ikan-ikan ku...
Posted On Tuesday, April 7, 2009 at at 1:26 AM by neemTerima kasih kepada en.chef Amin kerana memberikan saya tiga ekor ikan. Alhamdulillah.
Pada mulanya, saya agak tak tenang tengok ikan. Sebab rumah ikan tu kecil je… huhuh. Sori en.amin, terpaksa beli rumah yang baru.
Mak, (housemate kitorang yang ntah napa kita panggil dia mak. Heheh.) excited je tengok ikan.
Mak kata;
Neem, bagi la ikan makan..
Neem dah bagi la mak..pagi tadi.
Dia lapar tu..
Memang la, ikan 24 jam lapar. Bagi makan banyak pecah la perut dia.
- Sampai kul 12 tengah hari -
Dah tengah hari ni, bagi la dia makan lunch..
Makk…petang la pula bagi makan. Dua kali sehari je.
(kalu mak sungguh dah ketagori derhaka dah nih. Hehe.
Hari ni saya beli aquarium baru terus. Baru tenang tengok ikan ada rumah besar, ada batu. Boleh dia main-main
angkut batu.
Kat bawah rumah kitaorang ada swimming pool, nad kata nanti kita masukkan ikan dalam swimming pool. Bawa dia jalan-jalan. Hahah. Then kalau nak tangkap balik tu macam mana… tiga ekor ikan yang kecil dengan kolam air yang besaq.
Saya pernah hidup dengan ikan. Family saya pernah buka kedai jual ikan. Namanya Ireen (gabung nama dua orang adik saya, inee + nureen) tapi masa tu saya darjah 5,6. Kadang-kadang penat juga, kena selalu tukar air, tengok mana-mana ikan yang sakit, bagi ubat, dan sebagainya.
Pernah sekali ajak adik-adik pergi buka booth kecil dekat pasar malam. Dengan gunakan meja cina. Pergi tiga orang.
Saya, inee dan nureen. Duduk jual kat situ. datang lah sepupu saya p’yaa (dah kawen ada anak seorang) duduk jual sekali. Masa tu p’ya dah sekolah rendah. Tak lama lepas tu, datang lah schoolmate p’ya, seorang lelaki yang macam perempuan. Huhuhu. datang dan kata:
Muka macam engkau ni, tak boleh jual punya.
Heh.. saya apa lagi balas balik.
Kau sibuk tu apasal??
Then gaduh…haha. Dia siap lempar plastic sampah lagi kat kami. Nasib baik ada pak cik yang bela. hehe
Masa budak-budak memang nakal. Gaduh dengan budak laki la.. sampai masuk bilik disiplin. Tapi bila masuk sekolah menengah, Alhamdulillah. Dah berfikiran matang sikit demi sedikit.
Ikan keli pun pernah.. kat kampong tuk dulu-dulu. Pagi-pagi dan petang kena pergi ambil perut ayam, untuk diberikan kepada ikan keli. Nak bagi ikan keli tu berlemak secara tradisional.
Saya memang suka ikan..
Hidup saya penuh dengan ikan, ikan dan ikan~~
Tapi saya hairan…
Macam mana ikan yang menjaga blog saya ni tukar color. Rasanya ada 5 color yang berbeza, sekarang dah tukar jadi warna merah semua.
Anyway, even ikan-ikan yang jaga blog ini tak betul-betul wujud, saya masih sayang kat meraka berlima. ^_^
Ops, one more thing: kalau ambil gambar ikan, jangan guna flash. Sebab ia boleh menyebabkan ikan tu buta. Sebab itu di Aquaria tak bagi guna flash. Pada mulanya ingatkan takut ikan terkejut, rupanya-rupanya flash camera mampu
menyebabkan ikan buta.
Aku rindukan kura-kura aku yang hilang lama dulu. :(
you are welcome sis... no prob... nak ikan lg bley... ikan jerung plak abg bg next time yek... hehehe... tp bgs la yek salah 1 impian dik neem tercapai...hehehe...
you are WELCOME, SAMA-SAMA...
comelnya ikan2 ni...
huuu
nk jugak
ahaks!
abg ad jgk beli ikan baru untuk diri abg...hehehe... mcm best jer, sbb masa abg jaga ikan neem, mcm best jer... so abg beli la ikan baru... 3 ekor jgk... abg ad beri nama, dan nama nyer... abg rasiakan la yek.... tp kadang2 tgk ikan ni masa sterss best, tenangkan fikiran, tgk die main2... mmg best... sume ni ciptaan Allah S.W.T... indah sungguh ciptaan nya...
-chef Amin-
to benrauf:
neem pun pernah bela kura2~~ rindu gak..
to chef amin:
huahu2...anyway, thanks agian!
to ain:
neem pun nak jgk..ikan2 mmg comel!
** again~~
nak sekoq neem.
macam besh je.
tak pernah bela binatang lagi.
buleh tak?(muka simpati)
boleh.. (blah!) ahakkss..
ish..x kan x pernah bela. neem mcm2 bela..
ikan la..
arnab la
arbok la
hamster la
burung la..
hm..apa lagi ek
tupai la..
tikus putih la..
kura2 la..
kambing
lembu
ahahah
wah..
alhamdulillah!
yg paling best..tarik bapak kambing. berani + takut..~~