Seminggu yang sibuk
Posted On Sunday, August 9, 2009 at at 5:30 AM by neemAssalamualaikum wbt
Perjalanan hidup ku sebagai seorang pelajar diteruskan. Kini aku sudah menjadi pelajar tahun dua di Universiti Tun Abdul Razak. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang tidak terhingga.
Seminggu ni aku agak sibuk. Sehingga ada orang yang terasa kesibukan ku, maafkan diri ini andai tak mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada mu..
Seminggu ni juga macam-macam terjadi.. Add drop subjek. By the way, sem ni aku ambil lima subjek. Nampak macam sikit, tapi banyak bagi aku. Empat subjek membaca dan satu subjek mengira. Harap-harap boleh carry on sebab aku perlu jaga pointer aku. Insya Allah, moga berjaya kehendakNYA.
Terjadinya satu berita dalam seminggu ini dimana seorang sahabat seteam aku masuk Islam. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memberi hidayah kepadanya. Aku dah lama tahu keinginannya untuk islam, dan alhamdulillah hajatnya tercapai. Kali pertama aku jumpa dia selepas kemasukan islamnya di majlis baca Yasin bulanan. Aku salam dan peluk dengannya... Mata dia berair.. Selamat kembali ke jalan yang lurus yang diberkatiNYA, sahabat ku! Aku janji akan bersama mu selagi mampu..
Seminggu ini juga aku demam. Batuk dan selesama. Doktor pesan makan ubat. Tapi macam biasa, hidup ni aku tak pernah habiskan ubat, lagi-lagi ubat antibiotic. Walaupun aku rasa badan aku panas, tapi masih liat untuk makan ubat. Hoh.
Seminggu ini juga senior aku dan anak buah si dia kahwin. Alhamdulillah. Tahniah kepada pasangan pengantin baru. Moga akh naim dan adiba berkekalan dan sentiasa dirahmatiNYA.
Seminggu ini juga aku dapat dua tawaran kerja sambilan dan jual product. Harap-harap aku boleh menghadapi semua ini..
Satu lagi program yang aku merangkap Project Director akan tiba tidak lama lagi. Sungguh aku risau sebab aku tahu aku bukan ketua yang baik. Tapi dengan hidayah dan rahmat dariNYA, insya Allah.. kita semua akan berjaya
Doakan lah aku. Moga aku cemerlang dunia dan akhirat. Moga aku mampu menghadapi kritik-kritikan daripada hamba-hamba Allah itu.. Sungguh kita tidak akan dapat memuaskan hati sesiapa pun.
Moga korang dirahmati Allah sentiasa!
alhamdulillah dpt saudara baru ;)
alhamdulillah!!!~
Yohoho.. bagus kalu sibuk untuk benda benda macam ni.. ibadah tu...
setiap langkah itu ibadat!!
alhamdulillah..
smoga hdupnya disinari chya iman..
;)
amin2!! ^^
kaaaweeennnn
jom3!!
Sesungguhnya aku cemburu dengan gambar kawin itu..huhu..
cemburu sbb ko x dapat g eh? hehehe
Alhamdulillah..
bertambah saudara seaqidah kita.
mga tnggjwb utk mmbimbngnya kn trtunai.. mga dsatu2kn hati kta smua d bwh naungan-Nya.
Amin...
amin!
moga kita sama2 menjalankan tanggungjawab ini
uish.. ubat kena makan woo... kalo tak abes antibiotik.. penyakit senang nk dtg balik....
salam singgah dari ku ;p
semoga gembira selalu..