. Soalan agama apa yang kamu tanya tak pernah mama jawap? itu lah gunanya belajar agama. Walaupun orang kata tak kaya, tapi penuh dengan barakah.. kamu nak yang mana satu?

Aku tersenyum seorang. Begitu lah ibu aku... yang cerdik menguruskan keluarga dan anak-anak. Sangat tabah menghadapi dugaan. Tak pernah aku tengok beliau menitiskan air mata kerana anak-anak yang belajar jauh seperti aku dan adik aku suatu dahulu. Sebaliknya papa aku pula yang menangis. Hehehe..

Tak lama lagi aku akan jumpa mereka! Moga tahun ini tak seperti tahun lepas. Dah lama benar dah aku tak raya bersama keluarga aku. Moga Allah lindungi kalian

wallahualam



Posted in |

16 comments:

  1. joegrimjow Says:

    nice
    suke


    ilmu agama ni di bawa kemati
    ilmu dunia
    hanya dunia je la

  2. Muallim Adham Says:

    salam ukhwah...
    tahniah... kisah2 begini byk juga yg terjadi di malaysia... ibu bapa dr kecik dh merekrut anak2 utk hidup dalam dunia yg penuh dalm hiburan, kenewahan dll..

    dari kecik anak2 bukannya dididik utk kenal Allah dan Rasul, tetapi dididik utk menyanyi dan suka akan program realiti seperti yg ada skrg..

    mintak jauh la kita dr fitnah dunia gini

  3. neem Says:

    amin!

    alhamdulillah ^_^

  4. Lun Says:

    teringat kat umi

  5. neem Says:

    Moga ibu2 kita sihat.. amin

  6. Anonymous Says:

    Salam..
    Berapa kerat org2 yg berusaha keja siang malam (agama diabaikan) tahap dia xberubah2 juga. Padahal org yg bertakwa kpdNYA, mudah saja Allah bg pertolongan.

    Pilihlah jalan ke akhirat!

    Barangsiapa yang kejar dunia, maka akhirat xkan menunggunya. Barangsiapa yang kejar akhirat, dunia xkan meninggalkan kita! :-)

    -knizam-

  7. neem Says:

    mungkin ada sesetengah yg luarannya kita nampak mereka x maju2 pun. tp pada hakikatnya Allah memberi ketenangan kepada mereka utk meneruskan hidup ^^

  8. nnur_iman Says:

    salam...setujuh sangat dgn apa yg na neem ckp 2..
    Allah sentiasa memberi pertolongan kpd sesiapa yg bertakwa kpdNya..

    >>teringat plk saing ore kt kelate..huhu..

  9. neem Says:

    jangan asingkan agama dari kehidupan ^^

  10. Anonymous Says:

    lau blh. . lau ade rezki, dpt bini yg soleha . .ade rezki, dpt anak nnt. .lau laki, nk suh ngaji ugama . .bg ade jgk sorg yg jd tahfiz ke. .imam masjid ke . .


    ku takut kau hilang

  11. Anonymous Says:

    kenyataan bhw org kelulusan agama hanya lyk mengajar di pondok dan surau shj telah mnjd pemikiran stereotype bg golongn yg memandang rndah psl hal agama..perbincangan dan pendidikan islam tlh mncapai thp international,di mana sistem perbankan islam, sistem politik dan muamalat islam diajar di pusat pengajian tinggi merata dunia..mereka yg berpndapat begini adlh org yg kolot krn memandang rndah terhadap peranan agama yg hanya lyk diajar di surau dan msjid shj

    ps:agama xsmestinye dikaitkn ngn surau dan msjid...ia patut diterapkn dlm amalan harian

  12. Q Says:

    kadang manusia agak jumud fikiran, kita akan jumpa di mana-mana. sebab fikiran terbentuk melalui suasana dan natijah yang selalunya diperolehi daripada suasana. normal, manusia suka menghukum yang zahir.

    heheh, neem, aku pun xfhm aku merepek ape ni..hahahah

  13. Anonymous Says:

    biasa lau pegi smyg kt masjid . .yg ade plg byk pn ckp2 1 saf je . .tu pn yg dh lanjut usia . .yg muda remaja sorang - 2 je yg ade. . mybe sume dh blajar tggi2 kot. . xsempat dh na g masjid . .1x sehari pn da ok. . saya pn bkn stiap masa pg smayang kt masjid. . kadang trpikir jgk. .ble dh xde org2 lama yg dh lanjut usia yg biase ckpkan 1 saf ni. .mcmana la nnt yea ?(sdih jgk ngan diri sniri sbb ilmu ugama kurang sgt)



    ku takut kau hilang

  14. neem Says:

    selagi saf jemaah subuh di masjid tak penuh, selagi tu lah umat islam tak kuat

  15. pecinta_Islam Says:

    mesti rindu sngt2 nk jmpe family kan..hehe..tak pe,atas apa yg berlaku ni(berjauhan),maka Allah telah memberikan sedikit kekuatan kpd mu untuk hidup berdikari..hmm..sy rasa kn bila dh hbs blaja nanti bgs klu awk trs bersama keluarga awk jerk.cuba byngkn dr kecil dh berjauhan..pastu klu hbs blaja ni berjauhan lagi...dan kahwin pun dh tentulah ikut suami.so dalam jangka masa waktu hbs nk kne bnykkan waktu untuk bersama keaurga pula.hehe..jd adalah lbh baek pas ni kerja dkt dngn kampung halaman.sorilah klu pndpt sy ni x betul.sy cme kesian jerk bila baca kisah2 awk yg mana dr kecil lg dh berjauhan dngn keluarga
    :(

  16. neem Says:

    mak saya tak bagi kerja kat thai

    x bagi kawen dgn org thai

    waaahh...

    maka kena kawen dgn m'sian only~