adik lelaki ku
Posted On Monday, July 27, 2009 at at 8:16 AM by neem
Assalamualaikum wbt
Sekarang aku tengah rasa serba salah. Tak pasti sikit ke banyak. Mungkin sedikit sebab aku macam mengecewakan mama aku.
Aku tengah mencari sekolah agama swasta untuk adik lelaki aku nanti, kalau boleh nak tahfiz. Tahun depan dia akan belajar di sini bersama aku, insya Allah.
"Mama, nanti esok nak pergi tengok sekolah adik dengan dia"
Aku bagitahun mama aku macam tu. Aku dah janji dengan dia. Tapi aku ada kerja. Terpaksa batal rancangan aku. Tapi aku tak bagitahu mama.
Sekarang aku nak cuba masukkan adik aku kat sekolah Al-amin atau Sekolah Hira'
Tapi hampeh, bila aku call pejabat, dorang kata "tak terima international student"
Aku dulu boleh je masuk sekolah kerajaan, tak kan sekolah swasta tak boleh?
Ada kawan aku yang pernah sekolah tu dulu cakap ada je student luar.
Aku agak kecewa.
Tapi aku akan cuba sedaya upaya carikan tempat belajar
Bila aku call mama, mama tanya dah pergi tengok sekolah untuk adik?
Aku jawap, belum. Ada kerja. Tak sempat pergi hari tu..
Mama jawap ok. Tapi macam nada kecewa..
T_T
Sekarang H1N1 tengah kuat di Bangkok. Sekolah dah banyak kali tutup. Doktor jaga pintu pagar, siapa demam sikit pun dah kena balik rumah.
Dan adik aku demam agak kuat. Kalau esok tak ok lagi. Boleh jadi H1N1, kata doktor. Pagi tadi ada call mama, adik panas lagi badan. Tapi lepas magrib tadi dah sedikit ok, alhamdulillah.
Harap-harap esok adik ok.. Tolong doakan ye sahabat-sahabat.
Sekarang aku mencari lagi sekolah untuk adik, siapa ada sekolah yang kat KL atau sewaktu dengannya (dalam Selangor je la) boleh bagitahu aku. Sebab aku nak duduk dekat-dekat dengan adik aku. Lagi-lagi adik selalu demam. Risau juga.
Aku tak tahu nak mengharap dengan siapa. Ya, aku ada family kat sini, ramai juga. Tapi aku akan kurangkan peratusan menyusahkan siapa-siapa. Even aku ada saudara yang memang rapat gila dengan aku pun, aku macam kecewa sebab... biar lah, aku taknak kesilapan tu (tak tahu kesilapan aku ke dia) ulang sekali lagi.
hm.. Biar lah.
dah sampai masa untuk aku jaga adik aku. Sebab dah lama aku tinggalkannya..
p/s: tu gambar zaman aku muda-muda dulu!
ooh adik
h1n1 ade kat mana skrg ni
tyme untuk beringat
beringat sokmo. tp x jaga pun.
g airport g2 jah. x paka pun topeng
oo..pic zaman muda..patut la...hi3
patut la jerawat tak byk~ hhehe
Umur adik ko brape neem?
Klau ko nak, adik aku skolah kat IQKL. Dekat dengan Bandar Utama - Ikea gitu la kot. Tapi utk umur 13 tahun - 17 tahun la.
http://www.iqkl.us/iqkl/public/index.php
emm..comel..adik ko la..hehe =p
hah.. adik aku thun depan umur 13 dah kot. sbb dah nak masuk form 1
adik neem nak tahfiz saja ka, atau tahfiz akademik?
kalau tahfiz saja, dkt putrajaya ada satu, tahfiz lelaki, pengasasnya bekas ustaz kami
more details at : http://www.darul-huffaz.com/
or blog : http://www.darul-huffaz.com/blog/
-qaya-
neem, apa khabar adik tu?
moga Allah sembuhkan dan jauh daripada musibah virus H1N1
aminn..