Maulirdur Rasul








ALHAMDULILLAH!



Akhirnya Berjaya…



Alhamdulillah…



Alhamdulillah…



Alhamdulillah!



Semalam satu majlis Maulidur Rasul diadakan di unitar. Apa yang saya takut ialah tak ada orang yang join. Setiap kali majlis berunsur agama diadakan, tiada ramai yang menyertainya. Lagi-lagi ditempat saya. Pernah sekali saya meeting dengan en.Azli, ketua Hal ehwal Pelajar. Dan beliau pesan… Wujudkanlah suasana Islamic di unitar.

Berdakwah mengikut sunnah Rasulullah saw tapi tanpa menggunakan perkataan sunnah itu. Bergerak secara harus dan berjemaah.

“Islam bukan bermula dengan kumpulan yang besar. Tapi islam bermula dgn kumpulan yang kecil. Sikit-sikit orangnya.” Ini lah motivasi dalam diri saya..


Setelah berpenat dengan kawan-kawan, pergi sana. Pergi sini. Dua kali naik balai polis, akhirnya semua berjalan dengan lancar.


Pada hari akhir sebelum program, Prof Dr. Syed Omar, yang dipertanggungjjawabkn jadi penceramah program maklumkan kepada kami yang beliau ada satu meeting penting. Tak dapat hadir ke majlis sebagai penceramah.


Saya call kawan-kawan. Dan Alhamdulillah, seorang sahabat maya saya, akh ubaidillah, pelajar syariah mesir yang kebetulan masih berada di Malaysia menyelamatkan program kami. Orangnya comel je. Kecil molek. Ramai pula orang tanya saya, duk kat mana, belajar mana.. ahahha.anyway, terima kasih, akh. Selamatkan majlis kami.


Program start agak lewat. Sebab ada masalah lain. Masalah teknikal. Moga dapat diperbaikan pada majlis yang akan datang. Kesian kat pakcik polis. Tapi Alhamdulillah, dia senyum je. Tak ada tanda marah-marah diwajahnya. Maafkan kami ye, boss!


Bermula dengan bacaan doa buka majlis. Selepas itu kami mula berarak. Tak lah ramai, dalam 40 orang je. Dengan tak ada pembesar suara.. tapi bila suara kami bersatu, Alhamdulillah kuat juga! Yang paling seronok, masyarakat sekeliling turut berselawat sama kami. Seronok! Mengingatkan orang kepada Rasulullah saw..Alhamdulillah.


Hati saya sangat gembira.. Walaupun majlis tak besar, tapi ada orang yang turut serta menjayakan majlis. Terima kasih kepada semua, moga Allah merahmati kalian!

Posted in |

3 comments:

  1. Anonymous Says:

    Tahnian dik.... abg harap neem boleh lakukan aktiviti seperti ini lebih banyak lagi...Tahniah...

    p/s sebenarnye abg ad aktiviti nak cadang kan pada permai..tp xtahu la die org setuju atau x...tu la sbb dulu ad benda abg nak bincang dgn neem...

    anyway... Tahniah Neem atas kejayaan acara adik...
    tp kalau ad acara mcm ni neem boleh bg tau abg x...kadang2 benda ni xsampai kelana mall...huhuhu...

    -Abg Amin-

  2. neem Says:

    okeh. TQ!

  3. Muhammad Abu Handhalah bin Kamil Says:

    TAHNIAH.

    moga kekusutan dah terlerai.

    ehee.