-berdikari-

Assalamualaikum wbt

Dah lama aku tak update blog aku. Baru lepas final exam, dua subjek untuk short sem ini. Harap-harap keputusan aku cemerlang, insya Allah.

Satu benda lagi yang kadang-kadang aku tak boleh terima bila seseorang itu tak mampu nak berdikari. Lagi-lagi bila jauh dari parents. Kadang-kadang kita menyusahkan orang lain, - tanpa kita sedari.

Tak tahu nak salahkan siapa. Salah ibu bapa yang terlalu manjakan anak-anak mereka, atau anak-anak sendiri yang tak berfikir untuk membantu diri sendiri?

Terima kasih kepada papa mama, kerana mengajar ku berdikari dari kecil lagi.

Papa tak pernah nak manjakan aku. Nak pergi mana-mana, belajar pergi sendiri. Sejak aku form 3, aku mampu pergi dan balik seorang KL - Bangkok. Bukan nak menunjuk, tapi kerana itu lah, alhamdulillah.. aku tidaklah 100% menyusahkan orang walaupun kadang-kadang ada juga ajak orang teman. Begitu juga dengan adik-adik ku. Pandai-pandai lah kamu berdikari sendiri, yang penting, kurangkan peratusan untuk menyusahkan orang lain.

Mungkin kerana persekiran kita sekarang tidak berapa selamat menyebabkan ibu bapa tidak berani melepaskan anak-anak mereka ke mana-mana sendiri, tapi sampai bila seorang anak itu akan bergantung pada ibu bapa mereka atau orang lain?

Andaikan anda berjauhan dari keluarga untuk menuntut ilmu, ambil lah peluang ini untuk berdikari dan merantau. Explore lah tempat orang agar kita lebih memahami dunia. Tak perlu tunggu bila nak pergi sampai luar negara, negara sendiri pun banyak benda boleh meneroka.

Jangan pula bila anda duduk kat KL (contohnya lah), anda hanya berada di kampus dan asrama saja. Pergi lah jalan-jalan dan anda akan belajar banyak benda. Bukan nak sia-siakan duit, tapi cuba lah cari pengalaman melalui cara ini. Aku katakn fakta, sebab aku dah banyak tengok ramai di antara kawan aku, nak pergi stesen bus seorang pun................. hm.

Entah lah.. Membebel pula aku.

(bebel sebab esok kena pergi hantar budak kat airport. Apa salah kalau pergi je sendiri. Amek je bus dekat kL sentral. Direct sampai LCCT beb! maaf, memang aku tak ikhlas nak pergi. Sebab di paksa nih!)


Posted in |

7 comments:

  1. sharamli Says:

    neem..

    ikhlaskan je la erk..
    mna tw es0k2 dy0rg plk tlg neem..

    erk..

    muga mendpt result yg baik..insyaallah

  2. neem Says:

    huhuh..

    ye2 sha..

    ikhlas2

    dapat upah roti canai!

  3. zumairi Says:

    student biasalah..mesti bz punya...tapi ada segelintir yg buat2 bz ;-)

  4. neem Says:

    xpe. at least ada keje~

    xde la duk diam je. heeheh

  5. Azym Azizi Says:

    Ala..mintak la duit pg balik dia tanggung..ok la tu..dpt jln2 free..hehe

  6. faizal Says:

    betol2...kurangkan peratusan menyusahkan org...standing by own feet is much much better..hehe

  7. Anonymous Says:

    Orang pompuan keluar rumah (berpegian) kena bawa muhrim... the hadith is clearly stated.