Muda tak muda

(Sesungguhnya, aku bukan lah seorang yang layak untuk membincangkan perkara ini)

Selalunya apabila menimbulkan sesuatu tentang gejala sosial, ramai menganggapnya sebagai topik yang remeh-temeh. Selalunya juga apabila sesuatu tetang gejala sosial yang makin teruk ini diungkitkan, orang yang menyokong mahupun yang membantah sama ramai.

"Apabila kau nak bina sebuah banglo, tapak tu biar kukuh dulu. Kalau tak kukuh, tak lama nanti rumah tu runtuh!" Kata seorang penasihat kepada rakan aku.


Begitu lah dengan konsep membina sebuah negara. Seorang sahabat blog aku membincangkannya secara terperinci.

Aku bukan nak membincangkan masalah gejala sosial di entry ini. Tapi sedikit sebanyak aku kecewa terhadap beberapa orang apabila dia membantah. Lagi-lagi jika dikaitkan dengan kerajaan yang dia sayangi itu.


(kurang) Terkejut apabila seorang sahabat aku menceritakan tentang kes "pencurian seluar kecil" wanita di kawasan perumahannya. Beliau mengaitkannya dengan hedonisme, iaitu cara hidup atau gaya hidup yang memuja keseronokan hidup tanpa menghiraukan aspek-aspekdan batas-batas keagamaan.

Sehingga aku katakan kepadanya, kadang-kadang aku malas nak cakap pasal ni. Sebab akan ada orang yang menentang aku dan provoke aku semahu-mahunya. Tapi fikir-fikir balik, ini lah cara bagaimana Rasulullah saw memperjuangkan Islam.

Bagi aku, nak mencegah masalah ini bermula dari didikan asas keluarga. Ia penting kerna ibubapa lah yang akan melukis corak hidup anak sehingga "suatu masa." Bukan buat selama-lamanya tetapi hanya pada masa yang tertentu. Apabila ketakutan ibubapa untuk melepaskan anak-anak mereka ke dunia luar makin berkurang, mereka menganggap anak-anaknya dah pandai menjaga diri. Mengharapkan didikan yang diberi itu dapat melindung anak-anak dari bahaya dunia.

Di dunia luar (dari rumah) itu, terlalu berat lah cabarannya. Apabila "pihak tertentu" membenarkan club, arak, concert, tempat judi ditubuhkan, yakinkah anda remaja-remaja ini tidak akan cuba-cuba untuk merasakannya. Apabila aku sentuh perkara ini, adalah yang akan membantah aku. Kononnya ini adalah soal pembangunan, bukan soal agama.

"Musuh Islam ialah apabila mengasingkan agama dari kehidupan." - Tok Guru Nik Aziz.

Benarlah kata-kata beliau. Ibadat bukan sekadar solat dan puasa. Kembali kepada objektif kehidupan kita, dimanakah kita hendak tuju jikalau bukan di dunia akhirat.

Lecturer aku kata, kadar populasi orang muda dibawah umur 30 tahun di Malaysia adalah sebanyak 60% sekarang. Ini bermaksud sampai suatu masa, golongan yang berpengalaman akan pencen dan golongan muda akan mentadbirkan negara.
Golongan muda seperti manakah yang kita inginkan sebagai pemimpin kita?

Teringat aku dengan satu lagu yang dinyanyi oleh kumpulan Raihan, "Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Hanya apabila, salah memilihnya membuat kita menjadi bersalah." (rasanya macam tu lah lagunya. huk3)

Begitulah.. Apabila aku sebut pasal rancangan-rancangan seperti :-
1. Nyanyi-menyanyi - tak kira tua ke muda ke budak-budak. Sekarang semua orang nak jadi artis.

2. Dancing sana, dancing sini.

3. Hiburan yang entah apa. Gelak sana, gelak sini.

Tiga contoh saja lah aku sebut. Apabila aku sebut tentang perkara-perkara di atas, maka dia akan membantahnya. Dengan berkata:

"Alaah.. Biasa lah. Manusia kan tak perfect."

Adakah dengan sekadar perfect tak perfect, sempurna tak sempurna itu akan berubah tanpa melakukan apa-apa?


Aku malu dengan laporan surat khabar metro baru-baru ini apabila banyak pasangan kekasih "bermanja-manja" depan masjid sehingga tidak menghiraukan suara azan.

Patutkah "pihak atas" memberi lesen untuk arak, clubbing, hiburan yang terlalu banyak dan juga memberi lesen kepada pihak pencegah maksiat untuk menjalankan tugas mereka?

Kalau ikut rules in math,

1 + (-1) = ?

sama lah dengan kosong.

Wallahualam


Posted in |

15 comments:

  1. Muallim Adham Says:

    salam ziarah..
    kawe pun hari2 berdepan dgn masalah sosial... bila berada di kawasan tempat kawe berkhidmat sekarang lagi pelik cabarannya kerana budaya rumah panjang dibawa masuk ke dalam sekolah...

    pelajar muslim pun terkena tempiasnya... ibu bapa tidak melarang malah menggalakkan anak mereka bersosial dengan pasangan yg berlainan jantina dengan harapan anak dara mereka tidak jadi anak dara tua...

  2. sharamli Says:

    kal0 xkuat..ssh nak hadapi cabaran kt luar..

  3. neem Says:

    cikgu adham, apa budaya rumah panje hok dibawa ke sekolah tu?

    sha, mmg susah.. nnt terpengaruh

  4. Kusyuk Says:

    Isu ni dah lapok tapi masih tak selesai lagi.Ya la semua asyik menunding jari.

