Kempen Tutup Aurat









Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..

Akhirnya hari pertama Kempen Tutup Aurat oleh Persatuan Mahasiswa Islam Unitar (PERMAI) telah berjaya diadakan, walaupun aku tak puas hati. Hm.. itu internal problem. Kena perbaiki lagi. Terima kasih kepada semua commitee, banyak menolong. Tapi ada lagi 4 hari! Ceramah, fashion show, Wardina dan Pameran Sirah Islam. Minta maaf kat semua commitee juga. Aku bukan lah orang yang layak untuk jadi ketua untuk kempen ini.

Kami bukan lah yang baik-baik semua. Cuma ingin mewujudkan suasana islamic di situ. Aku tahu ada yang tak puas hati. Malah ada yang perli-perli aku bila nampak muka aku. Yang tak tahan, lelaki yang perli aku. Ahhh.. aku cuba sabar. Sebab aku tahu ada lagi orang yang berjuang demi agama kena teruk daripada ni. Rasulullah saw lagi kena teruk daripada aku.

Ustaz Zawawi Yusof, Ustazah Maznah Daud dan Akak syira menjadi ceramah dan panel jemputan pada hari tu. Semua best-best.

Sedikit ilmu yang mereka sampaikan yang masih lekat dalam kepala aku-

Ustaz Zawawi - memang best. Tapi ada miscommunication sikit menyebabkan beliau tak dapat bersama dengan kita dengan lebih lama. Tapi alhamdulillah, sikit membuka minda aku. Beliau tunjukkan video bagaimana zaman jahiliah dulu menyembah tuhan mereka dan menanam anak-anak perempuannya. Kejam kan? Tapi kata ustaz, di Malaysia lagi kejam.. Sebab buang anak merata-rata. Adakah kita dah kembali ke zaman jahiliah dulu?? Nauzubillah!

Forum oleh ustazah Maznah dan akak Syira. Ustazah Maznah bekas senior lecturer di UITM Shah Alam. Orangnnya kecil saja tapi ilmu sangat banyak dan sangat hebat orangnya. Siapa rajin dengan IKIM.FM mungkin pernah dengar beliau jadi panel forum. Akak syira, exco PKPIM pusat juga best. Walaupun umurnya muda lagi, tapi ilmunya juga banyak.

Mengapa sesetengah orang menganggap masih belum sampai "seru" lagi untuk menutup aurat?
- aku sempat dengar sikit je ulasnya. Bukan orang itu belum sampai seru sebab "seru" itu dah lama disampaikan Allah SWT melalui Rasulullah SAW. Sudah beratus-ratus, beribu-ribu tahun. Tapi hanya kita sendiri yang buat-buat tak tahu dan tak berusaha untuk memperbaiki kita. Islam sudah ajar cara hidup yang baik. Hanya kita yang masih inginkan liberal itu yang menolak ajaran islam - kak syira

ustazah maznah - Bila solat kita bermasalah sebab tu lah benda lain pun bermasalah.

Sepatutnya kita kena buat kempen solat dulu kot baru kempen tutup aurat. Takpe, next event boleh lah! insya Allah. Ada follower aku cadangkan diadakan kempen smart solat untuk orang tua. Itu cadangan yang terbaik! Sebab bagi aku, orang tua sendiri pun bukan semua yang tahu solat yang betul macam mana. Tengok saf berlubang-lubang pun dah tahu.. heee..

Anyway, itu saja!

Wallahualam. Wassalam


Posted in |

14 comments:

  1. sharamli Says:

    apa yg dy0rg perli..
    biarlah ..mulut 0rg..bkn kita b0leh tutup...

  2. neem Says:

    biar lah dorg..

  3. paan Says:

    nie kempen sempena puasa @ kempen seumur hidup ?? hahaha.semoga berkekalan...

  4. neem Says:

    seumur hidup lah!

    hehe

    amin3

  5. areMaL Says:

    tahniah2.. :D

  6. neem Says:

    terima kasih ^^

  7. GoldmineX Says:

    salam. tahniah ler dpt buat prog tutp aurat. memang tertutp kan. jemput la ustaz zahazan. Mesti best

  8. neem Says:

    baik lah ayah hud.

    terima kasih!

  9. mun Says:

    hehe
    u did a good job
    jangan risau tentang mulut2 org
    sebab mereka xfaham apa yang kita bawa.
    mereka xfaham apa itu da'wah
    so biar la mereka

    as long as kte dah sampaikan
    terpulang pd mereka nak trima atau x. papehal pun prog sangat baik
    cuma kena improve sket

    u r a good leader. jgn ckp bukan yg baik. cuba lagi dimasa hadapan.

    saya sentiasa akan support kamu!!

  10. neem Says:

    thanks again, kak mun
    insya Allah..
    mulut org mmg tak leh nak kawal.
    maka kawal lah mulut kita sendiri. heehe

    tq for supporting me!

  11. zumairi Says:

    kempen yg bagus...pas ni nak tunggu kempen bahaya minum arak pulak

  12. neem Says:

    baik lah!

  13. Azym Azizi Says:

    Wah..congrats neem..=)

    Tkpe kene kutuk2 tu..biasa la..

    Ambil ianya sbg semangat utk mematangkan diri..

    InsyaAllah kelak akan lebih sukses! =D

  14. neem Says:

    thanks, azym!