-rezeki-
Posted On Thursday, July 30, 2009 at at 7:23 AM by neemHari ni aku ke pasar malam. Dah lama sesangat tak ke sana. Rindu pula rasa. Tengah jalan-jalan aku selisih seorang junior zaman sekolah. Tak pasti nama apa, tapi lelaki..
Junior aku: Eh.. Tinggi doh dia lornih
Aku macam blur sambil sengih sat. Memang lah zaman sekolah dulu, suka sangat banding siapa tinggi, siapa rendah. Junior aku tu pun tinggi telinga aku je. Aku lagi tinggi dari dia.
Jalan-jalan selisih lagi. Kali ni turn aku pula
Aku: macam la dia tinggi sangat!
junior aku, sengih.
Sungguh aku rindu zaman sekolah. Kalau cakap pasal kenangan zaman sekolah dulu-dulu, memang tak habis. Nampak je aku ayu (ye ke?) gini, pagar sekolah pun penah lompat.
p/s: bukan sebab ponteng sekolah. Tapi sebab malas nak jalan jauh pergi amek bola.
Jalan-jalan lagi, aku nampak seorang mak cik minta sedekah. Tubuhnya kerdil. Sangat kecil. Ketika dia duduk, tingginya hanya lutut sorang lelaki normal. Tapi aku tak terdetik pula nak bagi sedekah kat dia. Tak tahu kenapa, sampai aku teringatkan kisah semalam. Semalam aku buat kerja macam biasa. Sampai satu kedai di mana kedai tu semua orang bisu. Tuannya bisu, pekerjanya pun bisu juga. Semua kaki tangan kedai tu bisu. Tapi aku kagum, sebab sekurang-kurangnya dorang berusaha untuk mencari rezeki yang halal.
Selagi mampu, berusaha lah kita. Jangan ambil jalan mudah untuk mendapatkan rezeki. Dan kepada kita jua, umi selalu pesan aku kalau ada orang minta sedekah bagi saja. Apa yang akan dia buat selepas tu itu urusan dia dengan Allah.
cubalah sedekahkan dia apam balik...asyik bagi duit je
ye tak ye jgk kan...
ebst klu jumpe jr yg kenal
klu xkenal
ishhh
hahah..
tadi jmpa gak, org kenal kita. kita x kenal dia
Aku sampai sekarang tak jumpa lagi mana2 insan yg aku kenal kat sekolah dulu....huhu