    Aku setuju dengan kata-kata 'penasihat' tu,bina asas yang kukuh.Memang betul club,arak,rokok etc dibenarkan dalam negara kita,tapi tak kan nak bagi alasan tu kalau kita sendiri yang merosakan diri.

    Asyik nak salahkan pihak tertentu sebab bagi kebenaran bahkan tidak cuba untuk membendung diri dari terjebak.Sudah la itu kata-kata 'LOSER'.

  5. neem Says:

    dear syuk,

    aku bukan nak menunding jari kat sape2, tapi at least yg paling berkuasa perlu buat sesuatu. perlu mencegahkan dgn menggunakan cara undang2.

    macam aku kata, kalau negatif + positif kita akan dapat kosong. jadinyer kalau lah ada pihak dalam masa yg sama selesaikan benda ni tp dalam masa yg sama juga ia membenarkan, seolah-olah tak berguna semua tu.

    andaikan ssorg itu sudah ditanam dgn ilmu agama dan tahu what is right and what is wrong, alhamdulillah.

    bagaimana pula orang yg tak mendapat ajaran agama, tiada tempat utk dibimbing dan sebagainya.. bagaimana mereka nak mencegah diri dari segala kejahatan.

    itu hanya pendapat aku semata-mata. pihak paling berkuasa perlu buat sesuatu utk mencegah daripada masalah ini. ia bukan sekadar hanya tangkap dan lepas, tp perlu juga melarang dan mengharamkan apa2 yg tak patut.

  6. Kusyuk Says:

    tapikan neem,suara kita (rakyat) sayup-sayup je kedengaran di pihak atasan.

    bagi aku la,cara terbaik dan termampu oleh kita ialah mendidik generasi muda dengan didikan yang betul.Sebab mereka adalah pelapis.

    *aku tak cakap kau menunding jari kat sesiapa la,neem.Itu senario yang selalu dilakukan oleh orang ramai.

  7. Anonymous Says:

    wujudkn sistem khilafah islamiah,hapuskn pemerintahan sekularisme/almaniah

  8. neem Says:

    syuk, ye. yg tu lah paling penting. risau kan? aku tak tahu nak cakap cmne lagi. betapa aku risau pasal masalah sosial ni. jadi mak ayah kelak nnt, cabaran makin besar. kanak2 dan budak2 skrg makin cerdik berbanding dgn zaman kita

    dear Anonymous,
    itu lah yg kita harapkan..

  9. attyfir Says:

    mcm2 cabaran sekrang..sbb tu kena tahan diri dari godaan..

  10. neem Says:

    dari cikgu adham, dipetik dari komen dalam FB:

    kalau di rumah panjang, semuanya rapat seolah2 satu keluarga... sehinggakan jiran2 sebelah rumah diandaikan sbg adik beradik... namun hubungan akrab ni disalahguna sehingga berlakunya pergaulan bebas dlm kalangan mereka... budaya ni meluas sehingga la ke sekolah...

    pelajar kawe ramai yg berhenti sekolah kerana berkahwin... ada juga yg mengandung d luar nikah, kemudian cuti bersalin, selepas tamat tempoh pantang, sambung semuala sekolah.. itu dh jd kebiasaan huhuhu..

    malah dr segi bab cinta2, mereka lebih hebat dr guru... ada pasangan suami isteri dlm kalangan pelajar... ada pelajar kawe di tingkatan 5 mempunyai isteri di tingkatan 4.. itu sudah kebiasaan disini..

    guru2 nk larang pun x boleh kerana gaya hidup ini direstu oleh ibu bapa mereka.. malah ada ibu bapa yg menggalakkan keadaan ini berlaku..

  11. Lun Says:

    mcm mana yek nk menasihati kawan, sbb kan.. klw lunnasihat kat kawan.. nnt lun pulak yg kena. nk nasihat salah, x pun salah
    erm..

  12. neem Says:

    tu lah hakikatnyer lun. kalau rapat, xpe. blh heart to heart..

    kalau x mampu, tegur dalam diam je

  13. Anonymous Says:

    xpe la kawin awl...dr kene kantoi tangkap basah..tu kan slh 1 care nk elak maksiat

  14. pecinta_Islam Says:

    salam..berdasarkn survey lakan.mungkin jg kdng2 salah.hmm..kita boleh tngk pd cr penulisan,peribadinya,sejauh mana mereka mendekati islam dan mencintainya dr segi perbuatannya,dan jg kecenderungan partinya menyebabkan samada mereka bersetuju ataupun tidak dngn nilai2 islam.kadang2 sesuatu yg amat nyata bertentangan dngn islam.tp mereka masih marah kpd sesiapa yg menentang bnda2 maksiat ni.jngn lah rasa takut untuk kebenaran.namun biarlah berhemah.insyarallah akan diterima.

  15. mansor Says:

    sebab tu lah Allah berfirman
    “Dan janganlah kamu mendekati zina” (Quran: Al-Isra’: 32)
    bukannya janganlah kamu berzina..
    sesetengah orang mentafsir "janganlah kamu menghampiri bunga-bunga zina"
    harap faham ape itu bunga2..
    kalau bercinta sekalipun niatlah hendak mengahwini si dia..kalau kita jaga hubungan itu dari sekarang nanti anak kita pun lahir dengan akhlak yg baik dan membenci maksiat sbb Allah merahmati hubungan kita dari awal