-Lucah-


Assalamualikum wbt


Sakit hati dibuatnya. Aku perlu menulis sesuatu untuk meredakan perasaan marah ini. Apabila aku menegur orang-orang dalam FB yang cakap benda tak senonoh, maka bermula lah sesi bantahan oleh sesetengah pihak. Katanya, "Biarkan apa yang mereka mahu lakukan kerna tiada manusia yang sempurna."


Kalau ada orang mengumpat dan mencaci, kita diam?


Kalau ada orang melakukan zina, kita diam?


Kalau ada orang minum arak, kita diam?


Kalau ada orang membunuh, kita diam?


Maka buat apa ada perkataan "tegur" dalam dunia ini?


Apabila budaya tegur menegur sudah menjadi sesuatu yang luar biasa, apa lagi yang kita mampu?


Andaikan tangkap dan sumbat dalam jail terus tanpa menegur dulu, dapatkah keadilan itu?


Andaikan boss terus fire pekerjanya tanpa warning terlebih dahulu, tidakkah timbul tanya soal pada pekerja tersebut, "await boss pecat aku??"


Bukankah kita dilahirkan untuk saling tegur menegur, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain? Kalau semua orang betul, takde lah orang yang salah dan kalau semua orang salah, takde lah yang betul?


Berbalik pada soal lucah, benda ni bermula dengan seks. Dan seks hanya dihalalkan dalam rumahtangga saja. Dan cara yahudi merosakkan minda orang Islam ialah dengan cara melucahkan seks. Bukankah dengan adanya seks, manusia dilahirkan. Andaikan dilahirkan dan dijaga menjadi orang, alhamdulillah. Andai mereka dilahirkan dan terus dibuang, nauzubillah. Inilah perkara-perkara yang dibimbangkan.


Dengan bercakap lucah, manusia boleh menjadi gila seks. Lucah bukan hanya dengan perkataan tapi juga dengan perbuatan. Seorang perempuan yang pakainya tak senonoh juga boleh menimbulkan perkara lucah dalam kalangan lelaki. Siapa yang menjadi mangsa kalau bukan budak-budak kecil? Dunia semakin bahaya sekarang. Orang bunuh orang dengan cara dasyat sekali. Potong kaki kanan, potong kaki kiri. Potong tangan kanan, potong tangan kiri tambah dengan botak rambut lagi...


Tak takutkah anda? Sejauh mana kita nak harapkan orang lain kalau tak harapkan diri sendiri.


Arr... tak tahu apa yang aku cakap. Tapi aku cukup bimbang. Kata abang afzan, Rasulullah saw bersabda "Jika sudah hilang rasa malumu, maka buatlah apa yg kamu suka... [hadis Rasulullah]"


hmm...


Sememangnya aku bukan lah orang yang layak menegur siapa-siapa kerana sesungguhnya aku hanya insan yang lemah. Walllahualam.
Moga hati ini terus tabah..

Posted in |

14 comments:

  1. Bardboo Says:

    memang ada org yg pantang ditegur..
    tp bagi sy suka kalo ada org yg menegur sy, sbb kdg2 kita x sedar yg kita buat salah..btol x?

  2. Lun Says:

    tapikan neem, bila lun start tegur orang kan, bnda tu akn terjadi kat lun plak.
    mcm bak kata pepatah
    what goes round comes around

    tu yg buat lun amat takut... camna eh neem, nasihat skt lun

  3. mansor Says:

    lebih elok kalau neem tulis begini...
    "menurut(bukan kata) abang afzan,rasululallah s.a.w pernah bersabda ""......." errmm....semoga gembira sokmo...

  4. mansor Says:

    Yang penting neem dah laksanakan tanggungjawab sebagai orang islam..
    Berdoalah semoga Allah Merahmati dan mengampuni serta memberi petunjuk pada hidup kita dan hidup mereka..sbb kita manusia yg sentiasa melakukan kesalahan
    nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa umat baginda umpama buih di lautan..
    tenangkan hati neem dalam berdakwah sbb kita akan berjumpa dgn pelbagai ragam manusia.

  5. faizal Says:

    do ur best neem...

    jalan yg lurus mmg berduri...

    tp destinasinya amat indah...

  6. Anonymous Says:

    lun - apa yg lun ckp tu sebenarnya ujian bg lun, nk tgk samada lun gagal atau lulus ujian tu.

    Kalau lun lulus maknanya lun tau cara2 nk menghadapi ujian yg dimaksudkan. Kalau gagal, bermakna mcm org ckp xserupa bikin. Lun tegur org itu ini, tp bila kena kat lun, lun terperangkap sama.

    wallahu'alam..
    -knizam-

  7. pecinta_Islam Says:

    tegurlah mereka..namun biarlah bersederhana.bila kita mula merasakan orng tersebut mula tak nak kan islam maka berpada-padalah..jika mereka masih juga tidak berganjak dngn jalan kesesatan spls menegur..maka lupakan mereka..dan tinggalkan mereka

  8. MaMa MoDeN Says:

    salam neem,
    memang susah nak menyeru kepada kebaikan ni.

    apapun, berkatalah yg benar sekalipun pahit!

    yg penting kita dah tunaikan kewajipan kita, selebihnya kita serahkan pd Allah, hanya Dia yg berhak mberi hidayah...

  9. mansor Says:

    "Dakwah itu adalah seni".."ia mesti penuh berhikmah".."jangan tergesa-gesa.." jika mereka tidak terima doakanlah semoga mereka dan kita mendapat hidayat,rahmat dan diampunkan dosa atas segala kelemahan...

    www.ismakelantan.blogspot.com
    www.pembinakelantan.com

  10. neem Says:

    terima kasih smua ^^

  11. neem Says:

    berbuat baik mmg susah. perlu ada strategiknya. dan bukan senang nak buat baik.

    moga kita smua terus menegakkan kebenaran.. walaupun pahit ditelan

    terima kasih mama sbb menjenguk blog neem. ^^

  12. banting Says:

    sebenarnya betul kata tasneem. cumanya saya berasa kesal apabile melihat kawan-kawan bukan menegur dengan sopan (dalam FB), tetapi sebaliknya memaki hamun dan perli sesama sendiri. menegur pun ada caranya, dengan mengingatkan diri sendiri bahawa tiada manusia yang sempurna, kita perlu memberikan pandangan kita dengan sopan supaya tiada pihak yang akan terluka.

  13. Larndo Says:

    full mark sis!! keep it up~

  14. Larndo Parrado Says:

    full mark! keep it up~